Friday, July 31, 2009

Jalan2 di Waterfront & Naik Bot

Hari kedua, pagi2 bangkit. Gi breakfast. Pastu terus kuar nak jalan2 kat sepanjang Sungai Sarawak atau lebih dikenali Waterfront. Kat sana memang banyak patung2 kucing. Kalau dah sampai sana adalah tak sah kalau tak amik gambar di sini.


Bergambar dgn Trademark Bandar Kuching


Tak jauh pun dari hotel. Jalan kaki jer. Memang banyak patung kucing kat sana. So, pagi2 tu kami amik angin berjalan sepanjang sungai. Memang cantik. Pagi yg indah sekali.

Selalu nampak kat gambar cam besar jer kucing2 ni, tapi tgk betul2 biasa jer.. takdelah besar sangat

Yg ni view pada waktu malam di dpn patung kucing
Main2 ngan kucing


Kasi kucing makan


Mcm ni lah keadaan di Waterfront


Duduk sat sambil amik gambar


Org yg baju merah ramai2 tu adalah peserta Regatta..alah yg macam berkayak tu.. time tu derang tgh training tuk pertanding Regatta sempena Majlis Raja-Raja tu.
Hari tu aku baca paper tak salah aku pasukan dari Johor yg memenangi pertandingan itu. Masa tgk derang training memang syok, memang semangat sangat mereka mendayung. Sama jer hayunan dayung2 tuh.


Tu mereka baru berlepas

Tapi aku tgk org duk belakang regatta tu syok lah. Dia tak yang mendayung kerja dia hanyalah menjerit memberi semangat kat team dia supaya berkayuh lebih laju lagi. Yang pasukannya pulak mati2lah mendayung laju2.

Teringin pulak naik bot kat sungai tu. Dengar kata ada sesuatu menarik di seberang sungai tu. Tempat yg harus juga dikunjungi bila berkunjung ke Kuching. Nak tau apa dia next entry yea.

Aku ngan pakcik bot

Dalam bot


Ready tuk menyeberang


Pakcik bot yg gigih

Utk menyeberangi ke seberang sungai cuma perlu membayar tambang sembanyak RM0.50 sajer. Tak mahal pun. Tapi ada satu pelancong (local) tu boleh nak mintak diskaun. Dia nak bayar RM0.30 jer. Taik idung masin betul. Tapi pakcik bot tak layan. Pakcik bot kata pergilah cari mana2 bot yg boleh dapat RM0.30.

Sonok naik bot. Walaupun sekejapan cuma

Untuk pengetahuan korang2 sekalian, kat area Waterfront memang byk hotel. So, korang pilih jer nak duk hotel mana. Antara hotel2 yang ada:-


Riverside Majestic Hotel - Ni hotel aku menginap. Dapat pulak tingkat kedua atas, view memang cantik.

Hilton Hotel

Riverbank Hotel - hotel ni pun cam cantik gak. siap ada kapal berlabuh lagi di situ


Yang ni pulak Grand Margherita Hotel atau nama lamanya Holiday Inn.

Adalah lagi hotel2 lain tapi aku tak amik pulak. Tapi hotel2 di atas ni memang paling hampir lah ngan Waterfront. Jalan kaki sajer.


5 comments:

Suki Cida said...

hahah kalau cida jadi deqna, cida bayakan sekali org yang kedekut tu... 0.50 pun nak kira ke? ya ampun...sian sungguh org tua tu

tapi kalau dtg serawak wajib yer dak ambik gambar kat situ? heheheh

nasaoji said...

yey yey..information percutian yg bagus....

p sberang tu, bl kek tak?...;p

Hasra_Razali said...

mmg kureng ashem sungguh org yg mintak kurang tmbang tu...

NeenaAnuar said...

aku baca 2 kali part *org local* yg mintak kurang tuee.... aku ingatkan org asing... kalau org asing tu aku still leh terima lar.. nie org local.. patotnyer pakcik boat tu ckp balik kat org local tuuu... "kalu awk nak RM0.30 boleh... tapi saya duduk dlm boat sbg penumpang & awak ganti tempat saya jadi tukang bawak boatt.." hah! tengok apa dia rasa biler dia kene bawak boat org bayar RM0.30 jerr?

Deqna said...

suki cida - mungkin dia takde duit kecik kot time tu kan.. tapi tak terfikir pulak nak byarkan pun....

yer wajib amik gambar kat kucing2 tu tanda dah sampai ke kuching..

nasoji - yer.. just to share all the info & experience.. mana tau berguna kan...

beli.... memang nak beli kek..

HasraRazali - bukan kurang asam jer ..kurang sen gamaknya..

NeenaAnuar - bukan org tempatan kita gak... tapi tahlah ada gak org berkira takat dua posen tu kan... isy.. taik idung masin betul.