The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Monday, June 22, 2009
Semoga Tenang Di Sana
Tetapi setelah selesai majlis pengkebumian jiran aku yg meninggal dunia pagi tadi, hujan terus turun mencurah seolah-olah mengiringi pemergiannya.
Walaupun tidak lama tetapi cukuplah membasahkan tanah, dan memberikan sedikit minuman kepada tumbuh-tumbuhan dan rumput yg kian kering.
Hujan rahmat bisik hatiku.
**************************************************************************
Pagi tadi, lepas mandi, aku nak bersiap ke ofis, aku telah dikhabarkan bahawa Angah anak jiran aku sebelah rmh telah meninggal dunia.
Angah merupakan mangsa kemalangan langgar lari 5 thn lepas. Angah cedera parah, dan koma selama beberapa hari. Alhamdulillah Allah masih sygkan dia, dan dia sembuh jua setelah beberapa bulan. Walaupun tidak sembuh sepenuhnya. Akibat kemalangan itu Angah tidak dapat melihat, tidak dapat bertutur dengan baik, tidak dapat dapat mengingati dgn sepenuhnya (sungguh ajaib, dia dapat mengingati peristiwa sebelum kemalangan tetapi tidak dpt mengingati peristiwa selepas kemalangan).
Dia bertuah kerana ibu dan bapanya menjaganya dengan baik dan tidak pernah berputus asa melakukan apa saja ikhtiar utk menyembuhkan semula anak mereka. Mereka memang tabah.
Angah memang seorang anak yg baik. Walau keadaan dia begitu, dia masih menghormati org2 tua, masih mampu melakukan ibadah solat.
Emak memang terasa dengan kehilangan dia, kerana setiap pagi ketika emak menyiram pokok2 bunga di halaman rmh, mak akan ditemani Angah yg melakukan fisio di laman rmhnya. Rumah kami bersebelahan. Dia akan menyapa emak. Sungguh baik orgnya. Kalau dia nak masuk ke dalam rmh, dia akan memberitahu "Cik Angah masuk dulu yer".
Pernah satu ketika sewaktu aku berkunjung ke rmhnya dia sedang menunaikan solat duduk di atas kerusi. Pertuturannya memang sukar difahami, kami sangkakan dia berckp kepada kami, rupa2nya dia tgh solat.
Menurut ibunya, walaupun keadaan dia begitu, tetapi dia tidak pernah meninggalkan solat. Dia mampu menguruskan diri sendiri walaupun dalam keadaan yg kurang upaya.
Menurut ibunya lagi, dia baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya. Tak salah aku yg ke-24 (tak berapa pasti).
Semalam dia mengadu sakit2 perut, dan demam sedikit. Malam keadaan dia semakin teruk. Dia muntah2 sampai lembik. Keluarganya bercadang utk membawanya ke hospital pada hari ini.
Tetapi Allah lebih syg kepadanya, di saat azan Subuh berkumandang, dia telah pergi buat selamanya.
Aku dapat lihat masa subuh tadi, nampak cuaca mcm nak hujan, mendung dan angin bertiup kencang. Tetapi hujan tidak turun di kala itu. Rupa2nya hujan ingin turun selepas segalanya selesai.
Al-Fatihah buat Angah. Semoga kamu tenang di sana.
p/s: Tetiba aku rasa entry aku ni mcm cerpen pulak. Ini adalah kisah benar yer. Mungkin aku menulis dengan penuh perasaan terus jadi mcm ni.
Sunday, June 21, 2009
Buntu
Sesungguhnya aku adalah amat2 musykil dan buntu sekali bila memikirkan ia. Aku tak tau nape ini terjadi kepada diri aku ini?
Walaubagaimanapun aku terima semua ni sebagai ketetapan dariNya yg Maha Esa.
Saturday, June 20, 2009
Ke Mamak Lagi?
Nak kata mengidam tu tidaklah pulak. Tapi tekak cam terasa nak pekena kuetiau mamak ngan milo ais tu lagi lar.
Mungkin sbb sebelum tu telah menelan 2 biji telur separuh masak yg dikongsi dengan aku. Telur ni pun aku yg request..tetiba teringin bila tgk org makan ngan kicap.. cam sedap jer..
Thursday, June 18, 2009
Kuku
Takdelah panjang benar pun kuku aku tu. Lebih kurang panjang gini jer.

Aku pun tak tau apa motif aku berkuku panjang tu. Cumanya aku tak biasa kalau kuku tu pendek. Aku rasa lain macam. Rasa cam sakit2 jer hujung jari tu kalau kuku pendek.
Semalam sedang berbual2 dan bersenda-gurau ngan suami, tangan aku tercakar kat muka dia. Apa taknya aku ni mulut bercakap, tangan pun bercakap sekali. Kena sikit jer tapi luka lah jugak. Sian dia. Elok2 masing2 mood tgh elok teruk spoilt. Hehe. Terus kena bebel ngan asben, sbb tak potong kuku. Padahal sebelum ni ok jer tak pernah komplen pun. Siap suruh aku garu lagi kalau belakang dia gatal. Plus, kuku panjang ini sesuai tuk membuat cakar harimau. Ooooppsss..
Aku pun sentap lah terus amik nail clipper, dan dan tu jugak kerat. Puas hati.
p/s: Tak kisah pun kuku pendek cam gini. Lagipun bukan tak leh panjang lagi kan?
Wednesday, June 17, 2009
Kembali ke Pangkal Jalan
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkatheavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek. Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. "Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.
zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC".
"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari".
"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang. "Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang. "Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
Source: Forwarded e-mail
Tuesday, June 16, 2009
Ala.. Bucuk-Bucuk
Aku kan kalau nak tido mesti ada 2 perkara ini. Pertama dah tentu lah asben aku. Yang ni aku tak huraikan lah lebih lanjut, sbb objek yg nak aku citerkan di sini bukanlah asben aku. Yang kedua, adalah bantal kesayangan aku. Pendek kata bantal busuk lar.
Aku pun tak tau sejak bila aku berkecimpung ngan bantal busuk nie. Setau aku masa zaman2 uitm dulu aku takde pulak kesah ngan bantal nie. Yg nyatanya pas aku abis belajar baru aku kesah ngan bantal nie.
Mungkin kerana dulu salah sorang geng kami; Lily, memang tak leh hidup tanpa bantal busuk dia. Asyiknya diusung ke sana ke mari. Sori yer Lily kalau ko terbaca ni. Tapi dun worry aku tak citer camne keadaan bantal ko tu kat dalam blog nie. Aku paham. Hehehe. Oh ya dedulu geng aku adalah Neena, Farah & Lily. Ok mungkin kerana selalu duk gelakkan dia, maka aku pun terkena sumpahan jadi cam dia. Apakah?
Tapi memanglah bila dah ada 'bantal kesayangan' asal nak tido jer mesti nak cium bantal dulu. Warna boleh tahanlah berubah kalernya. Tapi yg penting aromanya yg harum itu. Jangan ingat bantal busuk itu busuk ya. Sesungguhnya bantal itu adalah wangi kerana hari2 terkena losyen dan minyak wangi yg dipakai. Cuma keadaan fizikal dia jer lah menyedihkan.
Tapi walaubagaimanapun bantal ni aku tetap akan cuci gak dalam 2 or 3 bulan sekali. Dulu langsung tak basuh, sekarang sejak berlaki ni aku basuh gak lar. Kalau tak kang jadi bahan jer bantal aku tuh. Pastuh asben aku mula lah pegang bantal aku tu kat hujung2 ngan hujung jarinya. Camlah jijik sgt bantal aku tu. Padahal, dia tak sedar time tido bantal aku tu jugak yg diciumnya. Hehe.
Inilah dia bantal kesayangan aku.
Betapa stonenya aku mencium bantal itu
Eleh korang pun ada gak kan? Janganlah purak2 tak ngaku. Cam aku tak tau. Kan neena kan? Ko pun ada gak kan? Oooppss...
Pergi Kenduri Kahwin
Sesampai jer, pengantin sedang berarak dalam keadaan hujan renyai2. Nasib tak lebat, kalau lebat mau aku duk dalam kete jer.
Susu Aku Bagi Tuba Yang Aku Dapat
Adalah sorang makhluk nie. Dia ni selalu mintak tolong aku. Byk kali gak tolong dia. Tapi dia ada kesah nak tolong aku?
Aku bukanlah nak pembalasan, tapi tak boleh ker org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa.
Bak kata dalam iklan tu.. Budi Bahasa Budaya Kita.....
Harus laki aku terus call aku nak tanya sape yg buat bini dia emo2 nie. Dia bkn leh baca kalau entry aku lain macam sikit.
Monday, June 15, 2009
Kereta Dia Pulak Rosak
Selang beberapa hari lepas tu, secara tepatnya Hari Jumaat lepas, kereta asben aku lak yg wat pasal. Tetiba lak dia nak demam. Berjangkit ngan kereta aku kot. Kata sekarang ni kan penyakit senang jer nak berjangkit-jangkit.
Tapi yg siannya, dia bukan rosak kat rmh. Dia rosak masa asben aku tgh on the way nak ke tempat kerja. Asben aku citer masa dia tgh bawak kereta dia cam terbau hangit jer, pastu dia tgk temperature naik sampai merah. Tapi asben aku ni takde pilihan, dia teruskan gak perjalanan dia yg dah tak berapa jauh tu. Kalau aku ada kat sana dah tentu2 aku suh dia benti kat tang2 tu jugak. Isy... seb baik lah tak meletup kebabom kereta tuh.
So, sekarang kereta dia berada di bengkel. Tgh dibaiki. Mungkin hari ni siaplah kot kereta dia tuh. Entah berapa rat pulak yg nak melayang di tengah2 bulan nie. Pasrah.
Di kala sdg menghadapi masalah kereta rosak nie, akak no. 2 telah meracuni aku tuk beli kete baru. Ini kerana, aku dikhabarkan yg akak aku yg sulung tak lama lagi akan menukar kereta kepada kereta idamannya tak lama lagi. Semoga impiannya tercapai. Aku pun suka gak, sbb leh lah aku tmpg sekaki. Aku nak pakai kereta tu rasanya adalah amat mustahil.
Kami masih sayang dengan kereta2 kami nie. Hutang kereta dah nak abis, wat pe nak tambah hutang lagi. Tapi kalau ada rezeki di masa akan datang, mungkin boleh lah kalau nak tukar2 nie. Apa kereta idaman aku? Sekarang ni tak lain tak bukan hanyalah Toyota Caldina yg menjadi pujaan. Tapi kereta ni memang takde keluaran terbaru. Tak salah aku dia re-con ajer. Tapi aku tak kisah, aku suka sgt rupa paras dan bentuk badan dia. Ni sekarang lah aku suka, tapi tak taulah setahun dua ni aku beralih arah kat kete lain pulak. Takpe sekarang ni berangan jer. Tak rugi pon.
p/s: Nak ucap terima kasih kepada Am & Watie sbb tolong amik Shah pada malam hari tu. Aku nak amik, laki aku tak kasi. Dia kata membahaya, sudahnya terpaksa menyusahkan korang pulak.
Lepas Isi Perut, Isi Angin Pulak
Yelah sekang dah ada laki kan, belum sempat kita nak buat, derang dah buatkan. So, camne? Cea.. padahal memang takkan buat pun...kui kui kui...
Cumanya kalau dia tak leh amik hantar aku lah problem, sbb aku terpaksa menumpang kasih kete adik aku pulak. Adik aku ni pulak serba lambat, gi ofis lambat, balik ofis pun lambat.. Tak sanggup aku nak menuggu.
Ok panjang pulak citer, padahal nak citer pasal isi angin kete jer. Tulah blogger.. citer isi angin, citer makan mamak, masak apa, makan apa, sumer nak diciterkan kan. Suka hati kamilah nak tulis apa pun kan. Janji kami bahagia. Hahaha.
Ok back to the story, di kala asben aku sibuk mengisi angin, aku sebagai maam besar sekadar duk dalam kete sambil...
Selepas itu, kami pun pulang. Tata.