Monday, December 6, 2010

Birthday Suprise Part Two

Tetiba pulak ada part two. Ok entry sebelum ni kisah surprise yg tak menjadik kan? Ok now citer suprise yg menjadi pulak. Walaupun surprise ala2 ajer. Tapi takpe janji ado. Takdelah aku lupakan birthday laki sendiri kan.

Tapi sebelum tuh, tak sangka laki den ni, hari tu aku sesaja lah bukak fb dia, kemain berjela ucapan birthday dia terima. Amboi amboi amboi.. jeles aku nie. Bukan jeles apa, boleh aku sendiri tak wish dia. Tapi takpelah dalam fb jer aku tak wish, tapi di alam nyata aku wish. Kat blog pun aku wish gak. Ok lah tu kira balance lah, dia aktif fb aku aktif blog. Tapi aktif ke pun???

Malam birthday dia tu aku wat cam biasa jer. Konon2 nak wat2 lupa lah birthday dia. Tapi takde maknanya, si tuan punya badan sikit2 highlite kat aku esok birthday dia. Tap aku still wat cam tak reti jer. Gigih gaklah tahan mata supaya tak terlelap sebelum kul 12 malam.

Tapi tatap lah jugak aku tertido di kala menyusukan Marissa. Nak set alarm kang, tak surprise pulak. Tapi mujurlah lah jugak aku terjaga dalam pukul 11 lebih. Bangun2 terus tgk jam.. fuh sebaik lum kul 12. Time tu baik Marissa, baik apaknya, dua2 tengah tido. Aku pun slow2 bangun.

Gi dapur diam2. Nyalakan lilin nan sebatang. Lighter takdo, mancis pun nando. Pakai dapur sudah. Pastu terus cucuk kat atas sepotong kek tajaan secret recipe. Beli sepotong jer cukup, asben aku ni bukan makan kek pun.

Pastu diam2 menyelinap masuk bilik. Letak kek kat atas meja komputer. Hadiah & card pun dah stenbai. Tepat jam 12 mlm, terus kejutkan asben dengan satu ciuman sambil ucap happy birthday kat dia. Yang bagusnya anak aku pun leh pulak celik time tuh. Nak join sekali lah tuh. Tapi best jer, tak yah celebrate jauh2, celebrate dalam bilik jer, dengan anak bini lagi bermakna.

Gambar masa kejutan takdelah. Kata kejutan, mana pulak nak amik gambar bagai kan. Tak plan pun nak amik gambar bagai, yelah masing2 pun sememeh dah tido kan. Tapi asben sgt sentimental, dia kata kena amik gambar gak, sbb kenangan. Dia pun kuar kan lah kamera gedang dia tuh. Ikut aku pakai hp pun jadi.

Jadi kita saksikan jelah gambar2 pada hari kejadian.



birthday boy dan bininya


birthday boy dan anaknya bersama2 dengan pressie

Kemain segar bugar lah anak aku malam tuh. Nak gak turut serta. Padahal aku dah tidokan dia baik punya.


Apakah yg diterima olehnya? Tahlah since surprise nak bercuti tu cam tak berapa nak jadi, maka aku pun cpt2 lah cari sumting tuk diberikan kepada suami. Masa lunch time siang tu, cpt2 aku berlari ke Sogo. Carilah apa yg patut. Tapi masa singkat sgt tak tau nak cari apa.


what's that?


apa lagi parfume lah...

Aku nie memang giler beli perfume. Padahal baru jer kasi asben perfume hari tuh, takde sempena apa2 tapi sbb aku cam kureng suka dengan bauan itu maka aku kasilah perfume dari jenis pulak.


Versace perfume

Bau adalah bombastic. Bauan camnilah aku suka. Harap suami sukalah dengan pemberian yg ekspress dan tak seberapa ini.

are u ready for a night of naughtiness? just open the card


inside the card

Macam2 macam yg dilistkan. Tapi takde maknanya nak 'noti2' si kecik tu terang pulak mata dia malam tuh. Nak tulis kad tu pun kemain ekspress dahlah kad warna hitam terpaksalah tulis pakai liquid paper. Nak cari pen yg kaler2 takde lah pulak.
Apapun I know, takde lah pemberian yg lebih istimewa selain daripada ini.


hadiah yg lebih istimewa

Insan2 yg dicintai dan disayangi. Itu yg lebih penting dari segala bentuk materialistik.

Marissa 'dibungkus' dengan wrapper

Ikutkan kasi ni je pun dah cukup... hehehe. Kalau tak cukup meh aku bungkus dengan aku2 sekali. Hahaha. Apapun anak ini adalah hadiah yg tak terhingga buat kami berdua.


Budak yg nak jugak menyibuk di tengah malam

Sangat meriah birthday surprise ayah Marissa pada malam itu. Yang si anak pun macam sama2 je nak nyanyi happy birthday kat ayah dia.

Once again, happy birthday to my dear husband. I love u forever and ever.

8 comments:

-anidaothman- said...

wah.....daddy dapat adiah besh....bTW HAPPY BEFDAYZ DADDY marissa...MOGA ALLAH MERAHMATI PEJALANAN IDUP KAMU SEKELUARga...insya'ALLAH...

hihihihhiihih.....SIAN MAERISSA..kena balot ngan ketas adiah...tp menten comel laa budak gebu nie...geram nengoknyaa....heheheheh

nasaoji said...

asben akak kan alaala lomantik gitu.. ;)

marissa memang nak join, tu segar bugar nampak mata dia tu ha.. ;)

Ibu Dhia Danial said...

owh so sweet la both of u.. jeles la mcm ni.. haha..

marissa pon mcm tahu2 kan besday ayahnye.. =)

Unknown said...

oh how sweet!

NeenaAnuar said...

Happy belated birthday to shah! semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu hendaknyer.. from NeenaAnuar! ;)

Softtouch [Hanim] said...

bestnya dapat minyak wangi..mesti wangi kan...

amboi marissa pun tau nk clebrate yer birthday ayah dia..celik je mata dia tgh malam...

Deqna said...

anida othman - terima kasih. terima kasih... Amin....

mujurlah kertas tu kecik, kalau besar abis terbungkus sumer..hehe

nasaoji - boleh lah lomentik2 gak.. tapi sekang lomentik lebih kat marissa...hehehe

tulah segar bugar pulak mata dia tuh.. abis projek besar.. oppps..

Deqna said...

dhia fitriah - ala biasa2 jer.. takde apa nak dijeleskan :)

tulah si marissa ni.. elok pulak dia celik tgk malam tuh..


cintanorth2south - thank u.. ala tu jer..takde apa yg special pun..

neenaanuar - terima kasih... semoga sama2 lah kita diberikan rezeki olehNya...