The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Sunday, February 22, 2009
Puteri Gunung Ledang
Aku kalau nak wat ulasan pasal citer ni fail sikit lah. Aku tak reti nak citer balik. Kalau aku citer balik nanti citer yg best pun jadi tak best. Tapi aku ringkaskan jelah citer ni memang membuatkan aku teruja. Teruja ngan setnya, lightingnya, sound effectnya, magicnya dan tak lupa gak teruja ngan Steph Rahman eh bukan dia sorang jer.. ngan semua pelakon2nya yg best2 belaka. Tapi yg paling best tgk set dia tukar2 tulah. Kejap ada kapal, kejap ada gunung , kejap ada air terjun, kejap laut, kejap istana... kagum di situ..
Pendek kata pas nonton teater ni, terus aku rasa cam malas jer nak tgk wayang lepas nie sbb lebih best menonton teater kerana lakonan mereka yg live itu. Terer tau, mana ko nak kawal emosi, nak hafal skrip, pergerakan dll lah.. kalau filem dah tentu byk jer editing yg dibuat. Eh ni pandangan aku jer tau. Korang kalau nak tgk wayang tgklah. Ada aku kesah? hehe..
Aku ingat nak draft jer dulu citer ni sbb gambar2 aku tak upload lagi, tapi aku rasa takpelah aku publish lah dulu, nanti aku tepek gambar yer...
Test..Test
thank u to asben kerana menyeponser celcom broadband kepada bini dia... dia suh aku update lah tu.. tu pasal dia belikan...
Dengan ini secara rasminya saya memiliki CELCOM BROADBAND.....yihaaaa..
Friday, February 20, 2009
Masih Begini
p/s: Tak sabar nie, org lain sumer dah tengok aku jer belum. Petang esok baru nak tengok. Tengok apa? Tunggu jelah bila aku update nanti yer.
Wednesday, February 18, 2009
Saturday, February 14, 2009
Happy Birthday
-14 Feb 2009-

Wah sampai dua gambar aku letak biasa birthday wish ni aku letak satu gambar jer. Tapi takpe sebab adik aku ni sekang jauh di peratauan. "Kerja baik2. Esok dah kaya jangan lupa mak, family sumer. Jangan asyik awek manjang".
p/s: Dik, ko kalo nak celebrate, celebrate birthday jer jgn nak ngada bervalentine bagai!
Friday, February 13, 2009
Gulatis
Tiba2 cam teringin nak beli kain jer. Rasa cam dah lama jer tak buat baju baru. Last beli dulu pun time nak raya jer. Lagi pulak pasni wedding cam byk jer yg nak kena pergi, so eloklah get ready ngan baju2 baru. Wah, tau dek laki aku ni mesti dia bising. Alar.. lagipun bkn rugi pun beli, dah tentu baju tu nanti boleh aku pakai gi kerja gak nanti.
Cam biasa, pilihan aku kain bercorak abstrak atau kosong sajer. Sebenarnya aku dah tak nak beli kain chiffon dah, sbb kesian kat taylor aku dia sekang ni dah tak baper sihat. Jahit kain lembik2 camtu pastu ngan lining memanglah akan menyakitkan lagi kepala dia. Tapi apakan daya, aku terbeli gak kain tu.
Tapi kuar sorang2 ni sgtlah tak best bila nak tanya pendapat ok ke tak ker.. barulah tingat kalau laki ikut kan best, senang kerja aku, tak yah nak tanya2 kakak promoter tu.
Eh pesal aku citer satu persatu ni. Tujuan citer ni ialah aku nak citer pasar Gulatis nie. Panjanglah mukadimahnya.
Biasalah masuk2 jer haruslah kakak2 promoter akan membontoti ko walau ke mana ko pergi. Sungguhlah tak selesa. Yelah mula2 tu kita kan nak tgk2, belek2 dulu, ni dah ko asyik dok folo jer aku pun jadi cam tak selesa. Aku gi bawah, dia ikut, aku naik atas dia ikut gak, pastu sibuk rekemen suh aku pilih tu pilih nie. Takpe mungkin tu memang kerja dia.
Pastu bila time nak bayar, dia tanya aku bayar cash ke kad. Mula aku cakap cash, pastu aku tukar fikiran aku nak pakai kad, sbb leh collect point. Point aku dah byk tau, tapi tak pernah redeem lagi tau. Eh walaupun point aku byk, payment setiap bulan aku buat tau, takde minimum2, aku byr penuh ok. Perlu ke nak citer ni sumer?
Masa aku cakap aku nak byr cash, akak tu secepat kilat tulis kat cash bill dia tu "CASH". Pastu bila aku ckp aku nak byr kad. Dia cakap "Tadi cakap cash ni kad pulak". Cam tu ko layan customer ko. Terus aku nak banned GULATIS ni. Aku pun jawablah "Takpelah cancel lah cash tu".
Ala setakat tulis jer pun, belum wat transaction ke apa ker. Tu pun nak kecoh. Dah wat muka ngan aku. Pastu masa kat cashier, alar cashier kat Gulatis tu sape lagi kalau bukan anty tu, aku rasa dia tokey kot.. ntahlah. Bila dia tengok kat cash bill tu "CASH" tapi aku hulur kad kat dia. Dia pun cakap kat akak promoter tu "U ni, dia byr kad u tulis cash". Sekali leh lak dia menjawab, "yelah tadi kata cash pastu nak kad pulak". Lar itu pun nak jadi isu. Sape suruh ko tak slash awal2 tadi.
Tapi sebenarnya aku tak marah pun pasal tu, aku sajer jer havoc kat sini. Ala perkara kecik je tu. Tapi sebenarnya aku nak cakap kain yg beli tu lawalah. hehe. Saje nak panjang2kan citer.
Thursday, February 12, 2009
Paper pun Jadi
Memanglah byk jer kain langsir kat rmh mak tapi nak sangkut camne. Railing pun tak psg lagi time tu. So, tampal paper adalah alternatif yg paling baik dan mudah. Selamba ajer.
Pasang Langsir
Corak serta pemilihan langsir adalah asben aku yg tentukan. Dia takmo yg berbunga-bunga. Aku tak kisah. I folo jer.
Actually kiterang beli kain & tempah langsir ni dah lama dah. Bulan 12 lepas. Tapi baru siap, sbb kakak yg jahit tu masa dia terhad sikit nak menjahit. Takpe kiterang pun paham & kiterang pun tak push akak tu siapkan cpt2 pun.
Yang aku suka servis akak ni dia akan datang ke rmh & buat ukuran. Pastu dia akan gitau kita kain2 yg patut dibeli beserta berapa byk meter yg perlu dibeli. Kalau nak suh dia beli pun boleh tapi dah tentu taste lain2 kan. So, kiterang beli sendiri jer. Masa dia dtg ukur hari tu dia kata kalau nak cantik buat setiap bilik tu lain konsepnya. Maksudnya beli kain lain2 lah ikut suka. Tapi masalahnya kiterang nak cari kain sejenis pun amatlah payah nak memilih inikan pula nak pilih berjenis-jenis. Akhirnya aku ngan asben sepakat utk satu kaler jer tuk satu rmh except kain lace jer kiterang beli 3 jenis.
Memang tempah kat akak tu, dia akan pasangkan siap2, supaya dia leh tgk kot ada yg terpanjang ke terpendek ker.. then dia boleh bawak balik utk alteration. Tapi so far, ok jer takde apa yg dia kena alter pun..
kalau nak ikut bayar jahit langsir dia cuma 4 ratus lebih jer, tapi kiterang nak mudah, kiterang upah derang buat sumer jer sekali.. tapi pasni kalau nak tukar langsir baru ke apa, just bayar upah jahit jelah kan..
Tapi aku rasa berbaloi sbb kos aku beli kain ngan upah ni sumer lebih kurang RM1700++ sahaja tuk keseluruhan rmh. Sbb akak aku tempah langsir utk sliding door ngan tingkap tingkat bawah jer dah 2 ribu lebih. Kain dah lah lebih kurang jer.. yelah tempah kat Ca Ya Nun.
Aku tau ramai jer yg nak masuk rmh baru, tu pasal aku citer detail ngan harga2 sumer supaya senang derang nak wat budget ke apa. Kang ada plak yg kata harus ker nak letak harga sumer.
Segalanya
Nape tajuk "Segalanya"? Sila baca sampai abis ok.
Tag pasal lagu lar plak. Mak yong yg tag. Dia rajin wat tag aku walaupun aku tak suh, ni dia dah suh aku takkan tak reti2 lagi kan?
Aku bab2 lagu ni memang fail sikitlah. Aku jarang dengar lagu2 ni tapi adalah sedikit sebanyak lagu2 dalam koleksi aku nie. Tapi dengar2 balik sumernya lagu ala2 jiwang kapak & lagu2 lama belaka. Tapi oklah, boleh gak lah buat jawapan utk soalan tag2 ini.
RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!
1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Wait for You – Elliot Yamin
2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF
Sayang - KRU (saya memang seorang penyayang dan suka disayangi)
3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Lilitan Asmara – Misha Omar
4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Selamat Pagi Sayang - Noorkumalasari (eh dia menyanyi gak ker?)
5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Satukan Kita Berdua – Nurul & Ajai (dah bersatu dah.. tapi ada lagi matlamat yg tak tercapai nie)
6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Takkan Melupakanmu - Radja (Sumpah! akan terus mengingatimu - laki aku lar)
7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Khayalan – Ruffedge & VE (jgn nak berkhayal ok!)
8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Satu Impian - Sasi the Don & Amy Search
9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Kesetiaan – Siti Sarah (aku setia & aku nak dia juga setia)
10. WHAT IS 2 + 2?
Saat Hilang Cintamu – Siti Sarah (4lar bodow)
11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Kembalilah – Slam
12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Janji Kita – Spin
13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Menggapai Sinarmu - Spring (menggapai cita2 lar kan)
14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Untuk Sekali Lagi – Suliza Salam (errrk.. lagu apa nie?)
15. WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Ko Guris Perasaan – Sweet Child
16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Teman Tapi Mesra – (tetiba blur.. sape nyanyi lagu ni wey?!!)
17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Kekasihku – Ukays (betul2..hobi aku hanya dia sajer)
18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Bunga Ayu Cinta – VE & Misha Omar
19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Wassini – Wahida (madakara wakada wakada ayadina...lebih kuranglah bunyinya)
20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Dekat Padamu - Yusri (boleh aku balik? laki aku ada kat rmh tu!)
21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
4 in the Morning – Gwen Stefani
22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Segalanya (AIM 04) – Liza, Sara, Siti, Ning & Misha (tajuk post ni)
Wednesday, February 11, 2009
Tag Yg Ke-Enam
Aku juga kena berterima kasih kepada pemberi tag ini kerana dengan adanya tag ni baru aku dapat tepek gambar aku kat blog ni. Yelah gambar aku cam kureng jer sekarang.. apa taknya asal ada citer jer, gambar aku mesti takde sbb takde org amik gambar aku, asyik2 aku jer yg tukang amik gambar.
The challenge is:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Jadi kebetulannya folder ke-enam dan gambar ke-enam adalah....
keterangan gambar: Gambar ni aku bersama-sama suami semasa hari raya pertama tahun lepas (raya side husband). Dua2 pakai kaler purple, tapi tu bukan baju raya kami. Baju raya kami tak sedondon, tapi nak kan sedondon aku cari gak kat wardrobe aku, seb baik ada baju tunang aku dulu. Ketika gambar ini dirakamkan, kami berdua duduk di atas kusyen dan di hadapan kami ada beberapa jenis kuih raya utk dihidangkan kepada tetamu. (cukup tak description aku nie?)..
yea dah siap tag ini... eh sebenarnya ada lagi arahan selanjutnya..
Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
leh tak yg part ni aku skip jer?.. hehe.. tapi klu korang rajin wat lah yer.. pastu gi tau aku yg korang buat tag nie...