Thursday, August 4, 2011

Makan Malam Di Thai Restaurant

Malam tu kami sama2 meraikan ulangtahun kami dengan makan malam di Thai Restaurant. Kami ngambik keputusan tuk dinner di hotel sahaja kerana tau2 lah kalau dah duk kat Swiss Garden tuh memang bercintalah kalau nak keluar. Sbbnya Hotel memang terletak jauh ke dalam. Tak sanggup nak kuar malam meredah hutan belukar yg gelap gulita.  Tapi aku memang suka pun hotel yg jauh2 ke dalam ni, sbbnya niat utama kita nak rehat2 kan.. so wat pe dah byr hotel mahal2, pastu sibuk keluar, baik duk je diam2 kat hotel. Esok dah check out baru lah jalan2 keluar.  Tak gituh?

letakkan saje Marissa di celah kaki, maka mama dan ayah leh berkepit


di pintu masuk Thai Restaurant

Cadangannya nak lah bercandle light dinner sambil menyaksikan sunset tapi malangnya pada hari tu, restaurant tu tutup lah pulak... tak salah aku ada 4 restaurant kat Swiss Garden, ada Chinese Restaurant, Thai Restaurant, The Garden Terrace dan lagi satu aku lupa lah pulak.. 



Jom masuk


di dalam Thai Restaurant

Thai food pun Thai lah... kami amik set menu for 4 yg mana aku pun lupa dah apa jenis2 dia...yg aku ingat ada tomyam, kailan, fish fillet, sotong. Pastu utk dessert pulak pulut mangga.

tgh tunggu makanan



bersama budak yg menghuru-harakan keadaan

Apa tak hura-haranya semua benda dia nak tarik. Pinggan, gelas, sudu sumer dia nak pegang. Pastu campak2 kat lantai. Kelentang-kelentung bunyi sudu jatuh. Mesti tention jer mat saleh ke mat arab yg duk kat sebelah tuh. Dah lah bajet nak beromentika. Dari sunyi sepi keadaan kat situ, terus jadi riuh. 

Jenuhlah aku kata "Marissa, behaved ni kat hotel bukan kat ma-play". Mcm lah dia kesah sgt kan.

layan jelah.. mentang2 lah dia paling kecik kat sana


mana makanan nie?


antara menu on that day


sbb dah di luar kawalan.. maka dukung sajelah


tapi dukung kejap je lah.. pastu letak balik


sbb apaknya pun mau makan jugak

makan makan makan

Keseluruhannya, rasa makanan adalah ok ok. Nak kata sedap sgt tu takdelah. Tapi boleh lah. Harga pun tak lah mencekik darah sgt. Utk 4 org makan, dengan lauk yg pelbagai jenis dengan minuman lagi baru RM140++. Ingat lagi dulu masa makan kat Damai Puri, 2 org makan dah seratus hinggit, padahal 2 jenis makanan jer, pastu air kosong je pulak tu.

gambar selepas makan - haruslah menyegih sbb dah kenyang

Lepas makan just jalan2 sekitar hotel.


Marissa yg tak leh dilepaskan

Jenuhlah panggil nama dia suh tgk kamera, tapi tetap takmo


Pasangan yg dah 5 tahun

Pasangan dah 4 tahun

Tak boleh lama2 kat situ, kena balik bilik segera, kerana Marissa dah poo poo. Patutlah semerbak bau dia.

balik ke bilik

bilik kami sebelah menyebelah saje


Dah ni jer. Nanti aku sambung lagi yer. Giler. Tak tau nak wat ending. Bye.

3 comments:

KiKiHanakO said...

mesti pedas² makan dia kan.. hehe yang kamu makin mulatttt ;)

Pepel BoNda AmaNi said...

marissa nak jugak dok dalam baby chair tue kan..klu amani ada la kot 5minit pastue dia bangun dan berdiri dalam baby chair tue..uwaaaaaaaaaaaaaaa stress bonda ngan dedi nak makan secara aman...terpaksa la makan secara sekali kunyah pastue terus telan..kekekeke

Softtouch [Hanim] said...

oklah tu regenya kan sbb mkn 4 org n restorannya pun mmg kat hotel...xpe jnji sedap n berbaloi