Aku kalau nak shopping2 tu takdelah suka sgt shopping kat Aeon (Jusco), tapi aku suka lepak2 kat sana. Ok shopping dan lepak adalah dua perkara yg berlainan yer. Boleh lah jugak nak shopping kat sana tapi cam tak berapa byk pilihan sgt lah, kalau tuk barang sendiri, aku rasa aku lebih suka shopping kat Sogo. Cumanya, aku suka pergi ke Aeon ni sbb rasa santai jer, kalau rasa nak buang2 masa, takde apa nak buat memang kami anak beranak lepak kat sana jer. Nak makan pun senang, macam2 ada, rasa nak makan nasi ayam masuk jer ker chicken rice shop, nak makan pizza masuk jer ker pizza hut, nak nandos masuk lah nandos, nak minum chocolate ice starbucks, masuk jer starbucks, dan bermacam-macam anika lagi yg ada.
Kadang2 tu complete sampai ke dinner. Dan hoye tak perlu memasak tuk hari itu. Sukalah kan... tapi yg aku paling suka adalah.....
tak perlu nak terkocoh-kocoh nak balik utk solat. Biasalah selalunya kan ruang solat kat shopping complex sgt menyedihkan, dengan keciknya, dengan panasnya, dengan telekungnya yg tak berapa bersih dan macam2 lagi lah...
tapi kalau kat sini suraunya memang terbaik lah. Surau berdekatan dengan washroom, so senanglah takdelah kejap kang nak ke toilet arah sana, nak ke surau kang arah situ pulak... pastu tempat amik wudhu dia pun bersih jer, suka dengan konsep lantai dan dinding dia yg kesat2, so takdelah licin ke apa. Tak bawak telekung pun takyah risau, sbb telekung dia memang bersih2 belaka dan harum wangi jer. Ruangan solat pun lapang dan bersih. Sgt2 selesa. So far, aku rasa ni lah surau yg terbaik antara shopping2 complex yg aku pernah pergi.
laluan ke surau
tempat ambil wudhuk
Ruangan solat
Actually bukan takat surau jer yg bagus, byk lagi perkhidmatan2 yg disediakan di sana yg agak bagus. Contohnya toilet yg terjaga (walaupun free ia tetap bersih), ada perkhidmatan kereta sorong baby, kereta tuk budak2, ada wheel chair tuk yg kurang upaya dan macam2 lagi lah. Yang pasti semuanya pun free2 belaka. Sgt2 mesra pengguna. Saya suka.
5 comments:
memang sgt selesa! aku pun ade selera nak solat kalau camgini rupenya! kengkadang memang sgt sedih biler negara kite yg dikatakan negara ISLAM tapi kebajikan utk org ISLAM seperti terlalu dipinggirkan bile ditempat-tempat2 awam macam gini kan! harap2 tempat2 awam yg lain especially shopping mall boleh sediakan kemudahan yg selesa camgini lah gamaknya!
#kat office aku nie pun sadis sgt ruangan solatnya! boleh bayangkan tak food court yg terletak just next to surau bukan main hebat air-cond sejukkk beku! tapi tempat solat nya pulak bukan main sempit dan air-cond ibarat kipas.. bile solat bukan main berpeluhhh! uhuhu...#
betul tu..kami anak beranak pun suka lepak kat aeon seremban2..tak perlu kocoh2 nak balik sbb suraunya bersih dan bilik air pun bersih ;)
Smla kak zura lau nak soping suka sogo ngn midvaley..
Aeon jusco yue pna pegi 2x jer tu pun xsmp dalam..setakat pegi nak beli kek BR ngan cari apa ntah..
Tue jer..:-)
Tapi cntikla tmpt solat kat ctu..lau kat tmpt lain tmpt solat ala kadar jer..
cantiknya surau dia..jusco mana ni?
ye ye..akaka pun suka gi aeon.......
sbb mmg sesuai tuk family...
Post a Comment