Thursday, January 26, 2012

Makan Nandos

Ni nak sambung kisah masa cuti cny hari tuh, ala hari yg kiterang gi 2 wedding tuh. Petang tu Watie ngan husband dia lepak kat rmh kami. Minum petang hari itu adalah burger mc chicken yg ditapau di mc d dan jugak pisang goreng yg dibawa oleh Watie.

Ingatkan balik2 tu boleh siap2 dan terus kuar, tapi duk borak sana borak sini, haripun Maghrib. Maka lebih afdal kalau keluar lepas Maghrib terus.

Marissa plak memang dari siang tak tido langsung, maka naik2 kereta jer terus dia terlelap. Dah lah kami ke Aeon Rawang jer, jarak dari rmh pun dekat sgt, sian Marissa tak puas nak tido. Stroller pulak memang tak bawak. So, aku pun dukung jelah mula2 tuh. Tapi nasib baik kat Aeon ni dorang ada sediakan stroller tuk anak kecik tau. Aku ingatkan sewa ikut jam ke ape, tapi free saje rupanya, dengan syarat ko kena tinggalkan lesen memandu ko kat situ. Yelah dorang kena lah wat camtuh, nak retain IC org kan tak boleh, so, lesen jelah, lagipun kalau tak wat camtuh, konpom mau dibawa lari stroller tu sbb stroller itu sgt2 selesa tuk budak.  Aeon ni bagus kan.. facility tuk family memang terbaik.
Marissa tgh tido

nilah dia troli tu.. eh troli ke stroller.. apa2 jelah.. bawah tu leh letak barang2 shopping


Memang tak plan nak beli apa pun kat sana, just nak pergi makan jer, tapi bila singgah kat supermarket ada saje benda ditangan.

Dari supermarket terus ke Nandos. Tetiba tekak masing2 nak bernandos pulak. Seb baik kat nandos pun tak ramai org, so taklah lama sangat nak menunggu.. sempat lah amik gambar sekeping dua..sekang kamera takde, gambar2 sumer pun pakai tab jer.

gambar dengan flash

gambar tanpa flash

Aku nak komplen sikit nandos kat situ, pilih kasih ok.. yg aku ngan watie punya ayam kecit jer, yg si suami2 punya ayam dia besar tau. Adakah kerana pompuan makan sikit, so ayam dia kena kecik, lelaki makan byk so ayam dia kena besar?

Gambar makanan terlupa nak amik, sedar ayam sumer dah abis... yg tinggal hanyalah ini...
licin

Makan tanpa gangguan si kecik, makan tanpa ada sudu yg jatuh ke lantai, makan tanpa ada air yg tumpah, makan tanpa ada budak menjerit.... sbb....



Dari mula2 sampai hinggalah nak balik, lena jer dia tido... sian letih yer anak mama... ok kena belajar2 lasak sikit sok nak travel senang...


Kalau Ayahnya Keluar Kereta, Pantas Dia Berpindah ker Seat Driver

Walaupun ada car seat, tapi aku selalu pangku jer Marissa kalau kat dalam kete, kecuali kalau perjalanan jauh, tak larat aku nak pangku2. Kalau dengan paklong dia, dia akan sekali duduk kat driver seat sambil fefeeling dia yg bawak kete. Tapi kalau ngan yayah dia, dia takut sikit, tu pasal asal ayah dia keluar dari kereta, dia akan melungsur dari pangkuan aku dan terus duduk kat driver seat. Pastu apa lagi, mula lah tangan dia tak duk diam. Kang mula lah tetiba wiper berjalan lah, lamput terpasang/tertutup, side mirror bergerak lah. Pendek kata apa yg dia tengok org buat, dia pun nak buat sama lah.

Dah puas godek itu godek ini, dia selongkar dashboard pulak.

keluarkan touch n go card

 

try masukkan balik

 

amik cermin mata yayah dia

Tang cermin mata ni, kena perati sikit, dia sedap rasa jer akan kepak kan keluar bingkai cermin mata tu. Satu cermin mata aku dah selamat dah dia kerjakan. Memang nak kena tukar frame dia, sampai patah dia kerjakan.


tak cukup duduk, nak berdiri pulak


Kalau dengan aku, memang aku biarkan jer dia nak buat apa. Tapi kalau ayahnya, jgn harap.... yelah lelaki ni kan sayang kat kereta kan... alah takat2 usik tu bukan leh luak pun kan... oppps yayah jangan marah yea...

Walaupun Takde Bibik, Tapi Boleh Gak Buat Ini Sumer.... Syabas Beteh!

Petang semalam, masa nak balik dari ofis member gitau yg katanya esok pagi nak buat pot luck. So, org dah bagitau, takkan ko tak tau2 plak nak bawak apa2 kan, takkan esok datang bawak perut jer, kurang2 kenalah bawak something kan.

Tinngggggg! tu bunyi idea yg tiba2 datang kat kepala otak time tuh. Aku pun apa lagi, call lah akak yg biasa aku order kuih tuh. Yelah org malas cam aku ni, order adalah cara yg paling terbaik. Plan nak bawak kuih koci, sbb kuih koci akak ni sedap sgt, dan very lemak2 gitu. Aku call tak jawab2, aku sms tak reply2... aik akak ni sudah tukar no ker atau hp dia dah kena dikebas org.

Sampai ke lewat petang still gak tak dapat contact dia and takde respon dari dia. Alamak.. camne nie.... apa aku nak bawak nie.... ni mesti kena ada plan B ni... kepala otak aku pun berfikir2 lah apa nak bawak nie... benda yg simple dan mudah tuk aku. Mula mengarut2 nak bawak cekodok udang lah.... apa lah.. eeei jgn main2 cekodok pun kalau dah makan ramai2 confirm sedap..

Tapi kang, org len bawak best2 takkan aku bawak cekodok jer... so tukar menu lah.... takkan nak wat nasi lemak pulak, hah... since kat rmh ada sepeket lagi mihun yg belum dimasak, apakata kita buat mihun singapore.... ok ok idea diterima pakai.

So, balik keje semalam aku pun singgahlah kedai nak cari sotong. Dahlah hujan melebat petang semalam. Lencun lah jugak. Tapi malangnya sumer kedai sotong dah out of stock. Pastu gi rmh mak kot lah mak ada stok sotong ke, pun takde jugak, mak kata raya2 cina ni memang byk barang takde, hari tu gi econsave pun takde barang2 basah gak. Takpelah takde sotong kita pakai udang jelah, sib baik udang aku memang ada.

Pastu balik rmh, terus siap2kan bahan tuk memasak tuk pagi esok. Yelah kalau nak siapkan sumer memang berjangguitlah, mau pukul 8 pun tak siap gak. Sib baik malam tadi asben nak makan roti jer, so tak yah masak, jadi masa memasak tu, aku spend tuk penyediaan bahan2 tuk memasak.

Mula2 kupas bawang merah, bawang putih. Pastu blend. Pastu kopek kepala udang. Pastu potong kobis ngan sagat carrot halus2.

Sambil tu cuci gak botol susu anak, sok pagi tak yah nak kelam kabut sgt. Pastu siapkan bakul susu dia sumer.

Dah siap tu sumer, lepak dpn tv dengan anak dan suami. Sambil tu makan ais krim cornetto ngan buah anggur. Sampailah kami sumer anak beranak tertido kat dpn tv. Pukul 1 pagi terjaga, kejutkan suami suh angkat anak naik atas. Sebelum naik, sempat rendam mi dulu.

Pastu  sambung tido balik. Set jam, pukul 4:45pagi, saje set awal, so bila alarm bunyi leh sambung tido barang 15-30 minit lagi. Memang betul pun, pukul 5.30 gak aku bangun.

Dah bangun terus turun ke dapur, keluarkan sumer2 bahan yg dah siap, now, time tuk campak2kan ajer. Panaskan dua kuali. Satu tuk masak mihun, satu lagi tuk wat telur dadar. Tak sampai berapa minit dah siap.

Dah siap naik atas balik. Baju kerja tak iron lagi.  Bukak almari, tercegat kejap kat dpn lemari, nak pakai baju apa hari ni ye????? ermmm pakai ni jelah... tapi hijau lagi... ah pedulik... hari tu baju lain, ni baju lain... tudung jer pakai tudung yg sama. Ok belasah lah... tu sumer aku cakap dalam hati...

Pastu iron baju. Iron tudung. Anak dan suami masih lagi tido. Pastu gi mandi. Pastu solat. Pastu siap2 dan mekap2. Dah siap baru kejutkan asben. Aku turun bawah balik. Isi mihun kedalam bekas. Seb baik aku ada beli tupperware set hari tuh, kalau tidak tak tau lah mana aku nak letak mihun tuh. Aku beli tupperware tu pun bukan apa, tapi sbb kaler dia warna fefel, lagipun tupperware jarang kuarkan kaler camtuh.. tu yg aku beli tuh... ceah alasan dari dilabelkan sebagai very the makcik2 kumpul bekas tapawe sumer kan...

Dah siap bungkus sumer. Naik atas balik. Adoi pagi2 dah turun naik turun naik keje aku nie... letih korang membaca letih lagi aku  yg menaip nie.... siapkan barang2 anak pulak. Hari ni asben off, dia nak bawak Marissa ker rmh nanny, so, aku kena siapkan lah kain baju, pampers segala. Kalau hntr kat rmh mak aku, aku tak yah bawak dah, sbb memang aku dah siap2 station kan satu beg tuk seminggu punya baju kat situ. Pampers pun memang ada kat sana siap2.

Turun bawah balik, letak beg marissa ngan henbeg aku. Naik balik. Kejutkan Marissa, tukarkan pampers dia ngan baju dia. Main lap2 jer, sian pulak nak mandikan dia, dengan mata dia pun tengah mamai2 lagi. Bedak2 dia. Pastu kita pakai lotion dia pun nak pakai jugak. Lotion crabtee and evelyn tu memang feberet dia lah...

Pastu dukung dia bawak turun, time ni aku dah rupa apa ntah.. walaupun pagi tapi aku rasa aku punya muka dah kilat berpeluh dah, yelah asiknya turun naik, wat tu wat nie.. takpe eksesais di pagi hari gitu..

Siap sumer terus masuk kete, asben settle kan yg lain2, dia tutup lampu, set alarm, tutup pagar sumer. Oh ya pagi ni suami dan anakanda tercinta yg menghantar saya ke ofis..hoye.. tak yah naik train...dalam kete susukan Marissa, susu dah siap2 bancuh masa kat rmh lagi.

Perjalanan ke tempat kerja adalah lancar sekali. Tanpa jammed, tanpa tekanan. Sampai ke ayat ni aku pun terfikir apa ke yg aku merepek meraban tulis panjang2 kat entry ni, macamkan ada org nak baca dan kisah pulak... dahlah... aku pun rasa cam dah penat dah menaip, dah lah penat memasak pun tak hilang lagi.. eleh masak sikit tu pun penat kerr punn??ok nah tak dapat nak jamu korang, korang tengok jelah apa yg bawak ni hah...



bekas kaler fefel

my mihun singapore

sepeket mee dapatlah isi dua bekas nie

Gasaklah ntah kan sedap ntah kan tidak masakan aku nie... takpe yg penting ikhlas dan effort kita nak bawak gak something kan.. sedap tak sedap belakang kira....tapi kalau nak komen jangan depan2 ai yer... nanti ai taknak bawak lagi..takde gurau jer....

Tapi memang macam2 menu ada pagi nie, ada mihun sarawak, ada nasi himpit kuah kacang, ada makaroni goreng, ada kek, ada kuih, ada dessert.. memang bermacam2 lah...dan sumernya memang terbaik. Terus terasa kerdil jer diri ini membawa mihun di atas. Terus tak ngaku aku yg bawak... tapi bila org kata sedap dan2 ko nak ngaku ko masak eh?  Tapi aku dah siap dah jawapan dalam pala aku, kalau org tanya sape masak, nak jer aku jawab bibik yg tolong masakkan. Padahal.... ko lah bibik, ko lah mem kan...

Ok dah lah muntah hijau pulak korang baca entry yg penuh dengan tulisan ini macam tudung dan baju yg aku pakai hari ni... hijau u olssss....
supermak ni wooii

 

org yg konon2 nye sibuk pagi ini


Tapi tulah, sebenarnya entry aku ni, apa yg aku nak sampaikan yelah, aku adalah amat2 tabik spring toink toink kat sumer kaum ibu, kaum isteri yg berkerjaya yg mampu siapkan segalanya tuk keluarga walaupun tanpa pertolongan dari bibik. Agak2 kita boleh tak jadi camtuh?? Ok kita cuba yer....

Wednesday, January 25, 2012

Sukew-Sukew Jewww...

Eiii gediknya tajuk entry ni kan, macam nak mintak pelempang, apa ko ingat ko muda remaja nak spelling2 camtuh?... dah tu puas aku fikir apa nak letak sebagai tajuk entry ini, so rasanya bersesuaian lah dengan gambar2 gedik syok sendiri ini.

Lama dah tak wat keje nie, dolu2 masa berduaan dengan asben, asal masuk kete jer, mesti nak amik gambar camni. Pastu dah tak wat sangat dah, sbb takut nanti anak pun tiru apa mak pak dia buat, tapi aku tengok aku tak buat depan dia pun, dia camwhoring jugak...

Marissa jom kita bercamwhoring nak...


ikut apa mama buat tau...

ok nganga plisss

tunjuk gigi plisss



mak gigi tak rata... anak gigi tumbuh tak rata, belah kiri penuh, belah kanan tak tumbuh2 lagi

 

yayah kata, apa kena lah dua beranak nie??? layan jelah

nampak cam dua batang gigi je

sengsorang pulak

Marissa takleh diam, abis sumer nak dicapainya...

kami masa on the way ke kenduri kahwin

cukup2 lew teww


suka sgt  ngan pas kerja ayah dia... pastu sibuk "yayah..yayah.."

Sungguh lancar perjalanan hari itu, walaupun hari tu byk jalan yg sesak, tapi nasib baik kami tidak menempuh sebarang kesesakan.  Cuaca pun sgt cantik pada hari tersebut dengan langit yg membiru mungkin sbb pagi tu hujan dah turun.

Bila dah siap entry ni, aku macam nak publish ke tak? nak publish ke tak? tapi cam dah penat2 update... maka publish jelah.. sekian entry yg very the terhapa2....

Cuti Yang Panjang, Tak Ke Mana Pun. Memenuhi Undangan Perkahwinan Sajer.

Syok betul kan cuti panjang sikit nie. Tapi cuti ni tak plan tuk kemana pun, just lepak2 kat rmh.. oh sungguh awesome sekali rasanya... Makan, tido, tgk tv, tido, mkn.. begitulah aktivitinya...  Cuma masa hari Ahad tu, kami pergi ke majlis perkahwinan..oye... off memasak pada hari tersebut...

Ada 2 wedding pada hari tersebut. Mula2 kami pergi yg dekat dulu. Memang tersangatlah dekat. Bukak pagar rmh, beberapa langkah dah sampai dah ke rmh pengantin. Ini memang kena wajib pergi. Satu sbb kerana kami berjiran, dua sbb bapak pengantin adalah satu tempat kerja dengan kami.

barisan khemah yg tersusun




Datang2 jer kami terus makan. Malu. Tapi yelah dah namanya catering kan, takkan nak tolong masak pulak kan. Tapi sebelum majlis tu, asben adalah tolong2 sikit, yelah kita ni kan hidup berjiran. Tolong-menolong adalah amalan mulia.

Memandangkan ada satu lagi jemputan yg ingin dipenuhi, maka kami takdelah stay lama sgt kat sana, lepas makan, masuk dalam kejap nak tgk pengantin. Bagus sgt, walaupun masih awal, tapi pengantin dah siap dah duk kat atas pelamin. Masa ni pengantin lelaki belum sampai, yelah selalunya kan pengantin pompuan baru nak kuar bila pengantin lelaki sampai, so sape2 yg datang awal, mesti tak dapat jumpa pengantin. Tapi yg ni, walaupun sampai awal, tetap dapat tgk pengantin. I like the concept. So, sesapa yg nak amik gambar ngan pengantin dipersilakan.

suka ngan pelamin nie... kuntuman bungan ros tu nampak cute sgt

tak masuk pun.. just jenguk2 dari luar - pengantin sungguh cantik sekali

 

di pintu gerbang

Selepas, bersalaman dengan tuan rmh, kami pun minta diri dulu. Maka perjalanan ke next wedding diteruskan...

memulakan perjalanan

hiway Latar- sungguh tenang sekali


Jalan pun tak jammed, maka tak sampai beberapa minit sampailah kami ke sini.

Dewan Beringin Taman Sri Gombak

pengantin sedang bersanding


Sebabkan masih kenyang, aku cuma amik sedikit bubur kacang ajer, tu pun aku suapkan kat Marissa. Budak payah sgt nak makan nasi sekarang ni, seb baik bubur tu habis jugak dia makan.

with my in law's family

 

baru ada can nak bergambar berdua

 

balik2 apaknya jugak nak interprem kat depan pelamin


Marissa with Pak Usu to be


Marissa ni kan suka nganga time nak amik gambar, time ni aku suh tutup mulut, tu yg jadi camtuh.

satu lagi gambar ketap mulut


pengantin yg sama cantik sama padan... secocok sgt... kalau dua2 senyum muka memang ada iras2

 

toyanya anak dara ku itu

Masa kat dewan tuh, Marissa memang nak lepas jer, so, suka hati dia jelah nak jalan ke sana ke sini wat hal sendiri. Sambil tu aku kejar dia dan suap dia dengan bubur kacang tuh. Tetiba ada satu budak lelaki lebih kurang baya dia jugak datang dan tolak dia. Tolakan pertama, Marissa tak jatuh, tapi tgk muka dia ada sikit cebek sikitlah, dia cuba kontrol tak nangis. Dia kan very the sopan santun. Pastu budak tu datang lagi, dan tolak Marissa. Marissa jatuh terduduk. Terus menangis. Uwaaaaaa. Aku pulak tak sempat nak wat pape. Cuma dalam hati "ko kenapa budak??? suka2 jer nak tolak anak org... aku dapat ko kang siap ko!!" wah emo terlebih kan mak budak ini. 

Tapi sekejap jer lah emo tuh, bila bapak ngan budak tu datang kat kami dan say sorry to Marissa. Kagum aku ngan bapak budak itu. Very the gentleman. Yelah, budak2 memang lah tak tau apa2 kan, so kita yg tua2 ni lah yg kena didik anak. So, bapak budak tu suruh dia salam tangan Marissa and say sorry. Pastu sumer org pun dia salamnya sekali. Comel jer tgk. Dahlah budak nya pun memang comel... boleh dibuat menantu lah. Hiks.

mama with her anak bongsu

 

bakal pengantin

 

pengantin lama


Usai majlis, kami pun pulang ke rmh. Dah balik baru pulak terasa lapar, so singgah Drive Thru McD dan beli Mc Chicken. Pastu terserempak pulak dengan my fren, Watie and his husband, apa lagi ajak lah dorang lepak kat rmh. Malam tu kami dinner kat luar bersama-sama. Memang aku cuti masuk dapur pada hari tersebut. Hehe.


By the way, kepada kedua-dua pengantin, kami ucapkan Selamat pengantin baru, dan semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat dan hidup bahagia selama-lamanya :)



Friday, January 20, 2012

Perlu Ker Pun Nak Beraksi 18sx Kat Tempat Awam Cam Nie...

Aku kan memang tak suka betul kalau naik train pastu nampak pulak sepasang couple yg asik lah pun berpelukan. Sgt2 menjolok mata ok. Semalam, aku balik kerja, cam biasalah train adalah padat to the max, kita punyalah strugle nak masuk ke dalam train, tup2 ternampak pulak lah sepasang pasangan kekasih ni, aku kalau bukan kaum kita aku tak heran sgt, tapi ni, siap bertudung lilit bagai. Ok lah aku tau train penuh giler tapi tak perlu lah pun nak peluk2 cengini.


Ok tu adalah gambar contoh yg aku dapat dari google image. Bukan pasangan itu yg sebenarnya. Cuma nak tunjukkan cemana eratnya pelukan pasangan tu semalam. Ko hangen tak, ko dah lah susah payah nak masuk ke dalam train, tup2 couple lek2 jer kat tengah2 tu, bukan nak squeeze in ke apa... punya lah asik nak poluk. Lempang kang nak?

Kita ni memang lah menyampah nak tengok, tapi mata ni jahatlah jugak asik nya lah pandang2 kat depa ni. Bukan takat aku jer pun yg pandang2, org lain pun sama sumernya pandang2 kat dorang. Termasuk lah sorang bangla kat depan aku ni, tak kelip2 nengok.

Yang si boipren nye pun satu, kepala pulak nak bersandar kat tiang, ingat tiang tu dia punya ke apa, tak considerate langsung kat kami2 ni yang sibuk nak cari pemegang, kalau tak kang mau tersungkur bila train membrake.

Aku memang suka jer nak mendajal org kalau time camnie, aku pun apa lagi, aku pegang jugak tiang yg dia sandar tuh, pastu aku pun himpit rambut dia sekali, so bila kepala dia bergerak dia akan terasa lah yg rambut dia tertarik. So, dia pun adalah terasa yg rambut dia terhimpit ngan tangan aku, pastu dia pun tariklah kepala dia, dan aku pun tak lepaskan tangan aku tuh, aku wat bodow jer.... wat2 tak perasan. Jahat kan? Fadan muka dia, sape suruh wat camtuh (peluk2), aku tak suka ok. Mulut ni sebenarnya rasa ringan nak sound, tapi tak terdaya, so sound dalam hati je lah.

Aku ni sebenarnya takdelah suka pun nak mengaibkan kisah org kat sini, ataupun nak paparkan gambar mereka kat blog, cam tak baik pulak kan... yelah cuba kalau org amik gambar kita sorok2 pastu upload tak tentu hala, ko marah tak? marah kan? tapi hati ni jahat jugak nak suh amik gambar dorang. Pastu hati ni cakap jugak amik lah gambar dorang pastu, letak kat blog, kurang2 ada bahan. Tu sumer setan tuh..
Aku pun kuar kan lah jugak tab dalam beg, ceh konon2 nak main fb lah, tapi pada masa yg sama aku cuba lah jugak amik gambar...

hahahaha gambar ni yg dapat

hehehe ko ingat berani nak watu camtuh... takde maknanya..... tu ada sipi2 nampak kaki budak pompuan tuh... tulah dia... bukan yg kaki besar ni.. tu org lain, org ni tak bersalah. Hehe... actually aku dapat lah jgk snap gambar pasangan tuh, walaupun tak nampak muka pun tapi aku rasa tak patut tuk aku jaja di sini. Sekali kita bukak aib orang, terbukaklah jua lah aib kita kelak. Walaupun memang mereka bersalah pun. Kalau tak mampu tuk menegur, cukuplah yg dalam hati ini memang membenci dengan kelakuan mereka itu. Mungkin org akan kata, alah mana tau dorang tu pun laki bini ke apa.. tapi aku yakin adalah tidak, sbb very the hingusan lagi.. mungkin form 3 ke form 4 ker... lagipun laki bini mana ada kemaruk begitu sekali kan??

Si Busyuk-Busyuk Masyam Tapi Sedap...

Aku kan paling suka kalau cium anak time lps bangun tido, fuh memang sedap kalau cium. Kalau lepas mandi pun best gak cium tapi bau wangi bedak jer, tapi kalau cium lepas bangun tido bau dia sgt original, Bukan kata bau wangi dan bukan jugak bau busuk, tapi bau bucuk macem yg sedap.. Dulu masa baru lahir memang berbau baby lah, lar ni umur pun dah nak masuk setahun 8 bulan dah kan, dah hilang dah bau baby dia tuh, tapi tatap sedap dicium. Hehe.

Tu yg kengkadang aku saje je mandikan dia lambat2. Ni lah dia budak yg belum mandi pagi iteww.


sibuk jer puting tuh

mula dah, asal kita nak amik gambar dia wat aksi tepuk tangan comel sambil menyangkung ni haa


Tapi kalau dah yak yak kena mandikan dia dengan segera. Kalau tidak.. bukan bau sedap mashem.. tapi bau busuk yg ada...hahahaha

Orait... yg ni pulak gambar dia sebelum tido... Dia kalau sebelum tido macam2 lah aktiviti yg dia buat, kalau tak sorong bakul kain, dia amik bulu ayam dia lap2 abuk kat almari, tak pun dia main panjat2 sofa atau kabinet tv tak pun dia panjat tangga. Maka, jgnlah ditegah dengan apa aktiviti yg dia buat tu, jika ditegah makin galak lah dia buat. Maka kita biarkan jelah, tau lah dia stop sendiri. Tapi dalam pada biar2kan itu kena lah monitor jugak. Kang ada tak pepasal dengar tetiba dia meraung.

Cam malam tadi, ayahnya keluar rmh, gi rmh jiran jap, sbb ada jiran yg nak buat kenduri kawen, so malam tadi org dah sibuk pasang khemah, aku pulak sibuk main ngan tab sambil melayan semanis kurma, tetiba dengar budak merintih kesakitan... "cakit.. cakit..." takdelah nangis sgt. Aku pulak tanpa tgk dia, dok lah cakap, "Marissa meh sini, jgn dok kat pintu tu"..Aku wat selamba jer sbb dah biasa sgt dengar cakit cakit tuh, anak aku tu, kalau seluar tak selesa ker, zip baju kena kat badan pun dia kata caket.. caket jugak...

Aku pun dek je lah, pastu dengar lagi dia panggil mama.. mama...caket....agaknya bengang mak dia wat tau terus dia jerti sikit... Hehe teruklah mama nie... aku pun toleh lah kat dia...

Ya Allah....... terkejut aku tgk, rupanya kaki dia sudah tersepit kat grill pintu. Aku pun cuba lah kuarkan kaki dia tuh, panik lah jugak.. kot tak balik tarik ker kan... dah tak pepasal... aku tarik ke atas tersekat, aku tarik ke bawah tersekat jugak kaki dia... member dah nangis2 dah time tuh... lagi lah mak panik.  Ko taulah kaki dia tu boleh tahan lah jugak drumstick dia tuh, tapi dah tak berapa nak drumstick sgt dah pun sekang ni, aku pun cuba lah jugak keluar kaki dia tuh. Akhirnya dapat gak keluar kaki dia. Fuh lega. Pastu terus dia tak nak main kat sana dah. Cek2 kaki dia tgk berbirat lah jugak. Kesian.

Hailah.. macam2 lah kisah anak ni kan..dahlah kita tgk jelah gambar budak ini yg suka jer wat ironing board aku ni jadi pangkin tempat dia duduk.

my cheeky girl

 
peace lah konon2nya tuh

habis dihenyak2 iron board tu

siap nak lunjur2 kaki bagai


Oklah takat lunjur2 kaki tuh, tapi yg tak larat tu kengkadang sampai bersilang panggung kaki tuh. Oklah tu jer nak citer.