Friday, September 18, 2009

Ke Airport

Dah seminggu dah adik aku ke Miri. Ni aku baru nak citer pasal hantar dia ke Airport Jumaat lepas.

Dah seminggu dia kat sana baru malam tadi dia reti nak call rmh. Tu pun lepas baca email yg aku hantar kat dia. Actually masa sampai Miri tu adalah dia call, masa line henpon dia still ada coverage, now bila dia dah ke tgh laut tu payahlah sikit dia nak call. Sbb mana ada line. Nak call pun pakai tipon dari kapal tempat dia menginap jelah.

Mesti korang pelik apa pulak yg dia buat kat tgh laut tu? Dah nama offshore kan haruslah ke laut. Nilah dia nasib org minyak seperti dia. korang kalau tak sanggup nak berjauhan dengan suami/bf jgnlah cari org2 minyak ni, sbb kerja derang tak menentu. Kejap kena gi sana, kejap kena gi sini. Tapi takpe janji poket lebat sudah.


satu beg saje tuk 2 bulan.

Selamba jer parking kat sini selama hampir 2 jam. Pastu kena saman.

Geng2 yg bakal beraya di laut

bye..bye..


sebelum tu amik gambar sesama dulu

Time ni mak aku baru lepas cium adik aku, pastu aku suh cium lagi sekali sbb nak amik gambar, tak koser adik aku nak layan kakak dia ni

Selamat jalan

Selamat beraya berjauhan

Bye sumer

Apa yg masing2 dok tgk nie?

Lepas adik aku dah masuk gate tuh, kiterang tak terus balik pun, kiterang lepak kat kawasan meninjau. Tunggu sampai flight dia take off.

Pesawat yg dinaiki dia. Mula2 ada satu jer plane kat situ

Pastu semakin bertambah.

So bayangkan lah berapa lama kiterang duk kat sana. Takpe bukan nak wat pe pun, nak gi makan pun tak boleh. Duduk jelah kat situ.

Bergerak sudah

Nak berlepas dah. Kami tunggu sampai pesawat hilang di pandangan


Masa kat Airport tu adalah cam Bazar kat situ. Sempatlah jugak kami menyoppingkan diri kejap. Alah beli baju budak jer. Baju Ain ngan Adam. Cantik2, branded2 tapi murah2 ajer. Adam kan tangan patah, so mana leh nak pakai t-shirt apatah lagi baju melayu, so carikan dia kemeja2 yg butang kat dpn, senang sikit dia nak sarung.



Masing2 belikan tuk budak berdua tuh. Aku beli, mak aku beli, akak aku pun beli

Untung betul anak2 buah aku nie. Mentang2 ar korang berdua jer kan.

Selepas itu kami pun balik. Petang tu jugak adam discharged dari wad.

6 comments:

Suki Cida said...

esh cida lak sedih tengok... raya2 ni sorang tak dpt rayakan?? mak deqna cool je...kalau mak cida pengsan meraung kot... hahahah... mak ober macam anak... muahahah...

Pepel BoNda AmaNi said...

lahai teringat masa kita hantar abang kta g sabah sebab kena posting ke sana..sedey2...

hehehe kena saman nyek..sama la kita pun ada satu saman parking kat klia tue..sampai sekarang xbayar2..dah nak masuk 3-4 taun dah kot...
wakakkakaak keji btoi...*eh x polis trapic baca blog nie deqna?? *

Anonymous said...

Ciannya x dpt beraya sma famili..
Tkpelaa ank lelaki kan msti kna strong hehe..

mai said...

along mai pon akan kesana raya kedua nanti!! skrg dia dok sorang2 kt umah.mak and adek2 dah smpai kpg pon tghari ni..

me??nk balik umah Mertua mlm ni..lalala

Mak Izz said...

tgk gmbr adik bradik berdiri dengan mak tu kan, erm.. memang tinggi2 ye sume. mak tinggi, deqna tinggi, akak tinggi (eh akak ke adik tu?) tp yg paling tinggi of cosla yg kena beraya di laut tuh. huhu.. kesian (tp sbb poket lebat so kaber gak la kesedihan tu) hehe..

Deqna said...

suki cida - tulah mau teriak bila dengar lagu ... Di hari raya terkenang daku kepada si dia.. kampungku Indah nun jauh di mata..lalalala

mak saya cool? dalam hati dia sorang jer tau.. camne nak berpisah ngan anak bongsu dia tuh... hehe

purplelicious love- tulah dah nama tugas kan..

haah kertas saman tu abang ipar ronyok jer pastu wang... takde lah dia membayarnya.. eh..sshyyy senyap2 jer..

MamaQaseh - yer.. anak lelaki kena strong.. tak leh berkepit jer ngan mak.. kena ada tanggungjawab kan..

mai - ke laut gak ker? oklah jugak dia dapat merasa raya sekejap kan.. ni my brother beraya atas laut lah jawabnya...

drive carefully yer... selamat hari raya..

Mak Izz - haah memang sumer tinggi2... yg adik tu yg paling tinggi in family.. yg sorang lagi tu kakak sulung lah.. dia yg paling pendek dalam adik badik..hehehe