Wednesday, July 8, 2009

For My Husband on Our Anniversary

*sticky mode sampai esok* New post kat bawah yer (kalau ada)*


I think of you often
and always with love

I think about
how hard you work
and how much you do
for our family

I remember the times
you've encouraged me
and I see how your wisdom
and caring
have helped me through

I look back
on favourite memories
that remind me how much
we've always meant
to each other
and always will...

There are so many times
when I think of you
and feel proud
and thankful
and very lucky
you're my husband
Happy 2nd anniversary Sayang...
I love you..
..forever...


7th July

Tuesday, July 7, 2009

Hadiah Anniversary Saya

Ok..ok.. sebagai tidak menghampakan permintaan rakan2 semua, I'll show you apa yg aku terima yer. I don't mean to menunjuk2 or whatsoever yer. Korang gak yg paksa2 aku kan.












Korang ingat tak entry pasal tag nie. Aku kan ada hint2 (secara gurauan) yg aku harapkan utk mendapat sesuatu yg special sempena anniversary ini. Maka aku telah meletak gambar ini.




Masa aku letak gambar ni aku tak terbayang pun nak rantai sebegini. Aku cuma google gambar necklace maka keluarlah gmbr ini.

Lepas tu masa tgh pilih2 rantai ni, aku tak terfikir langsung pun pasal rantai yg aku blog nie. Tup2 bila sampai rmh aku notis konsep rantai nie cam sama jer. Kebetulan lah pulak. Cumanya yg ini white gold yg aku punya tu yellow gold. Tapi ada white gold2 sikit.

Apapun aku berterima kasih sgt kepada husbandku itu. Aku tak sangka pun dia nak kasi tu.

"Terima kasih sayang. Sayang nak apa pulak? Kalau nak DSLR jugak nanti deqna jual rantai ni yer"? hehehehe

Apakah Surprisenya Itu??

Ingat lagi kah pada entry ini? Rasa bersalah pulak sbb buat masing2 eager nak tau apa surprisenya itu. Aku tau masing2 ingat aku aku ni ada *good news* lar kan? Mesti terlintas kat fikiran korang yg aku pregnant kan?

Tapi sebenarnya bukan itu surprisenya.

Surprise adalah kena mengena dengan hari ini. Yelah hari ni kan anniversary aku.

Actually hari Ahad lepas, pagi2 husband aku ajak aku gi kuar breakfast. Lepas breakfast dia ajak aku pergi satu kedai. Dia suh aku pilih2. Dia kata takpe, just survey2 jer dulu. Nanti bila ada duit dia belikan lah apa yg aku pilih tu. Aku pun tak kesahlah. Survey pun survey jelah. Mana tau satu hari nanti dia akan belikan jugak.

Aku pun pilihlah. Berkenan ngan satu tu. Husband aku pun cam suka jer. Beria pulak dia mintak harga special. Dalam hati aku, kalau nak survey jer wat per nak mintak diskaun bagai. Tgk jer sudahlah. Kang beria mintak diskaun pastu tak jadi beli.

Tetapi fikiranku meleset apabila tetiba husband telah mengeluarkan sejumlah wang dan terus membayar kepada org itu.

Aku cam terkujut lah jugak.. Tetiba jer kan. Kata survey. Ni beli terus. Apakah??

Makanya pada hari Ahad sudah aku telah menerima hadiah sempena anniversary kami. Itulah surprise yg sebenarnya.

Sangat Geram Dengan Baby itu

Rasanya beginilah gayanya kot jika menjadi ibubapa kelak. Tapi tu anak org haruslah kekok2 kan?


"Nape keras jer bahu tu yang?"


Kemain teruja lagi dapat dukung baby yer?


Aku memang jatuh cinta ngan baby nie. He looks so cute..


cute sgt baby nie..


Adalah jarang tuk aku mengendong bayi org (takut sbb kecik). Tapi yg ni aku cam nak sgt dukung dia.


Baby Izril ngan mama dia

Member husband yg baru menimang cahayamata pertama

38 days old baby. doesn't he looks adorable?

Geramnya jari jemari dia..


oooooohh... i wanna baby too.......

Monday, July 6, 2009

Ke Wedding Ini Pula

Dari Salak South terus bergegak ke Dewan Jenjarum, Shah Alam pula. Hari tu memang marathon gi wedding lar. Yelah org dah undang, kalau takde keuzuran wajiblah pergi kan?

Kiterang gerak kat sana pun dah lewat dah pukul 3 lebih pun, campur ngan jam lagi kat Federal highway tu. Memang lambat lah. Dahlah dalam kad jemputan tertera aturcara majlis sampai kul 4ptg jer. Aku siap ajak husband balik sbb kang takut majlis dah abis pulak. Husband aku pulak bebel kat aku kata apa masalahnya kalau majlis dah abis pun. Kita datang bkn nak makan atau menyusahkan tuan rumah, kita sekadar nak memenuhi undangan. Takpelah biarpun sekejap, janji hadir. Hah begitulah cool nya laki ku itu, aku jer yg kalut tak tentu pasal. Yang nyata kiterang sampai lagi 15 minit pukul 4. Tetamu pun ada yg baru datang gak.

Tapi lagi bagus datang lewat2 ni jugak, sbb tuan rumah akan notis kehadiran kita dan kita akan dilayan dengan baiklah. Yelah kalau time ramai2 datang haruslah kadang2 tak perasan dan tak sempat nak melayan kan.


Bergambar dengan pengantin. Apa persamaan kami?

Byk2 gi kenduri kawen takdelah pulak si suami aku menunjukkan keterujaan tuk amik gambar bersama pengantin. Setakat amik gambar pengantin tu biasalah. Tapi yg nie dia beria nak bergambar ngan pengantin. Cuba teka kenapa?

Aku ngan Dina yg tinggi sekali. Nama dekat2, fizikal pun lebih kurang.


Pengantin lama

pasangan kepada pengantin lama


nenek pengantin


atuk pengantin


Pelamin yg cantik sekali

Sekarang baru ku tau, kenapa husband aku pilih aku sebagai isterinya.

Kepada pengantin Dina & Zarem (aku lupa pulak nama pengantin lelaki, ni tah betul tah tak) Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia selamanya dan yg paling penting semoga kita sama2 murah rezeki :)

Ke Kenduri Kawen Pula

Mula2 pergi kenduri kawen member sekolah husband aku ni. Yang bagusnya kecik2 satu sekolah, bila dah besar satu tempat kerja pula.

Rmh pengantin dekat Taman Salak Jaya, tak jauh pun dari rmh mertua aku.

Nama pasangan pengantin

Nama pun satu sekolah ngan husband aku, haruslah ramai member2 sekolah dia yg dia jumpa. Sudahnya yg main kompang pun terdiri dari kawan2 husband aku gak.

Tak tau aku sape nama member asben aku nie


Yg ni aku kenal lah. Usop namanya. Dia kata dia pun akan berkawen tak lama lagi dalam bln 10. Sempat dia wat lawak. Dia kata nama tunang dia Kalsom, nama dia Usop memang sesuai sgt.. sorang pak usop sorang mak som. Dia kata.


pun member husband masa kecik2 dulu


Gambar aku haruslah ada

Aku lagi.. yg bagusnya lakiku ini bab amik gambar ni aku tak yah susah2, dia akan jalankan tanggungjawab nya itu dgn sendirinya. kalau harapkan aku kengkadang aku ni malu2. So aku ni sebenarnya takdelah tegar pun, yg tegar adalah suamiku yer..

Habis aku takkan tak paham2 lagi kan.. dah suami suka amik gambar tuh, belikan jelah DSLR impian dia tuh. Ni aku kata kata diri sendiri aje lah. Tapi aku rasa aku tak terdaya lah nak memenuhi kehendak dia tu.

kek 3 tingkat yg cantik


Pasangan pengantin Aril & Nadirah

" Selamat pengantin baru, semoga berbahagia selamanya"

Kenduri rmh Aril ni memang ramai jemputan yg hadir. Meriah sgt nampaknya. Menu pun not bad. Siap ada kuih-muih segala.

Selepas itu kami ke wedding yg satu lagi pulak. Husband ku sungguh teruja di sana. Kenapa? Next entry ya..

Pagi-Pagi Sabtu

Aku set jam kul 6.30pagi lar. Ingat tak nak lar miss subuh kan. Yelah malam tu jer dah balik kul 3 pagi. Tapi ntahlah hp aku yg tak berbunyi ker atau aku yg tak sedar.

Yg aku tau dalam kul 8 camtuh, pintu bilik aku sudah diketuk-ketuk sambil terdengar suara memanggil "Ayang..... ayang..."

Oh itu anak2 buah ku yg tak sabar berjumpa dengan aku. Pada yg tak tau lagi, akak aku akan hantar anak2 dia kat rmh mak aku semasa dia gi kerja. So, aku akan dapat berjumpa dengan dengan derang pada setiap hari Sabtu. Weekdays susah sikit sbb aku selalu balik lambat.

Walaupun mata still ngantuk2 lagi aku pun bangkitlah jugak, dah tentu aku pun rindu ngan mereka2 itu.

Bukak jer pintu bilik, berebut2 nak masuk bilik aku. Yg si Ain pulak tak sabar nak tunjuk report card dia kat aku. Tapi sayang dia tak dapat pekse no 1. Markah sumer dah ok2 full mark gituh tapi mungkin ramai sgt yg dapat markah dekat makanya dia dapat pekse no 6 jer.

Sian dia. Dia nak sangat periksa no. 1, so that ibu dia akan belikan dia PSP. So, kena usaha lebih kuat lagi utk next penggal yer Ain.

Since aku ngan husband memang nak bangkit awal pun, sbb kiterang nak balik ke rmh kami. Katanya ada majlis suaikenal ngan penduduk2 kat situ. So, kiranya pagi tu ada rewang2lah.

Tapi kiterang sampai jer tgk sunyi sepi jer. Cam takde apa2 yg berlaku pun. Rupa2nya majlis telah ditangguh ke minggu dpn sbb salah sorang jemputan kehormat tidak available pada hari tersebut. Boleh? Laki aku dah siap mintak cuti segala, derang suka2 jer nak postpone. Tapi takpelah, just lepak2 kat rmh ajer.



Adam kemain lah pulak nak pose


mood dia tgh baiklah nie



Kakaknya Ain


Auntynya - Ayang





Hall nampak luas sikit sbb husband ku sudah menyusun atur semula



suka betul nak amik gambar dari cermin ini




Aku tak pernah letak gambar bilik atas kan? ok for the first time let me show you. Bilik tetamu yg baru diletakkan katil. Kalau tidak kosong semata bilik itu.

dari atas


Menonton kartun

Mini sofa yg sepatutnya diletakkan kat family area di tingkat atas. Tapi tak angkat lagi. Takut berabuk. Ruang atas kurang dijengah sebenarnya. Sekarang baru terasa rmh kalau setingkat jer pun dah cukup. Takdelah penat sgt nak ngemas.


Tak lama pun singgah kat sana. Sbb tgh hari tu nak gi jemputan kawen pulak. Ada 2 pulak tu. Satu di Taman Salak Jaya dan satu lagi di Shah Alam.

Mali's Corner @ Wangsa Maju

Malam Sabtu yg lalu Watie & Am ajak kiterang gi pekena Char kuew Tiau kat Mali's Corner yg kat Wangsa Maju tu.

Aku tak pernah lah lagi sampai ke sana. Dia gerai2 biasa ajer. Sampai2 jer tgk org ramai giler. Tempat pun penuh. Tapi nasib kiterang baik, sampai2 jer ada org nak blah, so kiterang pun dapatlah meja.

Kat situ konsepnya, order sambil beratur. Ikut nasib lah kalau ko kena beratur kat belakang2. Sambil ko beratur, ko order, sambil tu derang masak terus. Kira self service lar. Tapi derang masak sangat laju. Takdelah lama sangat pun kena beratur tu. Nak beli air pun sama kena beratur gak. Pergi order sendiri. Jangan lah harap ada pelayan ke apa yg nak amikkan order.


Inilah rupa bentuk char kuew tiau itu. Udang besar2 gak. Ada 3 ekor. Pastu ada cili jeruk. I like

Rasanya memang meletop sekali. Terkenang char kuew tiau yg kat penang tuh. Rasanya sama sajer. Memang sedap. Cam tak cukup jer sepinggan. Tapi tak leh ikut nafsu. Kita elok berhenti makan sebelum kenyang kan..

terpancar kepuasan di wajah selepas dapat makan kuew tiau yg sedap

Am

Watie


Shah


Me & Watie

memang licin


Memang sedaplah char kuew tiau kat sini. Tak sia2 pergi. Harga pun tak mahal. Rasanya hanya RM3.50 sahaja. Aku nak kasi direction kat korang kat mana, aku fail lah tak reti.

Lepas makan kami tak terus balik. Kami singgah ke Uptown Danau Kota kejap. Kejap? Takdelah kejap pun. Kat sana lepak lagi kat mamak sampai kul 2 pagi. Oh ya tak salah aku, kat area up town tu pun ada satu branch Mali's Corner tapi dia cam restoran lah, bkn gerai2 terbuka.


Kebetulan malam tu sumer pakai baju hitam. Watie sorang je yg pakai pink

Am yg disuruh Shah menjadi 'bonzer' kelab malam. Boleh? suka2 ajer lakiku itu


Malam tu sampai rumah dalam kul 3 pagi. Aku siap2 pesan awal kat lakiku supaya tidak bangkit lewat keesokannya harinya kerana Hari Sabtu ada byk agenda yg perlu dilakukan.

Sunday, July 5, 2009

Surprise!!!

Ada satu kejutan.... Will only can tell you all on the 7th....

Mood happy nie... :)