Moi and Inarah sepet
Moi and Marissa comot minum air sirap sampai bermisai
kat rmh pengantin
Memandangkan gambar2 masa kenduri kawen tu diambil tu dari kamera maka tiadalah dpt diuploadkan di sini kerana sumer gambar kat entry ni adalah daripada hp sajork. Maka, takde lah pasal pengantin. Walauapapun, selamat pengantin baru kepada pengantin dan tahniah kepada ibubapa pengantin yg menerima menantu lagi.
Kami keluar dari rmh pagi tu around 10 pagi dan selamat sampai ke rmh pengantin lebih kurang pukul 1 lebih. Dekat2 pukul 2 ptg. Memang sedang eloklah tuh. Lapar pun lapar, sbb tak singgah mana2 RNR pun, tau2 jelah kalau singgah kang mau petang baru sampai, dah tu nak melayan budak2 dua orang nie lagi. Kami stop pun sekali jer tu pun untuk ke toilet.
kat dalam kete Inara sedang menyusu
Maka dok jelah budak2 ngan aman kat dalam kete tuh. Pasangkan jer cerita kegemaran Marissa maka amanlah perjalan kami. Tapi kami lah dok boring melayan cerita Pocoyo feberet dia sekarang nie. Oh ya, Alhamdulillah, masih diberi peluang lagi utk terus menyusukan Inara walaupun dah start campur pun dengan susu formula past few months. Masa aku awal2 pregnant (sebelum miscarriage) dulu memang production drop giler. Now production dah semakin ok, tapi tak sebanyak dulu lah.
Dari rmh kenduri kami bergerak ke Pulai Spring Resort. Aku book online jer thru Agoda. Mula2 tu nak book online terus dari Pulai Spring Resort punya website nak amik pakej hello kitty tapi bila dah survey2 punya survey tgk harga yg Agoda offer pun lebih murah so better beli asing2 jer takyah nak pakej sgt. Ok kebanyakan hotel kat Johor offer pakej cam legoland pakej, hello kitty pakej, little big club pakej. Maknanya dapat tiket masuk utk ke taman2 tema tersebut lah. Tapi bila aku survey2 takde lah untung mana pun kalau beli pakej nie.. better beli asing2.
budak kecik yg suka sgt main tipon. alih2 telefon tu aku letak kat bawah katil
seronok dapat merenggangkan badan setelah berjalan jauh
anok ayoh
bilik kami
Oklah semua kelengkapan ada disediakan. Siap ada sinki kat luar so, senang nak cuci2 botol susu takyah cuci kat bilik air. Kettle pun ada disediakan. Toiletries pun sumer lengkap. Cuma tv jelah, masih pakai lagi tv yg tebal. Tapi takpelah, bukan tengok tv sgt pun.
Petang2 tu kami just jenjalan kat sekitar resort.
Christmas decorations
Pastu naik buggy jap, ronda2 sekitar kawasan di situ. Agak besar jugak kawasannya, padang golf kat sana memang luas amat.
gambar noti
Inara tak noti, inara budak baik
tengok org main golf. Pastu Marissa pun sibuk ajak kita main.. suka2 jer minah tuh
Tak yah nak main golf sgt lah yer Marissa. Gi je lah berendam kat swimming pool.
pool berlatar belakangkan padang golf yg menghijau
layan2 lah dua2 budak sekali.. aku malas nak mandi..
amboi adik suka sampai jelir lidah yer
Anak2 dah besar rupanaya dah pandai enjoy holiday... pantang sebut hotel Marissa mesti dah terbayang katil empuk dan swimming pool.
Malam kami keluar makan kat sini.
Restoran Singgah Selalu
Panjang restoran ni, meriah dengan lampu2. Mula2 aku ingat restoran cina sbb kemain merah2 lampu. Masa kat sini kami dinner sekali dengan family asben yg baru sampai JB dari KL. Mereka semua akan ke Singapore keesokan harinya. Sob sob sob.. tak dapat ikut, sbb tak sempat nak renew pasport. Takpelah len kali kita gi yer..
duduk betul2 kat dpn skrin besar
Inara elok jer tido
budak ni tak hbs2 nak sentap.. sebenarnya letih kot tu yg moody jer
Singapore di seberang sana
Lepas makan balik hotel. Tido.
breakfast at Pulai Spring
ceria sikit dah
Mana tak ceria, dia tak sabar nak sambung mandi kat pool sebenarnya. Sampai suh makan pun tak mahu.
ayah minum kopi o
marissa minum fresh orange
adik kerja buat sepah
bagi roti kat dia abis dikutil2nya
peace yo
my bucuk macams
byk sgt cermin kat sini cam tak sah kalau tak amik gambar
sambung mandi lagi
ok dah cukup kita nak gi jenjalan pulak
Legoland dari kejauhan
Nampak tu sikit punya byk kereta yg parking sampai kat luar2 sini. Memang pack giler time tuh, yelah nama pun cuti sekolah. Kiterang tengok dari jauh nie pun cam tak teringin jer nak masuk sbb ramai sgt org, tengok orgy nak main game pun kena beratur panjang. Cam tak koser jer, cam malas jer.
So, kita gegambar kat luar hotel jelah.. jangan tidak... at least Mariss boleh lah feeling yg dia dah sampai Legoland..sebelum ni asal nampak iklan kat tv dia berzikir kat telinga kami nak gi Mekolen *read legoland*.
Yeaa Inara dah sampai sini
Marissa pun dah sampai sini
Next time kalau turun JB nak stay lah kat Hotel Legoland nie. Menarik gak kat dalam hotel tuh. Oklah sambung kat entri lain pulak cam panjang sgt pulak nie. Mula2 memang ingat nak sekali kan jer sumer satu entry tapi panjang bebeno.































































































