Wednesday, January 5, 2011

Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati

Apakah tali kecapi itu? Ah abaikankan lah dengan tajuk itu yer. Itu kan peribahasa org dulu2.

Org kata kalau dah ke Melaka tu, tak sah kalau tak ke Umbai pekena ikan bakar. Terima kasih kepada en. garmin yg menunjukan arah dan tujuan. Dari Bandari Hilir nak ke Umbai takdelah jauh sgt. Dalam setengah jam pun dah sampai.

Tapi sbb byk sangat pun kedai makanan kat Umbai sana, kiterang pun main pergi jelah ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Tak tau lah kedai mana pun yg sedap. Main belasah aje.

Welcome to Umbai

Beginilah keadaan sekita medan selera di waktu malam


Ada 2 tingkat. So pilihlah nak makan di bawah atau di atas. Kalau kat bawah dia byk gerai. So pilih lah nak gerai yg mana satu. Kalau kat atas pulak dia more to restaurant lah. Nakhoda Seafood nama restorannya.

Sebulat suara kami semua utk makan di tingkat atas, atas faktor2 keselesaan. Lagipun time tu kat atas tak ramai org sgt. So, senang nak order dan tak yah tunggu lama utk menunggu makanan siap.

Duduk kat dalam pondok

Kat atas ni pulak ada disediakan pondok2. Kalau rasa2 nak duduk bersila boleh pilih duduk di sini. Lagi best duk bersila dari duk atas kerusi kan.

Sementara menunggu makanan siap. Aku kasi Marissa makan dulu. Biar dia kenyang2 dulu. Supaya mak pak dia senang makan nanti tanpa gangguan.


dia nganga. Aku pun nganga. tapi nganga aku yg lagi besar

Tapi aku silap, walaupun dah diberikan makan, tetap lah dia nak org melayan dia. Kalau tidak dia merengek.

Aku ingatkan tak yahlah nak take turn masa makan. Just makan jer sekali sumer. Alih2 aku gak kena mengadap dia dulu. Terkulat2 aku tgk org lain makan dulu.


sempat gak menukar pampers dia dulu

Apakah menu2 yg diorder pada hari itu?


ketam black pepper


siakap stim


siakap 3 rasa


kailan ikan masin


sotong goreng tepung


butter prawn


Ada lagi yg diorder tetapi tiada di dalam gambar. Mungkin org tangkap gambar ni pun tak sabar nak makan dah. Amik gambar pun ala2 ajer.

So, makanan so sumer sudah terhidang di atas meja, apa tunggu lagi. Sila lah makan yer... tambah2... ada org nak belanja kan..

sumer org tgh mkn


Aku nengok jelah dulu. Dahtu kena jaga Marissa kan. Tapi ada gak aku ratah udang ngan sotong tuh. Tak sabar u ols. Tapi lum sempat dorang abis makan aku makan jer jgk. Sambil tu tepuk lah si Marissa tu supaya dia duk diam.

gambar selepas mentekedarah


tinggal aku sorang jer masih memakan

Yelah aku start lambat harus lah abis pun lambat kan. Alasan. Padahal....

hasil dari pemakanan aku


Sbb tak nak membazir, aku abiskan jugak udang sepinggan itu. Dorang lah ni order byk2 pastu tak nak abiskan. Ahkak jugak yg kena makan. Huhu.

Tapi memang puas hati lah, ketam dia besar2, udang dia pun besar. Takdelah cenonet2. Rasa pun not bad. Utk makanan di atas yg kami order itu (setiap menu kami order 2 bahagian) cuma dikenakan RM275 sahaja. Murah tak?? Dapat pulak voucher bernilai RM30. Ada sape yg nak ke sana? Boleh aku kasi voucher nie, tapi dengan syarat kena makan at least RM150 lah baru laku itu voucher.

So, next time turn sape nak belanja wahai adik beradikku?


Sebelum pulang ke resort PD marilah kita bergambar berjemaah terlebih dahulu yo.


Jalan-Jalan Sekitar Bandar Melaka

Sebelum aku meneruskan entry ini, aku nak bertanya sikit lah kat org Melaka ataupun sesapa sajelah yg biasa kat Melaka. Apa tempat yg menarik yg ada kat Melaka yer? Aku bukan apa, dari kecik sampai besar balik2 ke Bandar Hilir, tgk bangunan merah, tengok A Famosa. Selain tu apa yg best utk dilawati yer? Sumpah kiterang tak tau nak ke mana masa dah sampai ke Melaka tuh. Yelah katanya Melaka kan Negeri Maju, setanding dengan negara apa tah kat luar negara sana.

Oklah org kata gi naik cruise kat sepanjang sungai. Kiterang pun pergi lah jugak ke sana. Siang2 cam tak berapa nak menarik lah, tapi bila malam cantik sikitlah pemandangan ngan lampu2 sumer.

Di pesisiran sungai

duduklah kat tepi sungai tu sambil tgk bot ke kapal tah..

tgk org naik bot ni hah

Aku ada gaklah rasa cam naik bot tuh, tapi nampak gaya aku sorang jelah yg berminat, sbb family member aku yg lain sikit pun tak teruja nak naik. Kesian.

Bukan apa, yelah dah datang jauh2 (ceh jauhlah sgt kan) nak gak lah naik walaupun org kata bukan ada apa pun, tapi yelah mat saleh pun naik takkan lah kita yg duk mesia ni pun tak naik kan.


eye on Malaysia

Aku tipu, tu bukan eye on malaysia. Tu eye on Malacca je kot. Sbb kecik jer, tak delah tinggi mcm eye on Malaysia.



Pirate ship


Tapi sbb kiterang datang hari tu, hari Khamis, maka org pun takdelah meramai sgt.

Bangunan2 yg dicatkan mural di sepanjang sungai




Aku nak tanyalah, kat mana letaknya Menara taming sari yg org sibuk perkatakan itu yer? Aku tak jumpa lah pulak hari tuh. Mungkin kami sekejap jer kat sana so, tak nampak kot.




budak yg wat hal sendiri je


my familia


tak dapat naik cruise, gambar atas jambatan pun jadilah



eh anak saya senyumlah


Bukan apa, si Marissa ni memang lah suka bergambar, tapi payah nak tgk dia senyum. Suka wat muka eksen2 supaya org cubit pipi dia tembam itu.

teknik apakah?

Saje letak gambar ni. Patutnya padestrian, leh jer nak melintas kat sini, kete2 kenalah slow2 lalu kat kawasan ni, tapi nan ado, lagi dorang bawak laju adalah. Aku bila dah dapat melintas aku saje jer jalan slow, biar dorang kena tunggu lama2 sikit. Hah berani nak langgar?

ngan family


Yang dukung Marissa itu adalah akak aku yg menolong aku menjaga Marissa. Eh hari ni harijadi dia lah. Happy birthday to her.


Marissa with her Paklong & Maklong


Marissa with her Ucu


Ucu Marissa baik. Selalu belikan baju utk Marissa. Hehe. Tapi pagi ni Ucu Marissa dah fly dah balik ke Miri. Tuntutan tugas. Kejelah baik2 kat lautan sana yer. Offshorian lah kata kan. Balik esok bawak kek lapis byk2 yer. Mahal pun mahal lah. Janji sedap.


I love this green sweater from hallmark

Hallmark biasalah, kaler dia cantik. Pastu gambar dia pun comel2. Tapi Marissa dah semakin besar, baju byk yg dah semakin mengecik. Takpe mama simpan tuk adik2 Marissa nanti yer. Wah.

mama & marissa


my small family


melihat air pancut


ayah & marissa


sejak bila lak jadi mat bunga ni?






duduk2

Agak2 hari nak gelap, kami pun bersurai. Eh bersurai pulak. Kami pun berangkat pulang. Eh tapi tak terus balik. Kami singgah ke satu tempat yg harus diterjah kalau ke Melaka. Ke satu tempat makan2. Cuba teka kami makan di mana? Gedik pulak nak tanya2 org. Ada korang kesah?

Sungai Melaka di kala senja hari

Dalam pada malas2 nak update, panjang gak entri ni dengan 24 gambar. kang ada pulak yg kira tgk betul ke ada 24 gambar.

Tuesday, January 4, 2011

Budak2 dan Kuda

Kalau berkunjung ke Teluk Kemang tuh, kat Dataran tu dapatlah kita lihat budak2 naik kuda. Eh bapak budak pun ada gak yg naik kuda. Tapi naik bapak kudalah. Aku tgk rata2 yg jaga kuda tu budak2 lah. Yelah time cuti sekolah kan, time nilah dorang nak cari duit poket kan. Bagus2.

kuda yg mendengar kata


Kalau dah ke sana, sini dan kesinun kuda2 itu berkeliaran. Haruslah ia meninggalkan jejak. Bukak takat tapak kaki yg kedekut kedekut (effect bunyi kuda), tapi juga ialah bahan2 buangan. So, nanti nampaklah kat sana seketul, kat sini dua ketul dan kata sana berketul2. Jadi tuk tidak mencacatkan pemandangan haruslah dikutip bahan2 buangan itu.

Camne yer nak kutip? Ni hah camni...

sedang membersihkan bahan2 buangan

Ahkak respek kat adik2 itu. Yelah daripada duk buang masa, ada gak kerja berfaedah yg dilakukan. Duit poket pun dapat.

Takat ke PD apa jelah yg boleh dibuat kan. Lagipun dah selalu sgt ke sana. So, just tgk2 org je lah. Sambil tu leh lah beli2 sikit buat syarat. Jalan2 lah kat gerai2 kat situ. Kot ada yg berkenan. Ternampak pulak baju pink yg paling comel tergayut di situ.

terus acukan kat Marissa

macam ok jer

Itu jelah yg aku beli. Dapat lah selai RM13. Tak lama pun lepak kat situ. Pastu dekat2 kul 4 kiterang terus ke resort utk check-in. Yang pasti anak2 buah aku dah tak sabar nak berendam kat pool.

Marissa sekang dah kenal org tau. Ni gambar dia dengan akak caretaker kat resort tuh. Tgklah reaction si Marissa tuh.



mula2 tenung dalam2



pastu pandang tempat lain

pastu wat muka simpati suh mama dia amik dia

Sonok tau, bila tgk anak depa tangan suh kita amik dia.

Lari Pecut

Pagi tadi sikit lagi aku nak ketinggalan komuter. Jalan mcm sesak sikit. Yelah dah start sekolah kan. Pastu kete kat dpn hegeh2 pulak. Sampai2 parking stesyen komuter nampak lampu komuter dari jauh. Apalagi lari pecut lah aku. Pakai pulak kasut tumit. Nasib tak jatuh. Bayar2 parking pastu terus cabut lari, resit parking pun aku tak amik.

Pastu beli tiket pun laju2. Mujur duit balance aku sempat amik. Pastu terus naik tangga jejambat. Masa tu komuter semakin menghampiri. Aku rasa aku lari dah sehabis laju dah. Tapi rasa cam lambat jer aku lari. Mujur tak tergolek dok.

Fuh sempat pun. Masuk2 jer terus pintu komuter tutup. Tapi dia punya mengah.. wa cakap lu.. dah 1 km perjalanan pun aku tercungap2 lagi.. memang exercise di pagi hari lah...

Tapi kan memang lepas beranak, camtu ker? Dulu2 aku rasa aku ni lari leh tahan gak pecut dia. Yelah zaman2 sekolah dulu 100m, 4x100m memang sukan aku lah. Heloo tu 20 tahun lepas..boleh lah..

yer lah dah veteran rupanya..hehehe

Monday, January 3, 2011

Sup Power Port Dickson

Cuti hujung tahun lepas just pergi ke PD saje. Takde plan apa pun. Cuti pun tinggal 3 hari jer time tuh. Rezeki pulak dapat pulak menginap di Resort tempat kerja aku. Dan yg paling best sekali sumer family member pun available. PD pun jadilah, janji ada satu tmpt utk berkumpul satu keluarga. Yang pasti that was the first vacation for Marissa.

Kami gerak ke PD pada pagi Rabu lepas. Konvoi 3 kereta. Sebelum sampai ke resort kami makan tengahari dekat Sup Power Port Dickson. Tgk kereta penuh jer berderet sepanjang jalan kat kedai tu, kami pun apa lagi nak lah jugak turut serta.



Terletak betul2 kat tepi jalan menghala ke PD

Budak bambam bertopi

Org lain makan, aku kena jaga si bambam ini dulu

Biasalah tu kan makan kena ikut turn. Kalau sumer nya pun makan sekali sape nak pegang budak kecik ini. Memanglah dia boleh jer duduk kat baby chair tuh, tapi takat sekejap tu bolehlah pastu hah sibuk nak keluar.

Si Adam yg rajin melayan

Lepas dorang sumer abis makan, barulah aku makan. Boleh tahan gak sup dia. Aku just makan nasi putih dengan sup daging. Pastu aku amik sambal belacan. Sambal belacan dia sedap tau. Ada rasa cam mangga. Sementelah aku makan, Marissa aku pass kat ayah dia. Tak yah nak gaduh2 masing2 pun berebut jer nak main ngan Marissa. Ramai jer tukang layan dia. Dah tu dia yg paling kecik kan.






Marissa kena buli dengan ayah dia





gembira dapat makan sampai kenyang


Marissa leleh air liur jelah tgk

Eh tak, Marissa bukan jenis air liur meleleh. Mungkin sbb masa mengandung dia dulu, aku dapat makan sumer makanan yg aku nak. Tu sbb dia baru lepas minum air putih.

First time bawak dia jalan2 jauh sikit. Mujur Marissa bukan jenis suka nangis2 nak susu. Dia tau, time dia leh dapat susu adalah sewaktu di dalam kereta. Kat dlm kereta selesa sikit. Almaklumlah aku ni tak biasa lagi nak menyusu dia di khalayak org ramai.

Marissa dgn Abah si Adam

Sementara menunggu waktu utk check-in kami singgah di Teluk Kemang terlebih dahulu.

Hampir Siap

Masih ingat entry ini dan ini?

Tunjuk sikit jelah dulu. Belum siap sepenuhnya lagi. Nanti kalau dah siap betul2 aku kasi show off yer.










Dah tu jer nak tunjuk. Pasni nak citer pasal cuti hujung tahun hari tu pulak.

Ingatkan Baru Nak Merajuk Dengan...

Apa ni.. awal2 tahun dah nak merajuk2.. not gud2. Oh ya Selamat tahun baru 2011 kepada semua. Pantas sungguh masa berlalu kan. Tup tup dah masuk tahun baru dah kita. Azam? Biasalah asal masuk tahun baru org mesti tanya azam kan.

Yang pasti, syukur, azam utk bergelar ibu sebelum 30 tahun terlaksana. Ini azam tahun lepas2. Hehe. Azam aku tahun ni?... erm.. takpelah biar aku jer yg tahu azamku itu.

Aku ni barulah nak merajuk dengan nuffnang ni tau. Dah lah masa harijadi aku bulan lepas dorang tak kasi aku tiket wayang free. Huhu. Pastu aku tgk BE pun tak berapa masyuk. Aku tgk blogger lain kemain citer BE ini masuk, BE itu masuk.

Ada org kata kalau nak byk BE kena kerapkan cash out. Ye ke camtuh? Mgkn ye kot. Aku memang tak pernah cash outkan lagi. Pernah sekali, tahun 2009 tapi sampai sekarang cek itu aku tak clearkan lagi. Sampailah tahun lepas nuffnang issue lagi satu cek kat aku. Pun aku tak clearkan Lagi. Takpe cek tu sah sampai 6 bulan.

Kalau boleh nak tgk sampai 4 angka. Baru nak cash kan. Tapi berjangguitlah nak tunggu kan. Lainlah blogger yg memang femes ames. Hihi.

Tapi sekang dah tak jadi nak merajuk, sbb cek akaun nuffnang dah ada BE dah. Tq Nuffnang.