Monday, September 3, 2012

Persiapan Sebelum Hari Raya

Org dah habis dah citer pasal raya, aku baru pulak nak citer persiapan raya... haha.. fedulik... ni tetiba mood mengupdate blog baru kunjung tiba...

Ok sebelum tu nak ucap sekali lagi selamat hari raya kepada sumer... masing2 masih lagi dalam mood raya kan dengan jemputan open house sana-sini kan...

Raya aku dan family tahun ini adalah sederhana sahaja dan nak kata beraya sgt pun takdelah jugak, paling jauh aku berjalan pun takat ke seremban jer tu pun balik hari.... pastu tahun ni pun tak byk rmh pun yg sempat diziarah sbb asben pun tak dapat cuti raya. Sib baik lah takat Sg. Besi-Sg. Buloh so, takdelah gaduh sgt nak cuti2 pun.

Sehari sebelum raya, biasalah kat rmh mak memang sibuk sikit lah, dengan nak rebus ketupat, dengan nak masak rendang ayam, rendang daging lagi... dah lah sumernya dibuat secara tradisional... santan nak kena perah, kerisik nak dibuat sendiri, nak kupas bawang segala, memang agak remeh lah nak wat penyediaannya... sib baiklah tahun ni ada byk assistant. Sumer adik-badik ada... adik bujang aku yg tengah offshore pun dapat balik 3 hari sebelum raya.

 ketupat yg siap direbus oleh abang ipar no. 2

 Marissa tukang tengok


Tapi tahun ni aku mengelat sikit, time dorang sumer sibuk2 kat rmh mak wat kerja, leh aku laki bini ngan Marissa sekali, keluar ke Jusco sekejap. Tak pernah aku buat sebelum ni, tapi sbb tengok cam cukup kakitangan jer, maka kiterang kuar sebentar utk mencari barang sebagai last minute preparation before raya. Janji ngan mak nak kuar kejap jer dalam 2-3 jam pas dah settle sumer akan balik semula ke rmh mak utk membantu.

Tapi lain pulak jadinya, lepas balik dari Jusco kami tak terus balik rmh mak tapi balik ke rmh kami dulu. Ingat nak amik kain baju (baju raya) jer sbb aku akan bermalam di sana terus, tapi sudahnya bila dah sampai rmh, terus kemas2 rmh pulak. Mengubah-suai kedudukan perabot di ruang tamu. Rasa boring pulak asik cam tu jer kedudukannya. Maka hasilnya adalah seperti di bawah....


 hasil yg tak berapa nak siap

 Sofa L-shape yg agak besar sebelum ni kami pindahkan ke ruang kedua dan digantikan dengan kerusi merah

depan tv hanya dibiarkan lapang tuk bergolek-golek


Simple jer pun konsepnya. Konsep berlapang-lapangan. Meja makan kat dining hall pun kami pindahkan ke dry kitchen. So, kat bahagian dapur tu agak sempit lah sikit. Takat kami 3 beranak nak makan kat situ, oklah, tapi kalau ramai, marilah kita makan beramai-ramai di atas lantai yer.

Dah agak2 puas hati kemas rmh, barulah kami berangkat semula ke rmh mak, utk membantu mana yg patut. Tapi sampai2 tengok sumer dah siap dah pun, ketupat dah bergantungan, rendang ayam dan daging dah siap, adik badik pun sumer dah terjelopok kat dpn tv. Utk hilangkan rasa bersalah, aku mengoferkan diri tuk membuat kuah kacang. Lagipun kat rmh mak aku memang jarang2 sekali wat kuah kacang time raya. Hari tu, ada baca kat blog neena cara buat kuah kacang, aku main ingat2 lupa jer resipi dia... tapi aku apply kan lah jugak sikit2 resipi dia tuh.

Utk pertama kalinya siap lah jugak kuah kacang hasil buatan aku. Kacang goreng sendiri dan ditumbuk u olss.. tak main pakai blender... tapi surrender gak lah... bila dah dua trip menumbuk rasa letih pulak, terus disambung oleh mak...hehe.... Gambar kuah kacang adalah tidak ada.... tapi oklah rasanya utk org yg pertama kali buat cam aku nie... Dua kali buat perfect dah kottt....

Oklah nanti kita sambung dengan gambar2 raya pulak yer...... sambil2 tu sila lah kunyah biskut2 raya tuh yer...

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

simple is better...senang anak nak golek2...dan ibu dia golek2..huhuhu

Irfa said...

akak pulak pertama kali buat rendang ayam.boleh gitu?kuah kacang tahun depan la kot