Wednesday, March 7, 2012

Semuanya Sudah BerTuan

Ok ini adalah second batch stok yg aku amik dari neighbour aku malam tadi. Semuanya pun sudah bertuan. Tunggu nak serah jer.  Ok sebelum ada org len nak mengorder lagi, ni aku nak gitau yer, aku tak amik order dah.. ni yg last lah wat masa ini.

new stock

So, sesape yg dah confirm ngan aku, yg nak collect direct dari aku, aku kasi masa sampai hari Jumaat ni jer, kalau tak collect2 jugak, aku let go jer pada sape2 yg berminat. Begitu jugak yg hendak diposkan, kalau aku tak terima notification pembayaran latest by tomorrow, aku akan let go jugak. Sbb masih ramai lagi yg dalam waiting list aku nie. Permintaan adalah melebihi daripada penawaran nie. Keluar dah istilah ekonomi aku. I need serious buyer only. Dan aku rasa buat masa ni, sampai sini jelah aku amik order. Aku byk benda lain nak konsentret nie. Lainlah kalau aku betul meniaga, memang aku pulun abis lah... lagi ramai customer lagi aku suka kan, tapi ni lagi ramai yg mintak lagi risau aku dibuatnya. Nampak sgt bukan jiwa business.




Lagi satu aku nak gitau, pada sape yg dah bank-in kan payment kat aku, aku ucapkan terima kasih, tapi aku kena tunggu lagi yg lain2 ni pun bayar sama, bukan, apa aku malas nanti nak kena ke post ofis 2 3 kali. So, aku tunggu sumer bayar, baru aku gi wat penghantaran. Tu pasal aku kasi masa sampai esok jer tuk korang jelaskan. Then, by Friday or weekend aku leh ke post ofis. Kalau tak sempat gak, makanya paling lewat yg aku akan poskan adalah hari Isnin. Sbbnya aku adalah tersangat pack wat masa ini. Next week pulak I'll be away for about 2 weeks. Tu pasal aku nak clearkan semuanya cpt2.
pembantu kecil saya

Sekali-sekali jadi peniaga ni seronok gak kan. Bak kata wife neighbour aku ni, berniaga ni seronok walaupun tak untung kadang2 tapi bila dah start berniaga akan timbul rasa seronok. Betul betul betul.. yg penting kita ikhlas kan..... aku pun mana tau, kot lah sebabkan jual y-pad ni aku bakal jadi businesswoman pulak kelak... wah verangan pulak:P

Yelah mana tak feeling businesswoman, aku ni idaklah wat promo ker iklan ker atau suh korang beli mainan ni pun.... tup2 tanpa sebarang apa2 dapat order sebegini rupa, mana tak terkejut beruk aku...mungkin pasni kot aku leh pertimbangkan tuk serius dalam bidang nie. Wah... apapun setiap rezeki adalah datang dariNya. Alhamdulillah.

4 comments:

Ernie said...

Assalamualaikum

Slm saya ada order tuk ypad ni. dan since email opis saya tgh down dr malam sampai skrg, so saya taktahu nama saya ada dlm order ke tidak. blh tak maklumkan kat saya pasal order saya tu ke email erniechemid@yahoo.com.sg

sorry kalu susahkan

ernie

Irfa said...

maaf la ye sbb akak tak jadi ambik akak beli yang biasa2 tu je..sala tekan ada bunyi dah le ;)

tapi akak nak komen bab seonok meniaga w,pun untung tak banyak.betul tu..akak tolong kawan jual tudung pun untung tak sampai rm5 utk selai tudung tapi seronok :)bila barang abis

AdanyaKauUntukku said...

ye ye..akak dalam waiting list gak kan...

leh request kaler ke Derna? ha ha ha

ItaYaniN said...

derna..nak 1 aci?serius ni..pos laju brp?eh..caj tak?haha