Showing posts with label Family Day. Show all posts
Showing posts with label Family Day. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Bersukaria Bersama Keluarga

Malas nak taip panjang2. Letak gambar jer sudah lah.

Sampai jer kat Sunway Lagoon pagi tuh, kami dijamu dengan sarapan pagi nasi lemak yg disediakan oleh pihak Sunway Lagoon.

Budak yg nak makan sendiri


Adalah amat payah sekarang ni nak suap Marissa tau. dia prefer nak makan sendiri. Kalau dapat suapkan dia dua tiga kali pun aku dah cukup hepi dah. Budak perasan dewasa memang macam ni.
dijeling oleh anak2 sedara

Tapi jangan harap lah budak2 ni nak makan, makan pun cam lalu tak lalu jer, yelah dah tak sabar sgt nak main air.

Senang hati aku bawak Adam ngan Ain sekali, dorang boleh tolong jagakan Marissa, pastu aku leh makan dengan senang. Lagipun Marissa ni, kalau ngan kakak Ain dia, kemain lagi mendengar kata. Kata2 aku kengkadang dia buat dek jer.
pandai2 lah korang bawak diri


Sementara itu, kat pentas utama ada acara senamrobik dan diikuti pula dengan upacara perasmian.


Marissa pun join ker?

Kejap jer pun dia join, pastu tak menyabar nak join budak2 lain yg dah start berendam kat pool. Kemain seronok dia dapat mandi pool. Memang dari hari ke hari si Marissa ni ajak mama dan ayah dia gi mandi laut. Padahal dia bukan pernah mandi laut pun. Tapi pemahaman dia mandi laut tu mandi pool lah tuh. Kalau kat rmh tuh, asal nampak baju mandi dia jer mesti dia cakap "mama jom andi aut" pastu suh pakaikan baju tuh... aku pakaikan jelah... pastu kang dia buat2 lah swimming kat atas lantai.
sukalahtu

Adam main gelongsor air

ko tengok.. gaya tak nak kalah

Org lain meniarap dia pun nak meniarap, org lain menelentang dia pun nak terlentang. Risau jer aku dia tenggelam. Pastu nak gi tempat dalam2. Letih aku nak kena ikut jer dia. Dah lah aku ni dah ala2 sarat. Pastu tak sanggup pulak nak basahkan baju segala. Takat basah seluar sikit takpelah.

Bila dah penat aku suh jelah ayah dia take over.

layan lah anak awak tuh

 
Berendamlah korang puas2 kat situ

 
hola hola hola.. kemain lagi dua beranak ini

pastu si ayah jadi masa tunggangan anak lah

Aku perati dari jauh jelah dorang. Dah lah cuaca panas. Time asben join telematch, aku biarkan jer Marissa di bawah pengawasan kakak Ain dan abang Adam. Aku tak larat sudah. Tapi aku monitor lah dorang dari jauh. Seb baik kakak boleh diharap.

Lepas game sumer dah habis, dan budak2 pun dah puasa berendam, apa lagi moh lah kita ke dry park pulak.  Tapi sebelum tu haruslah mencuba ini terlebih dahulu.

Kalau aku tak peknen memang aku main jer slides ni.


dari kejauhan

semakin menghampiri

 
tu dia ayah & pakngah Marissa

Sementara itu, Marissa berlenggeng kat dalam stroller sambil minum susu. Nak pakaikan baju dia takmo. Suka hati ko lah nak, tapi seb baik kat situ, memang ramai jer tak pakai baju, yg dewasa pun ramai jer pun yg separa bogel...opppsss.

suka dapat susu

 
kat mini zoo - eh nanny pun ada jgk

Kat dalam mini zoo ni ada lah seekor kera tuh, kera ke monyet aku tak sure, tapi adik-beradik tulah. Kera tu albino pastu suka ngan budak2. Kalau dengan budak2 kemain lagi dia menyengih, tapi kat org dewasa dia buat tak tau jer, walaupun ko ketuk camne pun cermin sangkar dia tuh. Cute sgt monyet itu.
dukung jelah budak ini senang sikit, tapi budak perasan dewasa sibuk nak jalan sendiri
eh zhafran ngan makngah pun ada

main cawan pusing2

 

Aku memang tak main satu apa pun, kerja aku tukang jaga barang dan ikut dan tunggu jelah ke mana2 mereka nak pergi. Kemainlah gigih aku berjalan kat sana. Dengan harapan senanglah beranak nanti yer.

Sementara tunggu dorang sumer main2 game. Aku duk kat kerusi sambil makan aiskrim sorang2. Fuh sedap betul makan aiskrim, sejuk jer tekak.
happy family at family day

 
pastu main kuda ni pulak

berapa round tah dorang main kuda nie

mentang2lah takyah buh coin, dorang belasah lah naik ni sampai pening

 
muka eksen - dah lah tak pakai suar, nasib baik nak sarung gak baju tu

 
pastu naik gondola ni pulak

Byk lagi lah benda yg dorang main, aku tukang folo dan tukang tengok jerlah, pastu duklah ko diam2 di sana.

Korang tau lah kan luas camne sunway lagoon tuh... org biasa pun leh keletihan nak berjalan, inikan pulak makyong cam aku nie... letih memang letih, tapi anak punya pasal, ku turutkan jua. Ewah.
berehat sebentar

Dah puas main, kami pun bersiap tuk pulang. Lebih kurang dalam pukul 4 kami gerak balik. Elok jer keluar dari Sunway Lagoon, hujan turun dengan lebatnya. Pastu masuk kereta, masing2 tertido keletihan. Memang letih giler. Giler pun tak letih camtu. hoho.

Pastu sampai rmh masak nasi (tuk dinner lah konon). Pastu naik atas mandi2. Pastu lepas Maghrib elok 3 beranak ketiduran. Dinner pun tah ke mana. Sedar2 dah pukul 4 pagi. Memang masing2 tido pengsan.

Ok dah tu jer.

Wednesday, September 26, 2012

Satu Pagi Yang Indah

Pada satu pagi pada dua minggu yg lepas..... pagi2 dah bangun utk pergi ke satu tempat...

Walaupun malam sebelum tu masuk tido dekat pukul 4 pagi... sbb apa tido lewat? tu citer lain.. yg pasti pagi tu kena bangkit awal utk ke majlis family day anjuran tempat kerja (sektor asben). Kami satu tempat kerja, tapi berlainan sektor, so, family day asing2. Untunglah kan dapat gi dua kali. Tapi aku tak dapat gi dua kali pun sebab sektor aku punya family day sudah ditunda. Time tu pulak maybe aku tengah berpantang. Takpe.. tempat yg sama jugak.. so tak pergi pun tak apa.

Cam biasa asal family day jer mesti wat kat Sunway Lagoon. Budak2 haruslah gumbira ke sana kan. Kita ni dah tak heran dah... so, dengan itu aku pun hangkut lah sekali anak2 buah aku... saje kasi Marissa sonok ada kawan sikit.. cea padahal supaya senang nanti kerja aku, yg kakak Ain dia leh tolong tengok2/jagakan dia... nak harapkan aku jer nak layan karenah si kecik ni memang tak larat lah...


my kesayangans ~ain~marissa~adam - marissa senyum senget

 

ada jer memek muka yg si kecik ni  nak buat

peace yo... Marissa's version

 
tak nak ketinggalan jugak kan.. walaupun muka adalah lebar.. tapi suka tengok Marissa nyelit sama

Ok sambung lagi yo.  Baru nak warm-up nieh...


Friday, June 24, 2011

Mula-Mula Dia Jual Mahal Pastu Dia Yang Lebih

Sambungan dari entry sebelum ini.  Lepas breakfast on the next day, kami check out dan terus ke Hotspring. Dekat2 situ jugaklah, taklah jauh sgt pun.  Aktiviti seterusnya adalah aktiviti bebas. Anak2 haruslah hepi nak gi mandi-manda gituh. Kat sana ada swimming pool dan ada gak kolam air panas. So, pilihlah nak berendam kat pool ataupun kat air panas. Aku tak pergi pun kat kolam air panas. Tak larat aku..dah lah hari pun memang panas pun. Just lepak kat sini saje..

swimming pool berlatar belakangkan air terjun


"Marissa look at the camera, pls"

alololo muka kena paksa bangun dari tido

Actually sesampai jer kat sana, Marissa dah tido, naik2 kete jer dia dah lelap walaupun perjalanan sekangkang kera jer. Ni mesti sbb masa bfast tu Marissa makan adalah byk sekali. Habis bubur semangkuk, up pulak dengan cornflakes semangkung.. kekenyangan lah dia.


Sebelum mandi manda amik gambar ngan mama dulu yer.. sbb mama takmo mandi. Mama nak berehat-rehat saje di tempat teduh. Nak mandi gi mandi ngan ayah yer.

Marissa yg sibuk tgk org.. bukan nak tgk kamera


Marissa dah siap tukar baju

"ok mama... Marissa dah ready nak swimming"

Tapi... mula2 jejakkan kaki kat kolam,  Marissa dah menjerit sambil angkat2 kaki. Eh eh takut pulak dia dengan air.. padahal dia memang suka air pun. Mood tak datang lagi kot.

nangis

takut.. terus peluk ayah dia

pujuk2 sikit

still takmo duk dalam float

Takmo duk dalam float takpe.. jom tatih2 dalam air yer....

main2 air dulu

hah baru nak duk dalam float

dah syok dah dia

tak takut dah

Bila dah syok, dah tak takut apa lagi.. takmo kuar lah dia.. Tak padan ngan kecik nak ke sana ke sini.

jenuh lah ayah melayan...

Tapi walau camnepun tak leh nak mandi lama2... kang demam pulak, dah lah cuaca panas sekarang nie.

Ok time's up

"ayah, Marissa nak main lagi". "No..no..no"

Lepas mandi, just lepak2 kat sana. Member2 yg lain sumer pergi ke kolam air panas. Kami tak pergi pun. Tak tau lah pulak camne rupanya kolam air panas kat situ. Dulu pernah lah pergi kolam air panas kat Melaka, tu pun gi malam pun terasa sgt kehangatannya, kalau siang2 hari ni aku tak tau lah mcm mana dia punya panas. Kalau rebus telur gerenti masak punya.

puas sudah

Puas mandi segala.. kami pun pulang... ba...bai....