Aku tak heran lah kalau yg nak tumbuhnya giginya Inara. Memang standardlah budak baya2 dia dah start tumbuh gigi dah. Tapi apakehalnya aku yg tua tak bangka lagi ni yg nak tumbuh gigi. Gigi bongsu yg tak habis2 keluarnya. Adoi leh tahan azabnya. Dah seminggu dah aku merana menanggung kesakitan gigi eh gusi. Ntah aku pun tak sure yg mana satu sakitnya gigi ke gusi.
Gigi bongsu atau dikenali jugak sebagai wisdom teeth ni adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun. Aku ni dah lebih pada 30 tahun dah, pun tak abis2 gak munculnya. Actually dulu pun aku pernah gak kena camnie. Sakit. Stok sampai nak bukak mulut nak makan pun tak boleh. Pastu gigi pun keluarlah sikit. Pastu sakit pun hilang. Aku pun takdelah kisah sgt gigi nie, biarlah nak kuar ke tak ker. Duk lah dendiam kat sana.
Patutnya pas kejadian tu aku gi lah jumpa dentist ke ker kan, jumpa memang jumpalah tapi sekadar wat scaling jer lah, takdelah aku gitau sakit gigi geraham ke apa.
Ni tup2 sakit tu dah menjelma kembali. Bayangkan dari hari pertama puasa sampai lah sekarang ni aku menanggung sakit gigigusi. Sakitnya ya Allah, kalah sakit beranak kot. Beranak sakit sekejap pastu hilang dah. Ni sakit gigigusi ni tak hilang2.. nyut nyut nyut. Ko nak makan nak tido sumer tak kena. Time tu orang di sekeliling jangan lah cari pasal, kang tak pasal2 ada yg kena lempang. Ceh cam berani jer nak lempang org. Keh keh keh.
Tapi aku respek gaklah kat diri sendiri sbb masih boleh lagi menahan diri.. puasa kan haruslah kena sabar byk. Masih leh lagi senyum di sebalik kesakitan yg dirasai. Cuma kengkadang ter moody sikitlah jgk.. yelah org tgh kesakitan ko pulak mcm2 peel memang mendapatlah kan...
gambar hiasan semata
Sakit gigigusi ni memang leh buat badan demam lah. Hari Isnin hari tu balik kerja aku flat giler. Rasa nak demam pun ada. Memang rasa nak tido atas katil jer, tak larat nak buat apapun. Nak buka puasa pun tak larat. Tengok makanan atas meja pun sikit pun tak tergoda. Tapi berbuka lah jugak. Minum air pastu makan sikit. Memang sikit sgt pun. Dahlah sahur pagi tu mkn sikit jugak. Tengah sakit gigi ni hadap lah apapun, memang tak lalu pun. Tapi aku makan lah jugak, kang tak makan langsung kang mana anak aku nak dapat susu..demi anak ku gagahkan juga. Lepas Maghrib terus aku tido. Sebelum tido aku telan sebijik panadol pastu minum air byk2. Tapi panadol tu tak sempat nak sampai perut pun, sbb tak lama pastu aku muntah. Perut dah masuk angin lah tuh kot. Hari Selasa terpaksa EL. Sbb masih tak larat nak gi kerja. Nak gi dentist amik mc pun aku tak larat nak kuar, better stay kat rmh jer, tido puas2. Lagipun kalau jumpa dentist time gusi bengkak ni pun dorang bukan leh buat apa pun kasi ubat jer pun kan.
Semalam aku jumpa doktor panel jer kat ofis, bukan dentist lah, saje nak check keadaan aku kot ada demam lagi ker.. demam takde dah, tapi doktor cek gusi, katanya kena infection, so doktor kasi aku antibiotik dan ponstan tuk tahan sakit. Makan ponstan oklah hilang lah sikit rasa skt. Tapi antibiotik aku tak telan lagi. Cam malas plak nak telan2 byk2 ubat, aku ni dahlah menyusu anak.
nampak cam org sakit gigi tak? still leh senyum senyum lagi.. padahal...
See, nampak tak pipi aku yg tembam tuh, tu sebab gusi bengkak lah tu terus menampakkan pipi tembam. Ceh padahal memang pipi memang bulat pun. Tapi memang bengkak ar. Aku ni dah berapa hari makan ala2 kadar jer, tak selera nak makan, selera ada, tapi seksa nak makan. Tak leh nak bukak mulut, tak leh nak kunyah.. Kalau makan pun pakat telan jelah.. kunyah dua tiga kali telan. Sakit. Memang hilang lah nikmat makan tu sekejap. Alhamdulillah. Ujian dariNya. Kena sabar byk2, tambah lagi bulan puasa ni kan.
Apapun semoga cpt lah baik gusi nie, dan semoga aku sabar dengan ujian yg diberikanNya ini dan semoga ia menjadi penghapus dosa2 kecilku. Amin. Ok nanti nak set appointment gan dentist lah. Nak cabut, cabutlah gigi bongsu nie.. ceh bunyi macam berani. Tapi takut sebenarnya. Ker, ada sapa2 yg ada experience cam aku nie, ada apa2 nak share tak??


9 comments:
takleh buat apa, memang kena cabut la na..
smg cepat sembuh ye deqna,sakit nak tumbuh gigi ni mmg lebih dr sakit bersalin :)
kalau sakit gigi.. memang x boleh nak buat apa dah...rasa mcm nak marah ajer kan?
Tapi Deqna boleh lagi senyum manis dok tahan sakit kan
ala syian dia...
kak kite penah kena gusi bengkak sbb akar rosak.. buat rawatan akar.. adoi mmg sakit gile la mase tu naik ke kepala..
Derna, kita serupa!
Aku dah mc 2 hari (selasa rabu lepas). sakit gigi sampai demam. laki n anak2 terbiar dah maknya menanggung sakit.
aku nye wisdom tooth tu berlubang so kena cabut. tapi gi dentist,doc bg ubat surut bengkak n antibiotik bagi bengkak ilang baru leh cabut. huhu. dugaan bulan puasa tahun ni.
memang lah sakit beranak pun tak sakit camni.
nape ko tak makan antibiotik, cemana kuman nye nak ilang nanti sakit tak ilang.
Gigi ni, kena jumpa dentist dan ambil xray. biasanya kena surgery. ni geraham atas atau bawah? kalau atas, tak perlu surgery, dr boleh gunting sikit gusi and terus cabut. dlm 2 hari dah sembuh.
kalau geraham bawah, wajib ambil xray dan buat surgery. gigi ni wajib dibuang. kalau simpan, sakit ni akan datang balik.
sally
Gigi ni, kena jumpa dentist dan ambil xray. biasanya kena surgery. ni geraham atas atau bawah? kalau atas, tak perlu surgery, dr boleh gunting sikit gusi and terus cabut. dlm 2 hari dah sembuh.
kalau geraham bawah, wajib ambil xray dan buat surgery. gigi ni wajib dibuang. kalau simpan, sakit ni akan datang balik.
sally
gigi ni, jangan delay2. kadang2 makanan boleh masuk terkumpul di sana & menyebabkan cavity pada gigi di sebelah. daripada 2 gigi rosak, baik cabut terus 1 gigi.
Post a Comment