Tuesday, July 23, 2013

Percutian Kejutan Utk Suami Sempena Anniversary

Memang tak plan pun utk kemana-mana sempena anniversary yg-6 ni sbb beberapa perkara. Sebab pertama anak2 berderet dan masih kecik dan sebab kedua aku ingat tarikh anniversary kami jatuh pada bulan puasa, tapi bila check balik kalendar eh belum puasa lagi lah, ada seminggu sebelum puasa, maka terfikir eh sempat lagi lah kalau nak berjalan.

Maka sebulan sebelum tarikh anniversary aku pun sibuk lah membrowse kot adalah flight ticket yg murah tak berapa nak murah. Yelah nak harapkan murah sgt tu tidaklah sbb tak booking in advance pun sgt. Takde lah plan nak bercuti ke luar negara, setakat dalam Malaysia jer tapi still lah over the sea. Sebagai percubaan travelling with 2 kids, maka lebih eloklah bercuti kat dalam Mesia dulu. Kalau ok nanti kalau ada rejeki baru fikirkan kalau nak keluar Malaysia.

Tanpa check schedule asben aku terlebih dahulu, aku dengan konfiden jer book flight tiket utk penerbangan ke Sabah. Perjalanan pergi pada 5 Julai dan perjalanan balik pada 8 Julai 2013. Oklah 7 Julai leh celebrate anniversary kat sana. Ceh celebrate lah sgt kan.

Kenapa Sabah? Ntahlah aku suka sgt Sabah. Lagipun kiterang cam dah berjanji dulu, kalau boleh tiap2 tahun akan ke Sabah sempena meraikan tempat kami berbulan madu pada tahun 2007 yg lalu. Tapi ni dah 6 tahun kawen baru 3 kali jer kot celebrate kat sana. Ok next year akan pergi lagi. InsyaAllah jika diizinkanNya. Pergi byk kali takkan pernah bosan, sbb byk sgt tempat yg menarik yg harus dilawati kat sana especially pulau2 kat sana. Teringin gak nak ke Semporna. Tgklah nanti.

Eh eh panjanglah pulak mukadimah nya. Macamkan org nak kesah ko nak kemana pun. Hehe.. Nilah dia bila jari jemari dah menari2 di atas keyboard. Sesedap rasa jer nak menaip.

Pic yg aku post kat fb selepas berjaya membuat online booking

Dengan statusnya: Booking done. Surprse to Mr. Shahrizal Ikhmar Jamil sempena our 6th wedding anniversary. Sila apply cuti in advance yer. Ini memang kejutan. Japgi mesti dia call tanya pergi mana. Ker entah2 aku yg terkejut klu dia tak dpt cuti. Klu tak dapat cuti dia kena bayar ganti rugi.

Tak lama lepas aku post gambar tuh, terus dapat call dari en. husband. "Eh kita nak ke mana nie? dengan penuh excited. Kan aku dah cakap dah... hehehe

Takat tu jelah suprise yg aku buat pun. Pastu arrangement lain2 like hotel and transportation sila lah si suami uruskan. Hahaha.

Maka sebulan selepas itu tibalah hari yg dinanti. Maka pagi2 hari Jumaat 6 Julai keluar lah kami airport. Flight dijadualkan terbang pada pukul 9:25 pagi tak salah aku. Kami memilih tuk naik ERL jer ke KLIA. Lagipun Marissa tak pernah lagi naik train. Dari hari ke hari janji nak bawak dia naik KTM komuter tapi tak berkesempatan lagi, so ganti naik ERL ni jelah.

Marissa dalam ERL

Maknya sibuklah nak self capture

Inara senang jer nak layan. Tengah menyusu

Kami check-in kat KL Sentral sajer. Luggage pun check-in sekali. Senang citer. Pastu berlenggang jer ke airport. Tak yah nak rushing2 sgt. Leisure2 jer kami pagi tuh. Perjalanan ke KLIA dari KL Sentral tak lama pun tak sampai setengah jam pun. Tiket dewasa RM35 kot. Ingat2 lupa plak. Budak2 bawah 2 tahun free. Marissa pergi dapat free, balik kena bayar separuh harga.

Oh ya aku lupa nak gitau. Actually kami byk bergambar pakai hp aku sajer. Tapi disebabkan Marissa telah melakukan sesuatu kat hp aku baru2 ini, maka nya habis segala tok nenek folder and gambar2 dalam galeri yg telah terdelete. HuaaaaaaaaaAAAA rasa nak nangis pun ada. Habis segala gambar dan video2 yg dirakam utk kenang2 ngan hilang begitu sahaja. Aku tak tau lah apa yg ditekannya tau2 hp aku mcm diformat semula. Yang si Marissa pulak lepas kejadian tu pass hp kat aku dengan konfidennya ckp "mama nah bateri habis". Sbb time tu dia cam hang sikit dan aku perasan ada gambar tong sampah. What tong sampah?? apakah??? pastu hp dia restart semula pastu aku dapati hp aku cam hp baru. Kosong sekosong-kosongnya. Hikmahnya hp aku sekarang dah laju sikit, kalau tidak lembap cam siput sbb penuh sgt gambar kat dalam tuh.

So, disbbkan itu, aku akan post jerlah segala apa gambar daripada kamera. Walaupun gambar cam lebih kurang sama jer, sbb kami tak byk bergambar pun kat kamera. Sedeh. So, nak menampakkan cam byk gambar kita letak jer segala gambar yg ada, takyah nak pilih2 sgt. Haha.

breakfast dulu kat McDonalds

Sbbkan pagi lagi haruslah anak dara sorang tu membuta lagi. Anak dara tu selagi tak tinggi matahari memang tak bangun. Nasib baiklah ada baby carrier. Inara duk dalam carrier dan Marissa duk dalam stroller. Senang citer.
ulang lagi lah gambar kat McD

 
Inara pun tido gak kat dalam carrier

ok ni namanya sengaja nak membanyakkan gambar padahal kat McD jer pun

untung bear tu, mana jer dia tak sampai. Mekah pun dah sampai tau.

Tulah kawan baik Marissa sejak kecik dulu sampailah sekarang. Daripada gebu sekarang dah tinggal kulit jer bear dia tuh. Mana Marissa pergi, tentu dia ikut sekali.



kat airport tengah tunggu ketetebang

Marissa suka wat pelat2. Kalau kapal terbang jadilah ketetebang, kalau keretapi jadilah ketetapi. Sumernya pun kete.

pekerja sedang bertungkus-lumus tuk siapkan flight

 
beramah mesra dengan aunty yg teringat kat cucu dia yg sama baya Inara

 
duk lah Inara dendiam kat dalam tuh

tgk si Marissa kat belakang tu, tgh bergwiyomi ker apa ntah.. minah tu kan suka berlakon


Flight adalah delayed pagi tuh. Delayed sejam sebab trafik udara adalah sgt sibuk pada pagi itu. Memang pun sibuk flight siap beratur kat landasan sebelum berlepas.

Budak2 dalam flight ok jer tak byk hal. Marissa dia bukan kisah pun naik ketetebang. Takde perasaan jer minah tuh. Nak kata pengalaman pertama tuk Marissa pun tak jugak, sbb dulu dah pernah naik sampai 9 jam perjalanan. Dah makan tido, makan tido pun tak sampai jugak. Inara, ni adalah first time dia fly, dia lagilah takde perasaan, yg dia tau menyusu menyusu dan tido. Tapi ada kes gaklah si Marissa. Boleh pampers dia bocor pulak. Dah satu kerja aku nak menukar pampers dia kat dalam toilet.  Actullay aku nak kongsi tips bagaimana nak handle anak2 semasa kat dalam flight beserta dengan gambar2 sekali, tapi apa nak buek, gambar sumer dah didelete oleh anak tercinta. So malas lah nak citer.

Ok ni baru entry permulaan, nanti sambung citer lagi yer. Sabah kami datang bah.

7 comments:

Puan Ida said...

Salam
ai saya ida
newbies blogger
saya baru follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com

Irfa said...

haha, baya marissa tu mmg fasa suka berlakon.kejap jadi mama, kejap jadi mummy. suka berangan pun iye ;)

Deqna said...

Good job syg...sambung lagi citer

Rizziela said...

Wow bestnya.. dulu berdua.. kini berempat

Anis Rahim said...

derna, nanti share ek camne nak handle baby ni dlm flight...risau gak ni coz next mth nak bwk qaseh g swak....hope, dpt some tips...tq derna.....

mama-syira said...

Sabah memang best. Nak pegi lagi!!

Su Hamid said...

untung bear tu ye, mekah pun dah sampai...sambung cerita lg ye deqna :)