The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Thursday, December 9, 2010
Telah Berjangkit
Ok hari tu aku ada janji apakah tips atau lebih tepatnya camne nak jaga anak yg masih bayi kena chicken pox. Yelah mana tau kan. Kita kalau boleh taknaklah anak kita sakit demam sumer. Tapi kalau dah kena nak wat camne kan.
Macam Marissa dia kena tatkala umur baru nak menjangkau 6 bulan. Jarangkan baby nak kena chicken pox awal2. Takpelah .. tapi doktor kata lebih baik dia kena masa kecik. Nak jaga pun senang.
Ok cam Marissa aku ngan asben yg jaga dia sepanjang dia kena chicken pox tuh. Aku tetap mandikan dia cam biasa. Doktor yg advice kalau boleh mandikan dia kerap. Jangan kasi berpeluh. Bila berpeluh, bayi akan rasa kurang selesa dan gatal.
Pastu air cond kena on 24 jam. Pagi petang siang malam beraircond. Doktor yg suh tau. Aku pun on lah jgk dalam pada tu takut gak kalau anak kena selesema kan. Tapi malam2 kalau cuaca sejuk aku off je a/c. Aku pun tak tahan sejuk. Tapi most of the time air cond on lah. Disebabkan itu bil api bulan lepas sampai 400 lebih. Pengsan.
Org kata daun semambu jugak elok tuk org chicken pox. Susah payah mak bapak mertua aku carikkan daun semambu tau. Siap mintak tolong India carikan. Sbb biasanya rmh India byk pokok nie. Tapi pantang dorang jgn petik daun ni time malam2. Tak tau nape.
Daun semambu tu aku letakkan kat bawah tempat tido Marissa. Kalau org besar2 tido jer atas daun tuh, tapi tuk Marissa aku alaskan dengan kain. Takut gak bertambah miang pulak. Tapi org kata daun tu lagi membantu mengurangkan miang2 di badan.
Daun tu jugak aku rebuskan buat air mandian Marissa.
Lepas mandi aku sapukan ubat yg doktor bagi. Nama ubat tu acyclovir cream. Tapi bukan ubat calamide yg putih tuh. Doktor kata ubat tu cam tak sesuai sangat tuk chicken pox yg Marissa kena tuh. Pastu pakaikan baju yg lubang tuh. Nak kasi udara masuk.
Perhatikan jgk suhu badan anak. Sbb walaupun Marissa cam ok jer, tapi kdg2 tuh suhu dia mencecah 39darjah. Kena senstiasa pantau dia punya suhu badan. Letak tuala basah ataupun kool fever.
Masa demam tu kasi ubat demam. Utk tahan gatal, doktor suh makan ubat selesema. Walaupun selsema takde tapi dapatlah tolong mengurangkan rasa gatal. Tapi bila dah telan ubat selesema, baby pun apa lagi, tido jelah kerja.
Tapi make sure jugak baby minum susu cam biasa. Oh ya ada org suh minum air kelapa. Tapi aku tak berani nak kasi Marissa minum. Yelah dia kan minum susu aku jer. Tetiba nak kasi minum air kelapa. Takut jugak kan. So, langkah yg aku amik, aku yer yg minum air kelapa tuh. Dengan harapan khasiatnya tu akan terserap kat susu.
Dalam tempoh seminggu lepas kesam campak tu akan semakin byk dan kering. Lama kelamaan dia akan tertanggal sendiri. Time tu boleh lah nak sapu vitamin E ke apa ker. Aku sapu bio oil jer.
Alhamdulillah sekang bekas2 yg byk kat muka ngan leher dia dah semakin hilang. Layan jelah gambar2 Marissa terkini bersama dengan baju seksi yg nenek dia beli masa gi Terengganu hari tuh.
Beri Saya Lima
5 nama samaran kamu
- Deqna - suami, kawan2 blogging, family - rasa manja bila dipanggil nama ini.
- Derna - ofismet, kawan2 sekolah - rasa formal bila dipanggil nama ini.
- Deyna - kawan2 rapat, kawan2 lama - rasa mesra bila dipanggil nama ini.
- Ayang - anak-anak buah - rasa disayangi. Patutnya panggil alang, tapi cute gak panggil ayang.
- Mama - anak tersayang - rasa bahagia. Walaupun dia belum panggil lagi.
5 tarikh penting dalam hidup kamu
- 24 Dec 1980 - Hari lahirku
- 1 Dec 1980 - Hari lahir suamiku
- 10 Jun 1957 - Hari Lahir ibuku
- 28 May 2010 - Hari Lahir anakku
- 7 Julai 2007 - Sah bergelar suami-isteri
5 perkara kamu buat semalam
- Muntah kat toilet
- Beli makanan baby
- Dating ngan asben
- Lipat baju Marissa
- Iron baju
5 perkara yg buat anda gembira
- Dapat menggembirakan hati org yg tersayang
- Menyusukan anak
- Bermain-main dengan anak
- Shopping
- Bercuti
5 sebab kamu jawap soalan ini
- Sebab dah kena tag kenalah buat.
- Soalan yg simple2. Kejap jer dah siap
- Nak byk kan entry
- Suka jer nak jawab
- Sbb nak tag engkorang pulak...hehehehe kita tgk sape yg kena
5 kawan untuk ditag
Mangsa2 tag kali ini ialah 5 org pengomen blog ini yg paling latest (disaat entry ini ditaip). Sila buat yer. Walaupun ada yg kena tag gak benda yg sama. Itu namanya tag berganda..
Kunjungan korang ke blog ini aku hadiahkan dengan tag ini. Boleh? Tapi pada korang2 lain yg jugak berkunjung ke sini jika sudi sila lah buat yer.. kalau takde idea tuh watlah tag ni, at least berupdate gaklah blog itu.
Wednesday, December 8, 2010
Lega Rasanya Bila Segalanya Diluahkan
Sakit yg rasa macam nak muntah. Pastu rasa cam berpeluh, padahal sejuk jer. Telan sebijik panadol. Tapi tau telan panadol pun takkan jalan punya. Cara yg terbaik nak hilang sakit kepala camgini hanyalah muntah. Kalau muntah sure lega punya.
Pergilah ke toilet. Percubaan pertama tuk muntah adalah menggagal. Nak muntah tapi tak jadi. Lagilah kuat berdenyut kepala nie. Tak boleh jadi ni, segalanya harus diluahkan jua.
Cara paling cpt dan berkesan adalah masuk ke dalam toilet dan tgk lubang toilet lama2. Tak sampai baper saat segalanya tersembur keluar. fuhhhhhh lega rasanya.
Sekarang tidak pening lagi.
Sorilah entry jijik light2 di petang hari. Tapi sebenarnya nak share petua ngan korang, kalau susah sgt nak muntah, tiru jer cara aku nie.. confirm... tapi janganlah saje2 nak muntah sbb nak kurus dan nak jadi anoreksia pulak...
Tuesday, December 7, 2010
Selamat Tahun Baru Islam
Assalamualaikum
Peristiwa Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1 Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.
Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu strategi yang mengambil kira perancangan jangka panjang untuk menterjemahkan gagasan dan wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara.
Islam diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak 13 tahun sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.
Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.
Mereka akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan berlandaskan nafsu, struktur masyarakat berpuak-puak dengan sistem perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraish meneruskan penindasan.
Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.
Selain itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai masyarakat Arab, penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.
Oleh itu, masyarakat awal Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah. Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan, keilmuan dan teladan perilaku Rasulullah sebagai model ikutan, mereka mampu menghadapi cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.
Mereka dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat al-Quran yang diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia kepada keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.
Islam membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu sistem yang mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah Pencipta manusia. Allah menganjur penyusunan umat manusia hendaklah berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.
Gagasan Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat keadilan dan peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh di terima pembesar Makkah pada masa itu.
Walaupun kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka memutuskan untuk membunuh Nabi dengan menggembleng semua suku kaum Quraisy di Makkah.
Quraisy jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam suasana sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik oleh golongan Ansar Madinah.
Penghayatan prinsip bermasyarakat secara Islam di Madinah adalah kemuncak kepada kejayaan Islam. Masyarakat majmuk Madinah mampu dan bersedia tunduk kepada nilai Ilahi.
Umat Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam, umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.
Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.
Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.
Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.
Wassalam
source: forwarded e-mail
Monday, December 6, 2010
Birthday Suprise Part Two
Tapi sebelum tuh, tak sangka laki den ni, hari tu aku sesaja lah bukak fb dia, kemain berjela ucapan birthday dia terima. Amboi amboi amboi.. jeles aku nie. Bukan jeles apa, boleh aku sendiri tak wish dia. Tapi takpelah dalam fb jer aku tak wish, tapi di alam nyata aku wish. Kat blog pun aku wish gak. Ok lah tu kira balance lah, dia aktif fb aku aktif blog. Tapi aktif ke pun???
Malam birthday dia tu aku wat cam biasa jer. Konon2 nak wat2 lupa lah birthday dia. Tapi takde maknanya, si tuan punya badan sikit2 highlite kat aku esok birthday dia. Tap aku still wat cam tak reti jer. Gigih gaklah tahan mata supaya tak terlelap sebelum kul 12 malam.
Tapi tatap lah jugak aku tertido di kala menyusukan Marissa. Nak set alarm kang, tak surprise pulak. Tapi mujurlah lah jugak aku terjaga dalam pukul 11 lebih. Bangun2 terus tgk jam.. fuh sebaik lum kul 12. Time tu baik Marissa, baik apaknya, dua2 tengah tido. Aku pun slow2 bangun.
Gi dapur diam2. Nyalakan lilin nan sebatang. Lighter takdo, mancis pun nando. Pakai dapur sudah. Pastu terus cucuk kat atas sepotong kek tajaan secret recipe. Beli sepotong jer cukup, asben aku ni bukan makan kek pun.
Pastu diam2 menyelinap masuk bilik. Letak kek kat atas meja komputer. Hadiah & card pun dah stenbai. Tepat jam 12 mlm, terus kejutkan asben dengan satu ciuman sambil ucap happy birthday kat dia. Yang bagusnya anak aku pun leh pulak celik time tuh. Nak join sekali lah tuh. Tapi best jer, tak yah celebrate jauh2, celebrate dalam bilik jer, dengan anak bini lagi bermakna.
Gambar masa kejutan takdelah. Kata kejutan, mana pulak nak amik gambar bagai kan. Tak plan pun nak amik gambar bagai, yelah masing2 pun sememeh dah tido kan. Tapi asben sgt sentimental, dia kata kena amik gambar gak, sbb kenangan. Dia pun kuar kan lah kamera gedang dia tuh. Ikut aku pakai hp pun jadi.
Jadi kita saksikan jelah gambar2 pada hari kejadian.
Apakah yg diterima olehnya? Tahlah since surprise nak bercuti tu cam tak berapa nak jadi, maka aku pun cpt2 lah cari sumting tuk diberikan kepada suami. Masa lunch time siang tu, cpt2 aku berlari ke Sogo. Carilah apa yg patut. Tapi masa singkat sgt tak tau nak cari apa.
Aku nie memang giler beli perfume. Padahal baru jer kasi asben perfume hari tuh, takde sempena apa2 tapi sbb aku cam kureng suka dengan bauan itu maka aku kasilah perfume dari jenis pulak.
Insan2 yg dicintai dan disayangi. Itu yg lebih penting dari segala bentuk materialistik.
Marissa 'dibungkus' dengan wrapper
Ikutkan kasi ni je pun dah cukup... hehehe. Kalau tak cukup meh aku bungkus dengan aku2 sekali. Hahaha. Apapun anak ini adalah hadiah yg tak terhingga buat kami berdua.
Budak yg nak jugak menyibuk di tengah malam
Sangat meriah birthday surprise ayah Marissa pada malam itu. Yang si anak pun macam sama2 je nak nyanyi happy birthday kat ayah dia.
Once again, happy birthday to my dear husband. I love u forever and ever.
Birthday Surprise

Di manakah letaknya tempat di atas?
Ala kat Gold Coast jer. Wah kemain kan hadiah birthday nak bawak ke gold coast sana. Ingat aku ni anak tokey balak?
Bukan Gold Coast kat Australia sana, tapi ni Gold Coast dlm Mesia jer. Kat Sepang sana. Kalau Gold Coast ni takpe, tak jadi anak tokey balak pun aku mampu lagi lah.
Memang lama dah tingin nak stay kat Golden Palm yg ala2 kat Dubai sana. Nak sampai Dubai tak taulah taun bila kan, so dapat feeling duduk kat Dubai tapi kat Sepang saje pun oklah jugak kan.
Makanya berhempas pulas lah aku masuk web site sana sini, nak cari info dan nak wat online reservation bagai. Cadangannya nak pergi 12hb. Kenapa 12hb? Sbb tarikh tu tengah2 birthday asben dan birthday aku. So, leh celebrate sekali.
Bukan saje masuk website jer, siap aku call sekali. Tapi tahlah bila dah call dan bercakap dengan org yg tak berapa nak customer servis ni terus cam jatuh jer graph aku nak berkunjung kat sana. Apa ingat org ado2 jer yg boleh duk sana? Ala takat RM630 satu malam. Apa ada hal kalau aku betul2 nak pergi. Tapi tulah bila deal dengan org yg tak berapa nak customer servis ni elok2 aku nak gi terus cam takde mood jer. Oh ya harga itu tak termasuk breakfast yer kawan2. Giler cekik darah gak tempat ni kan, tapi kalau betul2 berbaloi apa salahnya kan.
Takpe, mungkin next time lah. So surprise ini tidak menjadi buat masa ini.
Sunday, December 5, 2010
Teka Kacang

Eh bkn teka kacang tapi teka troli. Berapakah harga brg2 dlm troli itu? Klu dia kurang 500 lebih 400. So ramai yg akan jawab 450. Jadi itulah jawapannya. Maka soalan ditutup. Takyahlah susah2 nak jwb. Tiada hadiah wat masa ini. Tapi kan aku nak wat satu contest/giveaway. Hadiah dah lama beli, tapi contestnya blm decide lagi. Tunggu ye. Sekrg ni tiap bulan benda wajib dibeli ialah pampers anak. Sekrg suka pakai pet pet. Drypers pun ok gak. Tapi pet pet lagi best sbb dia guna magic tape. Dah tanggal leh lekat lagi. Tak macam drypers sekali lekat je. Ok lah ni je update di hujung minggu. Entry tanpa paragraph sbb pakai hp saje. Bye. Eh dah mcm hntr sms plak berbye bye bagai.
Thursday, December 2, 2010
Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pulak Tempat...
Ok sebelum tu mari kita habiskan tajuk entry di atas. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat.......tempat apa? cer korang teka sikit....
di sinilah tempatnya
Ok dpt tak? Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bersalin. Yer... di atas katil inlah Marissa dilahirkan.
Tak boleh blah kan perut aku time ni. Walaupun baby dah kuar, perut masih mcm mengandung 5 bulan. Tapi sekarang tidak lagi. Perut dah mengempis kembali. Rahsianya? PB? no ..no..no.. tapi ialah BF. Breasfeeding lah.
.
Kat tempat ni pulak nyaris2 perut aku nak kena belah. Nurse memang dah standby dengan OT ni kot2 aku tak leh nak bersalin secara normal ke kan. Yelah kan doktor kata tulang pelviks aku kecik. Tapi Alhamdulillah, dapat gak bersalin secara normal. Vakum pun vakumlah. Janji tak belah2.
Giler kan org pas bersalin duk diam2. Aku ni sibuk dok buat site visit, posing sana sini. Blogger lah katakan.
