Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Rasa Sedih Pulak

Aku tak pernah citer kat korang yg kat rmh aku ada kucing kan. Bukan kucing aku, tapi akak aku mintak tolong jagakan kucing kesayangan dia. Bukan kucing sebarangan, tapi kucing yg bulu kembang2, makan makanan mahal, kena bawak gi klinik, kena injection, pendek kata nak jaga kucing ni macam nak jaga seorang baby lah. Nama kucing ni Happy.

Aku tak pernah amik gambar kucing nie, sbb dulu kalau amik gambar kucing jer mesti dia hilang atau mati. Ok bukan nak percaya, tapi cam memang taknak amik gambar kucing tuh sbb dia sgt cantik.

Tapi pagi ni, masa nak kuar dari rmh nampak dia tak sihat. Duduk terjelepok jer, nak berdiri pun tak larat. Melepek sangat. Bila keluarkan dia dari cage, dia langsung tak nak bergerak. Tapi bila kita panggil dia, dia sahut lah jugak... pastu tengok dia kesian sgt.  Uwaaaa... aku tak boleh lah tengok binatang sakit nie... tu pasal aku tak suka pelihara haiwan peliharaan.

Aku dah call akak aku, karang dorang akan bawa kucing tu ke klinik. Harap dia tak apa2 lah. Risau aku tengok dia. Harap2 dia sembuhlah.


Update:  Happy dah mati. *mode sedih*

Monday, September 27, 2010

Daniel Yang Comel


Ini adalah Daniel. Kelas ko kan kucing, nama pun dah nak sama ngan nama org. Daniel ni merupakan adik ipar aku punya kucing peliharaan. Cute giler si Daniel ni tau. Dia ada teddy bear tau. Cuba ko amik teddy bear dia, mau dia kejar ko sampai dapat. Kalau tuan dia takde rmh, kemain lagi dia gonggong teddy bear dia letak kat atas katil tuan dia. Comel kan.
Kucing pun org sayang, apatah lagi baby kan? Camnelah ada gak org tergamak nak buang2 bayi kan?

Thursday, July 15, 2010

Anak Angkat Suamiku

Semenjak kehilang Buyeen, kucing kami yg comel itu, kami tak pernah lagi membela kucing. Hinggalah si Hitam ni datang ke rmh. Si Hitam ni adalah kucing terbiar. Tah nape dia suka sgt lepak kat rmh aku. Tapi dia duk luar je lah.

Si Hitam dan babynya

Sungguh pun kucing itu kucing terbiar, my husband tetap menjaga dia dengan baik. Dan kucing itu amatlah manja dengan asben aku.

Ada satu insiden, si Hitam pernah terkurung di dalam bonet kereta asben selama 3 hari tanpa disedari. Tak sedar bila dia masuk kat bonet tuh. Pernah lah dengar bunyi kucing mengiau tak henti2 tapi bila cari2 tak jumpa. Misteri lah jugak. Rupa2nya kat dalam bonet kereta.

Bukak2 bonet, nampak si Hitam yg kurus kering. Mujur dia tak mati. Kerana rasa bersalah asben jaga si Hitam dengan baik sekali. Jaga makan pakai dia. Opps jaga makan jer. Kucing tak pakai apa2.

Inilah dia anak angkat asben

Ditakdirkan si Hitam pregnant sama masa aku pregnant dulu. Bertambah concernlah asben aku menjaga si hitam itu.

Tapi si hitam beranak dulu lah.. dah tu kita manusia kan mengandung 9 bulan ++, kucing mengandung baper bulan jer kan..

Mula2 anak dia 3 ekor, tapi seekor jer yg hidup sampai sekarang nie.

Apa yg aku nak citerkan sebenarnya ni yer? Takde... berbuat baiklah kita kepada haiwan kerana mereka akan mendoakan kesejahteraan kita kembali.

Saturday, May 30, 2009

Buyeen Dah Hilang

Asben aku dah tak tentu arah ni. Kucing kesayangan dia tetiba jer hilang, dah 2 hari dia tak balik rmh. Takde lah pulak dia pesan dia gi mana. Biasanya kalau dia jumpa girlfren pun paling kurang pun sehari pastu mesti dia balik rmh.

Ain ngan Adam pun sama byk kali tanya mana Buyeen. Masing2 dah rindu sama Buyeen. Buyeen memang manja ngan budak2 tuh.

Buyeen baliklah rmh. Janganlah ikut betina. Kalau ikut betina takpe lagi, aku takut dia kena kidnap lar sbb Buyeen adalah comel dan manja.


Tinggal kenangan..sob..sob.. Buyeen baliklah...

Sunday, May 10, 2009

Tido Berbantalkan Lengan

Amboi2 manja kemain lagi ko ni yer Buyeen.. tido pun berbantalkan lengan laki aku yer...


Shuh! Shuh! ke sana ko! Berani ko nak berebut lengan ngan aku yer...
Kali ni aku kasi can, tak sampai hati aku nak kejut Buyeen yg tgh lena tido tuh.. Empuk sgt ker???

Wednesday, October 15, 2008

Dari Dulu Lagi Rupanya

Asben suka sangat kucing. Pantang nampak kucing mesti dia gi main2 ngan kucing tu. Tak kiralah tu kucing sape ker, kat mana ker, mesti dia belai2 punya. Paling tak boleh bla dia pernah colek kucing org (ini pernah terjadi, tapi telah dipulangkan semula kepada tuannya).

Rupa2nya minat dia terhadap kucing sejak dulu lagi.. tak caya tgk gambar nie..


Amboi cutenya laki aku kecik2 dulu ngan kain pelekat nya, ngan kepiah nya.. anak sapelah tu.. yg sebelahnya tu pulak adik dia.

Dari kecik sampai ke besar suka nah ngan kucing. Siap ingat lagi tu nama kucing yg dia tgh pegang tu ialah Mit. Mesti kucing kesayangan dia dulu.

Aku tau korang pun ramai yg minat kucing gak kan. Especially Peeja , Cida ngan K. EJ nie.