Seperti yg sedia maklum, takde apa lah sgt aktiviti yg boleh dilakukan kat Fraser Hill tuh. Tempat dia pun bukan lah besar mana pun, tak mcm Cameron Highland, byk tempat boleh pergi. Tapi boleh lah jugak kalau nak beristirehat sahaja. Aku pun sajer jer nak pergi, sbb tak pernah pergi langsung pun ke sana. At least menjejak lah jugak kaki kat atas Bukit Fraser tuh.

Gate utk ke puncak Fraser HillBila sampai kat gate nie hanya satu laluan sahaja yg akan dibuka. Sejam tuk naik, sejam tuk turun. Aku ingat2 lupa lah.. waktu genap utk turun kot, waktu ganjil utk naik. Tetapi selepas pukul 7 mlm, laluan dibuka tuk 2 hala.
Jalan tuk naik ke atas tu takdelah besar mana pun. Boleh lah muat2 sebijik kete. Tapi aku terfikir kalau after 7 dia bukak 2 hala, muat ke tuk 2 bijik kete jalan sekali. Tentulah tak muat, sbb jalan sempit, so para pengguna kena bertolak ansur lah kasi laluan mana perlu dulu. Lagipun after 7 tak ramai pengguna sgt dah.
kete ni kat dpn kiterang masa nak naik ke atasTak taulah sape punya kereta. Punyalah perlahan tahap siput babi. Pastu terbrek-brek. Punyalah berderet kereta belakang kereta kiterang. Mungkin dia kali pertama naik ke atas tu kot. Dia takut ada kete kat depan turun lalu bertembung ngan keretanya kot, tu pasal lah dia asyik terbrek2. Mungkin dia tak tau yg waktu tu takde kereta yg akan turun time tuh.
Aku adalah tamak, membooking 2 tempat dalam satu masa iaitu apartment kat Pine Resort dan sebuah banglo utk percutian yg singkat itu. Tapi kami mengambil keputusan utk menetap sahaja di banglo yg besar dan terpencil di atas bukit itu. Ini kerana pintu di apartment Pine Resort tu susah sgt nak dibukak. Mungkin kuncinya sudah rosak.
Bila dah sampai ke tempat penginapan, rasa malas pulak nak keluar2 cari makan. Dengan cuaca petang yg semakin mendingin. Jadi kami, mengambil keputusan tuk masak2 sahaja di sana. Mujur bekalan bhn mentah dibawa siap2. Apa yg kami masak?
Telur dadar
SardineSemasa sardine ini dimasak kami belum lagi mendapat email yg mengatakan sardine dalam tin cam ayam tu adalah bercampur dengan daging katak. Eeeeeiii yuuucksss.. Tapi jangan bimbang yer, pihak pengurusan sardine cap ayam tu telah mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar yg sardine yg dikeluarkan adalah halal dan tidak pernah dicampurkan dengan daging2 yg tidak sepatutnya. Eh, off topic pulak..takpe for info jer..
Menu makan malam yg simple tapi lazat; ada juga sambal kentang & ayam goreng ayamas
Selepas makan, kami duduk bergelimpangan di hadapan kaca televisyen, sambil merehat2kan diri dan menghilangkan sakit2 kepala, maklumlah jalan nak ke Fraser Hill tu kan berlingkar2. Mujur aku tak muntah.
Hall yg luasKalau nak duk di sini gi ramai2 syok lah.. kalau gi berduaan tak sanggup aku.. yelah rmh dah lah besar, bilik byk pulak, issyy seram kalau gi berdua. Tapi kalau gi ramai2 tak seram, tapi meriah.
Pagi keesokannya, kami bangkit awal dan amik udara pagi yg nyaman. Akak aku gi bawak anak2 dia berjogging.
Aku pulak just amik angin jerKat sana memang takde ke manalah. Just stay kat sana jer. Sambil melakukan aktiviti2 riadah & bergambar2.
Main ping pongSi Adam ni, apa sajer yg org nak main, sumer dia nak nyibuk. Tak aman tau kiterang nak main. Shah main ping pong, dia nak jugak, aku main congkak dia nak nyibuk gak, aku main chess dia nak nyibuk gak.. adoi ai..
mcm teror main chess, padahal nak susun tu pun tak reti
Ain ngan mak aku main congkak
Time main congkak nie memang kelakar tau. Dah lah mak aku pakai kain batik tu wat kelubung kat kepala, sbb mak aku lupa nak bawak tudung sarung dia tuh (tudung segera tu), pastu anak tudung pulak tah hilang ke mana, pastu nak cpt mak aku sauk jelah kain batik tu wat tutup kepala. Boleh aku ngan adik pompuan aku wat lawak. Kiterang duk citer pasal citer "Congkak", kan maknya si Adlin tu berlakon main congkak siap pakai kain batik bagai kan.. Bongok betul kiterang selamba jer melawak tak kira tempat. Dah lah tempat tinggal kiterang tu dah mcm ala2 dalam filem congkak tuh, jauh daripada org sekeliling... Tapi kiterang selamba jer sebab petang tu nak check out dah.. kalau tidak mau malam2 dengar org main congkak.. hahahaha mulut celupar..
Tapi serius memang seronok lah kat sana. Takdelah apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. Yelah sebelum ni ada gak lah dengar org kata Fraser Hill tu keras lah, tempat jin bertendang lah, apalah, yelah tempat yg kurang dikunjungi org. Tapi pada kami ok jer tempat tuh. Sesuai tuk menenangkan jiwa dan raga.

Kami stay satu malam jer kat sana. Pergi hari Sabtu dan check-out hari Ahad. Sbbnya hari Isninnya itu aku kena kerja.
Ke kanan atau ke kiri?
Sebelum pulang pusing2 dulu kat sekitar Bukit Fraser sambil membeli souvenir. Alah takat fridge magnet sebagai penambah collection jer.
Dipaksa bergambar
Mak, aku, adik aku, akak aku, adik aku
sape yg gumuk?
Kalau ke Fraser Hill, tak sah kalau tak amik gambar di sini
Bersama hasil shoppingan cenderamata, dapat percuma beg
mcm sejuk sgt - tapi sejuk lah jugak
Sementara nak menunggu gate dibuka utk perjalanan turun kami lepak2 dulu kat dataran kat depan kelab golf.

Tak sangka pulak tengah menunggu tu ternampak pulak Malika (kenal sape itu Malika? ala.. yg berlakon cucu betong tu, yg byk kena komen tu). Tak kenal gak? Sheila Rusli lah. Jinggo pun ada gak. Mereka pun lepak2 gak kat situ, sementara nak menunggu gate dibuka.
yang tudung biru tu lah 'Malika", yg lain2 tu family member diaLebih kurang pukul 6 ptg, gate pun dibuka. Kami pun memulakan perjalanan pulang. Kereta kami betul2 kat belakang kereta Sheila Rusli, Harrier yg berkaler hitam. Kete ni rupanya byk kali dorang gunakan tuk berlakon.
Sekian, entry aku yg agak panjang selepas mood malas melanda. Tak taulah pasni terus rajin ke malas.