Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca-pembaca yg budiman.
Hari ini saya ingin membicarakan tentang kasih sayang. Kasih sayang ibu kepada anak dan kasih sayang anak kepada ibu. Eh! Amacam lain benar betuk penulisan aku hari ni nie? Isy.. skema giler.. ni kalau laki aku yg berblog mukin rupa gini lah bentuk penulisannya.
Ok hari ni aku share satu perkara ngan kengkawang sumer. Perkara yg menyentuh hati nurani aku. Nurani....ko lambang cinta... eeh..eh.. teringat pulak lagi esya dulu2..
Gini citernya. Pagi tadi seperti biasa aku menaiki komuter. Dari mana ke mana dirahsiakan atas faktor2 keselamatan. Ptui.. apa ingat artis kah? Oh ya ada reader tanya aku naik train mana.. ok for info aku amik train laluan Rawang - Seremban. Ada antara kamu2 yg sama hala dgn saya? Sila senyum kalau kita berselisihan yer.. Kalau termasam mencuka tu korang pun pahamlah kan... stress lah tuh.. sbb asek tak dapat naik sbb penuh, ataupun sbb kena tolak dengan org ataupun nasib tak baik sbb kena tendang ngan org cam hari tuh.
Dah.. dah tak yah nak citer panjang2.. stret to the point sudah..
Ok cam gini sebenarnya. Biasalah kalau dalam train tu kalau berdiri memang tak buat apa lah. Sambil dengar radio pakai earphone sambil tgk2 org. Kalau duduk tu leh lah lelap kejap. Tapi kalau time berdiri pun kadang2 leh terlelap jugak kalau dah mengantuk sangat.
Aku berdiri kat betul kat depan sorang ibu dan anak. Anak kira masih baby lah. Kat depan aku ke kiri sikit pulak pun ada sepasan anak dan ibu jugak. Tapi anak dah besar lah. Dah anak dara.
Ada sesuatu yg menarik tentang mereka.
Ibu dan anak kat depan aku nampak biasa jer. Seorang ibu yg mendakap anaknya penuh kasih sayang. Yang si anak pulak elok jer duk diam2 kat pangkuan ibu dia. Tapi budak2 kan lama mana sangat dia leh duk diam. Tak lama tu si anak mula gelisah. Tapi tak nangis. Mungkin nak susu. Sambil tu aku tgk jugak lah kot mak budak tu ada bawak botol susu atau tidak. Takde. Tak lama tu nampak mak budak tu ejas2 baju dia. Rupanya dia nak susukan anak dia. Breastfeed. Diulangi.. breastfeed ok.
Berapa ramaikah antara kita2 yg berani nak menyusukan anak di tempat terbuka seperti itu? Dah lah train pun leh tahan sardin nya. Yelah kalau nak fikirkan ko nak tetiba tunjuk tet kat org ramai tetiba. Takde kan?? Tapi baby punya pasal apapun boleh. Aku tengok takdelah pelik. Yelah dah mak mak kan. Mungkin ada org lain yg akan rasa janggal. Org yg rasa janggal itu mungkin dia takde anak lagi, ataupun tak kawen lagi. Tapi pada aku takde apa yg janggal pun. Tu sumer lumrah alam. Menyusukan anak. Bukankah kerja mulia? Mengenyangkan anak sendiri. Tapi aku rasa aku belum berani to that extend lah menyusu di tempat terbuka. Tapi apapun, tempat terbuka ker, tempat tertutup ker tujuannya adalah satu memberi keselesaan dan mengenyangkan anak. Ia jugak menandakan kasih sayang seorang ibu terhadap anak yg tidak berbelah-bagi. Aku kan bila tgk org tu susukan anak, terus teringatkan anak sendiri ok. Terasa dan dan tu jgak nak susukan anak.
Ok kisah ibu dan anak yg lagi satu pulak. Nampak si anak sgt mesra. Sgt mengambil berat tentang ibu dia. Mereka duduk bersebelahan. Si anak mengusap wajah tua ibunya. Sambil tu berbual-bual mesra. Tak lama tu, mungkin ibu berasa mengantuk. Si anak menyuruh ibunya meletakkan kepala di atas bahunya. Cam lentokkan kepala kat atas bahu lah. Korang paham tak? Sila imegin kan yer kalau nak mendapat kesan mendalam dari cerita aku nie.. hehe. Sambil mak dia terlentok kat bahu dia, tangan dia peluk erat bahu mak dia. Macam ibu menidurkan anak, tapi ni anak menidurkan ibu. Fuh so tacing ok... Ko ado nak peluk2 mak ko cam tuh?
Ooooo alangkah indahnya dunia ini. Penuh dengan rasa kasih dan sayang. Marilah kita sayang-menyayangi antara satu sama lain.
6 comments:
sy pun belum berani nk nyusukan anak di public nie..malu org tgk tet kita n nmpak sikit bdn sy ni..tabiklah ibu yg nyussukan anak tu..
mmg tacing cerita deqna nie...yg kisah no 2 tu pun untung mak dia sbb dpt anak mcm tu..
So touching la cerita ni..
Kasih sayang antara ibu dan anak
Ok Deqna...utk pengetahuan Deqna..anak ke 3 saya yg berumur 1 tahun 8 bln pun masih breastfeed lg...saya mmg x der rasa malu sgt kalu anak saya nk "nenen" time org ramai...kalu x der port sgt...saya nenen kan dia dpn2 org tu tp "cover" ngan tudung atau baju la...bg saya itu semua lumrah la kan...kalu ada yg rasa keji ngan perbuatan kita tu...pedulikkan dia..janji anak kita kenyang n kita bahagia....
Deqna: mmg kita patut sygkan ibu kita slm2nya.....
jom nyanyi .."sayang menyayang saling percaya.''tetttttt sila teka lagu apa...bab akhir tu aku terharu..sebab so sweet situasi
memang touching, sila sayangi ibu seperti kita sayang nyawa sendiri
Post a Comment