Wednesday, February 18, 2009

Campak

Ain kena demam campak. Sian dia. Ni mesti terkena jangkitan dari si Tinit nie. Hari tu anak2 dia kena pastu dia plak kena. Pastu bila aku baca blog dia terus terjangkit ngan anak buah aku. Boleh ke cam tu?

korang jaga2.. nanti jangkit kat korang pulak tau..

Saturday, February 14, 2009

Happy Birthday

Happy Birthday to my youngest brother
-14 Feb 2009-




Wah sampai dua gambar aku letak biasa birthday wish ni aku letak satu gambar jer. Tapi takpe sebab adik aku ni sekang jauh di peratauan. "Kerja baik2. Esok dah kaya jangan lupa mak, family sumer. Jangan asyik awek manjang".

p/s: Dik, ko kalo nak celebrate, celebrate birthday jer jgn nak ngada bervalentine bagai!

Friday, February 13, 2009

Gulatis

Lunch time tadi aku jalan sorang2. Mula2 ingat nak gi Sogo,tapi cam boring pulak asyik2 gi Sogo, asyik2 Sogo. So, aku tukar haluan aku ke Jalan TAR. Cam nak gi Jakel, tapi jauh pulak nak menapak. Jadinya aku gi Gulatis jer.

Tiba2 cam teringin nak beli kain jer. Rasa cam dah lama jer tak buat baju baru. Last beli dulu pun time nak raya jer. Lagi pulak pasni wedding cam byk jer yg nak kena pergi, so eloklah get ready ngan baju2 baru. Wah, tau dek laki aku ni mesti dia bising. Alar.. lagipun bkn rugi pun beli, dah tentu baju tu nanti boleh aku pakai gi kerja gak nanti.

Cam biasa, pilihan aku kain bercorak abstrak atau kosong sajer. Sebenarnya aku dah tak nak beli kain chiffon dah, sbb kesian kat taylor aku dia sekang ni dah tak baper sihat. Jahit kain lembik2 camtu pastu ngan lining memanglah akan menyakitkan lagi kepala dia. Tapi apakan daya, aku terbeli gak kain tu.

Tapi kuar sorang2 ni sgtlah tak best bila nak tanya pendapat ok ke tak ker.. barulah tingat kalau laki ikut kan best, senang kerja aku, tak yah nak tanya2 kakak promoter tu.

Eh pesal aku citer satu persatu ni. Tujuan citer ni ialah aku nak citer pasar Gulatis nie. Panjanglah mukadimahnya.

Biasalah masuk2 jer haruslah kakak2 promoter akan membontoti ko walau ke mana ko pergi. Sungguhlah tak selesa. Yelah mula2 tu kita kan nak tgk2, belek2 dulu, ni dah ko asyik dok folo jer aku pun jadi cam tak selesa. Aku gi bawah, dia ikut, aku naik atas dia ikut gak, pastu sibuk rekemen suh aku pilih tu pilih nie. Takpe mungkin tu memang kerja dia.

Pastu bila time nak bayar, dia tanya aku bayar cash ke kad. Mula aku cakap cash, pastu aku tukar fikiran aku nak pakai kad, sbb leh collect point. Point aku dah byk tau, tapi tak pernah redeem lagi tau. Eh walaupun point aku byk, payment setiap bulan aku buat tau, takde minimum2, aku byr penuh ok. Perlu ke nak citer ni sumer?

Masa aku cakap aku nak byr cash, akak tu secepat kilat tulis kat cash bill dia tu "CASH". Pastu bila aku ckp aku nak byr kad. Dia cakap "Tadi cakap cash ni kad pulak". Cam tu ko layan customer ko. Terus aku nak banned GULATIS ni. Aku pun jawablah "Takpelah cancel lah cash tu".

Ala setakat tulis jer pun, belum wat transaction ke apa ker. Tu pun nak kecoh. Dah wat muka ngan aku. Pastu masa kat cashier, alar cashier kat Gulatis tu sape lagi kalau bukan anty tu, aku rasa dia tokey kot.. ntahlah. Bila dia tengok kat cash bill tu "CASH" tapi aku hulur kad kat dia. Dia pun cakap kat akak promoter tu "U ni, dia byr kad u tulis cash". Sekali leh lak dia menjawab, "yelah tadi kata cash pastu nak kad pulak". Lar itu pun nak jadi isu. Sape suruh ko tak slash awal2 tadi.

Tapi sebenarnya aku tak marah pun pasal tu, aku sajer jer havoc kat sini. Ala perkara kecik je tu. Tapi sebenarnya aku nak cakap kain yg beli tu lawalah. hehe. Saje nak panjang2kan citer.

Thursday, February 12, 2009

Paper pun Jadi

Sebelum langsir kami siap, sebenarnya asben aku ngan kreatif nya telah menampal surat khabar kat sliding door ni. Sbb dia tak selesa nak lepak kat dalam rmh tapi org kat luar leh nampak jer kiterang kat dlm.

Memanglah byk jer kain langsir kat rmh mak tapi nak sangkut camne. Railing pun tak psg lagi time tu. So, tampal paper adalah alternatif yg paling baik dan mudah. Selamba ajer.


Lupa nak snap gambar langsir 'paper' kiterang tu, cuma gambar ni je ada..

Pasang Langsir

yea.. akhirnya siap juga langsir yg ditempah itu. Tapi tak siap sepenuhnya lah. Kepala langsir kat sliding door ngan master bedroom yg tak siap lagi.

Corak serta pemilihan langsir adalah asben aku yg tentukan. Dia takmo yg berbunga-bunga. Aku tak kisah. I folo jer.


Ni tingkap kat bilik bawah. santek tak? tak cantek pun cakap cantek yer.. kang aku pukul korang.

Actually kiterang beli kain & tempah langsir ni dah lama dah. Bulan 12 lepas. Tapi baru siap, sbb kakak yg jahit tu masa dia terhad sikit nak menjahit. Takpe kiterang pun paham & kiterang pun tak push akak tu siapkan cpt2 pun.

Tukang pasang langsir adalah para suami

Akak yg mengambil tempahan ni ialah akak ipar kepada laki kawan aku si Watie tu. Dia memang teror jahit langsir. Dulu masa aku kawen pun dia gak yg tolong jahitkan langsir kat bilik & rmh aku.

Yang aku suka servis akak ni dia akan datang ke rmh & buat ukuran. Pastu dia akan gitau kita kain2 yg patut dibeli beserta berapa byk meter yg perlu dibeli. Kalau nak suh dia beli pun boleh tapi dah tentu taste lain2 kan. So, kiterang beli sendiri jer. Masa dia dtg ukur hari tu dia kata kalau nak cantik buat setiap bilik tu lain konsepnya. Maksudnya beli kain lain2 lah ikut suka. Tapi masalahnya kiterang nak cari kain sejenis pun amatlah payah nak memilih inikan pula nak pilih berjenis-jenis. Akhirnya aku ngan asben sepakat utk satu kaler jer tuk satu rmh except kain lace jer kiterang beli 3 jenis.


asben akak tu memang bagus bab2 langsir nie. dia kata setiap kali raya memang dialah ditugaskan utk mengantung langsir kat rmh dia

Selain menjahit langsir akak tu jugak yg bertindak memasangkan railing2 langsir kat rmh aku tu. eh laki dialah. Takkan dia pulak yg nak manjat2, tak sesuai. So, asben dialah yg wat drilling sumer. See, senang kan keje aku ngan asben, cuma gi beli kain jer. Yg selebihnya derang yg uruskan. Eh tak, selain kain kiterang kena beli railing langsir jer. Ukuran sumer derang yg buatkan. Rod kayu utk langsir sliding door akak tu yg tolong belikan. Sbb dia dapat harga murah. Kat tempat aku RM18 sekaki, akak tu leh dapat RM12 sekaki. Tgk beza 6 hengget ko.. aku pun minta tolonglah dia belikan. Abih takkan aku nak beli sendiri dah lah aku perlukan 10 kaki lebih tu..

Bila dah ada langsir ni baru rasa cam lengkap sikit


Memang tempah kat akak tu, dia akan pasangkan siap2, supaya dia leh tgk kot ada yg terpanjang ke terpendek ker.. then dia boleh bawak balik utk alteration. Tapi so far, ok jer takde apa yg dia kena alter pun..

Akak yg baju putih tulah yg jahitkan langsir aku. Masa ni sumer akak & mak aku ada kat situ, so sama2 tolong pasangkan cangkuk langsir tu. Actually, cangkuk tu akak tu dah siap2 pasang dari rmh dia, tapi ada sikit yg dia tak sempat pasang..

Keseluruhannya utk khidmat yg diberikan ini aku cuma dikenakan bayaran sebanyak RM720 sahaja. Mesti korang kata mahalnya.. taklah sebenarnya harga tu meliputi:-


Upah jahit = RM480
Rod kayu = RM126
Workmanship (drilling sumerlah) = RM117

kalau nak ikut bayar jahit langsir dia cuma 4 ratus lebih jer, tapi kiterang nak mudah, kiterang upah derang buat sumer jer sekali.. tapi pasni kalau nak tukar langsir baru ke apa, just bayar upah jahit jelah kan..

Tapi aku rasa berbaloi sbb kos aku beli kain ngan upah ni sumer lebih kurang RM1700++ sahaja tuk keseluruhan rmh. Sbb akak aku tempah langsir utk sliding door ngan tingkap tingkat bawah jer dah 2 ribu lebih. Kain dah lah lebih kurang jer.. yelah tempah kat Ca Ya Nun.

Aku tau ramai jer yg nak masuk rmh baru, tu pasal aku citer detail ngan harga2 sumer supaya senang derang nak wat budget ke apa. Kang ada plak yg kata harus ker nak letak harga sumer.
Nanti bila dah siap sumer aku letak gambar yer.

Segalanya

Layankan ajer. Di kala mood tak berapa nak ada utk mengarang citer atau idea tak berapa nak dtg atau malas nak update sebenarnya, tag menjadi penyelamat. Cuba kalau ada citer, mau jer dipandang sepi tag ni kan?

Nape tajuk "Segalanya"? Sila baca sampai abis ok.

Tag pasal lagu lar plak. Mak yong yg tag. Dia rajin wat tag aku walaupun aku tak suh, ni dia dah suh aku takkan tak reti2 lagi kan?

Aku bab2 lagu ni memang fail sikitlah. Aku jarang dengar lagu2 ni tapi adalah sedikit sebanyak lagu2 dalam koleksi aku nie. Tapi dengar2 balik sumernya lagu ala2 jiwang kapak & lagu2 lama belaka. Tapi oklah, boleh gak lah buat jawapan utk soalan tag2 ini.

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Wait for You – Elliot Yamin

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF
Sayang - KRU (saya memang seorang penyayang dan suka disayangi)

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Lilitan Asmara – Misha Omar

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Selamat Pagi Sayang - Noorkumalasari (eh dia menyanyi gak ker?)

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Satukan Kita Berdua – Nurul & Ajai (dah bersatu dah.. tapi ada lagi matlamat yg tak tercapai nie)

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Takkan Melupakanmu - Radja (Sumpah! akan terus mengingatimu - laki aku lar)

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Khayalan – Ruffedge & VE (jgn nak berkhayal ok!)

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Satu Impian - Sasi the Don & Amy Search

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Kesetiaan – Siti Sarah (aku setia & aku nak dia juga setia)

10. WHAT IS 2 + 2?
Saat Hilang Cintamu – Siti Sarah (4lar bodow)

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Kembalilah – Slam

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Janji Kita – Spin

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Menggapai Sinarmu - Spring (menggapai cita2 lar kan)

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Untuk Sekali Lagi – Suliza Salam (errrk.. lagu apa nie?)

15. WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Ko Guris Perasaan – Sweet Child

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Teman Tapi Mesra – (tetiba blur.. sape nyanyi lagu ni wey?!!)

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Kekasihku – Ukays (betul2..hobi aku hanya dia sajer)

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Bunga Ayu Cinta – VE & Misha Omar

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Wassini – Wahida (madakara wakada wakada ayadina...lebih kuranglah bunyinya)

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Dekat Padamu - Yusri (boleh aku balik? laki aku ada kat rmh tu!)

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
4 in the Morning – Gwen Stefani

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Segalanya (AIM 04) – Liza, Sara, Siti, Ning & Misha (tajuk post ni)



-Soklan Tamat-

Wednesday, February 11, 2009

Tag Yg Ke-Enam

Yg pasti bukan tag yg keenam aku buat. Rasanya dah byk tag aku buat.

Aku juga kena berterima kasih kepada pemberi tag ini kerana dengan adanya tag ni baru aku dapat tepek gambar aku kat blog ni. Yelah gambar aku cam kureng jer sekarang.. apa taknya asal ada citer jer, gambar aku mesti takde sbb takde org amik gambar aku, asyik2 aku jer yg tukang amik gambar.

The challenge is:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.

Jadi kebetulannya folder ke-enam dan gambar ke-enam adalah....


keterangan gambar: Gambar ni aku bersama-sama suami semasa hari raya pertama tahun lepas (raya side husband). Dua2 pakai kaler purple, tapi tu bukan baju raya kami. Baju raya kami tak sedondon, tapi nak kan sedondon aku cari gak kat wardrobe aku, seb baik ada baju tunang aku dulu. Ketika gambar ini dirakamkan, kami berdua duduk di atas kusyen dan di hadapan kami ada beberapa jenis kuih raya utk dihidangkan kepada tetamu. (cukup tak description aku nie?)..

yea dah siap tag ini... eh sebenarnya ada lagi arahan selanjutnya..

Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

leh tak yg part ni aku skip jer?.. hehe.. tapi klu korang rajin wat lah yer.. pastu gi tau aku yg korang buat tag nie...

Nak Bersawah Padi?

Sekang ni kan kita leh tanam pokok padi kat mana2 pun. Tanam kat depan rmh pun boleh. Tak caya? Ini seriussss... (baca cam nada wonder pet tu)

Masa jenjalan kat nursery hari tu, aku terperasan pokok nie.

Inilah dia pokok padi. korang leh tanam kat rmh korang tau

Tanam dalam guni jer, eh silap tu pasu sebenarnya tapi bentuk guni. tapi kena make sure tanah sentiasa basahlah

Sape nak beli? satu pasu regenya RM38.00..

Ke Nursery

Bkn nursery tmpt jaga bebudak tu, tapi ke tempat org jual pokok2 bunga. Yelah kata dah ada rmh baru kan, haruslah nak ada pokok2 hiasan sikit kan. Eh, tak bkn aku yg nak gi beli pun, sebenarnya akak aku yg sulung tu sibuk nak cari pokok, dia ajak mak aku pastu ngan aku sekali kena ajak gak. Mula2 malas nak pergi sbb akak yg jahit langsir aku tu janji nak pasang langsir hari tu. Tapi akak aku suh gak aku pergi, dia kata akak tu datang petang, gi nursery ni kejap ajer. So, ngan terpaksanya aku ikut gaklah.


Beraneka pasu dan peralatan utk menanam pokok

Aku malas nak jalan2 tgk pokok2/bunga2. Aku duk jer kat tempat duduk kat kolam ikan yg cantik nie. Sambil tu snap2 gambar

Aku bukan tak berminat nak beli pokok2 ni, tapi sbb aku ni kan belum pindah sepenuhnya lagi, kang aku beli nanti letak kat rmh baru sape nak tolong siram2kan. Dahlah harga pokok2 ni mahal belaka. Lagipun kat rmh mak aku byk pokok, apa aku heran nak beli2 ni..

tak caya mahal? tgk harga nie. tak berbaloi sampai RM138. pokok dahlah ala2 ajer. cantik lagi pokok mak aku

Baru aku terfikir betapa berharganya pokok2 yg mak aku tanam kat rmh tu. Siap berangan suh mak bukak nursery depan rmh tu. Yelah sekurang-kurangnya hobi blh buat duit gitu. Tapi sesungguhnya mak aku tak berminat ngan angan2 aku tu.

yg bentuk cam peha org ni aku tak tau lah pulak baper harganya..

nak jer aku petik buah limau tu tau..

Mak aku kalau ke nursery dia akan cari ilham, pastu nanti mak aku eksperimen lah kat laman kat rmh tu


cili warna ungu pun ada.. sesuai wat hiasan lah pokok ni, takkan nak wat sambal belacan lak cili ni kan?


aku suka pokok ni. cam nak tanak kat depan rmh jer.. aku suka bila dia dah besar cam rimbun gitu

pokok buluh pun ada.. sekang ni pokok2 hutan pun dah di komersilkan.

Aku tak beli apa pun kat nursery tu, tapi aku dapat idea nak tanam pokok apa nanti. Eleh sebenarnya mak aku yg kasi idea.

Akhirnya setelah berejam-rejam cuma inilah hasilnya..

pokok2 tu memang dah lama akak cari... mak aku pulak beli pasu bunga.. aku pulak dapat penat jer

Selepas itu kami pun pulang... Seb baik gi 2 kereta, kalau tak confirm tak muat nak angkut bawak balik. Tetiba tak reti nak end kan citer.

Tuesday, February 10, 2009

Penat




Sori, buat masa sekarang ni blog masih blm diupdate dengan jayanya.
Aku penat lah. Kasi aku rest dulu yer... Cuti Thaipusam pun aku kerja tau hari tu

p/s: penat2 cenggini elok tgk pemandangan yg cantik lagi hijau