Showing posts with label Y-Pad. Show all posts
Showing posts with label Y-Pad. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Selesai Sudah

Fuh lega rasanya bila dah siap pos korang2 ni punya order. Kalau tidak susah hati aku tau.

barang2 yg siap dibungkus

Nasib baiklah jugak ramai yg datang collect sendiri. Kalau tidak pitam aku nak bungkus satu2. So, korang2 yg bakal menerima bungkusan ini, sila jangan terkejut dengan hasil balutan yg sgt tah hape2 tah ini. Ada tu, aku tak balut aku buh jer dalam envelope. Tapi ada conteng2 sikit lah envelope tu. Jangan mare ar...

So, korang2 yg dah bayar tu, tunggu jelah bungkusan sampai kat alamat yg korang berikan itu yer. Seb baik ada cik suami yg boleh tolong saya ke pejabat pos utk proses pengeposan. 


bukti penghantaran

Mungkin taim korang terima parcel ni aku berada jauh di sana, so misal kata korang tak terima2 jugak atau ada yg tak puas hati, nanti korang contact aku balik dua minggu lagi okey.

Akhir kata, mintak halal terkurang terlebih na.

Thursday, March 8, 2012

Saya Rasa Seronok Jer :)

Mau tak seronok business semakin kencang lah katakann.... wahahahaha bisnes lah sgt kan.... ok bukan bisnes, suka2 ajer.

Ok, terima kasih kat korang2 sumer yer, sangat disiplin sekali, bila kata nak collect, memasing datang collect, pastu korang2 yg jauh pun cecepat bank-in payment kat aku takut aku serah kat org lain kan. Cumanya aku tak poskan je lagi, jap ye kasi aku masa sikit lagi. Jangan bimbang kalau tak sampai barang kat korang, wang anda akan dikembalikan. Apapun, aku suka sgt deal ngan korang2 sumer.

Tapi ada a few lagi yg masih tidak diketahui status sama ada jadi atau tidak.. aku dah reserve tuk korang tau, tapi as i said earlier aku tunggu sampai esok yer, kalau takde pape, maka aku akan let go kan kepada mereka2 yg berada di dalam waiting list aku ni. Berderet ni tau.

Ok, apa aku nak citer nie yer, berdasarkan feedback2 dari client aku, wah client katanya.. bagi chance lah ahkak ni feeling business juta2 yer... dorang sumer kesian ngan aku, sbb apa kesian? sbb dorang risau aku ada untung ke tak jual ypad nie. Ok ni bukan motif keuntungan ke apa yer... tapi aku rasa untung jer... untung sgt2:). Siap customer yg suruh naikkan harga. Sayang korang... tapi taklah... kalau aku bebetul berniaga mungkin aku akan jadi tamak, dan mark up gegila, tapi balik kepada niat asal adalah nak menolong kengkawan so agak2 lah kan.

Sbb apa aku kata untung? Sbb aku dapat kenal ngan korang2 tambah2 lagi yg silent2 reader. Pastu dapat balik bertemu dengan member blogger yg dah lama terputus hubungan.

Suprise sangat semalam jumpa dengan kawan blogger aku sorang nie, tapi sekarang dia tak blogging dah, tu pasal lah cam terlost contact sikit, yg si dia pulak memang lah nak wat seprais kat aku sepanjang contact2 sebelum tu langsung tak kenalkan diri. Tup.. tup bila bersua muka.... larrrr.....kooo rupanya....  apapun nice to see you fren :) tapi aku tak leh dengar ayat dia lawak tul... "aku tak sampai hati lah nak byr byk ni kat ko..." amboi amboi mentang lah bonus petronas berbulan-bulan kan... takpe sok ko punya jer aku naikkan harga... kah kah kah.

Tu semalam punya citer, hari ni pulak my silent reader datang nak collect ypad. Jumpa kat lobi ofis jer kejap. Kalau datang time lunch konpom aku ajak lunch sekali. Terharu sgt bila dia cakap dia baca blog aku lama dah cuma tak pernah komen ke apa, dia pulak memang takde blog, tapi suka baca blog jer. Terus termalu, apa sgt lah blog aku yg terhapa hape ni kan. Hargai sgt2.

Ingatkan aku jer yg nak serah barang kat dia, tup tup sebelum berpisah dia pulak serahkan sesuatu kat aku. Taraaaaa

Set Mc Donald

So sweeeeet.. dia kata ni tuk lunch aku hari nie. Sgt2 terharu hokey... she's such a nice person... so happy meeting with her. InsyaAllah ada rezeki lagi kita jumpa lagi yer Miza :).

Sbb jumpa pun tempat tak strategik, bukan boleh minum2 ke apa, so takdelah lama sgt pun dapat berbual, so nanti kita repeat lagi perjumpaan yer. 

sukalah tu.. dapat berger

jemput makan semua

Punyalah menggiurkan burger tu, belum time lunch lagi aku dah perabiskan burger tuh. Terima kasih byk2 yer awak. Next time kita makan sesama pulak ye.

Korang2 aku mintak maaf lah yer kalau terblur ker, terkurang layanan ker, ter hape hape ker, terover ke, yelah aku kan kalut sikit, pastu jumpa pertama kali pulak tuh kan. Mula lah tak tentu arah. Aku ni kan jenis pemalu. Malu lah sgt kan.
saje nak tayang lagi kasi korang lapar


Ok dah ni jer nak update sehingga ketemu lagi di lain entry. Kebelakangan ni asik citer ypad jer.. cam takde citer lain pulak..haha

Wednesday, March 7, 2012

Semuanya Sudah BerTuan

Ok ini adalah second batch stok yg aku amik dari neighbour aku malam tadi. Semuanya pun sudah bertuan. Tunggu nak serah jer.  Ok sebelum ada org len nak mengorder lagi, ni aku nak gitau yer, aku tak amik order dah.. ni yg last lah wat masa ini.

new stock

So, sesape yg dah confirm ngan aku, yg nak collect direct dari aku, aku kasi masa sampai hari Jumaat ni jer, kalau tak collect2 jugak, aku let go jer pada sape2 yg berminat. Begitu jugak yg hendak diposkan, kalau aku tak terima notification pembayaran latest by tomorrow, aku akan let go jugak. Sbb masih ramai lagi yg dalam waiting list aku nie. Permintaan adalah melebihi daripada penawaran nie. Keluar dah istilah ekonomi aku. I need serious buyer only. Dan aku rasa buat masa ni, sampai sini jelah aku amik order. Aku byk benda lain nak konsentret nie. Lainlah kalau aku betul meniaga, memang aku pulun abis lah... lagi ramai customer lagi aku suka kan, tapi ni lagi ramai yg mintak lagi risau aku dibuatnya. Nampak sgt bukan jiwa business.




Lagi satu aku nak gitau, pada sape yg dah bank-in kan payment kat aku, aku ucapkan terima kasih, tapi aku kena tunggu lagi yg lain2 ni pun bayar sama, bukan, apa aku malas nanti nak kena ke post ofis 2 3 kali. So, aku tunggu sumer bayar, baru aku gi wat penghantaran. Tu pasal aku kasi masa sampai esok jer tuk korang jelaskan. Then, by Friday or weekend aku leh ke post ofis. Kalau tak sempat gak, makanya paling lewat yg aku akan poskan adalah hari Isnin. Sbbnya aku adalah tersangat pack wat masa ini. Next week pulak I'll be away for about 2 weeks. Tu pasal aku nak clearkan semuanya cpt2.
pembantu kecil saya

Sekali-sekali jadi peniaga ni seronok gak kan. Bak kata wife neighbour aku ni, berniaga ni seronok walaupun tak untung kadang2 tapi bila dah start berniaga akan timbul rasa seronok. Betul betul betul.. yg penting kita ikhlas kan..... aku pun mana tau, kot lah sebabkan jual y-pad ni aku bakal jadi businesswoman pulak kelak... wah verangan pulak:P

Yelah mana tak feeling businesswoman, aku ni idaklah wat promo ker iklan ker atau suh korang beli mainan ni pun.... tup2 tanpa sebarang apa2 dapat order sebegini rupa, mana tak terkejut beruk aku...mungkin pasni kot aku leh pertimbangkan tuk serius dalam bidang nie. Wah... apapun setiap rezeki adalah datang dariNya. Alhamdulillah.

Tuesday, March 6, 2012

Nak Tolak Tak Sampai Hati Pulak

Serius, aku ni memang tak pernah berniaga pun selama nie. Tah camne pulak aku leh terjebak jual ypad ni pun aku tak tau pulak. Kah kah kah. Ok niat asal adalah tuk membantu kawan2 jer tu dapatkan permainan tuk anak2. Lagipun aku suka jer tgk budak2 hepi kan.

Tak sangka pulak mendapat sambutan yg agak menggalakkan. Phone aku pun tak renti2 gak org call/sms.. dah fefeeling businesswoman kaedahnya. Email pun leh tahan gak. Ada gak yg email kat email yahoo, msg kat fb... sori lah aku jarang cek. So, memang akan ada yg overlooked.

Ok, sbbkan aku pun tak sampai hati utk menolak permintaan kaum ibu sumer yg masing2 pun nak kasi permainan kat anak2/anak buah/dan sebagainya... so aku akan bukak order lagi sehingga pukul 5:00 petang ini. Kalau korang berminat just drop je pesanan kat komen kat entry ini. Bagi tau nak berapa dan tinggalkan email korang, pastu pandailah aku contact korang.  Sbb aku takde masa nak bukak bukak email itu, bukak fb... tak terkejarlah... ewah macam lah business woman sgt.  Lepas jer pukul 5:00 ni, segala tempahan, rayuan dan apa2 yg sewaktu dengannya adalah tidak dilayan. Tuan blog, nak meneruskan kehidupan seperti biasa. Ai tak biasalah busy terlebih macam nie. Wahahahahaha.


p/s:
1. nak tau harga korang cariklah kat entry2 yg sebelum ni yer...
2. mana2 yg dah confirm ngan aku sebelum ni, dah takyah order kat sini lagi. Kang jadi double pulak.



sekian, terima kasih.

Selling Fast

Ok stok y-pad aku dah amik malam tadi.  Aku pun dah email kat korang2 yg order sebelum ini. Sesape yg aku dah email, tapi tak respon aku consider korang tak berminat lah yer dan aku akan let go jer kepada sesapa yg nak. Aku malas nak simpan lama2. Aku pun tak amik deposit apa2 dari korang kan, dan aku telah advance kan duit aku dulu tuk amik y-pad2 nie.



Sekarang ni stok yg ada kat aku ni adalah terhad. Aku tak beli lebih, takut nanti korang2 tak jadi beli pulak, aku nak wat pe pulak dengan y-pad ni melambak2 kat rmh. Marissa dah tak berapa heran sgt dah, sbb dia dah ada sebijik. Aku just tolong korang belikan jer, sbb mungkin kat luar sana harga jauh mahal dari yg aku offer ni.



panjangnya jari org ni

Tu bukan tangan dan jari aku yer, tu gambar yg aku snap jer dari kotak y-pad tuh. Aku tak amik order baru dah yer... tapi neighbour aku kata kat dia sekarang ni adalah lagi stok, in case ada sesape yg nak. Aku minggu ni jer boleh nak bawak dan deliver y-pad nie. Next week tak leh... aku nak gi oversea :P

tokey y-pad yg blur huahahahaha

Dah tu jer nak update. Tuan belog tengah membizi dengan bisnes ypad nie. Hahahaha. takde maknanya, aku bukan berbisnes yer, aku tak pernah pun promote suh korang beli, korang yg suh aku belikan kan. Since, benda pun tak payah mana tuk aku dapatkan so, aku tolong lah mana yg boleh yer. 


Monday, March 5, 2012

Pemberitahuan: Y Pad Dah Ada Stok

Semalam neighbour aku gitau yg stok y-pad dah sampai. Petang ni mungkin aku gi amik. Ok, sape yg dah email kat aku hari tuh, aku akan email kat korang yer tuk kasi nombor akaun sumer. Aku tak amik order baru dah tau. Aku tak meniaga, aku tolong belikan ajer yer.

Sesapa yg berada di sekitar KL boleh jer collect dari aku, tak yah aku nak gi pejabat pos, tapi kalau yg jauh2 tu aku akan post jugaklah.

So, sesapa yg order tu sila baca email yer.  Sekian, terima kasih.


p/s: kalau ada lebih nanti aku gitau korang yer.. sekarang ni stok terhad.


*sesape dah order tapi tak dapat email dari aku sila tinggalkan msg kat sini yer. takut terlepas pandang.

Thursday, February 16, 2012

Pasal Y-Pad Lagi

Ok tak sangka lah ada yg berminat dengan Y-pad ni.

model sambilan

Dan ada jugak yg mintak tolong aku belikan.

Ok nanti aku tanya jiran aku ada stok lagi ke tak yer. For info, neighbour aku jual y-pad ni RM25 (tak tau lah termasuk bateri ke tak, tapi marissa dapat bateri sekali).

Ada sape yg berminat lagi ker? Kalau ada stok aku leh tolong belikan...

aku nak tau berapa ramai yg nak senang aku nak order kat dia? sekali harung jer... kot lah kalau nak kena poskan ker.... tapi kalau leh amik sendiri lagi bagus.. tak yah aku ke post office....hehehe tapi kalau dah jauh tu kenalah pos jugak kan...

dah tu jer... nanti aku update yer ada stok ke tak ker...

p./s: harga adalah tidak termasuk postage charge yer

Wednesday, February 15, 2012

Asyik Berebut G-Tab Jer Dengan Aku Maka Aku Belikan Dia I-Pad

Ceh bajet ado2 lah sgt kan belikan anak i-pad tuk main2.  Aku pun tak pakai, tup tup nak belikan tuk anak pulak yer... no no no... kang sekali dia tunjuk protes dia campak kat dinding sape yg nanges?? dua2 nangis..hehe...

Ini bukanlah I-pad tapi nama dia ialah Y-pad.. oklah ada gak bunyi pad2 dia tu kan.. tapi bebudak sekarang kan mana nak yg tipu2, haruslah nak yg real. Mula2 dapat memang teruja lah jugak dia. Terus dia main slide2, ye ye jer... pastu dia dekat kan pad kat muka. Pastu dengar dia cakap2 apa ntah... pastu dia cam bengang jer... ooooo patutlah....

Rupa2nya dia ingatkan y-pad tu sama lah cam g-tab aku nie, ada talking tom, yg bila kita cakap dia pun akan ikut sama...hahaha Marissa kena tipu...

kena tekan2 sikit

"ala ma, ni budak2 punya... mama tipuuuu" .. "habis ko bukan budak2?"

 

"ala... ni ipad tiruan" sambil moncong


Budak2 sekang kan, nak main pun nak yg real punya. Tapi Y-pad ni pun best jugak. Ada mcm2 gak lah function dia, ada ABC, ada spelling, ada words, ada lagu2. Oklah lah jugak. Harga pun taklah mahal sgt. Aku beli kat neighbour aku jer, dia ni part time memang menjual barang2 mainan budak2. So sbbkan aku ni jiran dia dapatlah rege special.
hah sib baik ada lampu dengan ada lagu.. leh nyanyi2

So sekarang, bila aku bukak pad aku, dia pun pandailah bukak pad dia, so takdelah nak rebut2.  Kebetulan byk pulak gambar budak kecik ni diambik pada hari yg sama, so tepek sekali lah ye.







Yea.. that's my baby.... bulan 5 ni nak masuk 2 tahun dah.... kawan2 dia sumer ada yg dah dapat adik dan nak dapat adik...