Actually byk citer tunang, kawen yg aku tak update lagi. Tak patut kan, citer pasal adik dan adik ipar aku tunang sampai ke lar ni tak update2 lagi. Bukan apa, aku pun tak tau folder mana asben save gambar2 tu sumer. Aku ni jenis apa gambar yg ada kat desktop kat lappy atau kat hp yg tu jelah yg aku update. Takpe kita update jelah yg mana ado. Ni pun tengah rajin nie.
Awal bulan hari tu merupakan hari bersejarah buat asben punya cousin. Kapten Rashidane Radzi bertemu jodoh dengan pasangan hidupnya Ros Linda Datuk Rosli. Betul kot nama pengantin ni. Bertempat di Dewan Seroja kat Mindef sana mereka dinikahkan.
kita mulain dengan gambar budak yg tak reti duk diam ini
Rombongan perantin lelaki sebelum memasuki dewan
last touch-up oleh makcik perantin
tukang sibuk je nie
Masuk ke dewan
Majlis akad nikah diadakan pada hari Sabtu di Dewan Serojak, manakala majlis resepsi diadakan pada keesokan hari di Dewan Felda.
Marissa tengah mempelajari sesuatu dari mama dia
mengaplikasi apa yg dipelajari
Adoi hai jenuh tau si Marissa ni, takleh duk diam, masa akad nikah tuh sumer tetamu duk bawah kat atas karpet, yg si Marissa ni pantang jumpa carpet sumer dia ingat sejadah, asiklah sujud je lah keje dia.
sibuk mencelah kat org
kena pegang takmo kasi lepas
nanny
adik, makcik dan sepupu perantin
Majlis ni memang penuh dengan adat istiadat lah.. yelah org ado2 kan haruslah penuh protokol nya. Jual beli pantun tu biasalah sebagai pembuka majlis.
cam biasa atuk Marissa jadi tukang cakap
dua tiga kucing berlari... eh bkn ini pantunnya..
mak pengantin tgh tgk barang tuk pengantin
Marissa takleh duk diam, kita pass kat ayah dia
di dalam dewan
maka bermula lah akad nikah.... sah .. sah..
yayah dan anak
Aku tak pernah dengar lagi org panggil ayah yayah, biasa kita dengar papa, takpun baba, abah, ayah tapi kalau lah sampai ke besar Marissa panggil yayah.. camne? tapi ok gak kot.. Marissa panggil yayah, aku panggil yayang. Jangan panggil yahya sudah, kang jenuh pulak org tanya sape yahya?
pengantin pompuan
hantaran dari kedua-dua belah pihak
selamat sudah
Lepas akad nikah ada upacara lafaz sakinah, tak semua tempat lah buat lafaz2 ni, ni baru first time aku dengar lafaz2 camnie. Alah yg ayah dan mak pengantin bagi kata2 kepada pengantin dan kata2 pengantin kepada org tua. Boleh keluar air mata tau.. shahdu siot. Seb baik masa aku kawen dulu takde, kalau tidak mesti mata comot kena mekap. Hehe.
Gambar adalah takat2 ini saje, kamera kehabisan bateri, makanya takdelah gambar semasa jamuan makan, makanan adalah sedap.. yelah masakan kampung, siap ada tempoyak bagai.. aku nak tambah tapi segan nak panggil waiter.
Kepada pengantin selamat pengantin baru dan semoga bahagia selama-lamanya. Minta maaf kerana kami tidak dapat menghadirkan diri ke majlis resepsi tapi dengar kata sungguh meriah. Haruslah meriah, majlis nikah pun dah meriah camtuh.