Org kata kalau dah ke Melaka tu, tak sah kalau tak ke Umbai pekena ikan bakar. Terima kasih kepada en. garmin yg menunjukan arah dan tujuan. Dari Bandari Hilir nak ke Umbai takdelah jauh sgt. Dalam setengah jam pun dah sampai.
Tapi sbb byk sangat pun kedai makanan kat Umbai sana, kiterang pun main pergi jelah ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Tak tau lah kedai mana pun yg sedap. Main belasah aje.
Welcome to Umbai
Ada 2 tingkat. So pilihlah nak makan di bawah atau di atas. Kalau kat bawah dia byk gerai. So pilih lah nak gerai yg mana satu. Kalau kat atas pulak dia more to restaurant lah. Nakhoda Seafood nama restorannya.
Kat atas ni pulak ada disediakan pondok2. Kalau rasa2 nak duduk bersila boleh pilih duduk di sini. Lagi best duk bersila dari duk atas kerusi kan.
Sementara menunggu makanan siap. Aku kasi Marissa makan dulu. Biar dia kenyang2 dulu. Supaya mak pak dia senang makan nanti tanpa gangguan.
Tapi aku silap, walaupun dah diberikan makan, tetap lah dia nak org melayan dia. Kalau tidak dia merengek.
Aku ingatkan tak yahlah nak take turn masa makan. Just makan jer sekali sumer. Alih2 aku gak kena mengadap dia dulu. Terkulat2 aku tgk org lain makan dulu.
Apakah menu2 yg diorder pada hari itu?
Tapi memang puas hati lah, ketam dia besar2, udang dia pun besar. Takdelah cenonet2. Rasa pun not bad. Utk makanan di atas yg kami order itu (setiap menu kami order 2 bahagian) cuma dikenakan RM275 sahaja. Murah tak?? Dapat pulak voucher bernilai RM30. Ada sape yg nak ke sana? Boleh aku kasi voucher nie, tapi dengan syarat kena makan at least RM150 lah baru laku itu voucher.
So, next time turn sape nak belanja wahai adik beradikku?