Showing posts with label voucher. Show all posts
Showing posts with label voucher. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Jom Shopping Lagi - Sogo Redemption Voucher

Balik-balik Sogo. Dah tu dekat ngan opis kan. Shopping pun balik2 kat situ jelah. Sebabkan aku ni regular customer adalah sedikit point yg aku dapat. Baru ni gi lah cek point aku kat customer servis Sogo tuh. Jgn memain kat sana pun dah pakai sistem nombor tau. Dah macam kat bank pulak. Padahal nak cek point jer pun. Tapi walaupun pakai sistem bagai, tapi nak menunggu berjangguit lah jugak. Dah tu kaunter ada 20 yg bukak 4. Camno?

Sekarang ni tak macam dulu, setiap setengah tahun Sogo hantar statement kat kita, gitau berapa point yg kita ada dan berapa voucher yg kita dapat. Lar ni ko gi lah cek sendiri point korang, pastu ada expiry date pulak point tuh, so, kalau korang tak cek jawabnya lebur lah point2 korang tuh.

Kalau dulu, takat point 2, 3 ribu pun dah leh dapat voucher dalam 150 camtuh. Sekang ni, point dah 10 ribu lebih tapi voucher nya ciput ajer. Dapatlah voucher worth RM100. Ok lah tu dari nan ado kan.

Alang2 aku dah menunggu setengah jam hari tu, aku tebus jelah segala point yg aku ada. Malas nak tunggu2 lagi, takut pulak lupa nanti terus expired. Rugi2. Maka dapatlah aku voucher ini sebanyak 10 keping.


Dapat lah seratus ringgit. Leh shopping baju Marissa lagi. Ops cukuplah baju dia, kang bising laki aku. Hehe. Tapi sbb dah byk sgt voucher + resit + duit + sampah kat dalam wallet ni, aku dah kerugian 2 keping cosmetic voucher yg expired 9 Jan hari tuh. Tak perasan pulak. Rugi dowh..

Weh hari ni ada Preview Sale. Khas tuk card member & Maybankcard holder. Selamat bershopping u ols.

Saturday, January 19, 2008

Boros?.




Hari ni jer aku spent dekat RM500 semata-mata membeli perfume dan mekap. 1 perfume guess (silver) for woman -75ml (untuk aku), 1 guess perfume for man 50ml (untuk hubby) & 1 bedak Mac untuk aku. Kesemuanya berharga RM477 dan dibeli di Sogo. Tak sampai 1 jam, abis cam tu jelah duit aku. Memandangkan hari ini Sogo buat sale khas untuk member card, aku telah menerima voucher sebanyak RM80. Ini kerana setiap RM100 yang dibelanjakan layak menerima RM20 voucher (tapi ni untuk kosmetik ajer, tapi barang2 lain layak dapat RM10 voucher ajer). Selain itu, aku juga telah mendapat 1 beg guess for woman & 1 beg guess for man. Selain itu juga aku juga telah berjaya menge'pau' dua botol kecik sample perfume. Dan aku juga dengan baik hatinya memberikan salah satunya kepada member aku kat ofis ni.

Next entry aku smbg citer pasal perfume lagi ....