Friday, August 14, 2015

Zahira dah 5 bulan

9 August hari tu, Zahira genap 5 bulan. Sebagai hadiah birthday, keesokannya tu kami bawak dia pergi check up bulanan dan injection 5 bulan. Kesian ia. Hehe.

Oh ya utk check Zahira, kami bawa dia ke Klinik Kesihatan (KK) kat kawasan rumah jer. Ingatkan kalau beranak kat private tak boleh check up anak kat gomen, rupanya boleh lah. Dua2 kakak Zahira sebelum ni bwk gi private jer, pastu payah nak cari klinik utk buat injection immunisation, asiknya takde stok, dah kena jumpa paed lah pulak. 

KK kat kawasan aku ni lengang jer, tak yah nak tunggu lama.  Stok sentiasa ada. Pastu dorang cek detail pulak tu. Tapi cumanya kena bawak anak time weekdays jelah, so kena allocate cutilah setiap bulan tuk cek baby. 


Zahira yg sentiasa camera-ready

Masa tu nurse tengah ukur tinggi Zahira. Tinggi Zahira time tu ialah 67cm. 


Nak ukur berat kena tanggal baju sumer


Timbang berat

Berat Zahira pulak dah naik ke 7.4kg. Amboi umur 5 bulan berat dah nak sama dengan sekampit beras dah nie, Kalau dukung lelama memang leh rasa lah lenguh2 tangan ni.

Nurse pun kata graph Zahira pun cantik. Underweight tidak, overweight pun tidak.


Time cucuk
huk hek sikit

Kejap jer dah 5 bulan si Zahira nie, tak lama lagi dah nak masuk 6 bulan. Dah boleh start kasi dia makan. Jenuh lah mama nak fikir menu tuk Zahira pasni. So far, Alhamdulillah Zahira masih fully bf. Satu hari aku kena bekalkan dia 4 botol susu x 4 oz. Biasa dia minum 3 botol jer, lagi sebotol tu buat bekap kengkadang tak cukup.

Tuesday, August 4, 2015

Dua Hari Tanpa Handphone

Sedih tau. Handphone pemberian asben sempena birthday hujung tahun lepas jatuh dan rosak. Actually pernah beberapa kali jatuh dah. Yelah anak2 pun kengkadang  curi main2. Tapi sebelum ni jatuh light2 jer, tapi semalam punya jatuh.. mak aih... jatuh dari tempat tinggi pastu terus terhempas ke lantai. Apa lagi retak seribu... retak seribu...dah lah retak pastu terus tak boleh on... huahahahaha rasa nak nangis kat situ jgk. Kalau beli sendiri takpe lagi, ni sbb pemberian dari suami mestilah sedih. 

Sori suami. Saya tak sengaja. Ok, nanti saya cuba cari pengganti yg sama jugak. Sbb saya memang suka sgt ngan phone nie. Tak nak model lain, nak ni jgk.

Bila takde hp ni rasa sunyi pun ada gak. Kalau tidak ada jer wasap dari babysitter ker, member or family. Tapi aku takdelah mcm separuh org yg takleh hidup tanpa hp di tangan. Ok lagi lah masih bertahan. Cuma tak tahan rindu nak tengok gambar anak2 lah kat hp.

tinggal kenangan

Monday, August 3, 2015

The Priceless Preggy Moment

Nak update pasal raya lagi, tapi takde modal nak citer dah. Gambar sumer dah post kat blog. Gambar terbaru raya takde sbb takde gi beraya pun lagi. Patutnya kelmarin ada jemputan open house kat rmh member2 tapi tak dapat pergi sbb kesihatan tak mengizinkan. Kena cirit-birit dan muntah2. Sori yer kengkawan yg menjemput.

Cek2 kat dalam draft kot ada yg boleh aku update kan. So, lets sambung siapkan entry ini.

Ok rasanya preggy anak ke-tiga aku takde update apa2 pun sgt pasal diri aku, kebanyakan org pun tak tau yg aku pregnant. Tup2 dengar aku dah bersalin. Dah ketiga kata ko.. dendiam sudah. Nak udpate segala pun tak lalu dah, sbb sumernya lebih kurang jer pun. Hehe.

Tapi nak gak lah letak sikit gambar masa pregnantkan si Zahira nie tuk buat rujukan di masa depan. Rujukan apa pun aku tak pasti. Hehehe. Nak tengok pertambahan berat badan camtulah kot. 

Masa ni usia kandungan dalam 7 bulan camtu

Gambar di atas diambil masa awal bulan Januari hari tu. Masa tu baru teringat eh dah nak 7 bulan mengandung tak amik gambar pun lagi. So, mintak tolong opismet tolong amikkan gambar.

Preggy kali ni aku takde dah gila membeli baju maternitiy. Tapi aku gila membeli blouse yg besar2. Pastu pakai ngan skirt atau seluar. Tapi perangai beli baju sampai lagi beberapa hari nak beranak tu tetap ada lah. Tu pun ada lagi baju yg baru sekali jer yg dapat pakai. Pastu la ni tak tau dah nak wat apa dgn baju yg besar2 tu kat dalam almari. Kita simpan lah untuk next one yer:P

Cam preggy sebelum2 ni, aku takdelah alahan sgt. Takde lah alah nak makan apa2, takde lah muntah, tu pasal lah badan pun berkembang pesat lah gamaknya. First two trimester tu takde lah nampak sgt perut, tapi masuk trimester ketiga terus nampak besar je perut.

masa ni baru start beli kelengkapan bayi

Sebabkan yg ketiga dan another baby girl yg akan keluar so, takde lah havoc sgt nak shopping. Byk yg boleh digunakan lagi kan. Tapi mesti lah kena ada gak beberapa pasang pakaian baru utk baby.

Ni pun gambar masa dah masuk trimester ketiga

Nampak kipas kat belakang tu. Wajib ada ok. Walaupun ada aircond tapi still rasa panas jer. Panas peluh2 pulak tuh, tu yg kena ada kipas kat belakang tu. Kalau tak kang rasa semput dibuatnya.

Masa ni dah 8 bulan dah

Inara time tu memang cam tau2 jer dia nak dapat saingan. Terus lah melekat duapuluhempat jam ngan aku. Padahal sebelum2 nie dia jenis independent jer, tapi bila nak dapat adik ni terus kemain manja ngan aku. Sikit2 nak dukung. Anje sgt tuh.

kita layankan jelah sementara belum beradik tu kan

Aku nie bila dah nak hujung2 mengandung tu barulah rajin sikit nak amik gambar. Asal bersiap nak gi kerja aku selfie dulu.

with jubah aku tempah kat Medan Mara

Jubah ni sekarang pun leh pakai lagi lah, tapi agak labuh sikit lah pulak kalau pakai sekarang nie sbb tak menyangkut kat perut.  Time perut besar hari tu oklah just nice labuh dia.

hah tu dia... 8 months baby bump

Sepanjang mengandung tu jugak, tah nape tetiba aku suka pulak kaler biru. Nak kata preggy baby boy, doktor dah sahkan aku expecting baby girl, tapi tah nape tetiba tersuka blue pulak. Tapi aku suka jer bila doktor kata girl, takde lah aku beria harapkan boy. Tapi, actually tak kisah pun girl ke boy ker kami terima seadanya. Kan husband kan? yang penting anak dan ibunya sihat.

time terjelepok di kantor, asyiknya mengantuk jer

Aku ni alahan takde, tapi kalau time preggy tu memang lah hazab nak tahan mata ni dari mengantuk. Rasa seperti melekat2 jer mata ni. Kadang tu time menaip pun boleh terlelap, lagi teruk tu siap termimpi bagai. Pastu terus terkejut eh ada org nampak ke hah aku terlelap tadi. Haha.


masa ni tengah cek ctg. Rupanya false alarm, two weeks before the real contraction..

suami yg sentiasa di sisi

Alhamdulillah dari mengandung anak pertama hingga ketiga, dari awal kehamilan hingga ke hujung kehamilan tak pernah sekali pun suami tak pernah teman. Saya sangat menghargainya. Really.

Berbeza dengan kehamilan sebelum2 nie aku lebih bertenaga dan takde lah rasa sakit2 badan. Tapi kali nie memang lah sakitnya tuh di sini, di sana, di sini sana, hehehe... faktor usia mungkin. Bila perut dah besar memang tangkap ke pinggang lah sakit dia. Duduk salah, baring tak kena, serba salah dibuatya.

bacaan ctg yg aku pun dah lupa camne bacaannya

Bila dah hujung tu2, aku memang kerap mc lah, dah tu asal gi check up jer, doktor kasi mc, Kadang tu kita taknak pun mc tapi doktor kasi jugak, dia kata buat back-up, kalau u tak larat u cuti, kalau u larat u simpan je mc ni. Bagus sgt kan doktor saya.

Bukan saje nak mc dah memang tak larat pun sebenarnya nak bawak perut. Dahlah naik komuter. Berdiri lagi pulak tuh. Bukan ada org kesah pun nak offer seat. Tapi tak semua lah. Adalah jugak segelintir yg prihatin. Korang tak tau, bila ada org offer seat, rasa nak menitik jer air mata ni tau.. terus doakan yg baik2 kepada mereka yg baik hati tau.. terus feeling doa seorang ibu mengandung..eh memang ngandug pun kan..

5 hari sebelum bersalin

kat tangga pun nak selfie


posisi tepi pulak

Tu lah aku cakap, lagi dekat nak beranak lagi rajin pulak aku menselfie. Perangai sangat. Sbb apa desperate sangat amik gmbr, sbb dari awal2 dulu tak byk bergambar pun, so, nak gak ada gambar kenangan mengandung.

muka pun leh tahan kembang setaman

masa ni nak kuar gi chek up


Gambar 3 hari sebelum bersalin

Time tu aku dah start mc dah doktor kasi suh rest kat rmh. Padahal time tu baru 6/3/15 aku punya edd pulak patutnya 19/3/15. Risau gak aku kot lah aku ni tak beranak2 gak before 19/3, padahal aku dah start mc awal dah nie. Tapi memang aku bajet baby akan keluar sebelum due date just like the other two.

sempat lagi nak kuar deting ngan asben

Kan aku cakap time hujung2 pregnancy tu aku kerap keluar dating ngan asben, kami kuar tengok wayang, jalan2 dan soping. Kuar berdua jer. Sakit2 pinggang pun gigih nak kuar berjalan. Anak2 tinggal ngan babysitter. Bila lagi nak dapat peluang ni kan. Tapi aku rasa sbbkan rajin berjalan lah jugak, proses bersalinkan Zahira pun sekejap jer. Memang kejap, gi hospital kol 11 pagi, pukul 1 lebih dah bersalin. Nanti aku share cerita pengalaman bersalin Zahira yer.

baju blouse time Inara dulu. Rasanya pakai tak sampai 5 kali pun.

Berat aku mencecah73kg ++ gaklah bila dah 9 bulan tu. Jenuh gak lah nak kurang 10-15kg. Target nak menten 58-60kg jer dengan ketinggian 169cm nie. Tak taulah dah achieve target ke belum sekarang nie, tapi yg penting baju lama muat lagi pun dah memadai lah... pengsan ok kalau nak tukar baju satu wardrobe.

selfie ngan baby dalam pewut

with my dear husband

kenangan berdating semasa preggy anak ketiga  - caption dia

Ok nanti kalau ada masa dan ada kerajinan akan aku kongsikan lagi cerita2 lain pula. Ok sila sambung makan kuih raya tu.


Wednesday, July 29, 2015

Hasil Kerja Tangan Anak-Anak

Baru2 ni we ols laki bini tak kerja. Anak2 cam biasa duk ngan babysitter lah siang. So, plan nak kuar dating lah berdua, last dating masa hujung2 ngandungkan Zahira. Tapi fikir2 punya fikir tak tau lah nak ke mana. Tu lah masalahnya mak bapak nie, bila dah line clear tu tak tau pulak nak pergi mana. Time anak keliling time tu kemainlah nak ke sana sini. 

So ke Ikea lah kami. Tu bukan dating namanya, tu namanya saje cari penat dan saje nak buang duit. Yelah, kalau dah ke sana, tah apa2 benda je pun main amik jer masuk troli.

Dah ada kat sana terus teringat nak beli frame utk letakkan letakkan painting anak2. Sebelum ni takde frame we ols just tampal kat peti ais jer. Kami memang suka menghargai hasil kerja anak2 dengan menampalnya kat mana2.


 wah abstark sgt nie... mcm pelukis hebat jer yg hasil kan painting nie

Bila dah letak ni kat dinding terus rasa cam wah cam mahal jer painting2 nie. Yang belah kiri tu Marissa punya hasil kerastangan dan yang belah kanan tu Inara punya hasil kerastangan.  Yang tengah tu pulak frame bunga tu aku beli kat Langkawi beberapa tahun lepas. Selama ni frame tu seketul jer kat situ, memang nampak gonjeng giler sbb takde geng, sekarang baru rasa ok sikit bila ada geng.  Kombinasi warna kat painting ngan warna bunga tu cam blend jer.

Anak2 pun happy jer bila tengok hasil kerja mereka dihargai sedemikian rupa. Ok kat bawah nie, gambar masa budak2 tu melakukan akvitivi mewarna menggunakan water color bersama ayah mereka. Masa tu bulan puasa, lepas buka puasa, budak2 tak sabar sgt nak mewarna bila nampak ayahnya beli water color. Budak2 kan memang suka menconteng. Nah, ayah beli drawing pad dan water color korang conteng lah apa yg korang nak.

 kemain tekun lagi dua beradik nie

mereka bebas nak buat apa dan guna lah warna apa yg ada

Mereka memang enjoy gila time tu, maka hasilnya adalah seperti gambar di atas tu lah, memang sepenuhnya hasil karya mereka. Mana tau kot memang ada jiwa seni ke kan... padahal main conteng2 je pun.

Tuesday, July 28, 2015

Warna-Warni Di Aidilftri

Ok masih lagi entry berkisarkan hari raya. Kali ni kita rojakkan jer semua gambar2 yg ada sepanjang raya pertama hingga raya ketiga.

Takde nak citer apa pun cuma nak layan gambar jer.

 
Tahun ni tema purple pink

Gambar sama ngan yg atas tapi syg nak delete sbb geram tengok mata si Inara tu, jeling kat sape tu??

Selfie mefie dalam kereta bersama si bobot nie.. 

Dua beradik pergi beraya

Marissa main dengan Ammara Sofea. Cousin yg sebaya dengan Zahira

husband with cousin

dating kat motor ker? haha

Zahira layan jer selfie ngan mama dia

amboi kemain bulat mata tu

ni jelah aktiviti kalau dalam kereta

Zahira keletihan sampai tertido in her first baju kurung. Tak dpt nak family potrait sbb dia tido

Marissa with the cousin



Inara melaram ngan henbeg

atuk lek..lek jer duk amik angin

kesayangan aku tau budak nie, tapi yg selalu kena marah pun dia gak..dah tu kenapa perangai tu cheeky sgt??


family potrait tapi tak lengkap. Zahira tengah tido seperti gambar di atas

kunjung mengunjung amalan mulia

ko dah kenapa berjoget kat situ Marissa?


pakai jubah on second raya dan melaram ngan beg memasing


eh adik pun nak beg gak lah

bagun pagi raya ketiga

pinjam spek mama jap. Kang sakit mata mama tak tau yer

budak yg suka duduk tak suka baring

"ma hari ni kita tak beraya ke?" "tak.. duduk lepak rmh nenek jer tunggu org datang"

 sampai angkat balang nak makan kuih


adik baby dan kakak baby

Raya ketiga memang tak kemana-mana. Just lepak kat rmh mak jer. Petang2 tu lepak kat luar sambil amik gambar byk2.

me with 3 doters

masing2 dengan karakter masing2




anak2 pun layan jer pun berwefie

adik besar sikit lagi dah boleh join kakak2 dah

adik badik yg selalu sgt bergaduh


petik bunga nenek


yg ni lemah lembut dan gigirl2 sgt

yang ni ganas dan noti2 sikit


sambil tu kasi ini budak makan. Kalau tidak payah sangat nak suh makan. 

Ni jelah kisah citer raya kami. Sederhana serba-serbi. Nanti nak share pulak cerita percutian hari raya kami sekeluarga. Hah time tu memang best sumer org ada berkumpul dan we had so much fun terutamanya bebudak lah kan.