Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Ingatkan Baru Nak Merajuk Dengan...

Apa ni.. awal2 tahun dah nak merajuk2.. not gud2. Oh ya Selamat tahun baru 2011 kepada semua. Pantas sungguh masa berlalu kan. Tup tup dah masuk tahun baru dah kita. Azam? Biasalah asal masuk tahun baru org mesti tanya azam kan.

Yang pasti, syukur, azam utk bergelar ibu sebelum 30 tahun terlaksana. Ini azam tahun lepas2. Hehe. Azam aku tahun ni?... erm.. takpelah biar aku jer yg tahu azamku itu.

Aku ni barulah nak merajuk dengan nuffnang ni tau. Dah lah masa harijadi aku bulan lepas dorang tak kasi aku tiket wayang free. Huhu. Pastu aku tgk BE pun tak berapa masyuk. Aku tgk blogger lain kemain citer BE ini masuk, BE itu masuk.

Ada org kata kalau nak byk BE kena kerapkan cash out. Ye ke camtuh? Mgkn ye kot. Aku memang tak pernah cash outkan lagi. Pernah sekali, tahun 2009 tapi sampai sekarang cek itu aku tak clearkan lagi. Sampailah tahun lepas nuffnang issue lagi satu cek kat aku. Pun aku tak clearkan Lagi. Takpe cek tu sah sampai 6 bulan.

Kalau boleh nak tgk sampai 4 angka. Baru nak cash kan. Tapi berjangguitlah nak tunggu kan. Lainlah blogger yg memang femes ames. Hihi.

Tapi sekang dah tak jadi nak merajuk, sbb cek akaun nuffnang dah ada BE dah. Tq Nuffnang.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Islam

Entry sempena Awal Muharram ini.

Assalamualaikum

Peristiwa Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1 Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.

Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu strategi yang mengambil kira perancangan jangka panjang untuk menterjemahkan gagasan dan wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara.

Islam diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak 13 tahun sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.

Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.

Mereka akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan berlandaskan nafsu, struktur masyarakat berpuak-puak dengan sistem perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraish meneruskan penindasan.

Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.

Selain itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai masyarakat Arab, penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.

Oleh itu, masyarakat awal Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah. Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan, keilmuan dan teladan perilaku Rasulullah sebagai model ikutan, mereka mampu menghadapi cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.

Mereka dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat al-Quran yang diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia kepada keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.

Islam membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu sistem yang mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah Pencipta manusia. Allah menganjur penyusunan umat manusia hendaklah berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.

Gagasan Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat keadilan dan peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh di terima pembesar Makkah pada masa itu.

Walaupun kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka memutuskan untuk membunuh Nabi dengan menggembleng semua suku kaum Quraisy di Makkah.

Quraisy jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam suasana sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik oleh golongan Ansar Madinah.

Penghayatan prinsip bermasyarakat secara Islam di Madinah adalah kemuncak kepada kejayaan Islam. Masyarakat majmuk Madinah mampu dan bersedia tunduk kepada nilai Ilahi.

Umat Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam, umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.

Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.

Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.

Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.

Wassalam

source: forwarded e-mail

Friday, January 2, 2009

Malam Tahun Baru yg Sungguh Happening

Eh lupa nak wish Happy new year 2009 kat blog nie. Tapi takpelah aku dah wish masa Awal Muharram hari tu, cukuplah tu kan??

Aku nak citerkan malam sambutan Tahun Baru yg sungguh 'happenin' yg diraikan oleh kami. Tapi sayang aku terlupa nak amik gambar. "Tulah watie pesal ko tak ingatkan aku?"

Malam tahun baru tu aku asben, Watie & Am kuar bersama-sama. Tapi bkn for party or gi tgk konsert ker bunga api ke apa ker...

Aku & Watie menemani asben masing2 gi main badminton kat sports planet. gile sangap kami di sana. Tapi demi laki tercinta, kami turutkan saje. Dah lah sampai pkl 3 pagi ok...

Apapun Happy new year to all of you:)

Monday, January 7, 2008

Perihal 1 Jan

1 Januari datang lagi. Happy New Year to all. Tahun ni no count down count down ok! malas nak bersesak-sesak. Cuma after office balik rumah in law kejap. Since mama tingin nak makan KFC hubby belanja mama dan ayah makan kat Jalan Kuchai Lama. Mula2 gi KFC kat Taman Sg. Besi tapi KFC Spicy dah abis lah pulak, dah lah tu feveret mama.. tu yg sampai ke Kuchai Lama. Selera tul tengok mama ngan ayah makan... Ayah ajak aku ngan hubby join count down ngan member seangkatannya, tapi hubby cam malas dan aku pun time tu sakit kepala yg amat.. so terpaksalah menolak ngan cara yang baik.. ranggi tul ayah mertua ajak anak menantu lepak sesama.. best best.. derang very the sporting... abis makan ayah hantar kiterang balik amik kete & terus balik rumah mak aku, 11 lebih baru sampai rumah.




Pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang berbeza (2007), aku & Shah telah menyelebrate anniversary pertunangan kami yang pertama bersama-sama rakan rapat bersama hubby masing2. Belanja makan je pun kat Kg Baru. Pada perjumpaan tersebut kami semua telah berjanji untuk mengadakan at least 1 gathering dalam setahun. Seronok gak bila berkumpul-kumpul sekali-sekala ngan kawan2 yang gila2 nie walaupun masing dah berlaki. Watie, Wan, Nita & hubby masing2 punyalah sporting.. Tambah lagi Nita memang terkenal ngan gila2 yang teramat dia tu menggamatkan lagi keadaan. Harap2 persahabatan ini akan berkekalan walaupun masing2 sekarang ni ada keluarga sendiri. Seronok kawan ngan korang tau.... oh ye derang ni sumer kawan2 aku masa dari sekolah rendah dan sekolah menengah lagi. Layan gambar jelah tapi sori gambar laki masing2 takde dalam simpananlah pulak..












Pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang berbeza (2006), aku juga telah melangsungkan pertunangan dengan tak lain dan tak bukan En. Shah a.k.a Boy. Setelah hampir 4 tahun berkawan kami mengambil keputusan untuk bertunang.. Tapi time tu tak fix lagi bila nak langsungnya.. Citer pasal kahwin akan diceritakan pada next entry.