The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Friday, January 22, 2010
Camana Nak Hilangkan Kesan Itu?
Pagi tadi aku pun sidailah kain yg dicuci itu.
Giler rajin aku, cuci baju di tengah minggu. Biasanya aku longgokkan sahaja utk stok satu minggu. Tapi sbb memandangkan hujung minggu ini adalah bz maka terpaksalah cuci awal2.
So, pagi tadi dalam keadaan yg kelam kabut (belum ada anak dah kelam kabut sokmo), kami laki-bini saling bekerjasamalah menyidai kain baju yg sebakul itu. Lakiku memang rajin sidai kain yer.
Tengah sidai2 aku perasan ada tompokan kaler biru kat satu daripada pakaian kegemaran aku. Rupa2nya terkena dakwat pen. Tak perasan pulak aku kat dalam satu poket kat salah satu seluar asben aku ada pen. Padahal sebelum masuk mesin malam tadi aku dah cek dah takde apa2 kat dalam poket.
Sebagai kesannya, abislah beberapa helai kain baju terkena kesan dakwat pen itu. Uwaaaa... meroyan aku pagi2 tadi. Tak tau nak salah kan sape. Still tak nak salah kan diri sendiri. Nak salah kan asben jugak sbb kenapa dia letak pen kat dalam poket seluar itu. Tapi takpe tadi dia dah janji nak ganti balik baju yg rosak. Hehehe. Sejuk hati aku.
So, aku nak tanyalah kot ada tak cara camne nak hilangkan kesan tompokan dakwat pen itu? kalau boleh hilang baguslah, takyah nak ganti2.
Thursday, January 21, 2010
Semoga Semuanya Dipermudahkan
All the best.
Kesian Dia
Husband: Tadi tengahari tadi Shah makan nasi. Shah amik lauk ikan masak asam pedas.
Wife: Ermm.. sedap..
Husband: Tengah makan sedap2 Shah nampak ulat menjalar2 kat tepi pinggan. Shah kopek kat kepala ikan tu tengok byk ulat. Eeii.. terus terbantut selera nak makan.
Wife: Pastu? Tak gi marah ker kat tukang jual tu?
Husband: Takdelah marah, tapi Shah tunjuklah makanan tu kat org kedai tu. Dia mintak maaf lah dan dia kata ikan yg dia masak tu ikan baru. Pastu dia suruh amik makanan lain. Tapi Shah dah tak lalu dah.
Wife: Abih tu kena bayar gak tak nasi berulat tu?
Husband: Tak. Bayar duit air jer. Tapi masalahnya Shah dah makan dekat separuh dah nasi tu. Eeeii gelinya.
Kesian lakiku tak pasal2 dalam makanan ada ulat. Harap2 dia tak termakan lah ulat2 tu. Eeei kembang tekak aku.
Para peniaga ni pun satu, nak berniaga, berniaga lah betul2. Tak baik aniaya pelanggan mcm tu sekali. Macam manalah bisnes nak berkat.
Wednesday, January 20, 2010
Check-Up Kali Ketiga
Aku sampai sekarang ni belum lagi putuskan nak bersalin kat mana nanti. Tapi sepanjang buat pemeriksaan kat Pusrawi tgk mcm ok jer. Doktor pun mcm ok jer. Tapi tak tau lagi lah, masih sedang survey-menyurvey lagi. Mungkin jugak nak ke Damansara Specialist. Tapi kalau dah kat sini ok, wat pe nak susah2 lagi kan. Tgklah mcm mana nanti.
Alhamdulillah check-up hari tu sumer ok. Baby pun semakin membesar. Time tu panjang baby lebih kurang 9cm.
Selesai scan
Belum tau lagi jantinanya. Mungkin next check-up dah boleh tau kot. Next check-up tak lama jer lagi minggu dpn sahaja. Patutnya hari Sabtu nie, tapi sbb mummy ngan daddy dia ada hal weekend ni maka check-up ditunda ke minggu dpn.
Diam tak diam dah nak masuk 5 bulan. Kadang2 rasa cepat. Kadang2 rasa lambat. Apa2lah.. yg penting kedua2 mummy dan baby berada dalam keadaan sihat.
Masa hari tu cek urine, takde kencing manis. Tekanan darah pun ok. Harap next check-up pun oklah lagi. Tiap2 kali nak buat check-up perasaan berdebar2 dan gembira. Berdebar2 sbb takut doktor detect itu atau ini. Gembira sbb dapat tgk baby melalui scanning machine.
Doktor jugak ada amik darah masa hari tu utk bacaan hemoglobin (eh ntah lah aku tak berapa sure lah utk apa). Keputusannya akan dapat pada next check up.
Next check-up jgk doktor kata nak kasi injection titanus utk baby. Tapi bukan baby lah yg kena enjet haruslah mak dia yg kena kan.
Aktiviti-Aktiviti Di sana
Gate utk ke puncak Fraser Hill
Bila sampai kat gate nie hanya satu laluan sahaja yg akan dibuka. Sejam tuk naik, sejam tuk turun. Aku ingat2 lupa lah.. waktu genap utk turun kot, waktu ganjil utk naik. Tetapi selepas pukul 7 mlm, laluan dibuka tuk 2 hala.
Jalan tuk naik ke atas tu takdelah besar mana pun. Boleh lah muat2 sebijik kete. Tapi aku terfikir kalau after 7 dia bukak 2 hala, muat ke tuk 2 bijik kete jalan sekali. Tentulah tak muat, sbb jalan sempit, so para pengguna kena bertolak ansur lah kasi laluan mana perlu dulu. Lagipun after 7 tak ramai pengguna sgt dah.
Tak taulah sape punya kereta. Punyalah perlahan tahap siput babi. Pastu terbrek-brek. Punyalah berderet kereta belakang kereta kiterang. Mungkin dia kali pertama naik ke atas tu kot. Dia takut ada kete kat depan turun lalu bertembung ngan keretanya kot, tu pasal lah dia asyik terbrek2. Mungkin dia tak tau yg waktu tu takde kereta yg akan turun time tuh.
Aku adalah tamak, membooking 2 tempat dalam satu masa iaitu apartment kat Pine Resort dan sebuah banglo utk percutian yg singkat itu. Tapi kami mengambil keputusan utk menetap sahaja di banglo yg besar dan terpencil di atas bukit itu. Ini kerana pintu di apartment Pine Resort tu susah sgt nak dibukak. Mungkin kuncinya sudah rosak.
Bila dah sampai ke tempat penginapan, rasa malas pulak nak keluar2 cari makan. Dengan cuaca petang yg semakin mendingin. Jadi kami, mengambil keputusan tuk masak2 sahaja di sana. Mujur bekalan bhn mentah dibawa siap2. Apa yg kami masak?
Telur dadar
Menu makan malam yg simple tapi lazat; ada juga sambal kentang & ayam goreng ayamas
Selepas makan, kami duduk bergelimpangan di hadapan kaca televisyen, sambil merehat2kan diri dan menghilangkan sakit2 kepala, maklumlah jalan nak ke Fraser Hill tu kan berlingkar2. Mujur aku tak muntah.
Kalau nak duk di sini gi ramai2 syok lah.. kalau gi berduaan tak sanggup aku.. yelah rmh dah lah besar, bilik byk pulak, issyy seram kalau gi berdua. Tapi kalau gi ramai2 tak seram, tapi meriah.
Pagi keesokannya, kami bangkit awal dan amik udara pagi yg nyaman. Akak aku gi bawak anak2 dia berjogging.
Kat sana memang takde ke manalah. Just stay kat sana jer. Sambil melakukan aktiviti2 riadah & bergambar2.
Time main congkak nie memang kelakar tau. Dah lah mak aku pakai kain batik tu wat kelubung kat kepala, sbb mak aku lupa nak bawak tudung sarung dia tuh (tudung segera tu), pastu anak tudung pulak tah hilang ke mana, pastu nak cpt mak aku sauk jelah kain batik tu wat tutup kepala. Boleh aku ngan adik pompuan aku wat lawak. Kiterang duk citer pasal citer "Congkak", kan maknya si Adlin tu berlakon main congkak siap pakai kain batik bagai kan.. Bongok betul kiterang selamba jer melawak tak kira tempat. Dah lah tempat tinggal kiterang tu dah mcm ala2 dalam filem congkak tuh, jauh daripada org sekeliling... Tapi kiterang selamba jer sebab petang tu nak check out dah.. kalau tidak mau malam2 dengar org main congkak.. hahahaha mulut celupar..
Tapi serius memang seronok lah kat sana. Takdelah apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. Yelah sebelum ni ada gak lah dengar org kata Fraser Hill tu keras lah, tempat jin bertendang lah, apalah, yelah tempat yg kurang dikunjungi org. Tapi pada kami ok jer tempat tuh. Sesuai tuk menenangkan jiwa dan raga.
Kami stay satu malam jer kat sana. Pergi hari Sabtu dan check-out hari Ahad. Sbbnya hari Isninnya itu aku kena kerja.
Tak sangka pulak tengah menunggu tu ternampak pulak Malika (kenal sape itu Malika? ala.. yg berlakon cucu betong tu, yg byk kena komen tu). Tak kenal gak? Sheila Rusli lah. Jinggo pun ada gak. Mereka pun lepak2 gak kat situ, sementara nak menunggu gate dibuka.
Sekian, entry aku yg agak panjang selepas mood malas melanda. Tak taulah pasni terus rajin ke malas.
Tuesday, January 19, 2010
Miss Me?
Ni gambar nak kata latest tu taklah latest sgt, sbb ni sumer gambar masa hujung tahun lepas, masa vacation bersama keluarga tersayang kat Little London. Wah London lah sangat padahal kat Fraser Hill sajer. Actually, percutian yg tak dirancang tuk pergi bersama family, sbb plan asal nak gi sama2 ngan member2, tapi sbb ramai yg cannot make it, jadinya daripada nak cancel resort sumer, aku pun ajaklah family aku sumer dan mereka sumer pun ok saja. So, proceed saje lah.
Sama Tapi Tak Serupa
Thursday, January 14, 2010
Jangan Benci-Benci
Masalah aku sekarang nie, aku takleh nak berhadapan ngan seseorang nie. Aku bukan tak suka dia, tapi aku tak senang dengan cara dia. Aku cuba lah tuk jauhkan rasa benci2 atau tak suka, tapi lagi buat camtu, lagi cam sakit hati pulak. Macam memendam rasa pulak. Yang nyatanya aku betul2 tak leh terima cara dia. Caranya itu, kadang2 membuatkan aku rasa geram sgt2 dan kadang2 rasa tak tahan.
p/s: Aku harap baby ikut rupa daddy dia. Daddy dia kalau tido cute jer. So, takkan aku nak benci ngan laki sendiri kot?????
Contact Number
Tetapi apalah maknanya kalau dah ada hp, tapi phonebook aku adalah kosong. Dengan ini kepada kawan2 yg sebelum ni pernah mengontact aku, pernah ada nombor telefon aku, sudilah kiranya meninggalkan nombor telefon korang kat sini. Yang tak pernah contact aku pun, tapi kalau korang rasa korang kawan aku (tak kiralah kawan blog ke, kawan sekolah ke, kawan kerja ke), sudi2lah meninggalkan contact no korang yer. Dun worry aku tak publish komen yg ada nombor tipon korang tuh.
Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Dalam Seminggu Mesti Kena Sekali
Aku notis sejak dari hujung thn lepas, dalam seminggu tu mesti aku kena sekali. Kena apa?
Kena serang sakit kepala yg berdenyut2. Semalam aku kena sekali lagi. Memang dari pagi tu rasa cam tak sedap badan. Tapi gigihkan gak lah diri wat cam biasa. Gi klinik kat ofis dapat ubat, tapi tak dapat MC (ngengadakan awal2 tahun sudah mau MC) tapi bagus gak tak dapat MC pun, bukan tak larat langsung, cuma kepala ni jer yg berdenyut2. Pening dia on and off. So, lunch time semalam aku pun belilah lunch cam biasa. Syukur, selera makan tu masih ada. Tak lupa jugak air sirap bandung (sekarang ni minat betul nak minum sirap bandung ajer). Masa makan tu, memang dah terdetik dah, ni mesti keluar balik nanti nie (muntah). Berdasarkan pengalaman2 minggu2 sudah, kalau aku pening2 siang tu malam mesti aku muntah.
Tidak syak lagi. Petang semalam sampai rmh, terus mandi. Cam biasa time kat bilik air tu mulalah aku start uwek2. Seksa memang lah seksa gak bila isi perut tu nak kuar balik kan. Dengan kepala yg berdenyut2 tuh, aku pun pasrahlah tuk memuntahkan sumer hasil makanan pada hari tuh. Cam biasa lepas muntah kepala rasa ringan sikit dan badan rasa lega. Tapi tulah tuk mendapat kelegaan tu terpaksa menempuhi kesiksaan masa muntah tuh.
Korang ada petua tak camne nak hilangkan rasa pening2 dan muntah2 nie? Aku harap tempoh ni hanya sementara lah buat aku, tapi ada org kata mungkin akan berterusan sehingga hari bersalin nanti.
Demimu suami dan baby, akan ku tanggung sumer ini. Wah tetiba lak syahdu.