Nak update pasal raya lagi, tapi takde modal nak citer dah. Gambar sumer dah post kat blog. Gambar terbaru raya takde sbb takde gi beraya pun lagi. Patutnya kelmarin ada jemputan open house kat rmh member2 tapi tak dapat pergi sbb kesihatan tak mengizinkan. Kena cirit-birit dan muntah2. Sori yer kengkawan yg menjemput.
Cek2 kat dalam draft kot ada yg boleh aku update kan. So, lets sambung siapkan entry ini.
Ok rasanya preggy anak ke-tiga aku takde update apa2 pun sgt pasal diri aku, kebanyakan org pun tak tau yg aku pregnant. Tup2 dengar aku dah bersalin. Dah ketiga kata ko.. dendiam sudah. Nak udpate segala pun tak lalu dah, sbb sumernya lebih kurang jer pun. Hehe.
Tapi nak gak lah letak sikit gambar masa pregnantkan si Zahira nie tuk buat rujukan di masa depan. Rujukan apa pun aku tak pasti. Hehehe. Nak tengok pertambahan berat badan camtulah kot.
Masa ni usia kandungan dalam 7 bulan camtu
Gambar di atas diambil masa awal bulan Januari hari tu. Masa tu baru teringat eh dah nak 7 bulan mengandung tak amik gambar pun lagi. So, mintak tolong opismet tolong amikkan gambar.
Preggy kali ni aku takde dah gila membeli baju maternitiy. Tapi aku gila membeli blouse yg besar2. Pastu pakai ngan skirt atau seluar. Tapi perangai beli baju sampai lagi beberapa hari nak beranak tu tetap ada lah. Tu pun ada lagi baju yg baru sekali jer yg dapat pakai. Pastu la ni tak tau dah nak wat apa dgn baju yg besar2 tu kat dalam almari. Kita simpan lah untuk next one yer:P
Cam preggy sebelum2 ni, aku takdelah alahan sgt. Takde lah alah nak makan apa2, takde lah muntah, tu pasal lah badan pun berkembang pesat lah gamaknya. First two trimester tu takde lah nampak sgt perut, tapi masuk trimester ketiga terus nampak besar je perut.
masa ni baru start beli kelengkapan bayi
Ni pun gambar masa dah masuk trimester ketiga
Nampak kipas kat belakang tu. Wajib ada ok. Walaupun ada aircond tapi still rasa panas jer. Panas peluh2 pulak tuh, tu yg kena ada kipas kat belakang tu. Kalau tak kang rasa semput dibuatnya.
Masa ni dah 8 bulan dah
Inara time tu memang cam tau2 jer dia nak dapat saingan. Terus lah melekat duapuluhempat jam ngan aku. Padahal sebelum2 nie dia jenis independent jer, tapi bila nak dapat adik ni terus kemain manja ngan aku. Sikit2 nak dukung. Anje sgt tuh.
kita layankan jelah sementara belum beradik tu kan
Aku nie bila dah nak hujung2 mengandung tu barulah rajin sikit nak amik gambar. Asal bersiap nak gi kerja aku selfie dulu.
with jubah aku tempah kat Medan Mara
Jubah ni sekarang pun leh pakai lagi lah, tapi agak labuh sikit lah pulak kalau pakai sekarang nie sbb tak menyangkut kat perut. Time perut besar hari tu oklah just nice labuh dia.
hah tu dia... 8 months baby bump
Sepanjang mengandung tu jugak, tah nape tetiba aku suka pulak kaler biru. Nak kata preggy baby boy, doktor dah sahkan aku expecting baby girl, tapi tah nape tetiba tersuka blue pulak. Tapi aku suka jer bila doktor kata girl, takde lah aku beria harapkan boy. Tapi, actually tak kisah pun girl ke boy ker kami terima seadanya. Kan husband kan? yang penting anak dan ibunya sihat.
time terjelepok di kantor, asyiknya mengantuk jer
Aku ni alahan takde, tapi kalau time preggy tu memang lah hazab nak tahan mata ni dari mengantuk. Rasa seperti melekat2 jer mata ni. Kadang tu time menaip pun boleh terlelap, lagi teruk tu siap termimpi bagai. Pastu terus terkejut eh ada org nampak ke hah aku terlelap tadi. Haha.
masa ni tengah cek ctg. Rupanya false alarm, two weeks before the real contraction..
suami yg sentiasa di sisi
Alhamdulillah dari mengandung anak pertama hingga ketiga, dari awal kehamilan hingga ke hujung kehamilan tak pernah sekali pun suami tak pernah teman. Saya sangat menghargainya. Really.
Berbeza dengan kehamilan sebelum2 nie aku lebih bertenaga dan takde lah rasa sakit2 badan. Tapi kali nie memang lah sakitnya tuh di sini, di sana, di sini sana, hehehe... faktor usia mungkin. Bila perut dah besar memang tangkap ke pinggang lah sakit dia. Duduk salah, baring tak kena, serba salah dibuatya.
bacaan ctg yg aku pun dah lupa camne bacaannya
Bukan saje nak mc dah memang tak larat pun sebenarnya nak bawak perut. Dahlah naik komuter. Berdiri lagi pulak tuh. Bukan ada org kesah pun nak offer seat. Tapi tak semua lah. Adalah jugak segelintir yg prihatin. Korang tak tau, bila ada org offer seat, rasa nak menitik jer air mata ni tau.. terus doakan yg baik2 kepada mereka yg baik hati tau.. terus feeling doa seorang ibu mengandung..eh memang ngandug pun kan..
5 hari sebelum bersalin
kat tangga pun nak selfie
posisi tepi pulak
Tu lah aku cakap, lagi dekat nak beranak lagi rajin pulak aku menselfie. Perangai sangat. Sbb apa desperate sangat amik gmbr, sbb dari awal2 dulu tak byk bergambar pun, so, nak gak ada gambar kenangan mengandung.
muka pun leh tahan kembang setaman
masa ni nak kuar gi chek up
Gambar 3 hari sebelum bersalin
sempat lagi nak kuar deting ngan asben
Kan aku cakap time hujung2 pregnancy tu aku kerap keluar dating ngan asben, kami kuar tengok wayang, jalan2 dan soping. Kuar berdua jer. Sakit2 pinggang pun gigih nak kuar berjalan. Anak2 tinggal ngan babysitter. Bila lagi nak dapat peluang ni kan. Tapi aku rasa sbbkan rajin berjalan lah jugak, proses bersalinkan Zahira pun sekejap jer. Memang kejap, gi hospital kol 11 pagi, pukul 1 lebih dah bersalin. Nanti aku share cerita pengalaman bersalin Zahira yer.
baju blouse time Inara dulu. Rasanya pakai tak sampai 5 kali pun.
Berat aku mencecah73kg ++ gaklah bila dah 9 bulan tu. Jenuh gak lah nak kurang 10-15kg. Target nak menten 58-60kg jer dengan ketinggian 169cm nie. Tak taulah dah achieve target ke belum sekarang nie, tapi yg penting baju lama muat lagi pun dah memadai lah... pengsan ok kalau nak tukar baju satu wardrobe.
selfie ngan baby dalam pewut
with my dear husband
kenangan berdating semasa preggy anak ketiga - caption dia
Ok nanti kalau ada masa dan ada kerajinan akan aku kongsikan lagi cerita2 lain pula. Ok sila sambung makan kuih raya tu.






















No comments:
Post a Comment