Showing posts with label Cemas. Show all posts
Showing posts with label Cemas. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Tetamu Tak Diundang

Citer ni agak geli2 dan seram sikit. Budak2 bawah 18 thn dilarang membaca.

Sepanjang cuti raya ni, dua kali rmh aku dimasuki tetamu tak diundang. Yang mula2 tu, ok lagi lah sbb adik aku perasan tetamu tak diundang tu menyelinap masuk. Nasib baiklah kecik jer so agak mudah lah nak dihalau keluar. Nasib baik adik aku perasan kalau tidak tak taulah mana merayapnya.

Mesti korang kata isy tak baiklah nak halau2 tetamu ni lebih2 lagi time raya nie. Yelah aku tau memang tak baik, tapi tetamu ni memang betul2 tak diundang. Nak tau citer lanjut teruskan membaca yer.

Pastu semalam pulak. Memang tak disangka dan diduga betul. Sebenarnya dah dua malam adik aku mendengar bunyi yg agak mencurigakan dalam almari dalam bilik dia tuh. Tapi dia ignorekan ajer dia menyangka tu hanyalah bunyi semburan air freshener yg tiap beberapa minit berbunyi tu. Tapi dia pelik gak sbb dalam bilik dia mana ada air freshener yg automatik tu.

Hinggalah semalam dia nak cari baju kat dalam almari dia tuh, duk raba2 je lah dalam almari tu, tetiba dia dengar bunyi tu semakin kuat dan ganas. Terus terlompat adik aku keterkejutan. Dia dah saspek sesuatu. Korang rasa2 tau tak apa dia? Aku malas nak sebut sbb aku sgt fobia & geli dengan 'benda' tu.


Di dalam bilik ini



Di dalam almari cokelat itu



Aku pulak masa tu sebenarnya dah bersiap2 nak gi ke wedding kawan aku, memang dah nak kuar rmh dah. Pastu mak aku cakap dia saspek ada sesuatu dalam dalam almari dalam bilik adik aku. Pastu asben aku amiklah torch light dan suluh ke dalam almari.

Fuh memang ternyata betul. Apa yg asben aku nampak tu memang tak disangka2 betul. Kami terpaksa menelefon 999 kerana yakin kami tidak dapat berbuat apa2 berdasarkan kelibat 'dia' yg agak besar dan berkilat itu.
Tak lama lepas tu Unit Pertahanan Awam pun sampailah ke rmh aku. Sumer aku aku call, bomba pun aku call gak, tapi bomba sampai lambat, Unit Pertahanan Awam yg sampai dulu.

tgh menyediakan perkakasan utk menangkap


Operasi bermula


abis kain baju sumer dihumban keluar

Akhirnya segala persoalan terjawab juga apabila mereka menemui seekor ***r t****g (aku tak nak sebut binatang tu) di dalam almari kain itu. Tu pun dia dah menyorok2 kat belakang kain baju.


Besar tak besar?


Memang pelik tapi benar? Bagaimanakah ia masuk? Bilakah ia masuk? Seriau tak seriau. Yang paling fobia adik akulah. Maknanya dah dua malam dia tidur bertemankan dot dot dot. Nauzubillah. Syukur takde apa2 berlaku.

Memang speechless. Tak tau nak cakap apa. Apapun kami bersyukur sgt. Syukur ke hadrat Allah yg memelihara kami. Bersyukur gak asben aku tergerak hati nak menyuluh dalam almari tu. Cuba kalau kami berdua keluar jer. Disebabkan hal tu jugak program kami pada petang itu terpaksa dibatalkan.

Lepas sumer selesai, kami menjamu lah petugas dari Pertahanan Awam itu. Yelah namapun raya lagi kan. Takkan lah tak hidang air lansung kan. Dahlah org penat2 tolong kita. Haruslah balas balik kan.

jamu mereka mihun jelah. Kebetulan tu jer yg ada kat rmh time tu

asben yg sungguh busy di hari kejadian

Org lain dah panik2 dia sibuk gak nak mengambik gambar. Betul aku time tu siap sampai rasa nak terberak2 sbb saspen sgt.

Terima kasih atas jasa yg diberikan



Persoalan masih tak terjawab camne lah dia boleh masuk dalam rmh nie? Apapun dia juga makhluk Allah juga, cumanya tak tau sama ada ia benar2 dot dot dot ataupun jelmaan jin. Wallahualam. Hanya Dia yg mengetahui.

Ya Allah kau lindungilah keluargaku dari sebarang perkara yg tidak baik. Amin.

Ok, habis citer nie. Nanti aku sambung balik ngan citer2 raya. Byk ni citer2 raya yg bakal menyusul.

Wednesday, May 28, 2008

Api

Pagi ni aku rajinlah pulak nak wat bekfes utk dibawak ke ofis. Aku kena wat hari ni jgk tak leh nak pospon dah sebab roti yg aku beli tu dah nak expired esok, aku beli dari minggu lepas lagi, tapi biasalah tak terbuat buat.. dah berapa pagi aku plan nak buat tapi bila bangkit pagi jer, ala malaslah, esoklah, so hari ni tak leh nak escape lagi..

So dalam kul 5.45am camtuh aku pun bangkitlah.. dalam keadaan yg mamai yg tak begitu mamai tu aku bukak api, panaskan kuali. Oo aku plan nak wat hotdog jer.. sementara tunggu kuali panas aku sediakan salad, sos, mayonis sumerlah.. bila kuali dah panas aku masukkan lah daging hotdog kat dalam kuali. Tiba2 "MAK!!!!!!!" aku menjerit. Dug dag dug dag jantung aku. Mata yg mamai tadi terus segar bugar.. Nape aku menjerit camtuh? aku terkejut bila tetiba kuali aku kena sambar ngan api, api besar tau. Terkejut gila babi aku, panik pun yer...abislah aku.. nak wat ape ni? api tengah besar time tu.. nasib tengah2 panik2 tu terus tingat kat email dulu yg pernah aku dapat, pasal dapur terbakar, dlm video tu kata jgn simbah air, nanti api bertambah besar. Seb baik aku tingat, kalau tak memang aku simbah air jerk.. pastu tanpa sempat nak fikir apa lagi terus aku angkat kuali tu aku campak terlangkupkan kat atas lantai. Fuh! seb baik api tu padam, kalau tak aku yg padam kot...

Bila dah ok aku teruskan memasak. Dan hasilnya ni aku baru lepas makan hotdog yg aku wat tu.. sedap...