Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Percutian Yang Betul2 Cuti. Lepak Kat Bilik Hotel Jer.

Percutian 4 hari 3 malam kami ke Sabah hari tuh, memang kami gunakan sebaik-baiknya utk berehat-rehat sahaja kat bilik hotel. Dah penat berkelam kabut setiap hari bekerja, maka marilah kita gunakan waktu percutian ini utk betul2 merehatkan badan. Kota Kinabalu pula, di ketika itu setiap petang jer hujan, so memang sesuailah kita duk golek2 kat atas katil jer.

Dua malam pertama kami menginap di Nexus Resort dan malam terakhir kami menginap di Le Meridien Hotel yang betul2 terletak di tengah2 bandar KK. Next time kalau ke KK lagi, harus nak stay kat Le Meridien, nak makan sea food, nak shopping2, nak beli ikan bilis, nak apa2 sumernya pun kat bawah hotel tu jer, jalan kaki jer.

Initially, aku plan nak stay kat Sutra Harbour, tak kira lah Pacific atau Magelan Wing, tapi all rooms kat sana dah fully booked, tu yg beralih arah ke Le Meridien, sbb nakkan hotel yg berhampiran dengan bandar. Dua malam pertama tu memang kami pilih utk stay dkt Nexus supaya dapat beristirehat dengan tenang di tepi pantai yg indah. Nexus resort terletak lebih kurang 38km dari bandar KK. Takdelah jauh sgt pun, lebih kurang 30 minit perjalanan.


Bilik di Nexus Resort (pic taken from Nexus official website)

Bilik di Le Meridien (pic taken from Le Meridien official website)

Gambar bilik kami di kedua2 hotel adalah lebih kurang seperti gambar di atas. Takde pulak gambar bilik kat kamera aku nie. Percutian kali ni pun, kiterang taknak stress2 sibuk nak bergambar, bila sibuk nak bergambar rasa stress sikit, sikit2 nak gambar, sikit2 nak bergambar, hah letik makcik, so bila nya nak rehat2 kan. So melangkah jer masuk kat bilik hotel, terus jer melandingkan badan kat atas katil golek2. Anak2 pulak sibuk melompat2 kat atas katil (bapak dorang lah yg ajar suruh lompat2 kat atas katil). Kemain suka mereka.  Adalah sikit gambar2 bilik yg aku pakai kamera phone, tapi kan sumernya dah terdelete dek Marissa. Bukan gambar Sabah jer hilang, semua gambar yg ada dalam folder hilang. Sedey lagi.

Maksud aku tak amik gambar ialah takdelah cam dolu2 masuk bilik hotel amik gambar katil, amik gambar bilik air, amik gambar meja, almari segala.. konon nak wat review lah kat blog, hehe. Pastu bilik taknak kasi sepah2 sgt sbb nak amik gambarlah katakan.  Sekarang ni tak fikir dah tu sumer, yg penting kita dapat rehat dan anak2 enjoy. Tapi takdelah sampai tak bergambar langsung, ada tu ada, tapi cam biasalah anak2 lah objek utama sekarang nie.

Ni jelah gambar2 dalam bilik hotel yg kami ada. Gambar golek2 dua beradik nie.


kakak kiss adik

 
dua2 sepet

alalala nampak mesra dua beradik nie

Mesra memang mesra lah, tapi si kakak tu kita tak leh jangka, tetiba kang mood dia berubah tak pasal2 adik yg jadi mangsa. Yang adik pulak memang senantiasa suka mengendeng ngan kakak dia.

Kat Nexus gak, Inara jatuh katil. Ala kesian anak aku. Asik jatuh katil lah pulak. Tulah org sumer dah tido, yg dia dok main guling2 sorang. Nasib baik lantai kayu, so tak keras sgt lah. Nasib baik gak takde benjol2 or lebam2. Inara budak kuat nangis kejap jer.

masing2 dengan 'bear' masing2

Tapi Inara punya tu bukan bear lah, tapi tetap kami panggil bear jugak. Dekat bear dia tu ada jambul kat atas kepala dia, Inara suka sgt masuk mulut jambul bear dia tuh.

mereka kesayanganku. syg sgt2

sama2 pandang mama

sama tak mereka nie?

 
tengok gambar nie terus rindu ngan anak2.. bestnya dapat gomol2 budak2 ni
adik si bulat
 
kakak dah mula merimas nak larikan diri daripada adik

 
kakak menjarakkan diri

 
sweet Inara

 
sweet Marissa

Memang puaslah dapat bergelimpangan ngan anak2 kat bilik hotel. Kat rmh bukan tak boleh, boleh jer, tapi kalau kat rmh, kita mak2 ni tak leh duk diam, kang tengah relax2 terfikir nak basuk kain, pastu kang terfikir nak masak ar, nak buat itu lah, nak buat ini lah.. pastu terus berlarutan, so bila masanya nak golek2, lepak2 tanpa memikirkan nak buat apa2. So time cuti2 ni lah we just free the mind and enjoy the moment. Bilik sepah pun takdehal, panggil jer room service bilik dah kemas balik dah.

Friday, July 31, 2009

Jalan2 di Waterfront & Naik Bot

Hari kedua, pagi2 bangkit. Gi breakfast. Pastu terus kuar nak jalan2 kat sepanjang Sungai Sarawak atau lebih dikenali Waterfront. Kat sana memang banyak patung2 kucing. Kalau dah sampai sana adalah tak sah kalau tak amik gambar di sini.


Bergambar dgn Trademark Bandar Kuching


Tak jauh pun dari hotel. Jalan kaki jer. Memang banyak patung kucing kat sana. So, pagi2 tu kami amik angin berjalan sepanjang sungai. Memang cantik. Pagi yg indah sekali.

Selalu nampak kat gambar cam besar jer kucing2 ni, tapi tgk betul2 biasa jer.. takdelah besar sangat

Yg ni view pada waktu malam di dpn patung kucing
Main2 ngan kucing


Kasi kucing makan


Mcm ni lah keadaan di Waterfront


Duduk sat sambil amik gambar


Org yg baju merah ramai2 tu adalah peserta Regatta..alah yg macam berkayak tu.. time tu derang tgh training tuk pertanding Regatta sempena Majlis Raja-Raja tu.
Hari tu aku baca paper tak salah aku pasukan dari Johor yg memenangi pertandingan itu. Masa tgk derang training memang syok, memang semangat sangat mereka mendayung. Sama jer hayunan dayung2 tuh.


Tu mereka baru berlepas

Tapi aku tgk org duk belakang regatta tu syok lah. Dia tak yang mendayung kerja dia hanyalah menjerit memberi semangat kat team dia supaya berkayuh lebih laju lagi. Yang pasukannya pulak mati2lah mendayung laju2.

Teringin pulak naik bot kat sungai tu. Dengar kata ada sesuatu menarik di seberang sungai tu. Tempat yg harus juga dikunjungi bila berkunjung ke Kuching. Nak tau apa dia next entry yea.

Aku ngan pakcik bot

Dalam bot


Ready tuk menyeberang


Pakcik bot yg gigih

Utk menyeberangi ke seberang sungai cuma perlu membayar tambang sembanyak RM0.50 sajer. Tak mahal pun. Tapi ada satu pelancong (local) tu boleh nak mintak diskaun. Dia nak bayar RM0.30 jer. Taik idung masin betul. Tapi pakcik bot tak layan. Pakcik bot kata pergilah cari mana2 bot yg boleh dapat RM0.30.

Sonok naik bot. Walaupun sekejapan cuma

Untuk pengetahuan korang2 sekalian, kat area Waterfront memang byk hotel. So, korang pilih jer nak duk hotel mana. Antara hotel2 yang ada:-


Riverside Majestic Hotel - Ni hotel aku menginap. Dapat pulak tingkat kedua atas, view memang cantik.

Hilton Hotel

Riverbank Hotel - hotel ni pun cam cantik gak. siap ada kapal berlabuh lagi di situ


Yang ni pulak Grand Margherita Hotel atau nama lamanya Holiday Inn.

Adalah lagi hotel2 lain tapi aku tak amik pulak. Tapi hotel2 di atas ni memang paling hampir lah ngan Waterfront. Jalan kaki sajer.


Wednesday, July 29, 2009

Riverside Majestic Hotel

Juga dikenali sebagai Crowne Plaza Hotel. Tapi tu nama lamalah. Terletak betul2 kat tepi sungai ataupun dikenali Waterfront di bandar Kuching. Dari airport hanya lebih kurang 30 minit sajer.

Utk 2 malam pertama kami memilih utk stay di Riverside. Tak sangka pulak time tu ramai pulak artis ngan org tv3 pun menetap kat sana. Maklumlah time aku datang tu macam2 event yg ada kat Bandar Kuching.

Sampai2 pihak hotel kata bilik adalah penuh. Apakah? Aku book sikit punya awal. Tapi mungkin kami check-in agak lewat, dan mungkin bilik kami telah diberikan kepada artis2 or org2 tv3 kot. Tapi mana boleh kan? Dah tentu aku dah book awal.

Tapi bagus jugak, oleh kerana bilik biasa sudah penuh maka pihak hotel memberi kami up-grade room. Wah.. i loike it so much. Bilik di level executive di tingkat 17. Org hotel yg bawakan barang kami tu siap ckp yg bilik kami tu nice room with the nice view.


Tempat beradu
Sejadah, iron, sumer dah tersedia. Tak yah nak call2 mintak.

View malam dari bilik hotel

View malam dari bilik hotel menghadap sungai

Bilik kami di tingkat 17


Kat dalam bilik tu ada cam satu bilik. Bilik utk mentenet.

Tapi kami lebih prefer menggunakan broadband kami saje

View waktu siang pulak. Belah belakang.

Bilik ni best. Boleh pusing2 keliling tgk view.


Masa breakfast. Sibuk perhati artis. Aku pun feeling artis sekali lah. Haha

Bas tulah org2 tv3 ngan artis naik. Bas tu sedang tunggu derang abis breakfast


Antara artis / personaliti yg aku jumpa masa stay kat Riverside ialah, Zakiah Anas, I Nation MC, Amiza Adnan, Kumpulan Hujan, Danny, Azizah Arifin, Nas Ahmad, dan ramai lagi lah. Tapi aku biasalah slow sikit tak reti nama derang sape. Tapi ada gaklah amik kesempatan sikit amik gambar ngan derang. Bolehlah sekadar wat syarat jer. Lagipun byknya aku wat tak tau jer, siap sebelah2 jer masa amik makakan, tapi aku wat dek jer, bila org tu dah jauh barulah perasan "Eh eh tu si polan lah.. "

Gambar gegar Nas Ahmad abang rambut ketak


Dengan Azizah Ariffin - cantik sgt dia

Dengan Danny

Breakfast hari pertama

View dari bilik waktu siang pulak - mengadap sungai

Riverside Majestic dari seberang Sungai Sarawak



Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan dari Riverside Hotel ni. Memang 5 class. Oh, ya rate hotel utk satu malam tak silap aku RM253++.