Friday, August 23, 2013

Gambar Raya Ramai2 Bersama Keluarga Tersayang

Belum nak citer pasal raya sgt pun lagi,tapi just nak share kan jer dulu gambar2 yg dapat diambil bersama keluarga pada 1 syawal.
Inilah dia keluargaku


  

Ala tak aci gambar asben takde dalam ini gambar sbb beiiau yg tukar amik. Ok pasni tukar org len pulak tukang amik gambar. Ginilah gayanya kalau takde tripod.

Tapi percayalah first two gambar ni je lah yg org sumer cam ok ready jer, tu pun tengok si Tihani dah start dah meraung.. budak2 kan... what can u expect.. almaklumlah this year ramai sangat baby kat rmh..heheh.. anak akak aku, anak aku, anak adik aku.. sumernya pun kecik2 lagi..


Ok asben in already
 

lor hilang pulak asben nie

gini lah gayanya sorang padang situ, sorang pandang sini, sorang pandang belakang... hahaha sumernya pun tak ready


Ok now lets bergambar dengan family in law plak. Tahun ni dapat beraya dengan sumer plus family member yg baru.




freestyle kononnya

 
keluarga atuk J
 

Ok tak sempat nak karang ayat lagi.. so kito post gambar jer dulu, ni pun seb baik asben dah siap2 masukkan all the gambars kat dalam blog. Kalau tidak sampai raya thn dpn pun aku tak sure aku update ke tak. Ok sbb agak bz sikit nie, nanti kita sambung stori mori raya pulak.. bye...

Thursday, August 22, 2013

Ceritera Raya

Cam tak sah pulak kalau takde citer raya kat blog kan. Ok takpe belum terlewat pun lagi update citer raya kat blog. Cerita lah sgt pun, padahal memasing pun nak show off baju gambar raya jer pun kannnn. Tapi aku takde apa nak di show off kan pun. Baju raya pun sehelai je pun yg siap, baju yg lenlain sehingga entry ini ditulis masih lagi berada di tangan taylor. Tapi apa ada hal, banyak lagi baju lain yg boleh disarungkan. Yang penting baju anak2 diutamakan. Dah makin tua ni mcm dah tak berapa heran dah dengan baju sendiri. Kalau dulu yer lah, kena ada baju raya pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.. pastu kena ada baju jalan2 (kasual), tapi tu dulu lah.. yelah time raya lah nak dapat segala baju baru.. sekarang ni takyah tunggu raya, tiap bulan jer pun ada baju baru...

Tapi at least mesti ada sepasang baju yg khas utk raya. Kalau yg ni pun tak siap harus aku meroyan. Ni jelah harapan aku utk sedondon anak beranak. Tahun ni tema adalah light purple.. purple lagi... aku pun tak ingat yg dua tahun lepas pun tema lebih kurang kaler nie.. bila simpan baju dalam almari baru perasan.. lah tersama lah pulak..hihihihi. Aku adalah jenis malas nak pilih kaler or corak lain2 tuk anak2 maka kita beli jelah kain sekali harung tuk bapak budak, mak budak dan budak2. Kain beli kat Jakel. Kain apa ke nama dia.. Valentro kot nama kain.. Kain sedap so oklah beli terus 12m utk 4 org. Beli tanpa consult ngan laki kang kalau ikut dia, semuanya pun tak payah.. ayat yg biasa dia ckp.. "ala baju melayu byk kan.. pakai sekali sekala je pun.." aku tak peduli, takkan aku je yg sama ngan anak2 kan..kang org tak tau pulak mana bapaknya. Padahal tak ada org kesah pun ko nak pakai apa. Sbb baju adalah plain maka gigih lah pulak aku cari border lace. Beli kat jakel gak. Bapak mahal lace2nya...lepas pujuk2 rayu akak kat jakel tu aku dapat lah lace semeter RM80. Beli dua meter jer sbb lace tu besar dan akan dipotong dua. Ok settle. Pastu hantar lah kain2 kat taylor memasing. Eh pekehal citer pasal baju pulak.. nak citer raya ker nak citer baju nie? Ok done citer pasal baju. Tapi aku adalah frust sikit lah ngan taylor aku sbb dia siapkan baju aku anak beranak agak last minute, Baju Marissa panjang dah macam jubah, pastu baju Inara pendek pulak, pastu jahitan lace pun tak berapa kemas. Tapi bersyukurlah ada gak lah pakaian nak dipakai. Mujur gaklah dia sempat alter baju Marissa.


Kami yg sedondon
 
Hah ko ngan budak2 sekali aku border lacekan. Tapi simple jer baju kami. Aku memang kalau baju raya jer aku suka kain plain jer. Tudung tu pulak aku beli masa buka puasa ngan member2 kat Empire hari tuh. Nasib lah terjumpa shawl kaler tuh. Kalau nak cari2 memang payah, so dah jumpa terus rembat. Seb baik lah time tu Radiusite ada bukak booth kat situ. Mula aku mcm tak kenan jer ngan manik2 kat shawl tuh, aku nak plain jer, rupa2nya sekarang ni tengah in fesyen manik2 ni yer..Aku bukan apa aku nie jenis pemalas lipas, tak koser aku nak handwash segala bagai. Dan percayalah, tudung tu sampai lah ni aku tak sempat nak basuh lagi. Kalau boleh sumer aku nak campak masuk mesin jer. Kalau dah manik2 ni campak mesin alamatnya bertaburanlah ia.

muka budak2 yg kena bangkit awal pagi

Memang berat gak lah mata nak bangun pagi tu, yelah malamnya tu pun tido dah pukul berapa. Kan malam tu ada takbir kat rmh mak. So, setle sumer tu baru balik rmh. So, pagi2 tu lepas Subuh terus lah siap2 sedia. Ceh lps Subuh lah sgt kan.. padahal aku rasa aku dok sambung tido lagi, tengok asben yg tolongkan baju kami anak baranak. So, pagi2 tu asben gi surau kat rmh utk bersembahyang raya. So, aku kat rmh siapkan anak.


Marissa ceria & adik masih blur2 lagi

Yeaa this is first raya tuk Inara, so dia tak paham lagi, tapi bagi Marissa ni tahun keempat dia beraya. Mula2 dia pun takde mood gak, tapi bila kata pakai baju baru baju cantik terus dia semangat.

Ok dah cukup2lah begambar tu kasi can pulak gambar ngan ayahnya

Sempat gaklah pose sikit2 pagi raya tuh sebelum bertolak kat rmh mak. Bukan apa kang kalau dah ramai2 kang, dah sibuk2 kang, memang payah nak bergambar bersama-sama.


Anak2 dan ayah mereka


alololo anak mama

Ala time ni asben tak siap sepenuhnya lagi, dia tak pakai samping lagi time tuh... tak smartlah pakai baju melayu tak pakai samping. Nak kuar rmh baru hegeh2 nak pakai samping..apalah...

sayang anak2 ayah
favaurite pose Marissa - peace yo
sayang ketat2


Inara sudah rimas
Eh takkan takde gambar sefamily kan... ok lets bergambar sama2.. gambar adalah senget benget.. dengan takde tripod nya letak jer kata atas kusyen atas kerusi, pastu tak stabil, pastu anak2 pulak dah merimas.. maka ni lah hasilnya...

  

Alhamdulillah tahun ni kami berempat

Kalau panjang umur tahun depan berlima pulak.. eh..
 
Ok bergambar bergambar jugak, tapi tetap tak lupa lah utk salam suami di pagi hari raya. Walaupun aku tau nanti nanti kat belah asben karang mesti ada salam2 raya punya, tapi time tu ramai org, so aku amik kesempatan pagi tu tuk salam asben sambil memohon kemaafan zahir batin dari beliau. Yea.. kita manusia seringkali melakukan kesilapan... So berjiwang lah kami sebentar di pagi itu.

Ok ok.. dah takkan nak beraya 4 beranak jer.. lets ke rmh mak di mana semua family member berkumpul di sana. Sebelum kuar rmh, Marissa nak snap gambar kami bertiga.. laayan kan ajer, kang tak layang kan.. hilang mood dia payah kami nanti..


Inara sibuk pandang mama dia
 

Selamat Hari Raya Aidilfitiri tuk u ols semua... Maaf zahir dan batin

Ok nanti sambung lagi ceritera raya bersama keluarga dua2 belah pihak pulak. Alhamdulillah jodoh dengan org dekat2 so, takdelah gaduh nak raya mana. Tetap dapat raya bersama keluarga masing2 pada hari raya pertama.

Tuesday, August 20, 2013

Sebelum Raya

Aku start cuti raya awal. Saje nak amik awal tahun nie. Start hari Isnin lagi aku dah cuti. Best sgt. Tapi yg tak bestnya, start awal maka naik keje pun awal lah pulakkan, so raya kelima aku dah kembali ke ofis.

Biasanya sehari sebelum raya aku tolong mak masak rendang, tapi this year sehari sebelum aku lepak rmh mertua. Niat nak tolong mama sbb tangan mama masih sakit akibat jatuh tempohari. Nasib baik gaklah kat rmh mak aku ada adik beradik lain yg boleh membantu. Nasib baik gak adik bujang aku tahun nie tak kena gi offshore. So, dapatlah dia menolong mak aku buat rendang. Kalau tak susah hati aku kalau mak takde assistant. Dialah yg bawak mak pagi2 gi pasar gi beli barang2. Dulu masa belum kawen memang aku akan tolong dari a to z.


gambar yg diwhatsapp oleh mereka2 yg merendang kat rmh mak


Dorang kat rmh dah siap dah rendang aku rmh in law baru lepas kupas2 bawang, potong2 serai segala. Hehehe. Tu pun mama kata takde apa nak buat sgt pun... siap suh kiterang balik lagi adalah..hehe.. knowing my mak mertua memang bab kerja masak2 ni laju jer, yelah dulu2 kan dia berniaga. Walaupun begitu aku suh asben tolong ayahnya cuci ayam. Sian kalau mama nak buat sorang2 dahlah mama beli 10 ekor ayam. Lepas settle sumer, petang tu barulah kami pulang. Nak balik rmh mak pulak nak tolong apa yg patut. Ni lah dia kalau kampung suami isteri dekat2, kejap kat sana, kejap kang kat sini pulak... tapi takde apa sgt pun nak buat sebab rendang, nasih himpit sumer dah siap. Cumanya mak cakap malam tu nak buat takbir kat rmh. So, tugas aku hanyalah masak tuk kumpulan takbir tu jer. Ok kerja senang jer.. masak mihun je pun. Tak tau lah rmh mak rmh yg keberapa, tapi dorang sampai pun dah pukul 11 lebih. Tahan mata jer kami menunggu, kemengantukan, yelah siang tu kan tak henti2 wat kerja. Sib baik lah rmh kami bukan rmh yg terakhir. Rasa syahdu jer bila dorang bertakbir kat rmh. Teringat kat arwah ayah.


gambar gelap - sedang bertakbir. marissa kasi duit raya kat kengkawan

Budak2 pun ada gak ikut kumpulan takbir tuh. So, aku isi angpau siap2 suruh Marissa kasikan duit raya kat budak2 yg datang. Seronok Marissa kasi sampul Upin Ipin kat kawan2 dia. Yang kelakar tu, ada budak tu siap wakilkan nak amik angpau tuk adik dan kakak dia yg tak ikut sekali. "Nak lagi.. tuk adik baby kat rmh"..hahahaha cute jer..

Ok nanti sambung citer hari raya pulak eh.

Thursday, August 15, 2013

Inara Dah 9 Bulan

Hai korang. Masih dalam mood raya ker? Ok bukan nak citer pasal raya, tapi nak citer yg Inara hari ni dah genap 9 bulan. Alhamdulillah. Sekejap jer dah besar anak mama nie.
.
Citer pasal raya nanti2 lah.. tapi tahun ni tahun pertama Inara menyambut hari raya. Syok sgt beraya ngan dia, rilex jer dibawa kemana-mana,memang tak byk ragam. Org amik dia pun tak kisah. Mak dia pun senang hati jer menjamu selera. Ok gambar2 raya nanti kita share kan. As for now, cuma nak ucapkan selamat hari jadi yg ke 6 bulan buat anakku Inara. Mama syg kamu sgt2 dah mama doakan Inara terus menjadi anak yg baik dan solehah.




Update sikit pasal perkembangan Inara. Inara baru ada sebatang gigi. Tu pun belum habis keluar sepenuhnya. Tapi walaupun gigi nan sebatang tapi kalau dia gigit time menyusu boleh tahan gaklah sakit. Huhu. Merangkak pun tak pandai lagi, tapi kalau nak bergerak tuh, dia just guling2kan jer badan dia. Tau dah terselit kat bawah meja. Haha. Pastu duduk pun tak reti sgt lagi. Inara jugak suka makan, tu pasal mama dia ni tak kisah lah pagi2 buta menyediakan makanan dia. Yang penting Inara masih minum susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah masih ada rezeki utk dia, harap sampailah umur dia thn menyusu ibu. Inara dah pandai sebut ma.. kalau merengek sikit dia akan sebut.. ma..ma.. mak... oo terus cair rasa hati. Kalau dia tengah happy dia suka tepuk2 tangan.. tu belum lagi bila kita nyanyi tepuk amai2, terus dia tepuk tgn dia. Inara memang budak baik dan semoga terus membesar dengan baik. Doa mama sentiasa bersamamu nak.

Friday, August 2, 2013

Ikhlas Beribadah

Penghayatan Islam secara keseluruhannya hanya dapat dibentuk apabila terdapat kesatuan dalam penghayatan akidah, ibadah dan akhlak. Aspek ini penting kerana seseorang itu akan berubah kefahaman, perasaan dan tingkah lakunya ke arah yang lebih baik apabila mendalami ilmu.

Ini selaras saranan al-Quran dan hadis supaya setiap individu Muslim meningkatkan ilmu pengetahuan. Aspek akidah memang mempunyai hubungan yang kuat dengan aspek ibadah kerana seseorang yang beribadah kepada Allah SWT wajib mengakui keesaan Allah SWT pada zat serta sifat-Nya.

Ibadat yang disertai dan dicampur dengan syirik kepada Allah SWT, tidak akan diterima berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga.” (Surah al-Nisa’, ayat 36)

Begitu juga hubungan antara akidah dengan akhlak, yang saling berhubung kait antara satu sama lain bagi membentuk peribadi Muslim. Sifat ikhlas dalam beribadah iaitu suci hati melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan menjauhkan segala syirik.

Orang yang beribadah kerana hendak dipuji atau takut dicela orang, maka ibadahnya tidak ikhlas kerana Allah SWT dan orang seperti ini termasuk dalam golongan yang tidak beradab kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Jika terabai aspek akidah, ibadah dan akhlak yang disebut sebagai nilai kerohanian, bererti terabai satu faktor kekuatan serta ketahanan dalam diri umat. Sejarah kalah menang umat Islam terdahulu dalam peperangan mengesahkan pentingnya iman dan kerohanian.

Kekuatan inilah yang melayakkan tentera Islam mendapat pertolongan Ilahi (bantuan malaikat) dalam Perang Badar. Namun, Allah SWT tidak menurunkan tentera bantuannya dalam Peperangan Uhud akibat penyelewengan rohaniah dalam kalangan sekumpulan tentera Islam.

Ketika umat Islam tertanya-tanya punca kekalahan di Uhud itu, Allah SWT memberikan jawapannya melalui firman yang bermaksud: “(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? Dan (kemudian) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (kemalangan) ini? Katakanlah (Wahai Muhammad): (Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-Imran, ayat 165)

Amirul Mukminin Umar al-Khattab dalam amanatnya kepada Panglima Saad Ibn Waqas yang sedang berhadapan tentera Kisra: “Kita tidak akan dapat mengalahkan musuh hanya dengan kekuatan bilangan dan kekuatan kita, tetapi kita hanya mungkin akan menang kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh dan ketaatan kita kepada-Nya, andainya kita juga sama seperti mereka, sama bergelumang maksiat, merekalah yang akan menang kerana kekuatan mereka memang mengatasi kekuatan kita.”

Sejarah membuktikan unsur kerohanian telah merosot dalam pelbagai aspek kehidupan umat Islam akibat serangan tamadun Barat yang lebih bersifat materialistik. Malah, dalam tamadun Islam sendiri wujud masalah kemerosotan rohaniah, pemusnahan tasauf dari fiqh, pemisahan tazkiyah dari tarbiyyah dan pemisahan hakikat dari syariat.

Akibatnya, ada yang mengamalkan fikah yang sudah kehilangan makna kerohaniannya, di samping wujudnya kalangan mengamalkan tasauf menyimpang daripada fikah. Sesungguhnya pendidikan rohani bagi generasi kini memerlukan pendekatan bersepadu, mengintegrasikan rohani, ilmu dan amali.

Pembinaan watak insan Muslim perlu meliputi pembinaan jasmani dan rohani untuk memberikan ketahanan mengharungi kesusahan manakala pembinaan akliah pula bagi memberikan kecekapan merencana kehidupan.

Pembinaan rohaniah untuk mengeratkan hubungan dengan Allah SWT bertujuan memurnikan niat dan matlamat segala amal demi mencari keredaan Allah. Perkara ini bertujuan menambahkan tawakal dan rasa kebergantungan kepada Allah SWT.

Ajaran Islam itu saling berkaitan dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Akidah membuahkan ibadat dan ibadat membuahkan akhlak.

Oleh itu, jika terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam sistem pembinaan diri umat Islam, ia perlu diperkukuh, diperbaiki serta bimbingan yang berterusan daripada ulama serta pendakwah.

Wassalam

Source: Forwarded e-mail

Thursday, August 1, 2013

Upside Down House

Gambar semata-mata. Cerita bakal menyusul di entry lain.











Agak2 kat mana tempat nie? Macam kan korang tak tau plak..hehe

Aktiviti Semasa Bercuti

Ok sambung balik citer vacation bulan lepas.

Selain aktiviti melepak2 kat bilik, aktiviti wajib yg dilakukan bila bercuti dengan anak2 adalah mandi di swimming pool.

Marissa lah yg paling tak sabar nak mandi. In fact, petang masa kami check-in tu Marissa dah sibuk ajak gi swimming. Tapi sbb petang tuh hari hujan maka tak dapatlah nak swimming. Maka kuak lentang atas katil jer lah. Actually, dah siap2 pun nak turun ke pool, tapi tak tau pun yg kat luar hujan waktu tu, Marissa dah siap dah dengan baju mandi dia, tup2 kuar bilik tengok kat luar hari hujan. Apa lagi kecewa lah minah tuh. Utk menghilangkan kekecewaan dia, asben bawak dia berendam kat bath tub jer. Maka berendam lah dua beranak itu.

Pagi keesokannya lepas breakfast baru dapat mandi kat pool.


suasana pool pada waktu pagi

Dua beradik sedang ber-sunbathing

Nak tau sbb apa Marissa tak excited sgt nak mandi pool? Sbb dia nak melaram dengan swimming suit dia yg baru. Suka kemain aku belikan dia swimming suit baru. Dia punya suit yg lama tu dah kecik, so dipeturunkan kepada adik. Sian adik dapat second hand. Tapi takkan nak membazir kot nak beli baru utk adik, bukan nya selalu pun nak gi mandi manda. Lagipun baju mandi ni memang tahan lama. Still nampak baru lagi.


peha adik kemain lagi.. kalah peha kakak

Eh puasa lah, tak leh tengok org pakai bikini lah.. hehehehe


kakak suka hati cengkam kepala adik

 
Marissa bergwiyomi sengsorang
 
Ok berendam lah korang anak beranak


Skandal sgt dua beranak nie


syok lah marissa tuh


Aku memang malas nak berendam. Duduk jer di tepian pool sambil amik2 gambar. Sekali sekala celup gaklah kaki kat dalam pool. Malas nak basah baju, takat basah seluar tu oklah lagi.


ada bumbung oklah tak panaslah bebudak

Kat pool budak2 ada shades ni so redup jelah kawasan tu. Boleh nak berendam lama2 pun.


redup jer kan
 
rehat sebentar selepas letih berendam


Marissa tak puas lagi berendam, ayahnya dah terlelap



adik lagilah.. mandi kejap, pastu nenen pastu terus lelap. Lena tul dia tido
 


anak ayah

Eh punyalah byk gambar kat entry ni takkan gambar aku satu pun takde kot. Oklah, last but not least nak gak up gambar org yg buat entry nie. Sekian.

 
Tengah susukan Inara