Friday, January 13, 2012

Boleh Tahan Ganas Kan Pompuan2 Sekarang?

Ni kisah pasal naik komuter. Sape yg naik komuter tu taulah camne keadaannya. Sape yg tak pernah duk diam2 situ. Kalau nak tau, gilah cuba2 naik komuter time pagi2 dan petang2.

Seperti yg sedia maklum, coach tengah adalah utk wanita sahaja. Kalau ada gak lelaki yg naik jugak memang lah buta huruf, kalau buta huruf takpe gak, tapi kalau buta mata walaupun sebenarnya tak buta, aku tak tau lah. Saje cari pasal lah tuh.

Memang lah ada khas satu coach tuk wanita. Tapi kalau sumer wanita pakat naik coach yg satu itu maka nya ia akan menjadi penuh dan terlampau penuh lah. Kononnya selesa lah kan sbb sumernya pun wanita jer kan, so kalau berlaga buntuit pun kira takde hal lah kan.

Tapi kan.. tapi.... yg pompuan ni pun kengkadang tak konsider jugak, janji dia lepas masuk dia pun stay je lah kat situh, yg ni kat coach campur pun macam tu jgk, at least kalau ko tak nak masuk ke dalam, jangan halang laluan boleh tak? 

Tu tak kisahlah, ko nak masuk, pandai2 lah ko cari ruang kan. Tapi kan problemnya bila kalau train delayed, haruslah train jadi padat, bila dah padat ni org akan cuba sedaya upaya nak masuk ke dalam train, yelah kalau tak dapat naik kang kena tunggu pulak lagi 20 minit, ko mampu nak tunggu? Kalau waktu pagi mau terlewat masuk ofis, kalau waktu petang mananya nak amik anak lah apa lah, so by hook or by crook kena dapat naik jugak.

Ni aku nak citer kisah waktu pagi, dah beberapa hari gaklah train ada problem, bila sampai stesen kepong jer, org dah tak leh nak masuk dah, taim ni kan.. fuh mcm2 adegan yg boleh kita tengok dan dengar.

Aksi tolak-menolak. Aksi maki-memaki.

"Hey stupid, dont push larr"

"Bodoh dah penuh lah"

"woi masuk lagi boleh tak, bodoh?"

"bukan I yg tolak lah, org belakang yg tolak"

"bagi laluan org nak keluar lah bodoh"

"eh my henbeg"

"tak boleh masuk.. tak boleh masuklah!!!"


tu baru sikit jer tuh, ada macam2 lagi... kelakar pun ye jugak, dah tentu2 yg naik tu sumernya dah besar panjang, tapi cam budak2 kan. Aku kadang2 senyum jer dengar....

Tu kat coach wanita tuh, pompuan ni cpt tul nak emo kan.... cer kalau lelaki... dia diam jer kat situ... yelah apataknya dia suka lah kan tergeser2 ngan pompuan.. euww geli...

Apapun aku harap petang ni komuter takde problem lah, biasanya asal hari Jumaat jer ada je hal dia. Demm.

3 comments:

Mimy Hamid said...

bersesak la ko yer tiap kali pegi balik keje...aku dah lama tak naik pengangkutan awam...tp opis BNM tu mmg kena naik..depan mata beb

Cik Sibuk said...

ooohh..lama gilerr dah tak naik komuter utk gi keje. last naik ada dalam 10 tahun yang lepas kot, sebab masa tu keje di kl. so tatau sekarang ada coach khas untuk pompuan.

nasib la ai amik komuter dari stesen UKM..so masih lagi ada can nak dapat seat. kalau kena berdiri pun dapat pilih location yang best. stop aje kat stesen kajang..macam sardin.

sama la macam naik bas. apesal ntah orang suka berdiri dekat pintu. bersempit2 kat situ sampai takleh bernafas. padahal kat belakang banyak je ruang kosong nak berdiri.

nasib la ai ni tinggi..kalau rendah memang takleh bernafas dalam bas/komuter tuh..

mama-syira said...

Hehhee aku memahami
kalo ko nak tau, aku tak penah naik coach wanita. hahaha sebab aku penah try beberapa kali tapi tak tahan wehh situ lagi ganas. aku naik coach campuran je..
bila la tren ktm ni nak ok ye? aku dah tak larat benornye naik asik la problem dan lembab!