Thursday, December 2, 2010

Baby Stem Life

Aku sekang tak tau nak citer apa. Gambar2 terbaru belum didownload lagi. So, aku citer based on gambar2 yg ada kat hard disk aku nie. Bila belek2 gambar yg berjuta ni rasa datang pulak idea nak update blog.

Dula masa pregnant masa pergi antenatal kelas adalah briefing pasal stemlife nie. Masa tu memang berminatlah nak join. Tapi belum sempat pun nak register terberanak sudah.


Model stemlife baby tak berbayar


stemlife baby with her bumbo seat

Walaupun tak sempat nak register sebelum bersalin hari tuh, rezeki Marissa dapat jugak menjadi baby stem life. Masa bersalin hari tu, lepas baby keluar, masa doktor nak potong tali pusat, doktor tanya nak buat ke stem life ni? Aku laju jer menjawab, "nak buat doktor tapi tak sempat pun hari tu nak register, tgk2 dah bersalin hari ni". Pastu tu doktor kata, nak buat boleh lagi, sbb ada satu kit yg available. Kami pun setuju ajer.

Petang tu, terus org dari stem life datang tgk aku kat wad tuk signing agreement segala. Mudah ajer. Ko sign, pastu ko bayar lah bulan2. Nak bayar sederap pun boleh, tapi aku prefer lagi bayar secara monthly. Utk tahun pertama ni setiap bulan kena bayar dua ratus lebih. Pastu tahun berikutnya takde dah monthly payment, just bayar 200 lebih utk setahun. Ni kira macam insuran jugak lah. Tapi insuran dalam bentuk lain lah.


tak macam org lepas bersalin


Aku nak citer panjang lebar nak eloborate pasal stem life ni malaslah pulak. Lagipun ini bukan entry berbayar, bukan aku dapat komisen pun kalau aku dok promote stemlife ni pun. Hehe. Korang nak tau lebih lanjut pasal stemlife boleh lah pergi ke website nye ye.


Motif entry ni semata nak letak gambar 2 keping Marissa yg kat atas tuh. Tapi aku sajelah selit2 sikit gambar masa Marissa lahir dulu. Bila tgk gambar2 masa bersalin dulu rasa sonok pulak. Tak leh lupa kenangan manis 6 bulan lepas.


Ms. Yati - agent dari stem life



my 'pink' baby


Marissa masa mula keluar dulu, memang kaler pink macam baju yg aku pakai tuh. Aku saspek ni mesti sebab aku selalu minum air sirap dan air bandung masa peknenkan dia.


Isy.. tak leh lupa tul lah tgk gambar2 ni sumer. Tak sangka kejap jer anak aku dah besar. Dari baby se-baby2nya, sekarang ni dah tak berapa baby dah.. tapi baby lah jugak. Hehe. Apa dah aku merepek ni kan..

Wednesday, December 1, 2010

Selamat Harijadi yg ke-30

Happy birthday to u... Happy birthday to u... Happy birthday to my darling... Happy birthday to u.....


Ada org sambut birthday yg ke 30 tahun hari nie. Eh 30 kah? ke baru 25? hehehe apa ada pada angka yer tak? Apapun selamat harijadi buat suamiku yg tersayang merangkap ayahnya si Marissa. Dengan ucapan semoga diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan bahagia dan berjaya di dunia & akhirat.

I love you so much!!!!!

Terima kasih jugak buat mama yg telah melahirkan dan mendidik insan ini dan menjadi seorang suami dan ayah yg bertanggungjawab.


Insan2 yg ku sayang

"Marissa, hadiah apa kita nak kasi kat ayah nie?"

p/s: (entry auto publish) Harap2 surprise menjadi!

Tuesday, November 30, 2010

Syyyhhh...


Nak wat surprise nie... Harap2 menjadi..

Kesayanganku


Sekejap je dpt bermain ngan Marissa. Lps menyusu terus dia tertido. Suka melihat anak tido. Tenang setenangnya. Asben selalu berpesan klu nak pahala lebih selalu tgk wajah anak ketika tido. Tgk wajah suami tido pun dpt pahala tau.

Ole2 Dari India

Akak aku yg sulung suka makan angin. Tiap2 kali makan angin tiap2 kali tu jugak dia tak lupa kasi kami adik badik dia ni ole2. Bulan lepas dia ke India ke Taj Mahal sana. Tak lupa dia membelikan kami kain sari sorang satu.


Kainnya belum dihantar ke taylor lagi. Ingat nak hantar tapi baju yg dihantar dari bulan 9 lepas pun ada yg tak siap lagi.

Saje jer post entry ni. Satu nak cukupkan target 50 entry for this month. Satu lagi sbb nanti nak tunjukkan pulak ole2 dari Korea /Beijing pulak.

Boleh Pegang-Pegang



Sungguh seronok bila anak dah start pegang2 dan peluk2 kita. Paling best time tido dia peluk kita. Kalah bapak dia peluk ok. Hahaha.

Boleh Mandi

Ada org kata kalau chicken pox tak boleh mandi. Aku pun masa mula2 Marissa kena chicken pox tu, aku tak mandikan dia. Aku just lap2 jer. Tapi sehari tu jelah aku tak mandikan. Lepas jumpa doktor, doktor lagi galakkan mandi. Kalau boleh 5 kali sehari. Sbb tak nak kasi baby berpeluh dan rasa panas. Bila rasa berpeluh dan panas, baby akan rasa gatal2.









Masa ni memang tgh time teruk. Nak mandikan Marissa pun penuh berjaga-jaga dan berhati-hati. Takut terpecah pulak gelembung2 air tuh.
Pasni aku nak kongsikan petua2 atau apa yg kami lakukan semasa Marissa diserang chicken pox hari tuh. Yelah mana tau kot esok lusa ada anak sape2 pulak yg kena. Tapi harap2 takdelah.


Ukur-Ukur

Sebelum dapat quotation dan drawing hari tuh, kerja2 pengukuran dilakukan terlebih dahulu. Ni gambar2 masa kerja pengukuran.

Buat kat belah wet kitchen jer

Wet kitchen pun kecik, so senang lah bajet. Nak wat kat satu dapur tu belum lagi lah rasanya. Itu tunggu2 nantilah. Lagipun ni sebagai langkah permulaan nak pindah rmh. So, siapkan yg perlu2 jer dulu.


tgh lukis design

hasilnya

Barulah nampak cam betul2 kerjanya. Tak macam yg kontraktor yg mula2 kiterang panggil ukur tuh. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Tapi yg ni punya kontraktor bagus, sama2 kasi pendapat.

ukur kat master bedroom pulak

Memandangkan barang kami laki bini boleh tahan byk nyer, sampai nak ranap almari sekarang ni, terus nak wat wardrobe yg besar tuk kami berdua. Plan nak buat L shape. Lagipun ruang bilik utama tu agak luas sikit.




pattern2 tuk dipilih


Nanti kalau dah siap aku share kat korang yer.. Kalau puas hati akan kami rekemenkan kat kawan2 sumer. Deposit sumer dah siap bayar last weekend. Kalau takde aral third week next month dorang akan datang pasang.

my home sweet home

Giler lama tak jenguk rmh nie... dah tak terurus dah. Tak sabar nak pindah....

Makan Suap

Nak share something yg aku dengar semalam from radio oleh Dr. Fadzilah Kamsah.
Pasal makan suap. Bukan makan suap yg rasuah tuh, tapi makan bersuap.

Dr. Fadzilah kata hujung2 tahun ni byk dapat undangan perkahwinan. Dia kata org kata musim mengawan. Haha. Dia kata lagi tiap2 kenduri kawen mesti ada makan beradap. Pastu mesti ada makan suap2. Dia kata bagus makan suap2 tuh, tapi lagi bagus kalau diteruskan sampai bila2. Not only masa nak amik gambar tu jer.

Menurut kajian yg dibuat. Tapak tangan kita (yang belah kanan) kalau dilihat seperti berangka 18 (huruf arab) dan byk rahsia2 yg terdapat kat tapak tangan kita nie.

Antara rahsianya ialah enzim2 yg dikeluarkan oleh tapak tangan kita semasa kita makan. Dia kata lagi, menyuap suami boleh menghilangkan tekanan kepada suami. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga suapan ibu kepada anak. Boleh menghilangkan tekanan terhadap anak.

Bila masing2 dah takde tekanan, hidup berkeluarga pun semakin bahagia. Tapi dia kata lagi, suap masa isteri/suami bila dah tua, dah tak kira, sbb time tu suap bubur pakai sudu. Suap yg dikehendaki ialah suapan dari tangan ke mulut.

Masa dia dok citer pasal suap2 ni tingat lah kisah pagi Ahad lepas kat rmh. Aku makan roti canai. Sambil tu dok suapkan Marissa nestum. Tapi aku ni tak berapa perfect kasi anak makan, mesti comot2. Tapi kalau ayahnya kasi elok jer takde comot. Maka ayahnya pun amik alih lah menyuap nestum kat anak. Aku pulak teruslah makan roti canai tuh. Sambil tu aku suap2 asben roti canai tuh. Gilir2 lah. Mula2 suap mulut sendiri. Pastu suap asben pulak. Yang asben pulak suap Marissa. Satu rantaian yg menarik sekali.

Monday, November 29, 2010

Kawan Baik?

Semalam genap usia Marissa 6 bulan. Selepas 6 bulan nie, tetiba barulah kawan baik ni datang menjenguk. Rasa sungguh tak biasa sekali. Yelah kalau nak ikutkan dah setahun lebih dah kawan baik ni tak datang menjenguk. Start dari masa aku mula2 pregnant September tahun lalu.

Rasa cam tak biasalah pulak. Rasa sedih pun ye jugak. Pape ntah nak rasa sedih pulak. Yelah dah lama sgt tidak dikunjungi dia. Rasa cam baru kenal pulak. Datang tak gitau awal2... terpaksalah aku menyelongkar almari mencari...




Mujur masih ada lagi baki yg dulu2. Tapi aku musykil adakah yg datang ini benar2 kawan baik? Sbb dia datang 'sikit'2 ajer...

p/s: Korang camne? bila kawan baik korang datang menjenguk?