Di kala kita bermewah-mewah (walaupun tidaklah mewah mana pun), ada org yg sedang susah yg mungkin juga mengimpikan apa yg kita ada itu, di kala kita menceritakan kebahagiaan rmh tangga kita, ada ada org yg mengalami masalah rmh tangga dan hidup tidak sebahagia kita, di kala kita makan itu makan ini, ada org yg tak makan dan menahan perut. Di kala kita cerita pasal anak, ada org yg masih menanti dan terus menanti..
Bila aku fikir ni semua, langsung aku rasa macam takde mood nak update blog. Timbul rasa takut, bila mana penceritaan kita bakal membuat org mula membuat2 buat perbandingan antara hidupnya dan hidup kita. Jika hidupnya jauh lebih baik aku tak kisah sgt, baguslah begitu, tapi kalau jika hidupnya tidak sebaik kita?
Tapi bila dah fikir macam ni, langsung takde idea apa nak update kat blog ni, nak tulis dengan penulisan yg agak2 serius memang tak lah... tambahan pula aku ni bukanlah penulis yg kreatif. Kalau takat nak update kata ada benda baru aku tau lah....wahahahahaha apa daa.. aku ni cakap tak serupa bikin kan.... tapi percayalah.... apa2 pun entry di dalam blog ini tiadalah tujuaannya utk mengshow off ke haper, melainkan utk memeriahkan alam blogging sahaja. Bila meriah, nuffnang pun meriah lah kann, walaupun tidaklah semeriah u ols... Oh yer baru sahaja mendepositkan cek nuffnang yg kedua yg diterima sebulan yg lalu.
apa yg baru??
Gambar sekadar hiasan. Bukan juga hasil dari nuffnang. Nanti aku cek maybank2u, dah clear ke belum cek tu yer...
Apa lagi nak citer yer.... bila serba serbi rasa serba salah, sudahnya nan ado lah benda yg aku nak update... takpelah apapun aku harap semua reader tak kisah lah dengan apa stori yg aku update kat blog ini yer.. yg penting kita sume hepi kan....
Ok, yg kat atas tu cam luahan rasa sikit jer,... tapi rasanya tetap update cam biasa jugak.
p/s: semoga kita semua terlindung daripada sifat riak angkara entri di blog dan status di fb. InsyaAllah.

2 comments:
nak kata jam baru
macam tak gak
nak kata gelang baru
erk
cincin baru?
erk...
ke nak tunjukkan tangan yang "lembut seperti selalu"
aku pun berfikiran yang sama...nak publish tu aku pikir 2 kali..jangan la sampai orang pikir aku menunjuk..tapi percayalah niat aku hanya bercerita dalam blog untuk kenangan aku..
Post a Comment