Tapi sebelum tu ingin aku tekankan di sini bahawa aku ni tidaklah hebat tuk membicarakan pasal isu2 laktasi ini. Tapi sekadar nak berkongsi sedikit pengalaman tu boleh lah. Aku tau korang yg baca ni pun lagi jauhlah lagi hebat daripada aku. Aku ni pun kiranya pengalaman pertama lah. Yelah anak pun baru sorang kan.
Dalam istilah laktasi, susu ibu yg diperah dipanggil SIP dalam bahasa penuhnya Susu Ibu Perahan. Dalam bahasa Inggerisnya pulak EBM. Bahasa penuhnya pulak Expressed Breast Milk. Dulu2 aku tak reti apaker EBM EBM yg diperkatakan. Kalau salah sila perbetulkan yer.
Ok, aku tak nak lah sentuh kena makan apa, ubat ker apa ker atau apa2 yg sewaktu dengannya jelah. Korang nak makan apa, makanlah asalkan berkhasiat sudah. Cam aku pun takdelah mengamalkan makan apa2 pun. Sumernya pun aku bedal sajer. Cumanya hari2 aku minum soya organic. Selain tu aku gak suka jer minum susu Dutch Ladi berperisa cokelat & strawberi. Yang ni dari pregnant pun aku suka je minum.
Dulu2 aku pernah terfikir nak makan pil utk bykkan susu. Sbb rasa cam down jer bila tgk botol susu tak sampai pun 4oz (sebelah). Tapi bila tgk org punya EBM kat lactation room ofis bukan main penuh2 botol susunya.
Tapi dulu walaupun tak byk EMB dalam satu sesi, tapi tetaplah aku sampaikan target aku nak byk mana. Contoh aku target nak 12 oz. Maka aku kerapkan waktu pengepaman. Kena rajinlah. Siang buat, malam pun buat. Memang tak leh malas2 lah. Abistu kalau malas anak aku nak makan apa. So gigih.
Tapi sekarang, Alhamdulillah semenjak aku amalkan pengepaman yg konsisten dan teknik2 yg aku baru realized, hasil EBM memberangsangkan.
Sekarang ni kalau ikutkan every 4 atau 5 hrs aku mengepam. Waktu siang pukul around 11 pagi dan pukul 4 ptg. Malam pulak, kalau tak keletihan kul 9mlm aku pam lagi. Lepastu pagi sebelum siap bekerja aku akan pam lagi. Kalau kat rmh aku akan pam semasa breastfeed direct kat Marissa. Kalau kat rmh kalau nak pam sesaje macam takde let down pulak. Tu yg kena wat sekali tuh. Tapi kalau kat tempat kerja boleh pulak.
Org kata jugak jenis2 pam jugak mempengaruhi hasil EBM. Tapi aku rasa takde lah sgt kot. Yang penting tu teknik. Teknik mesti ada. Macam aku, aku hanya pakai pam Spectra 3 jer. Takdelah harga pam beribu raban, tapi Alhamdulillah, anak aku dari lahir sampai sekang masih kenyang dengan EBM aku.
Ok apakah skillnya itu? Ala.. takdelah skill apapun sgt. Aku rasa korang pun sumer tau kot. Entah2 aku ni jer baru tau. Ok, susu ni kadang2 dia takleh nak kuar camtu jer. Dia mesti ada rangsangan. Kadang2 breast ko kemain lah engorge tapi perah2 susu keluar ciput jer.
So, utk memastikan susu keluar dengan lajunya cam air paip, sebelum mengepam klu rasa cam nak let down tu amik masa lama sgt, apa kata korang cuba buat rangsangan kat ur breast & ur nipple. Korang pasan tak bila baby hisap kejap jer susu kuar kan.. sbb hisapan baby tu lagi power daripada hisapan pam kan. Itu pasal lah korang kena play2 with ur nipple dulu (sudah bahasa aku cam apa tah, nak cakap bahasa direct cam tak berapa sopan pulak). Korang picit2 ker tekan2 ker. Suka hati korang lah.
Ok biasanya mula2 pam tu susu akan kuar ngan laju lah kan. Pastu lama2 cam jadi sikit2 dan pelan2. Aku bila dah pelan2 rasa cam dah tak syok lah. Nak tunggu cam lama jer. Bila dah slow atau susu cam dah tak nak kuar, korang janganlah dok tala gak pam tu kat breast. Kalau cam tu tak kuar nya pun susu tuh. Lagi sakit korang punya nipple adalah.
So, bila dah macam tuh, korang ulang balik langkah masa mula2 korang nak pam tuh. Urut balik & play2 with ur nipple. InsyaAllah, susu akan kembali laju keluar.
Jadinya takyahlah korang bertapa lama2 kat dalam lacation room tuh. Paling kurang dalam 15 dah siap tuk mendapatkan hasil at least 8oz.
Tak percaya? Cubalah. Pastu kongsikan pengalaman korang yer. Ok ke tak ker. Kalau tak ok jangan salahkan aku yer. Kita ni maknusia memang berbeda. Hehehe.
Sekian. Diakhiri dengan gambar stok susu yg terlatest. Kalau org lain stok puluh2 lah, tapi aku dapat 11 - 12 botol pun dah terbaik dah.
8 comments:
Jangan tak tau..i ade ramai kawan..satu tu T besar ..tapi malas susukan anak dan tak nak tunggu sebab susu sikit..
sorang lagi tu T kecik je.. tapi dah 2 anak die dua2 fully breast feed sampai umur 2 tahun..
hendak dgn tak je kan.. =)
Good job dear
thanx deqna...wpun sy bkn fully bf tapi nak jgklah tau tips tu...semoga masrissa akan terus mnyusu smpai 2 tahun...
ayat tuk dah kawen ~ wat ransangan sindirik!~ hehe..
a ah..pernah dengar, n kita pun pernah wat gak..
tapi..apo nak buek.. ;(
GUD info nih sis...kalau urut guna sikat rmbut pun jdik jgk.so sama2 pakat kongsi petua yer..:)
hubby- tahniah sayang good job...Alhamdullilah anak membesar dengan susu syg
hehhehe..yup tips ini adalah betul!
bagi sayalah..sama juga...kalau kerap pump mmg hasilnya akan mencurah..penah jugak kekadang tu dok terlambat pump...breast dah sakit tapi susu tak byk...
hehehhe...so mari lah kita mengepam!!!
Queen - tulah bergantung kepada individu lah.. ada yg nak tapi tak boleh, ada yg boleh tapi tak nak... macam2 lah.. saya pun alhamdulillah dibukakkan hati utk bf kan anak... thanks dear:)
softtouch[hanim] - takpe.. mana tau tuk adik2 darissa pulak kan... insyaAllah kalau ada rezeki akan diteruskan... Amin..
nasaoji - sesuatu ok .. ayat itu..hehehe rangsangan sendiri tapi jgn lah sampai terangsang.teetttt..hehehe
nana - haha ada gak dgr urut dengan sikat.. pernah gak try.. tapi tak selalu lah pulak bawak sikat ke lactation room ofis..hehehe
hubby - eh komen from ayah marissa :).. tq sayang.. support dari sayang jugak yg byk membantu :)
umie a'esya - ermmmm betul kan... ada pun yg sama... yer yer.. mari lah mari mari mengepam tuk kesejahteraan anak jugak...
Post a Comment