Wednesday, July 24, 2013

Percutian Yang Betul2 Cuti. Lepak Kat Bilik Hotel Jer.

Percutian 4 hari 3 malam kami ke Sabah hari tuh, memang kami gunakan sebaik-baiknya utk berehat-rehat sahaja kat bilik hotel. Dah penat berkelam kabut setiap hari bekerja, maka marilah kita gunakan waktu percutian ini utk betul2 merehatkan badan. Kota Kinabalu pula, di ketika itu setiap petang jer hujan, so memang sesuailah kita duk golek2 kat atas katil jer.

Dua malam pertama kami menginap di Nexus Resort dan malam terakhir kami menginap di Le Meridien Hotel yang betul2 terletak di tengah2 bandar KK. Next time kalau ke KK lagi, harus nak stay kat Le Meridien, nak makan sea food, nak shopping2, nak beli ikan bilis, nak apa2 sumernya pun kat bawah hotel tu jer, jalan kaki jer.

Initially, aku plan nak stay kat Sutra Harbour, tak kira lah Pacific atau Magelan Wing, tapi all rooms kat sana dah fully booked, tu yg beralih arah ke Le Meridien, sbb nakkan hotel yg berhampiran dengan bandar. Dua malam pertama tu memang kami pilih utk stay dkt Nexus supaya dapat beristirehat dengan tenang di tepi pantai yg indah. Nexus resort terletak lebih kurang 38km dari bandar KK. Takdelah jauh sgt pun, lebih kurang 30 minit perjalanan.


Bilik di Nexus Resort (pic taken from Nexus official website)

Bilik di Le Meridien (pic taken from Le Meridien official website)

Gambar bilik kami di kedua2 hotel adalah lebih kurang seperti gambar di atas. Takde pulak gambar bilik kat kamera aku nie. Percutian kali ni pun, kiterang taknak stress2 sibuk nak bergambar, bila sibuk nak bergambar rasa stress sikit, sikit2 nak gambar, sikit2 nak bergambar, hah letik makcik, so bila nya nak rehat2 kan. So melangkah jer masuk kat bilik hotel, terus jer melandingkan badan kat atas katil golek2. Anak2 pulak sibuk melompat2 kat atas katil (bapak dorang lah yg ajar suruh lompat2 kat atas katil). Kemain suka mereka.  Adalah sikit gambar2 bilik yg aku pakai kamera phone, tapi kan sumernya dah terdelete dek Marissa. Bukan gambar Sabah jer hilang, semua gambar yg ada dalam folder hilang. Sedey lagi.

Maksud aku tak amik gambar ialah takdelah cam dolu2 masuk bilik hotel amik gambar katil, amik gambar bilik air, amik gambar meja, almari segala.. konon nak wat review lah kat blog, hehe. Pastu bilik taknak kasi sepah2 sgt sbb nak amik gambarlah katakan.  Sekarang ni tak fikir dah tu sumer, yg penting kita dapat rehat dan anak2 enjoy. Tapi takdelah sampai tak bergambar langsung, ada tu ada, tapi cam biasalah anak2 lah objek utama sekarang nie.

Ni jelah gambar2 dalam bilik hotel yg kami ada. Gambar golek2 dua beradik nie.


kakak kiss adik

 
dua2 sepet

alalala nampak mesra dua beradik nie

Mesra memang mesra lah, tapi si kakak tu kita tak leh jangka, tetiba kang mood dia berubah tak pasal2 adik yg jadi mangsa. Yang adik pulak memang senantiasa suka mengendeng ngan kakak dia.

Kat Nexus gak, Inara jatuh katil. Ala kesian anak aku. Asik jatuh katil lah pulak. Tulah org sumer dah tido, yg dia dok main guling2 sorang. Nasib baik lantai kayu, so tak keras sgt lah. Nasib baik gak takde benjol2 or lebam2. Inara budak kuat nangis kejap jer.

masing2 dengan 'bear' masing2

Tapi Inara punya tu bukan bear lah, tapi tetap kami panggil bear jugak. Dekat bear dia tu ada jambul kat atas kepala dia, Inara suka sgt masuk mulut jambul bear dia tuh.

mereka kesayanganku. syg sgt2

sama2 pandang mama

sama tak mereka nie?

 
tengok gambar nie terus rindu ngan anak2.. bestnya dapat gomol2 budak2 ni
adik si bulat
 
kakak dah mula merimas nak larikan diri daripada adik

 
kakak menjarakkan diri

 
sweet Inara

 
sweet Marissa

Memang puaslah dapat bergelimpangan ngan anak2 kat bilik hotel. Kat rmh bukan tak boleh, boleh jer, tapi kalau kat rmh, kita mak2 ni tak leh duk diam, kang tengah relax2 terfikir nak basuk kain, pastu kang terfikir nak masak ar, nak buat itu lah, nak buat ini lah.. pastu terus berlarutan, so bila masanya nak golek2, lepak2 tanpa memikirkan nak buat apa2. So time cuti2 ni lah we just free the mind and enjoy the moment. Bilik sepah pun takdehal, panggil jer room service bilik dah kemas balik dah.

2 comments:

Unknown said...

semangat nye baby,dah bape bulan dah....bestkan dapat keluaq dari kebisingan kota....

Mimy Hamid said...

aku suka bercuti mcm ni duk hotel...ntah suka sangat