Friday, September 14, 2012

Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran

Assalamualaikum

Tiada manusia yang tidak inginkan kesenangan dalam hidupnya malah, kedatangan Islam membawa rahmat yang antaranya adalah kesenangan supaya manusia dapat memenuhi keperluan hidup, membantu sesama manusia, beribadat dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan.

Namun, dalam mencari kesenangan, kita juga perlu memperkuatkan diri dengan daya tahan dalaman. Jika sebelum ini kita membincangkan cara ketahanan diri menghadapi dugaan, kali ini.

Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” – (Surah al-Nahl, ayat 90) Saya ingin ketengahkan bagaimana usaha memperkasakan diri apabila berada dalam kesenangan dan peluang mencapai kesenangan.

Diingatkan, kesenangan juga adalah dugaan untuk melihat sejauh mana kita mensyukurinya. Malah dugaan kesenangan itu lebih berat daripada dugaan kesengsaraan kerana semasa dalam kesenangan kita lebih mudah alpa, leka, lalai dan lupa diri.

Begitu juga kerana ingin mendapatkan kesenangan, kita sering kalah dengan tarikannya yang menyalahi syarak seperti sogokan dalam pelbagai bentuk ganjaran dan habuan kesenangan serta penipuan.
Apa yang lebih utama ialah sistem daya tahan dalaman diri seseorang membina kekuatan untuk tidak memberikan walaupun pertimbangan kepada tarikan itu.

Ketahanan diri penting apabila kita sudah berada dalam kesenangan untuk menahan daripada menyalahgunakan harta kesenangan dengan bersifat boros, tamak, monopoli dan lokek.
Kesenangan menyebabkan kita leka, lupa diri, malas, sombong dan lalai melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan kepada Allah serta menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Semua adalah kesan daripada kelemahan daya tahan diri. Justeru, ketika berada dalam kesenangan dan berhadapan peluang kesenangan, daya tahan diri mampu menjadi perisainya untuk mengelak manusia hilang nilai insani dan mengelak kesenangan itu nilainya bersifat zahiriah saja.
Hakikatnya, kesenangan dan peluang mendapat kesenangan boleh menjadi musuh di hari akhirat sekali gus menyebabkan sumber rezeki tidak diberkati.

Peringatan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kelak pada hari kiamat, ada yang datang dengan tubuh perkasa tetapi nilai dirinya di sisi Allah lebih kecil dari seekor nyamuk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya kita tidaklah dianggap berkuasa kerana jawatan, dianggap kaya kerana harta yang melimpah ruah dan dianggap perkasa hanya kerana fizikal yang kuat. Hakikat kaya, kuasa dan kuat ialah apabila kita berjaya menahan semua daripada disalah guna.

Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” – (Surah al-Nahl, ayat 90)

Ketahanan diri boleh diperkasa melalui pelbagai cara antaranya solat dan bersederhana. Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran dan kesederhanaan sebagai perisai mengawal naluri keinginan kesenangan yang berlebih-lebihan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu (kelak kamu akan mengetahui). Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu akan melihat neraka jahim. Dan sesungguhnya kamu akan benar-benar melihat dengan ainul yaqin, kemudian kamu akan pasti ditanya pada hari itu kenikmatan (yang kamu negah-megahkan di dunia).” (Surah al-Takatsur, ayat 1-8)

Marilah kita memperkasakan solat sebagai peneguh amali dan menjadikan sederhana peneguh naluri dalam memperoleh kesenangan yang halal lagi diberkati.

Implikasinya disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa mencari dunia dengan cara yang halal untuk menjauhkan dirinya daripada mengemis, menjaga harga diri keluarga dan berbelas kasihan sesama tetangga, nescaya ia akan bertemu Allah dan wajahnya bersinar seperti bulan purnama.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Marilah bersama kita berusaha mencari dan memelihara nikmat kesenangan dengan memperkasakan ketahanan dalaman supaya ia tidak menghilangkan kebaikan di akhirat nanti.

Maksud doa Rasulullah yang sangat indah: “Ya Allah jauhilah daku dari dunia yang menghalang kebaikan akhirat.” Mudah-mudahan doa ini boleh kita jadikan ingatan dan munajat setiap hari dalam membina daya tahan mencari kesenangan dunia.
Wassalam


Source: Forwarded email

Wednesday, September 12, 2012

Pergi Beraya

Satu hari tu dapat sms daripada bonda purple. Dia ajak gi beraya rmh inaachik. Since en. suami pun free malam tersebut, maka kami pun roger2 lah tuk gi sesama ke rmh Inaachik.

Masa mula2 sampai

Masa turun dari kete aku perasan ada sorang pompuan ni senyum2 kat aku. Suasana pulak samar2, aku pun tak berapa cam lah sape lah gerangan org yg pandang2 dan senyum2 kat aku ni. Ker aku yg perasan sengsorang, ntah2 org tu senyum ngan org lain... terus wat cam biasa jer...

Rupa2nya org yg senyum2 ngan aku tu adalah mama fayel a.k.a mimy....Mesti dia sentap sbb aku wat bodo je kot....sori mimy.. aku memang tak perasan, kalau aku perasan confirm aku dah kidnap fayel dari kete ko. Almaklumlah aku kan rabun. Power lense pun dah lama aku tak upgrade. Takat tu jer power dia dari dulu sampai sekarang.


Marissa & mamanya

Aisyah & bondanya

Fayel & mamanya

Memang ramai tetamu Ina malam tuh. Tak menang tangan tuan rmh dibuatnya. Kami pulak sampai2 takdelah terus terjah ke meja hidangan. Dok lah duduk2 dulu sambil borak2 pasal anak2. Yang si Ina pulak dah dok risau yg kami ni tak jugak makan2. Dun worry Ina pandai2lah kami ni bawak diri. Kang dah abis borak kang, taulah kami nak terjah juadah yg disediakan.

Antara juadah yg disediakan ialah spaghetti bolognese, nasi himpit & kuah kacang, mi kari dan macam lagi kuih2 muih dan agar2.  Aku memang dari dulu lagi target nak merasa air tangan Inaachik ni, yelah kalau tgk dari blog dia yg lagi satu yg pasal masakan tu memang terliur lah... dengan hiasan segala, memang menggiurkan...

Aku pun trylah nasi himpit dia ngan kuah kacang dia.... wah.. sedaplah kuah kacang dia nie... dan dan tu nak mintak resipi... tapi sedey tau.. kuah kacang tu bukanlah hasil air tangan tuan rmh.. tapi adalah kuah kacang yg dibeli ntah dari mana tah aku pun tak ingat.. Penat jer aku membayangkan yg kuah itu adalah dimasak oleh tuan rmh. hahahaha. Tapi memang sedap2 lah hidangan yg disediakannya.

suasana dalam rmh

mummy & kiddos

Marissa masa mula2 sampai ntah apa lah angin dia. Asik nak mengamuk jer. Sampai aku rasa nak kena balik awal ni... mood dia tak betul... tapi bila dah lama2 sikit, org kata dah panas sikit, barulah nampak dia ok sikit... barulah nampak dia nak bermain-main sikit.



jejaka idaman isteri masing2

Marissa tidak kasi chance ayahnya beraksi solo
bonda, mimy, Ina & me

 

Sebelum pulang, sempatlah kami melihat stok2 tudung keluaran inachic, tapi time tu tudung belum siap lagi, kalau dah siap mungkin dah rembat dulu kot.... memang cantik2 kaler dia..

Kepada tuan rmh yg menjamu para tetamu, terima kasih diucapkan dan semoga bertambah2 lagi rezeki kamu berdua.


p/s:  Sori.. aku terdelete pulak komen utk entri sebelum ni.. nak tekan publish tertekan pulak delete...sori yer korang... i is tak sengaja

Bersantai-Santai Di Rumah

Kalau time weekend or time cuti2 tak ke mana, kami anak beranak akak melepak sajer di rmh. Sementara menunggu tetamu nak datang beraya, kami jelah yg beraya di rmh sendiri. Yelah sekang ni, kalau kita tak wat open house org pun takut nak beraya rmh kita, walaupun actually pintu rmh kita sentiasa jer terbuka bila2 masa. Nak wat camne dah konsep sekarang ni dapat jemputan, barulah nak datang ziarah.

Memandangkan kuih2 raya kat rmh tu pun tak luak2, apa taknya yg tukang makannya aku sorang jer, Marissa makan gaklah tapi lebih kepada buat sepah, nak harapkan ayah dia lagilah, mana nak layan biskut2 raya ni sumer. Maka petang2 hari aku pun bawak kuar balang2 kuih, pastu bawak kuar air oren fanta sekali, letak kat meja kat porch, pastu bersantai2 lah kami anak beranak kat luar.

Fuh memang syok sgt.... sambil layan kuih raya sambil menikmati suasana yg tenang aman damai.

Bila lagi beb nak melantak kuih raya, time2 raya ni lah nak jumpa biskut2 raya sumer. Hari lain mana dapat kan... kuih tartnya, almond londonnya, macam2 biskut lah... memang layaaann


budak yg feeling2 beraya walaupun di rmh sendiri

tak sah kalau tak nangis


walaupun duk rmh jer, tetap pakaikan jugak baju raya

Aku memang suka jer lepak2 kat luar rmh ni, sama ada time minum pagi ataupun minum petang. Kalau terajin sikit aku goreng lah cekodok bilis ataupun kopok ikan. Sambil makan2, sambil si suami mencuci kereta di porch. Pastu sambil suami cuci kereta, si isteri suapkan cekodok kat mulut suami... ooo alangkah bahagianya kan....


ni adalah yg dia sentapkan nie.... dia marah aku amik gambar dia

Monday, September 10, 2012

Rasa Cam Makan Ayam Kenny Rogers

Masa hari raya ke-empat hari tu, my big boss nak datang beraya. Memang tiap tahun pun tak pernah missed pun datang ker rmh. Bila dapat sms kata dia nak datang, gelabah lah jugak fikir nak serve apa kan.. Rendang, ketupat segala memang nan ado lah kan, katanya dah raya ke-empat, nak buat sendiri rasa cam tak cukup masa jer. Maka geledah lah peti ais dan tengoklah apa yg ada.

Bahan yg ada time tu dan rasanya yg agak mudah tuk disediakan adalah spaghetti dan grilled chicken. Kali ni nak buat kuah carbonara pulak. Sib baik sumer bahan cam mushroom, cheese, fresh milk sumer ada, so menjadiklah jugak source carbonara aku.

Pastu takkan nak hidang tu jer kan, sib baik lah aku ada beli beberapa keping chicken quarter hari tuh. Terus datang idea nak panggang ayam tu. Bahan2 perapan pun aku ada beli siap2. Sgt lah senang nak wat ayam panggang. Just perap kan ayam dengan bahan perapan pastu letak jer kat atas grill pan.

Pastu tengok ada kobis ngan carrot. Rasa cam nak buat coleslaw pulak. Lagipun memang tingin lama dah makan coleslaw tapi sbb sebelum tu kan puasa, so memang tak pergi KFC langsung, maka aku pun trylah wat coleslaw tuk ketama kalinya. Ala bukan susah pun hiris kobis, carrot pastu hiris bawang sikit pastu letak jelah coleslaw punya sos dari ladyschoice. Pastu gaul2 kan pastu siap lah ia.

Maka inilah dia set grill-chicken ala2 kenny rogers resipi sendiri.



dap dapnya....


Gambar spaghetti takde. Hari tu memang aku tak masak nasi dan tak masak lauk pun. Tu pun spaghetti tu punya byk lebihnya. Yelah yg datangnya pun berdua jer, pastu makan pun sikit jer, sbb katanya baru lepas makan pun... takpelah walaupun dorang bukan datang nak makan sgt pun tapi lebih kepada nak menziarah, tapi kita yelahkan, harus nak serve something jugak kan.

Takpelah dorang tak makan, biarlah budak ini yg makan. Macam lah makan sgt pun. Makan sesuap dua dah dia kata "kenyangnyaaaaa"..
lebar nya gelak

Lagi satu peel Marissa kalau nak mengelak makan, dia akan cakap "Icah acerr..". (Marissa puasa). Puasa lah sgt kan padahal sikit2 kang mintak susu. Pastu bila kita makan kat dpn dia kang dia jerit kat kita "Hah tak acer yer!!!!"  Tu belum lagi asal dengar azan jer dia berlari kat meja makan. Nak buka puasa lah kononnya tuh.. memang menggeram budak ini.

Friday, September 7, 2012

Kenduri Kahwin Pada Hari Raya ke-6

Bulan2  raya ni banyak gak dapat undangan perkahwinan. Bagus gak kan sekali sumer sedara-mara dapat berkumpul pastu tak yah dah nak susah2 nak wat open house. Terus open dewan jer...hehe.

Ni masa raya ke-6 tak salah. Mak mertua ajak ke wedding anak sedaranya kat Maktab penjara kat Kajang sana. Since, kami pun takde apa2 program maka kami pun follow jer lah. Lagipun dah lama tak makan nasi minyak kan.

Me and Marissa masa mula sampai

Anak dara aku sekang, kalau nak dress up tu dari baju sampai ke kasut memang lah dia yg nak decide sendiri. Kena ikut taste dia kalau tak kang, dia melalak. Macam time tu aku mintak dia pakai kasut tapi dia degil nak gak pakai sandal. Suka hati ko lah nak...

Sampai pun dah agak lewat, pengantin pun dah siap makan beradap dan dah tah ke mana dah.. tapi tapi takpe makanan still ada byk lagi.. maka marilah kita makan nasi minyak.

 
Marissa yg makan lauk jer

Hari tu, habis seketul paha ayam masak merah ditelan oleh Marissa. Aku suh makan nasi dia takmo. Suka hatilah janji mau makan. Tapi tak kepedasan pulak dia. Tapi dalam pada tak pedas tuh, bergelas gak air yg dia minum.
eleh mengada budak ini

mcm sama jer expression mak dan anak ni kan?
peace versi marissa lagi

with biras dan adik ipor

Eh pesal pulak gambar hitam putih pulak? ok kita tukar balik gambar kaler2...
Marissa yg dah tak kuasa nak amik gambar

 
nak gak gambar bersama

kita kasi dekat sikit - Marissa wat muka nakal

 
Ramai2

jejak kasih

Time kenduri-kendara macam ni lah dapat bertemu dengan sanak saudara yg sudah lama terpisah. Inilah masanya utk mengeratkan lagi ukhuah. Mama so happy dapat berjumpa dengan pak sedaranya yg lama tidak ketemu.

Thursday, September 6, 2012

Setia Menemani Saya

Kali ni nak citer pasal monthly check-up pulak. Kandungan dah nak masuk 7 bulan, tapi sikit pun takde citer kat sini, padahal time Marissa dulu, setiap bulan ada update. Well, biasalah yg pertama kan. Aku tengok member2 lain pun (yg pregnant second or third baby) kurang jer citer pasal pregnancy dorang, tup2 tgk dah bersalin.

Ok, start jumpa gynae masa awal bulan 5 hari utk mendapatkan kepastian selepas membuat self upt pada bulan 4. Cek2 tengok doktor kata baby pun dah besar dah. Dah 12 minggu pun time tuh. Terkejut we ols. Ceh wat2 terkejut lah konon.

Cam biasa jugak semasa check-up husband akan sentiasa menemani. Kalau pregnancy dulu asben sorang jer teman, tapi kali ni tambah lagi sorang iaitu Marissa. Dia pun excited jer bila tengok baby kat skrin.

little baby




Cam biasa jugak asben akan bawak kamera dan amik gambar. Takde kurang takde lebih macam pregnantkan yg pertama. Cuma kengkadang tu terlupa gak nak angkut kamera bersama. Cam biasa gak haruslah mintak izin dulu dengan tuan doktor.

Doktor aku tetap doktor yg sama jugak yg menyambut Marissa dulu, iaitu Dr. Zarul Azham dari Putra Medical Centre. Eh Dato' Dr. Zarul dah sekarang ni. Tahniah doktor. Harap kos bersalin pasni takde lah naik yer, bukan apa, aku dengar org citer (hospital lain lah), kalau doktor tu bertitle sikit, harga dia mahal sikit. Tak taulah betul ke tak.

Sementara menunggu Marissa akan bermain-main dekat playland kat situ

Aku pulak memang suka berappointment dengan doktor pada hari Ahad. Even time Marissa dulu pun, aku check-up on Sunday. Aku malas nak bertime-off ataupun cuti time kerja, lagipun doktor bukak klinik dia hari Ahad maka aku pilih jelah Ahad. Tapi haruslah kena tunggu lama sikit sbb patient pada weekend ni memang agak ramai. Kalau pagi datang tu, register, pastu gi breakfast, pastu gi jalan2 sikit pastu datang balik kat klinik baru lah nama kita kena panggil.


bosan2 tu kita baca jelah sumber bacaan yg ada - comel kan gambar baby tu?

takpun kita bergambar laki bini

Kadang2 tu sampai terlelap2 lah jugak kami kat sana. Pastu kalau gi check-up gak jangan lupa bawak bekalan tuk anak. Yelah, lama2 kat situ sure dia bosan. So, memang kena sediakan bekalan susu, bear, puting dan apa2 jelah barang2 penyelamat lain.

kalau mood dia baik oklah..

 

kalau tak nak dia bising, kita sumbatkan ajer mulut dia

 
good sign - bila nama mama dipanggil


Setelah puas menunggu, maka tibalah giliran saya.... ni aku tak pasti check-up bulan yg ke berapa. Tapi after Doktor balik dari Umrah lah. Kebetulan tau, aku first jumpa doktor lepas kami balik Umrah, dan hari kami jumpa dr. tu pulak adalah keesokannya harinya dia akan berangkat menunaikan Umrah.

Ada sekali tu, aku tersasul aku panggil doktor tu Ustaz.. ada ke patut...hahahaha sbb yelah dr. tu balik dari umrah tetiba dia simpan janggut ngan jambang.. aku pulak tah mulut ni tetiba jer panggil doktor tu ustaz... gelak jer doktor tu, pastu kata "amboi mentang2 lah saya ni berjanggut berjambang.." sori doktor tershasul lah...
Nilah dia Ustaz eh Doktor kami

masa ni dah berapa minggu tah...

Entry ni aku campur jer gambar2 yg ada dalam collection asben. Takdelah specific month by month... tapi actually memang tiap bulan pun ada wat check up.

Yang gambar kat bawah ni pulak adalah gambar terbaru. Iaitu check-up last Sunday....
susukan Marissa kejap

Boring2 kang, dia main lah dengan budak2 kat situ

 
takpun panjat2 kerusi

peace versi Marissa - tak paham aku

scan time - masa tuk melihat baby

that's my baby

Sehari sebelum tuh iaitu hari Sabtu aku buat 4D scan kat tempat yg sama. Tapi dengan doktor lain. Doktor dari luar yg memang expert dengan mesin2 scan nie... Nanti aku citer lain yer...

Alhamdulillah baby sihat. Harap maknya pun sihat sama hendaknya.

To husband, terima kasih kerana setia menemani saya, walaupun kengkadang jadual tugas dia sgt padat. Tapi yelah sokongan suami memang sgt2 diperlukan di ketika ini. Barulah rasa yg ringan sama dijinjing yg berat sama dipikul. Ewah....

Tudung

Alhamdulillah, rata2 sekarang ni ramai yg berhijrah, baik artis, personaliti tv dan ramai lagi lah. 

Budak kecik ni pun tak ketinggalan lah. Kalau dulu amatlah dia pantang kalau letakkan apa2 kat kepala dia, nak sepit rambut tak boleh, apatah lagi nak ikat rambut dia. Tapi nampaknya sekarang cam ok lah sikit.  Dah nak ikat rambut, dah mintak pakai tudung. Tapi still ikut mood dia gak lah..

Ni malam kelmarin nak amik dia dari rmh mak, dia sibuk nak pakai tudung jugak.  Dari rmh mak sampai rmh kami elok jer dia tak tanggalkan tudung.


 amboi buat muka bagai

Ustazah Marissa

Ok post lite2 sebagai pembuka entry utk hari ini.

Wednesday, September 5, 2012

Menerima Kunjungan Yang Pertama

Ni rasanya masa raya ke-8 kot. Masa tu hari Ahad, kami tak ke mana2. Masa tengah masak utk lunch dapat sms daripada Watie. Katanya nak datang beraya bersama-sama dengan cik puan purple aka bonda. Oh ya, watie ngan bonda ni dorang adalah kawan sekolej dulu. Bonda ngan aku pulak adalah member2 blog. Aku ngan Watie pulak kawan daripada kecik. Memang lah kecik jer dunia nie.

Oh ya nak kata mereka ini adalah tetamu pertama yg beraya di rmh kami, tak lah jugak, sbb pada pagi tu, kami telah menerima tetamu pun. Ala budak2 dari taman ni jugaklah... rasa sonoknya jer terima tetamu, walaupun tetamu kecil jer pun. Tapi barulah rasa meriah raya tu kan.... Marissa lagi lah happy tengok kakak2 datang beraya kat rmh dia. Excited sungguh Marissa. Knowing her yg suka sgt berkawan dengan org yg pangkat kakak2, budak2 yg sebaya ngan dia, dia tak berapa kisah sgt, tapi cuba kalau kakak2... mcmkan kakak2 tu nak berkawan ngan dia.

Yang kelakarnya lepas budak2 tu makan dan minum, boleh Marissa sambil berbisik cakap ngan aku "mama... uwet". Maksudnya dia mama nak duit. Bukan tuk dia tapi dia sibuk nak kasi kat kakak2 yg datang tuh. Amboi kemain lagi budak itu tau. Kelakar sgt aku tengok dia, oo dah paham yer konsep duit raya...

Ok abis citer budak2 tuh...

Lepas terima msg daripada Watie aku pun kelam kabut lah sikit, yelah mandi pun belum lagi taim tuh, pastu tengah berlengas kat dapur, tapi bila dorang gitau yg dorang akan sampai dalam masa 30 minit, maka lega sikitlah aku. Cepat2 siapkan masak, pastu cpt2 mandi. Malulah kang org datang kita serabai lagi. Nasib baik dorang inform awal2 kalau main terjah jer??

bersama2 mereka dan anak2

Dapat jugak aku berjumpa dengan baby Aisyah. Tak sempat2 lagi melawat baby Aisyah semenjak dia lahir. Amani pulak dah tak mcm dulu, kalau dulu tak mau sgt dengan org, tapi sejak dah jadi kakak ni tengok dia relax jer tak kisah org nak amik dia.

lepak2

kaum lelaki

Marissa yg meragam tah apa jer yg tak kena

Bengang tul dengan Marissa tau, dia bukan boleh kalau mama dia ni sibuk nak berbual dengan kawan2, dia mesti nak nangis2 tak tentu pasal. Aku dah perasan dah tiap kali kalau aku sibuk nak cakap bercakap ngan org ataupun tatkala aku nak makan, mesti time tu dia akan cari pasal. Memang sajer jer nak perhatian lebih. Kadang2 sabar, kadang2 hilang sabarlah jugak tambah lagi, time tu kita dah memang2 lapar nak makan, dia pulak boleh pulak buat hal, memang ada lah yg mendapat. Kadang tu hilang terus mood nak makan. Tapi aku marah tak lama pun.... marah2 gitu jer, pastu mesti pujuk dia punya...

Kalau ayah dia lagi garang, ayah dia ngan aku takdelah menggarang, tapi kalau ngan anak, MasyaAllah aku pun takut kengkadang. Buat masa sekarang cara paling berkesan utk mendiamkan Marissa adalah mendenda dia dengan mengurung dia kat bilik gelap. Ayah dia ugut dia, kalau tak berhenti nangis kena duduk dalam bilik tuh, kalau nak kuar dia kena diam dulu. Berjaya jugaklah kaedah ini. Tapi walaubagaimanapun, Marissa tetap manja jugak ngan ayah dia. Yelah org kata, kalau ayah sama2 take part dalam menjaga anak, contohnya mandikan anak, cebokkan anak, bagi susu kat anak, InsyaAllah walaubagaimana garang pun ayah, si anak tetap akan manja dan sayang ngan ayah dia. Marissa tu kalau misal kata kena marah ngan ayah dia, dia memang akan sedih, tapi bila org yg marah dia pujuk dia balik, layan dia balik, mood dia akan kembali seperti biasa. Pastu selagi org marah dia tak layan dia or tak pujuk dia, selagi tu lah dia akan ulang2 cakap "sowi mama/ayah atau aaf mama/ayah".

kanda Amani with untie Watie

Mentang2lah dorang sumer dah kenyang makan nasi lemak kat rmh Watie, maka kat rmh aku dorang makan ala kadar jer. Tapi aku paksa gak dorang makan kat rmh aku, kebetulan aku pun dah siap masak tuk lunch hari tuh.
sebelum pulang

hah kan dah nampak... tidak boleh disembunyikan lagi...hahaha

 
Marissa yg moody... isy camnelah aku nak pisahkan dia ngan puting nie?

Diakhiri dengan gambar mama Marissa yg semakin memboolat. Sgt terkejut, lepas raya terus mendadak perkembangan diri. Masa puasa hari tu ok jer, takdelah bulat sgt, mungkin sbb puasa kot. Bila dah raya, makan je tak henti2 kot terus bulat kaedahnya.

Kepada bonda and Watie, thanks for coming to our house. Seronok sgt dapat kunjungan yg pertama. Nanti kita jalan2 raya sesama yer...