Restoran Nasi Lemak Royale
Sesampai di sana tgk org ramai beratur, terus aku cakap ini bukan nasi lemak royale tapi nasi lemak beratur nie. Tapi jangan bimbang walaupun nampak que macam panjang, tapi tak lama pun utk dapat makanan. Dorang serve memang cpt. Masa kat sana, kamera tinggal dalam kereta, tgh2 makan terfikir nak amik gambar, maka pakai hp sajer. Tapi tak tau nampak blur sahaja.
makan malam kami yg pertama
Wah macam makan byk kali jer bunyi nyer yer. Utk pengetahuan korang, walaupun namanya nasi lemak royal, tapi ia bukan lah nasi lemak yg cam biasa kita makan tu tau. Nasi dia warna kuning. Pastu ada lauk2 cam nasi kandar punya lauk. Maka sebenarnya nasi lemak royal ini sepatutnya dinamakan nasi kandar. Yang jualnya pun memang mamak pun. Yang specialnya di sini, ayam nya adalah bukan ayam biasa. Bukan jugak ayam kampung. Tapi adalah ayam Turki. Ke ayam Belanda? Sori, manjang asik lupa jer aku nie. Yelah aku ni bukan lah blogger tegar sangat pun tiap2 benda nak catit, ni setiap yg aku update ni sumer ikut apa yg aku ingat jer. Rasa ayam ni cam biasa lah, cuma dia cam liat2 sikit, kulit dia pun tebal sikit.
Lepas makan kami singgah ke kampung Cikgu Nul. Rmh yg sepatutnya tempat kami bermalam pada hari kedua. Tapi tup2 hari kedua kiterang tido kat Langkawi. Tak sangka pulak, yg org tua dia, bersiap sedia tuk menerima tetamu. Tapi kiterang tak jadi pulak, mintak maaf pakcik makcik, takpe lain kali kami tido sana yer.
Singgah kat sana jugak sbb, Cikgu wan dan cikgu Nul ingin mendropkan anak2 mereka di sana. Cuti sekolah kan, so hantar anak2 balik kampung lah. Lagipun mak dan ayah dua2 pun busy ngan assignment. Walaupun depa berdua cikgu tapi dua2 pun student jugak. Dua2 sambung master. Jeles I.
Pada masa yg sama, si Watie jugak sudah meroger2 kawan study dia yg tinggal kat Sg. Petani sana. Kawan dia pun bukan sape, kawan blogging aku jugak, kecik jer dunia ini. Sepatutnya kiterang memang plan lah nak jumpa dia siang hari, tapi sbb aktiviti yg super padat, maka hari pun malam. Ingatkan dah tak jadi lah nak jumpa sebab malam semakin larut, tambahan pulak member sekarang tgh sarat mengandung. Tapi beliau, beria2 dan tak kisah pun tuk berjumpa kami2 sumer.
Maka perjalanan diteruskan ke Sg. Petani. Sepanjang perjalanan aku dan Marissa adalah tidur. Sedar2 dah sampai kat satu petrol station kat sg. Petani. Rupanya member dah agreed to meet dekat sana. Oklah. .. ingatkan just say hye2..bye2.. lah.. tapi rasa cam tak lengkap pulak tanpa minum2 ke apa. So kami pun dibawa oleh mereka ke tempat yg special di sana. Apa lagi... restoran mi udang lah kan...Time tu dah pukul 11 lebih camtu lah... Tapi dun worry kedai mi udang tu tutup pukul 2 pagi.
Nak ke kedai makan tu kenalah melalui kawasan kampung kat sawah padi. Gelap memang gelaplah. Ingatkan dekat jer, tapi jauh gak lah. Kalau siang ni sure pemandangan lawa, tapi sbb malam apapun tak nampak. Adalah kucing2 duk kat tepi2 jalan, kami dah cukup berhati2lah supaya tidak terlanggar kucing. Tup2 tiba2 datang pulak seekor kucing melaju ke arah kete kami. Tak dapat nak elak ke apa. Dengar bunyi dentuman jer. Ewah drama lebih sampai berdentum-dentum bagaikan. Aku berdoa supaya kucing itu tak apa2, yg si suami pulak berdoa supaya kereta tak apa2.
Sesampai di tempat dituju, masing terus cek kereta. Spot light sebelah tak menyala dan bumper adalah sedikit pecah. Tu aku tak kisah sgt, tapi kesian mengenangkan nasib kucing itu. Semoga ia tak apa2.
Kedai mi udang tu betul2 kat tepi laut. Memang dengar lah ombak menghempas pantai. Dan kami memilih tuk duduk di luar. Dia cam ada pondok di situ. Walaupun perut masih mengenyang, tapi tetap mau mencoba mi udang di sana. Actually aku tak berapa ingat nama tempat nie, Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka ker? Ke dua2 pun salah. Tapi kat sg. petani sanalah.
dah tgh malam pun still minum2 lagi
Rasa2nya dengan siapakah perjumpaan ini. Alah takkan tak kenal kot.. cer tgk gambar ini.
kami
Betul betul betul.. kami berjumpa dengan bonda amani. Kelakar tul tau, kat KL payah sgt nak jumpa, alih2 kat Kedah pulak baru berjumpanya. Tapi time ni Amani tak ikut, dia dah tido dah dan tinggal ngan mak tok dia. Marissa pun tak turun, dia tido kat car seat.
Masing2 laki bini just share je mi udang tuh. Gila nak order sorang satu, taulah jalan2 cari makan, tapi agak2lah kan, perut pun kenyang lagi. Mi udang biasa RM6 kalau special RM9. Udang segar ko, memang fresh dari laut.
muka sememeh di malam hari
rupa paras mi udang
Walaupun kenyang, tapi licin gak sampai ke titisan terakhir aku makan. Nyam nyam sedap. Lepas makan kami pun say bye bye lah...
Bonda Amani ada mempelawa kami supaya bermalam di rmh beliau. Tapi kami cam segan lah kan nak datang rmh org tgh2 malam buta. Menyusahkan org sahaja. Tapi katanya maktok pun beria2 jugak suh kami bermalam di sana.
Adakah kami bermalam di sana? Atau terus balik ke Taiping? Sambung lagi yer...
12 comments:
memang ko jalan jalan cari makan...kalau camni makan je takpenat la perjalanan..asik singgah makan..terbaekkk....eh itu bonda amani sipepel...hehehe...mmg pun kt KL payah tul nak jumpee
bila lah nak dpt gi umah maktok nie..leh rasa mee udang.
Mimy Hamid - dah itu tujuan cuti2 kali ini.. haruslah benti makan sesado..hehehe.. haah si pepel.... dah sarat dia.. tapi menten.. perut cumilz giler....
attys - takpe kty maktok selalu jer turun kl tuh... takpun kty kalau ke sg petani singgah lah sana..
nasi lemak kuning tu memang rare dah skang ni kata husband saya.. dulu masa zaman dia muda muda banyak la..skang ni kalau pegi sana carik pun payah nak jumpa..
Dekna, tempat makan ni kat Pulau Sayak, dekat dengan Pantai Merdeka ni..hehhhehehheh
makan mee udang sambil kesejukan dan kaum2 adam di gigit nyamuk...heheheh
ni yang silap bila tgok entry makan2 ni...adusssss...lapar dah ni..nak2 mee udang tuh..
wahh..jumpa bonda yer..:)
Rai - kat kedah ngan langkawi jer saya jumpa nasi lemak kuning nie.. tak taulah kot tempat lain pun ada gak ker... tapi best gak kan makan nasi lemak nie...
umieaeisya - hah pulau sayak...betul2 baru tingat.... awak org sana ke? atau pernah ke sana ke? nice place kan..
pepelbondaamani - yelah darah dorang manis tu nyamuk suka tu..hehe
suriaamanda - fuh mi udang memanglah my feberet....
shushinju - haah shu.. kat kl tak jumpa2 alih kat kedah yg berjumpanya..hehe
heheh, iye saye pun pernah pegi sana tahun ni, ade saya review dlm blog jugak tak silap, heheh, mmg chantek kannn..;-)
umiea'isya- ooooo gituh... best kan tempat dia.... mcm nak gi lagi jer.. hari tu gi makan mi udang malam2 so tak berapa nampaklah pantai dia tuh..
Post a Comment