Tuesday, September 15, 2009

Begini Kisahnya

Ni nak update sikit pasal citer Adam jatuh hari tu lah. Tarikh 09.09.09 adalah tarikh agak malang buat Adam. Petang tu Adam ngan kakak dia Ain main2 kat playground kat depan rmh mereka. Masa tu derang tinggal ngan abah mereka jer. Akak aku time tu ada majlis berbuka puasa anjuran ofis.

Masa tu dah petanglah, yg abah nya pulak sedang sibuk siapkan makanan tuk bagi derang makan sambil2 tengah main. Sedang abahnya tgh kat dapur amik makanan, Ain dah jerit2 kata adik dia jatuh. Adam bukan jatuh dari tempat tinggi ke apa. Dia terjatuh sendiri jer. Katanya terpijak lubang. Akibat kejatuhan itu, tangan dia patah kerana dihimpap badan sendiri. Nak describe pun susah.

Nak ikutkan jatuhnya taklah serius sgt tapi mengakibatkan patah yg agak teruk gaklah. Yelah budak2 mungkin tulang pun lembut lagi kan.

Akibat kecederaan itu jugak keesokan harinya iaitu hari Khamis tu dia kena menjalani pembedahan kat tangan dia. Sian dia, kecik2 dah kena operate.

My little hero



Adam Hakimi di bilik no. 7



sian dia

Masa kat wad, memang dia ni asyik meragam jer, yelah mungkin sakit, mungkin trauma kan. Kami yg datang melawat ni pun dia suruh balik tau. Pastu tak boleh cakap kat dia "sian adik", kena wat cam biasa jer. Klu tak kang melalak lah dia. Pastu tak boleh nak pandang2 dia apalagi nak tgk tangan dia.

Adam ni walaupun baru 3 thn tapi bercakap kemain lagi. Yang paling tahan bila setiap kali doktor atau nurse datang kat dia mesti dia cakap "ni nak buat apa pulak nie? adik taknaklah.. adik nak balik" . Pastu sibuk ajak ibu dia balik "ibu, jom balik tak best lah kat sini".


Masa lepas operation, masih mamai lagi


Tido kejap

Tapi masa kat wad tu memang macam2 kes budak2 kat situ. Kalau aku tak ke hospital mungkin aku tgk Adam keadaan Adam teruk, tapi ada kes yg lebih teruk dari Adam. Apapun kami bersyukur that Adam is not that bad. Ini adalah ujian dariNya.

Duduk kat wad tu memang memang meruntun perasaanlah. Sebelah katil adam ada sorang budak perempuan umur 3 tahun gak, patah kedua2 belah kaki akibat terhempap almari. Kedua2 belah kaki disimen. Memang kesian. Harap dia cpt sembuh dan keluar wad lekas.

Salah seorang pesakit di wad yg sama

Budak yg kat atas ni pulak lagi kesian. Dia terlibat dalam kemalangan yg meragut ibu dan kakak dia. Tapi dia kelihatan begitu kuat sekali. Kaki dua2 berbalut. Takde sape yg menjaga dia sebab sumer family member dia terlibat ngan kemalangan itu. Aku doakan dia juga cpt sembuh. Dia kata dia kemalangan kat Genting masa on the way nak balik kampung. Katanya ayahnya pandu kete laju. Tapi nampak budak ni memang strong, takde sikitpun riak kat muka dia yg dia dalam keadaan sakit, siap suruh nurse letup2kan jari kaki dia mungkin sbb lenguh.

Persamaan antara Adam ngan budak lelaki ni ialah dua2 mengambil semangat kuat Ultraman. Apa taknya sakit2 pun Ultraman tetap berada di sebelah. Tak dapat pegang, dapat tgk pun jadi.

Masa kat wad Ain tidak dibenarkan tuk naik melawat sekali. Dia kena tunggu kat lobi ajer. Kesian dia menanggung rindu kat Adam. Adam pun sama rindu kat dia. Masing2 hanya ditunjukkan rakaman video dan gambar masing2. Adam masa kat wad senyum jer bila tgk rakaman video kakak dia.
Ain yg tak lepas dengan ibunya

Sepanjang Adam di wad, Ain stay ngan mak. Ibu dan abah dia memang bermalam kat hospital, sbb Adam nakkan kedua2nya sekali. So, time melawat tu, kami naik wad akak aku turun kat lobi jumpa Ain. Time tu jelah Ain leh jumpa ngan ibu dia. Memang touching gak lah lebih2 lagi time nak balik.

Yelah Ain tu dari kecik sampai besar mana pernah tido malam berjauhan dengan ibu dia. Walaupun siang dia stay ngan mak aku, tapi tak pernah dia bermalam kat rmh mak tanpa ibu or abah dia. Tapi dia pun paham, dia pun terima keadaan itu, dia pun ok jer tido ngan mak aku. Takdelah dia nangis2 pun. Cuma dia ni cengeng sikitlah masa kat hospital tuh.

Tgk tak dilepaskan langsung ibu dia. Time ni kiterang nak balik dah.

Adam keluar dari wad pada hari Jumaat petang selepas 2 malam tinggal di wad. Tapi time nak balik tu pulak boleh si Adam cakap "Ibu, tak nak balik. Adik tak sihat lagi". Hari tu sibuk nak balik, bila dah boleh balik tak nak balik pulak.

Kesimpulannya, sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya.

12 comments:

NeenaAnuar said...

semoga adam cepat sembuh!

sesungguhnyer malang tak berbau... dlm keadaan normal pun kalau nak jadi sesuatu kemalangan tu.. tetap akak terjadi kannnn...

attyfir said...

deqna..sedih lah kty baca psaal budak yg kemalangan..tuh ..
harap budak tu cepat sembuh..
tabahnya dia..tp mesti dlm hati dia sedih lagi nak raya nie..

selamat hari raya& maaf zahir & batin.

Suki Cida said...

amboi family deqna 'halus halus' dua-duanya... hehehe...

anyway semoga adam cepat sembuh... nasib tak ada apa-apa teruk sangat... 9999 org cine kata panjang umur... tu yang semua berlumba2 suke tarikh tukan... tapi semua ni ketetapan Allah tau... bukan sbb tarikh tu...

Selamat hari raya yer deqna

Cida sedih ooo baca kisah budak yang deqna kata mak dengan akak dia mati... walaupun tak full la citer tu.. tapi mmg la, mungkin dia kecil masih tak tahu apa-apa, tapi nampak besar dah budak tu...

heheh ultraman mmg penguat semangat, bukan tuk adam je... uncle zamani yang besau tu nasib je demam ari tu tak minta ultraman... harus ku fire dia... ahak!

Pepel BoNda AmaNi said...

alhamdullilah semuanya selamat..sedihkan bila budak2 yang kecik2 cam budak laki yang kat sebelah katil adam tue..kehilangan ibu dalam trajedi yang dia selamat..memang touching btoi la...

Anonymous said...

Alhamdulillah,Adam dh kuar wad..Sedihnya bla bca citer tntang Adam..sebak pula rasa kt hati..

Auntie doakan mga Adam cpt sembuh yea cayang..Mga Adam bgembira d hari raya nnti bsama famili yg tersayang..

Beautiful Disaster said...

steady je adam. alhamdullillah dah sihat.

Hasra_Razali said...

Alhamdulillah....pas ni Adam leh raya la kan..tak perlu nk raya kt spital..:-)

Irfa said...

sebijik macam balutan tangan anak akak yg jatuh ari tu..mmg phobia betul.sian ain rindu adiknya

Norlida said...

alhamdulillah.. moga adam cepat sihat k..

nasaoji said...

adoiii...seriau betul budak2 kalu bab patah mematah nih..

tp, tak per, tulang budak kan lembut lg, senang patah, senang ok, kot.. :)

Deqna said...

NeenaAnuar - tulah malang tak berbau kan.. kalau berbau memang kita cubalah hindarkan kan..aku harap tangan dia cpt elok, sian dia aku tgk tau...

atty's- memang sedih kty pasal budak yg kemalangan tuh.. saya pun harap dia cpt baik.. tapi saya kagum dengan semangat dia tuh...memang kuat lah dia tuh..

Selamat hari raya utk kty & family yer...

Suki Cida - apa yg halusnya cida? hehe.. belum kawen memang halus.. dah kawen jadi kembang sikit.hehehe

tulah... nampaknya 9999 tu takdelah 'ong' sgt kan.. hehehehe yer sumernya kuasa Allah kan..

hah bdk yg eksiden tu baru tadika jer.. rasanya 6 thn lah kot..

cida, kalau zamani demam letak jer ultraman dekat2 ngan dia.. mesti dia sehat nanti..kah kah kah..

purplelicious love - tulah memang simpati kat dia.. memang touching sgt masa kiterang interbiu dia...

Mamaqaseh - hati ibu memang lah lagi cpt terasa kan..

tq aunty sbb doakan adam... aunty memang baik :)

Deqna said...

Beautiful Disaster - steady lah jugak. tulah mewarisi pangai bapak dia kot..hehehe.. tapi sakit2 pun masih nak buat pangai gak...

HasraRazali - alhamdulillah leh raya kat rmh.. tapi dgn tangan berbungkus lah.. baju melayu pun tak pakai lah jawabnya..

Happy Irfa - anak akak patah tangan gak ker? nape? jatuh gak ker? memang seriau kan

ain pas adik dia kena camtu barulah nak tunjuk syg kat adik dia.. kalau tak asik nak gaduh jer..

lidasyah - InsyaAllah.. tq Ida:)

nasaoji - tulah kita yg dewasa ni pun tak tahan sakit.. ni kan pulak budak2.. memang seriau..