Monday, December 6, 2010

Birthday Surprise

1 Dec lepas kat birthday ayah Marissa. Sehari sebelum birthday seharian aku fikir nak kasi apa sempena birthday tahun ini. Terus terfikir nak gi bercuti. Dalam kepala otak terus terfikir kat sini. Tingin nak ke sini. Lagipun tingin gak nak bawak Marissa jalan2.


Di manakah letaknya tempat di atas?

Ala kat Gold Coast jer. Wah kemain kan hadiah birthday nak bawak ke gold coast sana. Ingat aku ni anak tokey balak?

Bukan Gold Coast kat Australia sana, tapi ni Gold Coast dlm Mesia jer. Kat Sepang sana. Kalau Gold Coast ni takpe, tak jadi anak tokey balak pun aku mampu lagi lah.

Memang lama dah tingin nak stay kat Golden Palm yg ala2 kat Dubai sana. Nak sampai Dubai tak taulah taun bila kan, so dapat feeling duduk kat Dubai tapi kat Sepang saje pun oklah jugak kan.

Makanya berhempas pulas lah aku masuk web site sana sini, nak cari info dan nak wat online reservation bagai. Cadangannya nak pergi 12hb. Kenapa 12hb? Sbb tarikh tu tengah2 birthday asben dan birthday aku. So, leh celebrate sekali.

Bukan saje masuk website jer, siap aku call sekali. Tapi tahlah bila dah call dan bercakap dengan org yg tak berapa nak customer servis ni terus cam jatuh jer graph aku nak berkunjung kat sana. Apa ingat org ado2 jer yg boleh duk sana? Ala takat RM630 satu malam. Apa ada hal kalau aku betul2 nak pergi. Tapi tulah bila deal dengan org yg tak berapa nak customer servis ni elok2 aku nak gi terus cam takde mood jer. Oh ya harga itu tak termasuk breakfast yer kawan2. Giler cekik darah gak tempat ni kan, tapi kalau betul2 berbaloi apa salahnya kan.

Takpe, mungkin next time lah. So surprise ini tidak menjadi buat masa ini.

13 comments:

Ibu Dhia Danial said...

wah bestnye kalo dpt bercuti tmpt mcm ni.. =)

Softtouch [Hanim] said...

la...mcm tu plak...complain je deqna pasal CS dia tu..blagak..tmpat dia cntiklah plak yer..xpe lenkali lah buat suprise..tukar tmpat ker?

-anidaothman- said...

mcm tuhlaaa org MASIA nie..yg penuh ngan budik bahasah.........itu mcm mana rakyat malaysia tak pakat reramai ke luar sana...bevacation bagai...dalam malauysia nak vacation mcm nielaaa.....asyikk mood period jaaa customer sevice..haiyoooo...

dekna, tukaqlaaa p tempat len yg lagi besh......gold cost pn apa salahnyaa kan..skali skala bawak daddy & marissa jalan-jalan..hehehehhe

Aida Faris said...

gold cost sepang mmg cantik.
but laut ia, alahai. xsedap mata nie tgk.
tgh hari kononnye nk feeling2 mcm kt pd mandi laut.
tapi air laut surut ketengah. xsyok r.~

nasaoji said...

deme layan gitu ker?..eeiii..tak semenggah langsung!....

kalu kt kan, free2 kt basuhkan deme tau..eeii..tak suker...

Ummi M.I.M.S said...

hi dekNa..

sajer jer la akak nk bg suggestion.. resort ala2 ataih air ni kan.. kalu nk gi jgk.. pegi jer yg kat PD nu.. Water Chalet Resort... harga pn affordable.. bilik pun mmg best.

itu sahaja. sekian terima kasih.
kak ima

siti said...

aritu kan ct p..nk msk bergmbr kat kwsn tu pon xboleh..sombong betol lah diorg!

NeenaAnuar said...

eleh.. kerek yek? tak yah gie lah fren.. pasal tu aku sometimes lebih rela spent duit kat luar negara (walaupun takat indon & thailand) which diaorg lebih value kite dari tempat sendiri yg suke double standard! huh!

Deqna said...

dhia fitriah - best memang best.. tapi kena siap duit jelah..hehe

softtouch[hanim] - nak komplen kat sape.. kat management dorang.. ermm tak koser dah..lantak lah dorang sana... tapi taulah tempat ok ke tak.. takde dengar feedback org lai..yelah tempat baru lagi kan...

anida othman - tulah pasal.. takde budi bahasa.. eksen semacam... hehe mood period sepanjang masa...
nak tukaq tempat len.. tgk lah nanti.. tunggu marissa besar sikit leh jalan jau2...

Deqna said...

aida faris - ye ker? yelah takat pantai kat sini manalah menarik sgt kan.. harap kan resort jelah..kalau nak mandi laut lebih suka ke pulau2..


nasaoji - mujur berckp ngan kita.. kalau bercakap ngan ayah marissa tentu dah kena basuh dah.. hehe


ummi miche iche - hai.. hah tulah ada gak terfikir nak ke sana tempat pun menarik gak kan.. tgk lah camne nanti... tq sbb singgah yer :)

Deqna said...

siti - hah ada baca dulu kat blog siti. siti ada amik gambar kat sana kan.. tapi time tu lum bukak lagi kan? dorang ni memang sombong2 ke kat sana?

NeenaAnuar - aku memang tau,.. ko memang prefer bervacation di luar negara.. aku pun kalau boleh nak gak ke luar negara.. tapi pasport nie hahh..dah 30 tahun tak terbuat2 gak.. ok by end of year akan buat pasport.. marissa jugak..yihaaa

siti said...

aa masa tu baru bukak..ramai org singapura booking..

sombong, kite nk jejln amek pic kat c2 pon xbagi msk..

Deqna said...

siti - padanlah.. org luar kemain lah derang nak jaga kan..yg tempatan nie... kalau camtu kita bercuti obersi jelah..haha