Friday, June 7, 2013

Tak Habis2 Lah Kisah Sambut Birthday Minah Sorang Nie

Ok kalau hari tu kita citer pasal sambutan birthday Marissa dengan sepotong kek, kali ni kita citer pasal sambutan birthday dia dengan idola dia pulak. Sbb apa idola? Sbb kali ni ada kek gambar Marissa bersama upin dan ipin. Giler tak teruja tengok muka sendiri diapit oleh upin dan ipin.

alololo kemain lagi teruja dengan kek birthday dia

Birthday Marissa disambut kecil-kecilan jer bersama keluarga terdekat. Buat kat rmh nenek Marissa je pun. Senang sumer adik-badik, anak2 buah berkumpul sumer. Tak sempat pun nak wat party nak jemput ramai2. Ni pun buat Jumaat lepas. Balik kerja terus terkocoh2 cari benda2 lain utk jamuan makan. Memang tak sempat nak masak2 pun. Dahlah hujan melebat petang Jumaat lepas. Nasib baik kek selamat tak basah.


tak sabar2 suruh letak kek dia kat atas meja

choc moist cake from http://annaalisya78.blogspot.com/

Ok sebelum tu meh kita amik gambar ngan family dulu yer
Marissa dengan ayah dan adik

adik macam ada toncet kat kepala hehe


kakak nampak noti, adik nampak baik

adik ngan kakak baju sama. mama ngan anak2 sama kaler, ayah jer lain..hehe

 
Marissa with cousins Ain, Adam & Tihani.. eh Amni (the new cousin) takde dalam nie


Ok ok cukuplah bergambar moh lah kita nyalakan lilin dan potong kek.

lilin telah dinyalakan

Jenuh nak cari lighter kat rmh. Nasib baiklah jugak ada. Kalau tak kang kena amik api dari dapur gas.


Marissa excited bila lilin dah menyala

Suka nampak dia happy sgt. Tapi mood dia tu tetiba boleh turned down pulak, bila kiterang ramai2 nyanyi lagu birthday kat dia.

tetiba jer nangis beria

Tulah dia anak dara aku sorang nie. Jiwa lembut betul. Hati sgt tisu. Sgt sentimental. Mungkin dia terharu kot. Macam mama dia jugaklah.. Dah sudah.. nangis tak henti2 pulak... lilin makin mencair dah.. dia tak nak tiup pulak kek tuh... eh eh budak ini, tadi kemain excited tetiba mood bertukar pulak... ok ok marilah mama pujuk.
kena pujuk2 dulu.. baru mood ok kembali.. tu pun dapat tiup satu lilin jer.. sbb yg lain2 adam dah tiupkan

Sila lah potong kek itu

Mula2 potong kat bahagian tepi tu jer.. cam tak sampai hati jer nak potong muka sendiri. Memang sampai ke sudah pun aku tak sampai hati nak potong muka anak sendiri, sudahnya muka upin ipin jer aku potong yg ada image Marissa aku simpan layer tu kat dalam peti ais. Haha

kerja si ayah comotkan Marissa

light refreshment - satay & nasi goreng kampung sajer

Ni jelah kisah birthday Marissa yg ke tiga tahun. Walaupun simple InsyaAllah akan ada gak sambutan tuk anak2. Just to make them happy.  Walaupun begitu, Marissa dapat byk gak hadiah. Terima kasih kat sumer yg kasi birthday presents kat Marissa :)

For anakku Marissa, ingat pesan mama, ingat pesan ayah... jadi insan yg baik dan berguna. Semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat wahai anakku.

Ok nak update skt pasal Marissa, masuk umur tiga tahun ni bertambah keletah lagi perangai dia.. suka sgt layan bercakap dengan dia... aku memang suka layan dia berbual... dah boleh anggap dia sebagai kawan.. paling suka bila panggil nama dia nanti dia jawab.. "apa dia mama?"  Pastu kalau dulu kalau dia wat salah dia ckp sori jer.. sekarang dia tambah sikit.."Ica mintak maaf, ica tak buat salah lagi....." padahal sentiasa jer menguji kesabaran mama dia. Kenakalan terlatest yg dia buat adalah gigit pipi adik dia kuat2 sampai meninggalkan kesan mulut kat pipi Inara. Memanglah pipi adik tu bulat dan sedap tuk digigit tapi agak2lah nak gigit.

Apapun once again.. happy birthday sayang...






Pic collage courtesy from Mak Long Marissa. Rajin mak long wat ni sumer...hehe

Thursday, June 6, 2013

Saya dan Anak-Anak











Over kan si kakak sekarang ni.. adik cool lagi.. tengoklah besok camne.. adik tentu ikut jejak langkah kakak dia.  tapi apaker mcm pelik jer 4 gambar ke bawah nie.. belasah je lah..

Pasal Solid Food dan Pasal Susu

Inara dah start makan solid food start umur dia menjangkau 6 bulan hari tuh.

Tetiba macam malas pulak nak taip citer segala. Letak gambar ngan caption je dah lah.

puree carrot & puree pear

 
Nasi & sayur bayam


cerelac campur kurma yg dikisar

budak suka makan

 
kenyang perut hati pun senang

 
Tido pun lena

bangun pagi pun ceria

Did i tell u that my EBM kecairan akibat power trip. Meroyan sebentar kat depan peti ais. Tu lah suka sgt fikir pasal takde letrik takde letrik kan betul2 takde letrik hari tu. Dahlah aku tak balik rmh sehari semalam hari tuh, tup2 bila balik tengok power trip akibat hujan lebat dan petir petang sebelum tuh. Adalah dalam 15 botol susu kat dalam freezer. Dahlah susu yg dah cair tak boleh nak dibekukan semula. Nasib baiklah aku ada simpan sikit stok kat rmh mak dan kat rmh babysitter. Tapi sedihlah jugak bila mengenangkan susu yg terpaksa dibuang. Mau tidak susu tumpah setitik pun kecoh ini kan pulak berbotol2. Eh citer pasal susu tetiba terus tertaip panjang. Hehe.


susu yg mencair

Thursday, May 30, 2013

Birthday Marissa Hari Tu

Hari Selasa lepas kan birthday Marissa. Memang takdelah plan nak celebrate ke apa on the day itself sbb plan nak celebrate hari lain. Tapi rasa cam tak syok pulak kalau harijadi dia berlalu camtu jer tanpa ada sepotong kek. Maka ayah Marissa pun beli lah sepotong kek sebagai buat syarat.

Nasib baik jugak lah kami ada beli gak kek tuh, sbb balik2 jer dari kerja si Marissa dah sibuk tanya mana bebeday to u ica.. maksud dia tu kek dengan lilin lah tuh. Nasib baik gaklah kami ada gak belikan dia lilin.

Tak sabar2 dia suh kita nyalakan lilin. Dia excited sgt bila ada kek ngan lilin. Yelah dah 3 tahun kan, kira dah paham lah jugak, dulu masa umur setahun dua masih tak berapa nak paham.

InsyaAllah malam esok baru nak sambut dengan ahli keluarga jer secara kecil-kecilan. Ok kita tengok dulu keterujaan Marissa dengan kek nan sepotongnya itu.

 Marissa happy sangat

 Duk lah dia mengadap kek tuh

Happy birthday to u...

Siap ada lagu tau lilin Marissa tu. Baru pestaim aku jumpa lilin berlagu ni. Apapun suka tengok anak2 gembira.


Tuesday, May 28, 2013

Selamat Harijadi Anakku Sayang

Baru lah sempat nak ngedate belog.  Hari ni tak boleh tidak, kena update gak sbb hari ni 28 Mei merupakan hari lahir permata sulungku Marissa Qaisara. Sudah 3 tahun usia Marissa. 

Alhamdulillah dapat membesarkan Marissa hingga hari ini. Marissa merupakan seorang anak yg baik dan mudah diajar. Budak yg cheeky juga.

Ok kata2 buat Marissa bila dia dah pandai membaca nanti:-

"Marissa sayang, sempena birthday sayang ini mama ucapkan selamat harijadi, mama doakan semoga Marissa membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah, taat pada ibubapa dan agama. Jangan tinggal solat. Jangan kecik2 jer ye ye solat esok besar tinggal2 pulak... no gud yer sayang.. nanti Allah marah. Kasih sayang mama dengan adik tidak berbelah bagi, macam mana mama sayang Marissa macam tu jgklah mama sayang adik dan begitu lah sebaliknya. So, Marissa jangan nak jeles2 sgt, jgt nak protes2 sgt kalau mama kasi perhatian lebih sikit kat adik, sbb adik tu memang perlukan perhatian yg lebih sbb adik kan baby lagi. Marissa pun kadang2 pun mama layan macam baby jugak kan? Ingat pesan mama. Ingat pesan ayah jugak. Mama, ayah dan adik syg sgt kat Marissa yer. So, be a gud girl, gud daughter, gud sister & gud in everything yer sayang.. once again, luv u so much"

Jom sama2 kita nyanyikan bebeday to u to icah..

Happy birthday to u....
Happy bitthday to u...
Happy birthday to Marisssa...
Happy birthday to u......

Lets tepuk tangan dan potong kek.  Hehe malam ni tak dapat nak celebrate, InsyaAllah kita potong kek hari Jumaat nie. Mama is so busy, sampai tak dapat nak arrange kan birthday party tuk Marissa malam ni... tapi dun worry tatap ada kek for u dear...



Semoga menjadi anak yg solehah

jgn nak gedik sgt

eh mcm mana tak gedik maknya pun sama..hehe

mama & adik sayang kak so much ok...

Tak sabar rasanya nak persembahkan kek istimewa tuk Marissa hari Jumaat nie.... hadiah dah ada dah nie.. hari tu dah dapat in advance birthday present, hari ni ada lagi.. memang sentiasa dapat hadiah jer dari mama dia nie... suka tengok budak2 happy..

Wednesday, May 22, 2013

Apa Kena Lah Utusan Malaysia Ni Sekarang?

Tadi member aku whatsapp aku artikel nie... & aku rasa aku nak share ngan korang gak lah...

Cer korang cek paper hari nie, betul ker??



Can u spot the silly mistake??????



 
Memang patut kot Utusan ditukar menjadi Utusex...wahahahahahaha
 
p/s:  Tetiba rasa semacam pulak nak minum air suam pagi nie...kah kah kah

Tuesday, May 21, 2013

Abaikan Objek Di Belakang Itu

Satu malam tengah melipat kain yg menggunung tinggi si Marissa sibuk suruh aku amik gambar dia. Layankan ajer.
gedik2

buat2 pandang kat tempat lain
kakak dan adik

Masih belum rajin sgt tuk update blog, tapi takat post lite2 camnie boleh lah..belasah ajer... Gambar yg last tu just ignore the object behind yer...hahaha

Monday, May 20, 2013

Beza Selang 6 Bulan

3 babies in da house. Beza umur mereka lebih kurang 6 bulan. Dari kiri baby yg baru berusia 3 hari, inara 6 bulan dan tihani 11 bulan. Seorang anak adik, seorg anak saya dan sorang lagi anak akak.
Meriah.

So, sekarang Inara bukan lagi the youngest, Inara dah jadi kakak.  Bukan saya yg preggy lagi yer..hehehehe.  Apapun tq atas ucapan dari korang sumer.. mana tau kan...rezeki jangan ditolak..hehehe

Friday, May 17, 2013

Bakal Dapat Adik?

Inara bakal jadi kakak. Rasanya dapat adik girl ke adik boy??

dup dap dup dap dup dap..


Wednesday, May 15, 2013

Kisah Si Adik

Orait kali ni nak citer kisah si adik pulak.  Sian adik umur dah setengah tahun tapi mama dia kurang update pasal dia. Yelah dulu semangat blogging tinggi sekarang ni blogging ala kadar jer.

Ok mana nak mula yer.

Inara ni time aku bekerja aku hantar dia rmh babysitter. Bukan tak nak kasi mak jaga, tapi aku kalau boleh tak nak susahkan mak aku. Mak long Marissa pun ada gak offer nak jaga Inara, tapi aku fikir gak dia pun nak jaga anak kecik dia yg super manja tu. Anak akak aku ngan anak aku lahir pada tahun yg sama. Alah yg aku citer kat entry ni. Citer pasal babysitter ni, masa mula2 aku naik kerja aku hantar kat babysitter A. Oklah dia jaga Inara sbb sebelum ni pun babysitter A ni pun pernah kerja Taska dan ada pengalaman uruskan EBM dan dia memang looking forward nak jaga baby girl sbb anak2 dia semua lelaki.

Tapi rezeki Inara ngan dia tak lama sbb tak lama lepas tu, dia disahkan pregnant. Mula2 tu dia kata dia ok takde masalah nak jaga baby sbb dia takde alahan segala, tapi after a few weeks dia cakap ngan aku dia kena alahan teruk, dan tak daya nak jaga baby yg perlukan perhatian sepenuhnya. Ok takpelah, sementara cari babysitter lain aku terpaksalah letak Inara kat rmh mak. Nasib baik gak husband on shift, so kalau dia free tu memang dia jagalah anak2. Dua bulan jugaklah mak aku tolong jagakan Inara.

Hinggalah start awal bulan May lepas Inara aku dah start hantar ke babysitter B. So far, tengok babysitter pun Alhamdulillah ok. Yang babysitter ni pulak looking forward nak jaga baby boy sbb anak dia sumer pompuan, tapi takpelah dapat girl pun tak kisah. Ok dah cukup citer pasal babysitter. Bukan nak citer pasal babysitter sgt pun tapi cuma nak gitau yg Inara tinggal dengan babysitter time aku bekerja. Marissa pulak tinggal dengan nenek dia. Nak hantar sekali ngan adik dia kat babysitter tu dia takmo, dia yg request nak duduk ngan nenek. Yelah budak dah pandai cakap kan.. takpelah duklah ngan nenek leh kawankan nenek. Eh terciter pulak pasal si kakak.

Budak suka senyum

Ok supaya tak boring kita selang selikan dengan gambar2 budak ni yer. Budak yg suka senyum. Budak yg ramah. Ikut perangai apak dia kot. So far, Inara ni bukan budak yg byk perangai. Senang nak dihandle. Cukup susu, badan selesa, dia akan duk layan diri sendiri jer. Takde hal lah nak letak jer dia kat dpn tv sengsorang, takdelah kerja dia asik nak melekat ngan mama dia jer. Tido malam pun senang, dari pantang sampai sekarang dia ikut time mama dia, mama dia tido, dia pun tido, kengkadang aku pun tak tau sape yg tido dulu. Hehehe. Pastu kang sebelum Subuh nanti baru bangun mintak susu. Kengkadang kalau haus tu ada gak dia terjaga awal, tapi tak nangis pun just mulut tu macam tercari2, nasib lah mak dia alert, so just suakan nen kat dia pastu nanti dia tidolah balik.

budak yg suka bermain dengan jari & tangan sendiri

Bermain dengan jari dan tangan adalah salah satu kegemaran si kecil ini. Dengan cara ni lah dia menghiburkan diri sendiri. Letak lah rattles ker apa jenis mainan, kejap je dia pegang pastu kan dia buang, pastu dia main ngan tangan dia balik. Main tangan sendiri lagi bagus kot. Kengkadang tu, kalau rasa nak menyonyot dia hisap lah ibu jari dia.. alalala comey tgk budak hisap ibu jari dia.

ni gambar masa dia baby dulu eh sekarang pun baby lagi

Dulu Inara ni kalau nangis sedap jer bunyi dia. Sopan jer bunyi dia takdelah nyaring atau menjerit2.. ala2 sopan jer nangis. Tapi sekarang nie dia nangis masih sedap lagi, tapi sudah pandai nak jerit2. Aku saspek dia mesti belajar dari kakak dia. Korang taulah Marissa kalau menangis memang saje dibuat2, siap jerit2. Bila dia nangis, adik akan pandang sambil sengih2. Mesti dalam hati adik kata "oo mcm ni cara menangis". Dan sekarang Inara pun pandai berdrama jugak. Kemain lagi nangis jerit2 pastu kang kita datang depan dia, sengih2.

Main tangan lagi

Hah lupa nak citer Inara dah selamat disunatkan masa umur 5 bulan. Masa tu jumpa doktor tuk monthly imunisation dia jer, tup2 kena sunat sekali. Ayah dia lah tetiba tanya pasal sunat kat doktor terus doktor suggest sunatkan sekali. Aku tak ready lagi time tu sebenarnya. Eh anak yg nak sunat mama pulak nak kena ready..hehehe.. Inara yg nak sunat aku yg kecut2 perut. Hehe. padahal takde apa pun.. bukan apa risau kalau anak melalak. Tapi huh..Inara tak menjerit pun.. ala nangis manja jer..tepuk2 sikit diam dah. Mama nya jer yg over.

Inara pakai baju kakak

Kalau perasan baju yg Inara pakai ni sama ngan baju yg Marissa pakai dalam gambar kat side bar nie. Hah ni yg bestnya dapat girl lagi, boleh pakai baju2 kakak. Hehehe. Tapi takdelah aku kejam sumer nak pakai second hand, baju baru haruslah kena beli gak. Barulah adil dan saksama. Lagi adil kalau belikan dua2 orang sekali baju sama. Dah macam twin. Tak dapat anak twin pun takpe pakai baju sama pun dah ala2 twin.

alahai budak sepet

Inara aku dah start kasi dia makan hari Sabtu lepas. Tulah pertama kali dia makan sesuatu yg lain daripada susu ibu. Kejap jer rasa..eh eh dah boleh makan dah anak aku. Pasni jenuh lah aku fikir apa menu tuk anak aku nie. Baby cubes pun aku dah siap2 beli, konon nak buat frozen food dia, tapi tak start lagi, sbb peti ais kat rmh tu pun kosong jer, yg adapun EBM Inara jer. Pasni nak refer blog Mimy lah sbb dulu dia byk share pasal food baby dia.


si mulat

Oh ya Inara dah start meniarap. Start meniarap pun lepas 5 bulan. Sekarang ni pantang atas tilam meniaraplah dia. Tapi dia gigih sikit daripada kakak dia, Marissa dulu kalau meniarap sikit pastu tak lama tu nangis, sbb penat, tapi yg ni, dia leh tahan lama2. Kengkadang aku biar jer sampai aku rasa kesian sgt tgk dia cari jalan nak lepaskan tangan dia yg kena himpit ngan badan. Tapi dia gigih. Dia usaha sampai tangat dia lepas. Gigih cam mak dia. Nak jugak.

Ni lah mak dia

Tengok mak dia pun nak jugak interprem. Hehehe. Nama pun blog aku kan...

see.. masih lagi bermain dengan tangan dia

Ermm apalagi nak update yer... tu je lah kot... eh ada ni baru ingat, Inara belum tindik telinga lagi, tetiba rasa tak sampai hati nak tindikkan dia walaupun kakak dia dulu umur 5 bulan dah bersubang.

Klah, nanti kalau teringat yg lain aku add on jelah kat sini.