Saturday, September 26, 2009

Citer Apa Lagi.. Citer Raya Lah..

Setelah seminggu bercuti dari berblogging ni, rasa cam tak reti & malas pulak nak blogging. Pastu tak reti nak start dari mana. Citer giler byk, gambar pun giler melambak. Sampai rasa tak yah update blog boleh tak? Tapi kalau tak update tak syok pulak, sbb tgk blog org sumer dah start dah citer pasal raya.

Pastu sepanjang cuti2 raya ni, semangat malas nak blogging, nak on-line sumer amatlah berleluasa sekali. Lappy pun dipandang hanya sebelah mata saje. Apa taknya, sibuk sesangat kan. Mana nya nak beraya lagi, nak melayan org datang lagi, nak memasak, nak mencuci gelas nye lah, memang tak sempat langsung pun. Ni pun dah nak hujung2 cuti ni barulah ada peluang sikit nak jengah2 blog, tu pun cam tak reti pulak nak tulis apa. Hehe.

Ok tahun ni turn beraya di rmh aku pada 1 Syawal. Walaupun kami suami isteri dekat2 ajer, tapi sistem penggiliran tetap dipraktikkan. Ala... actually bukan apa pun, lagipun kiterang memang ulang alik jer.. jap rmh aku, jap rmh dia. Cumanya saat pagi raya tu jer yg nak digilirkan. Biasanya time raya ni memang penat sgt lah, penat nak berulang-alik. Org kata untunglah kami ni dekat2 takyah gaduh2 nak balik kampung mana, hah yelah sgt, penat tau nak ulang alik sana sini almaklumlah dekat lah katakan.

Cam tahun ni sehari sebelum raya, pagi tu aku tolong mak aku buat rendang sumer, kupas bawang sampai menangis (pedih tau), pastu petang tu pulak pergi ker rmh in law pulak. Tolong dorang mengemas sumer. Malam baru masak rendang. Tolong lagi masak. Ala takat kupas2 bawang jer. Kupas bawang lagi??

dah settled sumer kerja malam2 tu jugak balik ker rmh aku balik. Gitulah kami, kejap kat sana kejap kat sini. Malas citer panjang2, aku letak gambar jelah. Ni pun aku main letak jer, tak larat nak pilih2..

di pagi raya

Tahun ni kami laki bini baju tak sedondon. Laki aku dah tak heran ngan baju raya sumer, dia lebih herankan nak beli lense sajer. Baju raya aku pulak thn ni tak hengat2 sampai 5 pasang. Tapi baju yg aku pakai ni aku dah pernah pakai sekali gi wedding. Tapi takpe still consider baju baru gak.

Keluarga ku

Taklah besar mana pun family aku. 5 beradik jer, 3 dah kawen so, ada 3 menantu lelaki. Anak buah pun baru ada 2 org jer. Pastu adik bongsu aku yg lelaki tu pun tak beraya bersama. Kan dia berada jauh di perantauan. Nasib tahun ni akak aku yg sulung beraya sekali, kalau dia balik kg asben dia, lagi tak cukup korum lah.

bukan senang nak amik gambar sumer org sekali ni tau

Yelah kejap sorang ada kat sini, sorang kat depan, sorang kat dapur.. pastu budak2 dua org tu pun bukan suka nak bergambar2 ni, tambah lagi si Adam tu. Belum sempat snap gambar lagi dia dah melalak dah. Tapi nasib baik time ni dia ok.

Pagi raya tu cam biasa gi masjid dulu wat sembahyang raya. Lepas tu balik makan2 dulu. Pastu baru sesi bersalam-salaman dan sesi kasi duit raya. Pastu siap2 pergi ziarah kubur arwah ayah pulak. Pastu terus beraya ke rmh2 sedara yg berhampiran. Petang baru balik rmh. Time tulah rmh jadi penuh sesak ngan tetamu2. Memang tak menang tangan ar.

Time ni segerombolan sedara datang rmh.

Rumah adalah kecik. Kalau sekali 5, 6 kereta datang memang penuhlah rmh. Time ramai2 tu jugak, dapat sms dari bos aku, kata nak datang rmh. Mintak maaf bos kot terkurang layanan ke apa, almaklumlah tetamu tetiba jer meramai lepas hujan tuh. Apapun terima kasih kepada bos kerana sudi datang beraya ke rmh aku.

bersama bos & his wife



very sporting rupanya bos aku nie

Actually sehari sebelum raya tu, time aku dok sibuk menolong mak memasak rendang, bos aku dah call aku nak datang rmh. Rupa2nya dia nak kasi aku sumting. Mungkin jugak dia sajer nak survey jalan ke rmh aku kot. Maka hari tu bos aku dengan nyatanya melihat kecomotan aku secara live. Haha. Kata tengah masakkan takkan nak vouge2 pulak.


Sian adam, beraya dengan tangan berbungkus

Nasib baiklah Adam pun dah ok sikit, berbanding masa mula2 kena dulu dia asyik nak menangis jer.. nak berjalan pun takmo, tapi alhamdulillah time raya tu dia mcm dah ok sikit, cuma kengkadang tu wat hal gak ar sibuk nak balik. Org nak beraya dia nak balik. Ain bengang jer, kalau adik dia nak balik. Sbb dia nak beraya. Alah cam aku tak tau akaknya dah pandai collect duit raya. Kalau balik nanti kuranglah duit raya dia kan.


cian dia.. tak dapat pakai baju melayu



raya kat rmh sedara





Bawak family aku beraya kat rmh in law

Gambar2 kat entry ni adalah tunggang terbalik yer, tak mengikut urutan pun, takpelah asal ado jelah. Ni pun dah cukup baik aku nak update kan.






Beraya lagi..





aku, akak aku & adik aku
Raya pertama aku beraya ngan family aku. Malam tu aku balik ker rmh in law pulak. Terus tido di sana.


di pagi raya kedua


me & hubby



ayah & mama


Nanti aku sambung lagi lah citer raya2 nie. Rasa ngantuk pulak dah. Penat gak nak update ni tau. Amik masa yg agak panjang sekali. Dengan internet yg sengal sekali. Apa masalahnya celcom nie?

Ucapan2 SMS

Tahun ni kad kurang sikit lah dapat. Sbb masing2 kasi ucapan melalui sms ajer. Oklah tu sekurang2nya ada gak yg mengingati diriku ini kan.

Terima kasih kepada pengirim2 sms sumer. Mintak ampun maaf lah sbb aku tak sempat nak balas pun setiap sms yg diterima. Apa taknya time aku terima sms tu, aku tengah kupas bawang lah, kacau rendanglah, pasang langsir lah. mop rumah lah dan tengah macam2 lagi lah (cea nak menunjukkan aku sibuk menjelang raya hari tu) Tapi memang sibuk giler lah.

Memang tak sempat nak reply balik sms2 tu sumer. Selalunya aku reply lah jugak aku forward balik sms yg aku dapat dari org lain kepada org yg menghantar sms itu. Tapi kali ni aku tak wat camtu, sbb byk sgt, takut aku terbagi balik sms yg sama pada pengirimnya. Ala aku taulah time2 tu masing2 dok forward je kan sms2 yg diterima kan. Mcm2 bentuk & mcm2 jenis.

Berikut adalah antara sms2 yg aku terima. Korang boleh salin tuk raya thn dpn pulak.

Ade - Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Ramadhan berlalu, syawal menjelma semoga keberkatan berterusan selalu. Salam dari Ade sekeluarga

watie - salam, dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata, dan dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa "mohon maaf zahir & batin di atas segalanya" selamat hari raya aidilfitri, ikhlas dari watie & am

Farah Hayati - Sebening air wuduk, sesuci al quran, semerdu alunan zikir, seindah nikmat solat, setenang hati yg tiada rasa benci & dendam, jika tangan tak sempat berjabat, jika wajah tak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku zahir & batin, selamat menyambut aidilfitri yg barakah. daripada Iera, zali & adlina hani

Diyanty - Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & batin (tulisan jawi)

Cida - Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & batin (tulisan jawi) Zamani & Rasidah

Azreen Salfina - Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin di atas segala kekhilafan diri kami sekeluarga, salam lebaran ikhlas - Hanafi, Azryn & Rayyan

Awien - Begitu juga dengan kami, dengan ingatan tulus ikhlas, salam eidulfitri, maaf zahir & batin. Pada yg memandu, drive baik2, selamat pergi & selamat kembali hendaknya: - AwienRudy

Lily - Assalamualaikum.. lily dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya adilfitri, maaf zahir & batin. Semoga berbahagia dan gembira di hari mulia ini.

Has - Salam Aidilfitri.. maaf zahir dan batin.. salam ingatan dari: Hasbanu Razali & Ana Nur'Afifi Anwar

Qairil - Tangan dihulur tak kesampian.. senyum diukir tak kelihatan.. SMS dikirim tanda ingatan.. di aidilfitri kita bermaafan.. dengan ingatan tulus ikhlas mengucapkan selamat hari raya .. maaf zahir batin..wakakaka.. udah raya wei!!! tak boleh tahan!!! (Qairil & family)

Lanun - sesayu ramadhan yg ku tinggalkan, menyambut syawal di pintu lebaran, ku kirim sms memohon kemaafan, tanda persahabatan mengukuh persaudaraan.. ikhlas wan & nun

shim - Selamat Hari Raya Aidilfitri dan minta ampun & maaf di atas segala kesalahan. Semog ceria dan berbahagia selamanya di samping keluarga. Ikhlas dari kami Jeff & Shima

Siti Kuching - Selamat Hari raya Mak Cik (anak kawan aku ni memang panggil aku makcik)


Mintak maaf kalau ada sms yg aku tertinggal letak kat sini. Sesungguhnya aku amat hargai ucapan2 dari korang2 sumer. Gigih aku taip balik letak kat sini tau. Dah lah tenet ni cam bengong jer.. aku taip2 dia tak save, pastu kena taip balik.

Terima kasih atas ucapan2 tu sumer. Entry ni sebagai bukti aku tak delete sumer ucapan2 korang tu sbb aku menghargainya.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tahun ni aku takde kasi satu kad raya pun kat org. Mintak maaf banyak2 yer. Tak sempat ar. Tgk2 dah nak raya dah. Aku pun ada lah jugak dapat beberapa keping kad raya. Terima kasih pada yg mengirimkan.

Since tak sempat nak hantar kad raya, aku wat ucapan raya kat blog jer udah lah yer.

Kepada rakan2 semua, yg memang kenal, yg tak berapa kenal, kenalan blog dan korang2 sumer.....saya dan suami nak ucapkan.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


Sesungguhnya kami insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Mungkin ada tindak tanduk kami, kata2 kami, kelakuan kami, perbuatan kami yg membuatkan kawan2 terasa hati, terkecik hati, termarah, tak suka dan apa2 jelah.. kami ingin mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya kadang2 kita tanpa sedari melakukan kesilapan2 itu.

Juga, jika ada penulisan aku yg mungkin tak menyenangkan, aku juga pohon ampun dan maaf.

Semoga raya tahun bermakna buat rakan2 semua dan hati2 bila pulang ke kampung. Drive carefully yea.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Last Sahur

Baru lepas sahur. InsyaAllah Ahad hari Raya, mungkin hari ni merupakan hari terakhir utk kita melakukan sahur buat tahun ini.

Sedih pulak Ramadhan hampir meninggalkan kita. Bulan yg bakal dirindukan. Syawal pula bakal menjelma. Semoga kita bertemu lagi di Ramadhan akan datang.

Bila dah hujung2 puasa ni, rasa cam tak lalu jer dah nak sahur. Tadi ni pun aku bangun just minum air milo dan makan kurma sebijik. Sekadar ingin mendapatkan fadhilat bersahur.

Hari ni juga hari yg agak sibuk lah, yelah dengan nak memasak rendangnya, kemas rmhnya, yelah nak wat persiapan terakhir lah katakan...So, blog akan dipandang sepi untuk hari ini dan beberapa hari lagi. Sbb masing2 sibuk nak raya kan.....

Takkan time raya pun sibuk nak ngadap pc/laptop gak kan... Mana nak feel raya camtukan..

Friday, September 18, 2009

Kepada yg Sedang Bekerja Jangan Tension2 Yer

Aku tau ramai jer yg dah cuti dan masih ramai gak yg masih bekerja lagi. Mesti korang takde mood nak kerja kan. Yelah mood raya sudah menguasai diri kan.

So, saje nak kasi korang sumer jeles, aku dah start cuti dah hari nie. Yihaaaa. Syoknya..

Sebelum tu, nak mengambil kesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 semua. Juga nak minta ampun maaf kat rakan2 sumer atas segala kesalahan yg pernah dilakukan selama ini.

Pada yg balik kampung atau berjalan kemana-mana sila pandu berhati2. Dont' 'drink' & drive pada masa siang sbb puasa kan. Kang kalau minum gak batal puasa. Tapi musafir takpe kan?

Ke Airport

Dah seminggu dah adik aku ke Miri. Ni aku baru nak citer pasal hantar dia ke Airport Jumaat lepas.

Dah seminggu dia kat sana baru malam tadi dia reti nak call rmh. Tu pun lepas baca email yg aku hantar kat dia. Actually masa sampai Miri tu adalah dia call, masa line henpon dia still ada coverage, now bila dia dah ke tgh laut tu payahlah sikit dia nak call. Sbb mana ada line. Nak call pun pakai tipon dari kapal tempat dia menginap jelah.

Mesti korang pelik apa pulak yg dia buat kat tgh laut tu? Dah nama offshore kan haruslah ke laut. Nilah dia nasib org minyak seperti dia. korang kalau tak sanggup nak berjauhan dengan suami/bf jgnlah cari org2 minyak ni, sbb kerja derang tak menentu. Kejap kena gi sana, kejap kena gi sini. Tapi takpe janji poket lebat sudah.


satu beg saje tuk 2 bulan.

Selamba jer parking kat sini selama hampir 2 jam. Pastu kena saman.

Geng2 yg bakal beraya di laut

bye..bye..


sebelum tu amik gambar sesama dulu

Time ni mak aku baru lepas cium adik aku, pastu aku suh cium lagi sekali sbb nak amik gambar, tak koser adik aku nak layan kakak dia ni

Selamat jalan

Selamat beraya berjauhan

Bye sumer

Apa yg masing2 dok tgk nie?

Lepas adik aku dah masuk gate tuh, kiterang tak terus balik pun, kiterang lepak kat kawasan meninjau. Tunggu sampai flight dia take off.

Pesawat yg dinaiki dia. Mula2 ada satu jer plane kat situ

Pastu semakin bertambah.

So bayangkan lah berapa lama kiterang duk kat sana. Takpe bukan nak wat pe pun, nak gi makan pun tak boleh. Duduk jelah kat situ.

Bergerak sudah

Nak berlepas dah. Kami tunggu sampai pesawat hilang di pandangan


Masa kat Airport tu adalah cam Bazar kat situ. Sempatlah jugak kami menyoppingkan diri kejap. Alah beli baju budak jer. Baju Ain ngan Adam. Cantik2, branded2 tapi murah2 ajer. Adam kan tangan patah, so mana leh nak pakai t-shirt apatah lagi baju melayu, so carikan dia kemeja2 yg butang kat dpn, senang sikit dia nak sarung.



Masing2 belikan tuk budak berdua tuh. Aku beli, mak aku beli, akak aku pun beli

Untung betul anak2 buah aku nie. Mentang2 ar korang berdua jer kan.

Selepas itu kami pun balik. Petang tu jugak adam discharged dari wad.

Thursday, September 17, 2009

Murah Rezeki

Hari ni kita citer pasal rezeki je lah pulak yer. Ni pasal murah rezeki pulak.

Mula2 aku nak ucapkan byk2 terima kasih pada mereka2 yg selalu mendoakan murah rezeki kat aku & asben bila berjumpa dengan kami.

Tiap2 kali jumpa org mesti org akan katakan murah rezeki korang, murah rezeki korang. Kami Amin kan sahaja.

Mesti korang pelik kan pesal org asik nak cakap murah rezeki jer kat kami ni kan?

Takde, betul ker kalau bini tinggi dari laki tu murah rezeki?

Tapi kan memang lepas kawen ni aku rasa rezeki aku murah jer, takde macam masa belum kawen, asik pinjam duit mak jer. Sekang, Alhamdulillah takde nak pinjam2 duit lagi dah. Mintak duit dari laki adalah. Hahaha.

Tapi kan aku rasa doa2 org sekeliling yg membuatkan kami ni murah rezeki bukan sebab aku tinggi dari laki aku ke apa. Yelah bila dah 44 org cakap murah rezeki, murah rezeki. Maka murahlah rezeki kami. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kerana mendoakan kami.



Takdelah tinggi sangat. Tinggi sikit jer dari lakiku

Rezeki

Org kata setiap rezeki yg kita perolehi terdapat hak insan2 lain di dalamnya.

I dunno whether i should share this or not. Sbb I really takut if penceritaan ni menjatuhkan riak atau perasaan yg tidak sepatutnya. But, my niat is just to share with all u guys keindahan yg diaturkan oleh Allah s.w.t.

This morning, aku ada buat maybank to u ke satu akaun yg tidak perlu aku beritahukan. Cukup sekadar aku bagitau tanggungjawab kita sebagai umat Islamlah. Memang aku dah niat sebelum raya ni aku mesti lakukan sesuatu demi mendapat keberkatan atas rezeki yg diperolehi dariNya. Lepas selesai wat transaction tu, I feel like really2 happy & so relieved.

Tak lama lepas tu, ada sorang akak ni dia nak deliver kuih raya yg aku order hari tu. Actually, kuih ni aku dapat semalam, tapi ditakdirkan pulak semalam ada sorang ibu mengandung teringinkan kuih yg aku order tu, maka akak tu pun kasi kuih aku tu kat ibu mengandung itu & dia janji akan bawakkan kuih tuk aku hari ni.

So, tadi dia pun deliver lah kuih yg aku order tu. Aku order 2 jenis dari dia. Tapi dia minta maaf sbb 1 kuih yg aku order sudah kehabisan stok, sebagai ganti dia kasi aku sebalang kecik kuih yg sama for free lah. Pastu yg lagi 1 jenis tu adalah stok. Harga tuk sejenis kuih tu RM18 jer. Aku takde duit ngam2, aku kasi akak tu RM20 dengan niat baki RM2 tu aku halalkan lagipun dah lah aku dapat kuih extra kan (yg dalam balang kecik tu). Tapi tahlah, elok aku nak bayar lebih dia mintak kurang pulak dari aku. Boleh dia pulangkan balik RM10 tu kat aku. Maknanya aku bayar cuma RM10 jelah. Terima kasih lah akak yer.. moga murah rezeki.

Tak lama lepas tu pulak. My ex-boss called. Dia datang nak collect GL dari aku. Oklah aku turun bawah & passed the GL to her. Sambil2 tu dia wish Selamat Hari Raya kat aku lah. Pastu boleh dia hulurkan sesuatu kat aku. Dia kata "For u & Ah Boy". Hah Ah Boy nama manja yg ex-boss aku bagi kat asben aku. Thank u for your thought boss.

Ok, apa yg aku nak sampaikan sekang ni yelah.. konsep org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa.... lagi satu yg paling penting kita tak perlu terlalu bakhil kerana takut susutnya harta kita, kerana lagi byk kita memberi InsyaAllah lagi byk kita menerima. Renung2kan lah.

Anda Buat. Anda Dapat <<<<<< tag line Ustazah Nur Bahyah setiap hari tazkirah sebelum Buletin Utama.

Hasil Yang Pertama

Tak sangka bermula dari suka2 jer. Sekarang sudah merasa hasilnya. Walaupun hegeh2 lah jugak. Org lain sumer dah melambak dah dapat. Korang dah? Bagi yg belum sabar yer. Masa korang akan tiba juga nanti.

Tau tak apa dia?

Aku yg dapat asben aku pulak eksaited lebih tau. Siap letak kat atas katil kunun2 surprise tuk aku lah. Padahal ptg tadi masa aku kat ofis dia siap MMS lagi benda yg aku dapat tuh.

taraa.... cek from nuffnang kepada aku

Inilah dia hasil penat lelah aku berblog selama ini. Wah lelah lah sgt kan. Ni mencetus semangat tuk terus berblog ni. Walaupun aku pernah cakap yg aku berblog bukan kerna wang, bukan kerna nama tapi kerna suka2. Tapi memang suka2 pun. Cumanya tak sangkalah, ialah suka2 pun dpt duit gak.

Ok aku tau aku kecoh je lebih, baru dapat ciput dah kecoh2. Org lain dah beratus, beribu rilex jer.. Yelah org lain dia dah biasa dapat pastu blog memang dah hit & meletop.. Aku kecoh sbb aku baru first time ok.. Yelah aku sedar diri, aku hanyalah blogger picisan sahaja. Hehehe. Apapun tanpa korang sapelah blog aku nie.

Terima kasih korang.
Terima kasih nuffnang.

Wednesday, September 16, 2009

Duit Raya

Cam biasa time nak raya mesti sibuk nak tukar duit raya kan. Seb baik kat tempat kerja aku ni senang nak tukar2 duit. So far, takde masalah lah nak dptkan wang kertas baru.

Apa dalam bungkusan plastik ini?

Apa lagi duit lah


Keseluruhannya

Jangan salah sangka tidak lah aku nyer duit kesemua tu. Tu sumer termasuk portion dari mak aku, akak2 aku, laki aku, adik aku, MIL & FIL, dan kawan aku. Pasni aku agih2 kan pulak kat mereka sumer. Duit 50 tak yah susah2 nak tukar sbb bila withdraw duit kat ATM, kuar sumer duit baru jer.

Apa perasaan anda bila balik kerja tgk duit sejelepok kat atas katil? fuh bahagia jer rasa kan..

Takde sebenarnya saja nak tayang bedsheet baru yg aku beli hari tu. Alah bedsheet yg murah tu. Cantik memang cantiklah tapi kain dia cam tak berapa kualiti lah. Yelah harga camtu, what can u expect pun.. First time aku pakai cadar bunga2 ni, selalu aku prefer yg plain sajer.

Dari gambar di atas kelihatan juga bantal busuk aku yg wangi itu. Laki aku kata bantal aku wat cacat pemandangan ajer.. pedulik apa aku. Alah bantal aku tu pun bantal dia gak.

Eh lari tajuk pulak dah... ok Selamat Hari Raya.. Selamat kasi duit raya & selamat terima duit raya.

p/s: sementara tunggu waktu berbuka siap satu entry ni. Syabas!