Corak serta pemilihan langsir adalah asben aku yg tentukan. Dia takmo yg berbunga-bunga. Aku tak kisah. I folo jer.
Actually kiterang beli kain & tempah langsir ni dah lama dah. Bulan 12 lepas. Tapi baru siap, sbb kakak yg jahit tu masa dia terhad sikit nak menjahit. Takpe kiterang pun paham & kiterang pun tak push akak tu siapkan cpt2 pun.
Akak yg mengambil tempahan ni ialah akak ipar kepada laki kawan aku si Watie tu. Dia memang teror jahit langsir. Dulu masa aku kawen pun dia gak yg tolong jahitkan langsir kat bilik & rmh aku.
Yang aku suka servis akak ni dia akan datang ke rmh & buat ukuran. Pastu dia akan gitau kita kain2 yg patut dibeli beserta berapa byk meter yg perlu dibeli. Kalau nak suh dia beli pun boleh tapi dah tentu taste lain2 kan. So, kiterang beli sendiri jer. Masa dia dtg ukur hari tu dia kata kalau nak cantik buat setiap bilik tu lain konsepnya. Maksudnya beli kain lain2 lah ikut suka. Tapi masalahnya kiterang nak cari kain sejenis pun amatlah payah nak memilih inikan pula nak pilih berjenis-jenis. Akhirnya aku ngan asben sepakat utk satu kaler jer tuk satu rmh except kain lace jer kiterang beli 3 jenis.
Selain menjahit langsir akak tu jugak yg bertindak memasangkan railing2 langsir kat rmh aku tu. eh laki dialah. Takkan dia pulak yg nak manjat2, tak sesuai. So, asben dialah yg wat drilling sumer. See, senang kan keje aku ngan asben, cuma gi beli kain jer. Yg selebihnya derang yg uruskan. Eh tak, selain kain kiterang kena beli railing langsir jer. Ukuran sumer derang yg buatkan. Rod kayu utk langsir sliding door akak tu yg tolong belikan. Sbb dia dapat harga murah. Kat tempat aku RM18 sekaki, akak tu leh dapat RM12 sekaki. Tgk beza 6 hengget ko.. aku pun minta tolonglah dia belikan. Abih takkan aku nak beli sendiri dah lah aku perlukan 10 kaki lebih tu..
Memang tempah kat akak tu, dia akan pasangkan siap2, supaya dia leh tgk kot ada yg terpanjang ke terpendek ker.. then dia boleh bawak balik utk alteration. Tapi so far, ok jer takde apa yg dia kena alter pun..
Keseluruhannya utk khidmat yg diberikan ini aku cuma dikenakan bayaran sebanyak RM720 sahaja. Mesti korang kata mahalnya.. taklah sebenarnya harga tu meliputi:-
Upah jahit = RM480
Rod kayu = RM126
Workmanship (drilling sumerlah) = RM117
kalau nak ikut bayar jahit langsir dia cuma 4 ratus lebih jer, tapi kiterang nak mudah, kiterang upah derang buat sumer jer sekali.. tapi pasni kalau nak tukar langsir baru ke apa, just bayar upah jahit jelah kan..
Tapi aku rasa berbaloi sbb kos aku beli kain ngan upah ni sumer lebih kurang RM1700++ sahaja tuk keseluruhan rmh. Sbb akak aku tempah langsir utk sliding door ngan tingkap tingkat bawah jer dah 2 ribu lebih. Kain dah lah lebih kurang jer.. yelah tempah kat Ca Ya Nun.
Aku tau ramai jer yg nak masuk rmh baru, tu pasal aku citer detail ngan harga2 sumer supaya senang derang nak wat budget ke apa. Kang ada plak yg kata harus ker nak letak harga sumer.
Nanti bila dah siap sumer aku letak gambar yer.
3 comments:
santeknyer langsir cekelat corak bulat2 ala2 retro tuu...
suker!! suker!!
agak2 area cheras akak tu nk gih tak?
bleh akak rojer2 dia nanti..
sbb keluasan umah akak separoh jer dr umah awak.. musti lagi murah kan? kan? hehehe..
cantik!
kakpiah - boleh sajer kot.... harga sbb saya tukang rekeman mungkin up lagi sikit lah kot sbb kena byr komisen kat saya..hehe
HasraRazali - Tq.. husband pilih tu
Post a Comment