Tuesday, August 20, 2013

Sebelum Raya

Aku start cuti raya awal. Saje nak amik awal tahun nie. Start hari Isnin lagi aku dah cuti. Best sgt. Tapi yg tak bestnya, start awal maka naik keje pun awal lah pulakkan, so raya kelima aku dah kembali ke ofis.

Biasanya sehari sebelum raya aku tolong mak masak rendang, tapi this year sehari sebelum aku lepak rmh mertua. Niat nak tolong mama sbb tangan mama masih sakit akibat jatuh tempohari. Nasib baik gaklah kat rmh mak aku ada adik beradik lain yg boleh membantu. Nasib baik gak adik bujang aku tahun nie tak kena gi offshore. So, dapatlah dia menolong mak aku buat rendang. Kalau tak susah hati aku kalau mak takde assistant. Dialah yg bawak mak pagi2 gi pasar gi beli barang2. Dulu masa belum kawen memang aku akan tolong dari a to z.


gambar yg diwhatsapp oleh mereka2 yg merendang kat rmh mak


Dorang kat rmh dah siap dah rendang aku rmh in law baru lepas kupas2 bawang, potong2 serai segala. Hehehe. Tu pun mama kata takde apa nak buat sgt pun... siap suh kiterang balik lagi adalah..hehe.. knowing my mak mertua memang bab kerja masak2 ni laju jer, yelah dulu2 kan dia berniaga. Walaupun begitu aku suh asben tolong ayahnya cuci ayam. Sian kalau mama nak buat sorang2 dahlah mama beli 10 ekor ayam. Lepas settle sumer, petang tu barulah kami pulang. Nak balik rmh mak pulak nak tolong apa yg patut. Ni lah dia kalau kampung suami isteri dekat2, kejap kat sana, kejap kang kat sini pulak... tapi takde apa sgt pun nak buat sebab rendang, nasih himpit sumer dah siap. Cumanya mak cakap malam tu nak buat takbir kat rmh. So, tugas aku hanyalah masak tuk kumpulan takbir tu jer. Ok kerja senang jer.. masak mihun je pun. Tak tau lah rmh mak rmh yg keberapa, tapi dorang sampai pun dah pukul 11 lebih. Tahan mata jer kami menunggu, kemengantukan, yelah siang tu kan tak henti2 wat kerja. Sib baik lah rmh kami bukan rmh yg terakhir. Rasa syahdu jer bila dorang bertakbir kat rmh. Teringat kat arwah ayah.


gambar gelap - sedang bertakbir. marissa kasi duit raya kat kengkawan

Budak2 pun ada gak ikut kumpulan takbir tuh. So, aku isi angpau siap2 suruh Marissa kasikan duit raya kat budak2 yg datang. Seronok Marissa kasi sampul Upin Ipin kat kawan2 dia. Yang kelakar tu, ada budak tu siap wakilkan nak amik angpau tuk adik dan kakak dia yg tak ikut sekali. "Nak lagi.. tuk adik baby kat rmh"..hahahaha cute jer..

Ok nanti sambung citer hari raya pulak eh.

No comments: