Fear factor lah sgt. Padahal....
Ada satu hari tu aku kuar makan ngan asben kat Station Kopitiam. Tgh sedap2 makan ada satu keluarga duk kat ngan tempat aku.
Sekali tgk cam cikgu sekolah aku dulu. Dua kali tgk memang cam cikgu yg ajar aku Geografi masa tingkat 4 dulu. Cikgu Salina.
Aku cakap ngan asben..
"Yang, deqna cakap syg jgn terus pandang tau. Kat belakang syg ni tak salah deqna cikgu deqna dululah, nak tegur tak?"
"lar tegur jer lah, kata cikgu kan"
Ya aku tau ramai jer member2 yg bila nampak cikgu2 yg mengajar sekolah dulu mula lah buat cam tak nampak or buat2 tak perasan & tak kenal. konon segan. Tak taulah apa yg nak disegankan kan.
Aku makan laju2 and ingat nak tegur cikgu tu pas abis makan. Aku nekad kalau salah org pun takpe, janji aku dapat mengatasi keyakinan diri yg tak seberapa ini. Ewah. Lagipun aku terikut-ikut perangai asben yg jumpa sape2 yg dikenali mesti ditegurnya tambah lagi kalau bertemu dengan guru2nya.
Aku pun memberanikan diri menghampiri keluarga yg sedang menjamah makanan itu.
"Assalamualaikum (siap salam sekali. wah sopan abis aku taw time ni),ni cikgu Salina ker?"
Cikgu tu pandang aku sambil berkerut memikirkan. Aku dah cuak dah, alamak ni mesti kes salah org aku nie.
"Ya Cikgu Salina lah ni, tapi minta maaflah cikgu lupalah kamu ni siapa yer?"
Phew lega aku tak salah org. Tak kisahlah dia tak cam aku ker apa. Yelah student dia kan ramai ribu2 pastu dia ajar aku pun dah 13 thn lepas. Harus lah tak cam. Pastu time sekolah kan lain sikit rupa paras dan fizikalnya dengan sekarang nie. Hehe.
Bila aku sebut nama baru dia ingat..
"Ya Allah, kamu rupanya... isy dah lain sekarang nie, patutlah saya tak cam. bla..bla..bla..bla...(macam2 lah dia ckp kisah dulu2)
"Terima kasih lah tegur saya nie...bla bla bla...."
See... cikgu2 anda amat menghargai sekiranya anda menyapa dan menegur mereka. Dah tentu esok kat sekolah dia akan citer kat anak murid dia.
"kamu tau, semalam saya jumpa ex student saya, tak sangka dia ingat kat saya, dia tegur saya... bla bla bla.... kamu nanti bila dah abis sekolah jadilah mcm tu jgn lupa kat cikgu2 yg mendidik kamu nie"
hehe ayat kat atas ni aku imegin sendiri jer...
Akhir kata Selamat Hari Guru kepada sumer pendidik sekalian. Eh bukankan lama lagi hari guru tu? Takpelah ni kira in advance lar..
Inilah cikgu yg aku maksudkan. Aku curi2 amik gambar nie. Dia masih lagi mengajar di sekolah yg sama
9 comments:
aku pun sker jer tego kalau jumpa cecekgu na...aritu jumpa cikgu cina ajo omputeh kat stesen bas jalan duta, cikgu tu dah lain bebeno, tapi ttp aku kenal..dan dia pun ramah jer sembang walopon dia ntah ingat ntah tak aku ni yg mana masa sekolah dulu..
terasa mak nok..baru td ternampak cikgu zaman mrsm ..tp serious segan nak tegur.. ;p
Tuya balik kg aritu g pasar malam..nampak cikgu Math a.k.a bapakkkk angkat zaman sekolah dulu..sekolah rendah tau..punye la lama..nak tegur x nak..nak tegur x nak..dia tengah ngipas ayam percik..last2 tegur gak la..punya la excited dia bile kita tegur..yang magicnye,dia kenal lagi Tuya..best2..jadila jejak kasihan kat pasar malam..heheheh
Tuya pun selalu kalau g memana,ade student yang akan panggil..Teacher..Teacher!!!ye la kan ngajar sekolah rendah..kanak2 rebina ikut sempat la deorg nak jerit..
Hehe..igatkan..pe nya yg Fear Factor taua..upenya nk tgur cikgu jer hehe
Mudah2an anak2 murid Hasra pn jadik cm Deqna yerk...hehe....Ooo ni la dia cabaran Fear Factor ekk..kui kui kui..
TiNiE - yelah mana derang nak cam setiap sorang anak murid dia kan.. kita yg murid ni hah yg patut tegur derang dulu..
peej - hihihi.. aku pun sebenarnya sama jer cam ko.. tapi tulah hari tu aku cabar diri sendiri tuk tegur..
T.u.Y.a - mesti dia gembira anak murid dia ingat kat dia lagi kan..
hah Tuya pun cikgu kan.. camne perasaan bila anak murid menegur? mesti happy kan
Qasehku - haha takdelah fear factor makan ulat ke apa...
HasraRazali - student hasra haruslah jumpa tegur lecturer dia yg comel nie..
:P oh cida akan lari kalau jumpa cik gu... confirm diorg tak kenal... maklulah, hombo anak jumbo dulu... tak pa la... hanya doa je tuk cikgu2 ni semua... ahak!
Suki Cida - takpe biar derang tak kenal kita tapi kita kenal derang... mula2 memang nak wat tak tau jer, tapi asben suh tegur, maka tegur gaklah..
Post a Comment