Friday, October 16, 2009

Layan Jer Lah..

Sementara takde bahan ni layan citer open house jelah.

Lps balik dari rmh Ida hari tu, terus ke wedding. Citer wedding aku skip je lah kot. Tapi kalau rajin aku citer nanti, kalau malas takdelah. Dari wedding terus ke open house rmh sedara asben. Ni pun takde citer.. tapi ada gambar2 jelah.


3 gadis remaja (aku pun termasuk gak)

sekali tgk aku pun cam muda remaja jer lagi.. walaupun..


ngan boipren

Ramai2


Ramai2 lagi.. keluarga beberapa generasi

Belang2 team


Pinjam anak org

Open house sungguh menarik kerana menemukan semula keluarga yg sekian lama terpisah. Apa yang aku boleh simpulkan family MIL aku nie kaum2 lelaki dia memang very the sopan-santun dan berbudi bahasa mcm laki aku. Wah tetiba nak up laki sendiri. Hahahaha...

Apakah Maksudnya Itu?

Tadi asben aku call, biasalah bercinta kan. Call, sms tu perkara biasa.

Antara percakapan dia yg terngiang2 kat telinga aku

"Shah kan, kebelakangan ni asyik mimpi baby jer"

Ermmmm.........

Bukak Balik

Jangan betulkan komputer anda. Yer, aku dah open balik blog ni kepada semua. Dengan kata lain dah tak private lagi. Tapi nanti kalau ada org wat hal lagi aku start balik private. Hehe. Tapi dun worry, korang2 yg dah kasi email2 korang tu tetap aku invite yer.

Jangan marah aku yer suka2 jer nak tutup bukak blog nie. Dah tu aku nyer blog kan. Suka hati aku lah kan. Tapi korang ingat aku suka sgt nak private2 nie? Menyusahkan aku adalah. Aku nak bukak blog sendiri kat rmh pun susah tau.. Pastu laki aku pun tak suka aku private, sbb susah pembaca dia nak baca blog nie. Apa taknya, blog aku ni dia anggap cam blog dia, so suka2 hati dia jer dok canang blog dia ni kat kawan2 or sepupu sepapat dia. Bila aku private tentu2 lah derang tak leh masukkan.

Lagi satu, aku pun tak sampai hati bila tgk ada jer yg dok email kat aku kata tak leh masuk blog lah.. mintak di invite lar... tu belum lagi kot ada merajuk ker, tersentap ker bila aku tak invite kan. Tak pasal2 buat org benci kat aku pulak kan. Lagi satu buat pengetahuan korang bila kita private ni cuma 100 readers jer yg boleh diinvite. So, yg ke 101 ke atas tu tak dapek lah nak nolong yer..

Lagi satu aku mintak, aku dah open balik nie... kalau korang baca blog aku ni time kerja tolong lah cover2 sikit.. jangan nak terpampang gambar aku kat pc korang di saat bos korang lalu ke apa.. tak pasal2 aku glamor pulak nanti... pastu yg paling penting, kawan2 ofisku, walaupun kengkadang aku tak tau sape yg baca blog aku nie, tapi aku tau korang ada gak baca.. baca diam2 sudahlah.. pastu cover2 sikit.. jgn lah time kerja pun sibuk nak baca blog aku nie... kang org kata aku takde kerja sibuk blogging, padahal korang yg takde kerja sbb sibuk dok baca blog org...betul tak??

Apapun blog ni hanyalah sekadar utk suka2 sahaja. Pastu korang tak yahlah bimbang aku sikit2 nak blog itu dan ini. Sbb aku tak suka jugak bila org sound siap2 "eh jgn blog kan ni tau".. korang ingat aku ni suka2 jer nak citer kisah itu dan ini sewenang2nya.. sorri aku bkn begitu yer.. itu pasal kisah dalam blog ni byknyer kisah yg melibatkan aku dan laki aku sajer.. ada ko baca kisah ko, kisah ko kat sini? takde kan?

Thursday, October 15, 2009

Open House

Citer agak lama, tapi baru berkesempatan utk di update. Minggu lepas dapat byk undangan open house dan juga wedding. Antaranya jemputan dari Ida. Ida ni kawan blogger aku lah. Mengikuti kisah aku dari dulu sampai sekarang. Kira pembaca setia antara yg setialah. Mula2 ingat tak dapat lah nak pergi ke situ tapi alih2 pagi hari tersebut asben kata sempat kalau nak pergi ke sana. Aku apa lagi terus lah telefon Ida menanyakan direction ke rmh dia. Eh, rmh mak dia. Bila bab2 direction ni masing2 dok hulurlah hp kat husband masing2. Makanya, laki aku pun bercakap ngan laki Ida.


Wah.. suami sape tu yg dikelilingi para wanita itu? Hehe

Maka tanpa dirancang2 sampai jugaklah aku kat rmh Ida nie. First time jumpa. Gembira dapat jumpa. Al-maklumlah selama ni just communicate melalui internet dan hp sajer. Alih2 berjumpaan jugak.

Inilah Ida yg dimaksudkan

Ayat pertama kuar dari mulut dia "Betul kata Neena, tinggilah Deqna nie"

Mcm2 juadah yg dihidangkan pada hari itu. Menu utamanya ialah Mihun sup. fuh memang sedap. Aku siap tambah sampai 2 kali. Ida kata biasanya menu wajib dia laksa tapi tahun ni dia tukar sikit. Tapi apapun berdasarkan feedback dari jemputan2 mak dia, apa2 saja yg dihidangkan tiap tahun memang sedap2 belaka. Memang tiap tahun derang tak pernah miss datang open house rmh mak ida nie.


ermmm sedap... yg penting peluh2 sbb amik sambal kicap byk2

Aku kalau makan pedas kemain lagi. Tapi sekarang ni sejak perut aku problem ni, aku dah kurang makan pedas dah. Doktor tak kasi makan cili, tak kasi makan sayur, makan buah, minum susu buat sementara waktu sbb aku kan mengalami cirit birit yg teruk hari tu. Tu sumer KFC punya pasal lah.

cam cantik jer gambar yg aku amik nie.. *bokeh*



Bagus Ida nie.. walaupun ramai tetamu tetap melayani kami


Selain mihun sup, menu best pada hari tu adalah satay. Family in law Ida ni memang ada bisnes satay tau. Sataynya sedap sekali. Kalau nak satay boleh sajer order kat Ida.

kipas lipas.. bukan lah kipas satay lar..


Tukang kipas satay pada hari tu tak lain tak bukan suami Ida sendiri. Tak henti2 dia mengipas tau. So, memang dia tak berkesempatan lah nak beramah-mesra ngan tetamu. Dah tu dia sorang jer yg berkebolehan mengipas satay nie.
nak kipas satay pun kena ada skill tau.. kalau tak kang hangus lah satay2 tu

Dah makan kenyang2, kami pun mintak diri lah. Ater ada jemputan lain yg perlu dihadiri. Sebelum pulang bergambar lagi lah.

Ida & Deqna


Utk ida, tahun depan kalau wat open house lagi, jangan serik jemput kami lagi yer. InsyaAllah kami pasti datang.

Muntah-Muntah dan Cirit-Birit

Tuan blog telah dilanda keracunan makanan. Tu pasal lah takde update. Hehe alasan. Aduh seksa aku tau, muntah2, cirit2. Lembik satu badan. Yang peliknya satu family kena simptom2 yg sama. Aku saspek KFC yg kiterang makan pada hari Ahad hari tu yg jadi penyebab. Ni mau aku saman juta2 kat KFC nie. Tapi boleh menang ker pun?

Semenjak kejadian itu, aku tgk KFC tak lalu dah. Terbayang-bayang ulat-ulat yg kaler putih kat paha ayam tuh. Ulat2 tu aku nampak bukan time makan, tapi masa keesokan harinya (ayam lebihan). Pelik betul, cpt sungguh ayam KFC ni berulat yer.. Ntah2 masa kami makan tu pun dah ada ulat..... Eeiiiii geli... Pasni nak makan Mc D jer. Ayam goreng spicy Mc D lagi sedap.

Monday, October 12, 2009

Mihun Sup

Sejak 2 menjak ni aku asyik nak makan mihun sup jer. Apa taknya kebanyakan open house yg aku pergi sumernya ada jamu mihun sup. Pastu sedap2 pulak tuh. Hari tu makan kat rmh Neena, baru2 ni pulak makan kat rmh Ida. Fuh teringat-ingat.

Dengan rasa tak sabarnya jugak aku akan cuba membuat mihun sup sendiri. Nak buat sambal kicap yg super power. Buat permulaan ni, aku jamu keluarga aku dulu eh. Korang2 nanti lah tunggu aku wat open house sendiri. Tapi tak taulah tahun bila pun. Tunggu kami pindah rmh sendiri nanti.

Update pendek2 dulu yer. Oklah ni kan. Aku tengah kumpul idea nie. Hehe. Idea lah sgt pun.

Terpaksalah Patuh

Serius. Kebelakangan ini adalah amat malas pulak nak update. Tambah lagi semenjak private blog nie. Memang tak semangat lah. Dah tu bila private bape org jer yg dapat masuk pun. Maksimum 100 org jer. Jadinya memang sunyi sepilah blog nie. Tapi taklah sunyi sgt pun sbb masih ada lagi yg sudi menjengah.

Pastu bila takde new update maka adalah org yg akan bising2. Sape lagi kalau bukan my suami. Makanya nanti akan terdengar lah rungutan2 dari dia. Mula lah nanti mogok tanak amik gambar. Apa taknya byk gambar2 yg terperap begitu sahaja.

Lagi satu, dia mintak aku open balik blog ini seperti sediakala. Huhu. Adakah aku patut patuh kepada arahannya?.

Tengoklah camne. Arahan akan dipertimbangkan. Tapi buat masa ini aku selesa begini.

Thursday, October 8, 2009

Sepetang di Tepi Tasik

Apa lagi outdoor photoshoot. Wah outdoor lah sangat. Walaupun laki masing2 baru jer berjinak2 dalam bidang fotografi ini. Takde citer, tapi gambar je ada. Boleh lah lah kan..

Lagipun blog aku sekang ni tak ramai pun yg masuk... ater dah di privatekan.. so aku takdelah malu2 sgt nak letak gambar gedik2 pun.. eleh camlah sebelum ni pun tak pernah bergediks..hehehe


ngan sape lagi ngan mereka lah


gossip2



ko pandang ke mana tu?

ooo pandang ke Nuar


clear sky


rambut mengerbang


Jejaka kesepian


puas hati tak?

sweet... baju neena tu..


selekeh vs vouge


moncong

Laki ku jugak nak wat moncong

Itulah tuan punya beg seperti entry sebelum ini

tunggu awek ke bang?


Malas pulak nak berciter.. layan gambar sudah lah yer..

Dear Followers

Sticky Note

As at now, diam tak diam ada 108 followers aku sekarang. Aku terfikir if aku private blog ini, bagaimanakah my followers yg setia ini utk membaca blog aku. Walaupun aku sedar, blog ini tah ape ape aje. Tapi tak sangka masih dapat support dari kawan2 blogger semua. I appreciate that. Juga kepada yg silent readers. Silent reader boleh lah diklasifikasikan kan sebagai pembaca diam. Maknanya lepas baca diam. Aku juga hargai kehadiran korang.

Silent reader tetapi bercerita mengenai aku di belakang aku, adalah tidak diklasifikasikan sebagai silent reader, ok.

Yea, all these while my blog is open to every body. Sbb aku tak kesah sesapa pun nak membaca ia. Tetapi, tetiba sekang ni aku rasa kesah pulak sape yg baca blog ini.

Buat masa ini, aku rasa aku nak private kan blog ini sementara waktu. Bukan sebab apa, cuma aku perlukan sedikit ruang. Tak tau sampai bila.

Sori ye kalau aku menyusahkan korang pulak setiap kali nak masuk blog ni kena masuk password bagai. Aku pun tak suka masuk blog yg ada password sbb menyusahkan. Tapi alih2 blog aku pulak gatal2 nak pakai password.

Aku kasi time kat korang ni to leave email tapi korang gak yg tak letak.. kang tak invite merajuk pulak. Dah tu mana aku nak tau email korang sorang2 kan.

Bye..bye..

p/s: aku tak marah pun kat sesape sekarang nie... no hard feeling yea...

Model Jadian

Best gak private blog nie. Suka2 hati aku jer nak letak apa pun. Sbb sesapa yg baca pun aku tau. Kalau aku dengar desas desus pasal aku, taulah aku nak cari sape. Hehehe. Ugutlah pulak.

Takdela, maksud aku sekang ni cam bebas sikit lah nak letak apa pun, nak perasan ker, nak apa ker, so pedulik apa kan. Kali ni nak perasan jadi model beg pulak.








Beg ada dua. Takkan model sorang pulak kan? Siapakah pemilih beg pink lagi satu itu? Adalah....

Takdelah time ni sebenarnya kiterang ada wat outdoor photoshoot sikit. Saje2 jer, asben masing2 nak try skill shooting masing2. Jadi sape lagi yg jadi mangsanya? Haruslah sang bini kan. Dari amik gambar pompuan lain baik amik gambar bini masing2 kan.