Monday, July 13, 2015

Percutian Pertama Kali Buat Zahira

Ok tengah transfer gambar dari dalam hp ni hah. So, apa kata kita update lah blog sekali. Gambar adalah tidak mengikut susunan hari kejadian.

Aku cuti bersalin hari tu amik 3 bulan. Dua bulan pertama tu memang tak ke mana lah, melainkan gi klinik gi check kuning Zahira. Dia pun kena pro-longed jaundice gak cam Inara gak. Letih gak lah berulang-aling ke klinik pada bulan pertama kelahiran dia. Citer pasal kelahiran, kuning, hospital, klinik bla bla.. kita citer kat entry lain. La ni nak citer pasal gi cuti2 ke PD. Balik2 ke PD, balik ke PD cam takde tempat lain kan, dah tu, tu jer yg dekat. Lagipun tak sesuai lah nak jalan jauh2 ngan budak2 ngan baby lagi.


 Mee udang

Petang2 kami jenjalan kat Teluk Kemang. Duduk2 tepi pantai sambil jamu selera. Nampak org makan Mee udang terus rasa nak order jugak. Tapi tak meet my expectation, kuah dia tak panas. Aku kalau kuah2 ni suka panas2 baru lah puas nak makan.

 Kue tiau goreang seafood

Sedaplah pulak tengok nya.. tambah lagi tengah puasa2 nie, sumer lah nampak sedap kan.



Cam biasa kalau ke PD kami menginap kat resort ofis aku. Time tu pokok mangga kat situ tengah lebat berbuah. Rezeki kami gamaknya, pekerja kat situ hantar kan satu bekas mangga yg telah dipotong bersama2 dengan sambal coleknya. Mak aiiii sedap kemain.

tgk gambar ni menjejes ailio

 kat gerai makan kat teluk kemang

 Marissa yg happy sbb lama sgt tak dapat jalan2 masa mama dia pantang


amik angin petang di tepi pantai

pengalaman pertama buat Zahira

 Pagi2 di resort main bubble di tepian pantai


 Sebelum mandi-manda di kolam, bawak budak2 ni main pasir dulu.

 I love Mama katanya

 3 beranak

 nampak tak water fountain tu? Tinggi kemain

Dari belakang resort tempat kami menginap tu memang nampak dengan jelas Lexus Hibiscus Hotel. Lexus Hibiscus ni baru siap dan tak open sepenuhnya pun lagi. Tapi dah open lah for public. Yang mana belum siap tu tak bukak lah lagi, yg dah siap dah boleh duduk dah. Syok wo, setiap unit ada private pool. Pastu berada di atas tengah laut.

 alahai baby nya lah Zahira time nie. Baru habis pantang kot aku time tu

 water chalet lexis hibiscus

 Tido 

 jaga

Time2 tu memang Zahira memang tido jer kerjanya. Tambah lagi kalau berpangku, memang syioklah dia tido. Cuba sekarang nie, suka sgt berjaga malam, kengkadang tu dari pukul 3 pagi dah berjaga, buntang jer mata tuh sampai lah time kita nak sahur. Pastu sibuk nak sahur sekali.


Gi bercuti, takde nak buat aktiviti apa pun sangat, just lepak2 jer atas katil.


 kiri kanan buli adik





 kemain lah ayah gulung rambut adik ngan towel

 eh bff pun ada gak join. dia dtg lewat sikit.. 

 ni aktiviti wajib pada anak2 

 adik baby duk dendiam kat tepi pool yer

 ala... saya nak join gak

 berendamlah kome

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Lexis. Ramai nya lah org time tu.  Takpelah kita lepak2 jer kat situ. Ada mini cinema tuk budak2, boleh lah lepak kat situ tengok movie.



 moi and family

amboi kemain bulat mata tu dik. Si Inara pulak memang lah tak lekang ngan botol susu




Sebelum tu ingat nak singgah makan kat Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ni, tapi sayangnya tutuplah pulak. Teringin sebenarnya nak makan kat situ lepas tengok Jalan2 Cari Makan hari tu. Takpelah takde rezeki, next time kita gi yer.



Ok tu jer update cuti2 PD. Rasanya ntah kali ke berapa ntah kami ke sana. Tetap lah tak jemu2. Demi anak2.


Kisah Si Kakak2 Pula

Mana aci citer pasal adik jer kan. Kena lah citer pasal kakak2 pulak. Jadi mak2 ni memang lah kalau boleh sumer nak sama rata.

Marissa dah besar dah. Sejak dah bersekolah ni dan sejak Zahira lahir nampak dia dah semakin matang dah. Sgt tolerate dengan adik2 dia.

Inara pulak, makin besar makin cheeky. Perangai dia sangat comel. Aku sgt geram ngan dia. Keletah dia memang menghiburkan tetapi adakalanya jugak boleh membawa kemarahan. Haha.

Dia suka sgt sakat kakak dia Marissa. Marissa tu yelah very the lemah lembut. Jenis sikit2 nak menangis. Yang si Inara ni pulak, pantang nampak kakak camtu lagi dia bulinya kakak dia tuh. Yang bagusnya Marissa ni tak balas balik apa yg adik dia buat, paling kuat pun dia nangis dan jerit .."Mama .. adik cubit Ica"... pastu nangis.. adik pulak muka tak bersalah. Tapi sekarang agaknya dah selalu sgt kena buli, sekarang ni dah pandai gak lah dia melawan. Maka bergusti lah dua beradik ni. Aku tukang tengok jer, seronok tau tengok bebudak nie bergusti. Tapi si adik bila kita suh minta maaf ngan kakak dia laju jer mintak maaf, pastu siap peluk dan cium segala. Tak mcm kakak, walaupun dia salah memang tak lah dia nak say sorry ngan adik dia.

 amboi nak wat pe duit byk2 tu

Baru2 ni belikan dua beradik nie telekung. Kat rmh ada dah telekung budak sepasang tapi tu bunga2, jarang nak jumpa telekung putih cam ni tuk budak2. Apa lagi beli lah sepasang sorang tuk budak berdua ni. Nak beli tuk baby dia kecik lagi. Sekarang ni memang lah, setiap beli barang mesti kena beli dua. Yelah, Marissa ngan Inara ni kira cam rapat dan sama besar, kalau beli satu mesti nanti rebut2, kang boleh jadi gaduh dibuatnya.

adik tu berdoa ke apa?

teruja dapat pakai telekung sama cam mama punya

Ok adik baby pun nak selit sama gak

Lepas dapat telekung tu kemain masing2 tak sabar nak solat. Maka berjemaahlah mereka dengan ayahnya. Aku perhati jer dorang sambil pegang baby. Yang si kakak boleh pulak time sembahyang cakap ngan adik "adik salah lah bukan mcm tu, mcm ni".  Yang adik pulak org baru nak rukuk dia dah sujud dah. Apapun mama doakan anak2 mama dah besar nanti jadilah insan yg mengerjakan solat dan beramal soleh. Amin.

Inara kan ada satu habit, kalau dia tengah minum susu, tangan dia mesti nak pegang/usap2/cubit pipi baby. Yang si Marissa memang dari dulu kalau minum susu gentel bear dia, ni si Inara ni takde benda lain ke nak gentel.. pipi adik baby jugak yg dia tuju. Geram jer aku.

Nasib ko lah dik dapat kakak camtuh

Tapi yg bagusnya, bila Inara duk main2 pipi Zahira, kengkadang tu Zahira pun terlelap sama. Senang sgt kerja cam nie. Tapi tulah, tangan tu kalau bersih takpe, ni tah pegang pebenda pastu usik pipi adik. Memang lah aku marah.

Sayang sangat tiga2 org ni 

Walaupun mama kengkadang termarah gak kat anak2 mama, tapi mama sayang sgt kat anak2 mama nie. So, tolong lah dengar kata mama kalau taknak kena marah.

Zahira dah 4 Bulan

9 Julai hari tu, Zahira dah masuk 4 bulan. Alahai kejap nya rasa. Memang lah sumer rasa cpt jer. Rasa cam baru jer ngadungkan dia bulan puasa tahun lepas, rasa baru jer bersalinkan dia bulan 9 March hari tuh. Now dah 4 bulan dah.  Alhamdulillah. 

Appointment 4 bulan dia lepas raya nanti, so tak tau lah berapa berat Zahira sekarang nie. Masa 3 bulan hari tu dah 6.4kg.  Masa 2 bulan 5.3kg dan masa sebulan 4.2kg. Lahir 3.20. Puratanya sebulan naik sekilo. Amboi sangat nie, Patutlah kalau dukung lama2 rasa lenguh lah jugak. Masih full bf, In Sha Allah selagi ada rezeki, mama akan teruskan fully bf especially for the first 6 months nie dan seterusnya ke usia setahun dan seterusnya.


 Gambar terlatest petang semalam

Petang semalam saje lah bawak anak2 keluar shopping raya, padahal sebelum puasa hari tu dah setel pun baju2 dorang sumer, tapi tetap lah nak amik gak feel shopping time puasa time sesak2. Alhamdulillah sumer anak2 behaved jer. Sebenarnya jugak saje nak kuar nak tengok sama ada kami boleh handle ke tak bwk budak2 ni sumer kuar.  Dan first time jugak lah kami berbuka puasa di luar. Kesian Zahira semalam, lepas buka aku nak susukan dia, tetiba dia muntah. Tak pernah nampak dia muntah cam tuh. Habis basah lencun baju aku, Tapi muntah anak kan, takde hal lah, Pastu dalam kereta dia muntah lagi. Tapi malam tadi takde muntah2 dah. Harap hari ni she's ok.

Seronok byk gigirl kat rmh, baju2 boleh diperturunkan, dari kakak ke adik. Memang belambak lah baju. Beli baru tetap beli gak lah, takkan sumer nak second hand.

 Ni dress pertama yg Marissa pakai dulu, now dah jadi milik Zahira

 Ni pulak baju Inara dulu, pun dah jadi milik Zahira

eeeei budak bulat nie.. cubit kang

Update sikit pasal perkembangan Zahira. Zahira dah start meniarap. Adalah sekali dua aku dapat tengok, selebihnya kat rmh pengasuh dia. Zahira jenis suka berbual. Hadaplah muka korang kat dia pastu cakap2 ngan dia. Beria-ia nanti dia cakap ngan kita. Pastu tengok muka org senyum kat dia, dia pun balas balik senyum. Tu yg cair hati mama dia. Zahira kalau letakkan dia berbaring, sedaya upaya dia angkat kepala dan badan dia mcm nak bangun. Terangkat-angkat kepala tu. Memang lah dia tak suka dibiarkan baring lama2. Kalau boleh nak berdiri tengak, sambil kepala tu gerak ke kanan kiri nak tengok surrounding.

Dah lama pun tak update pasal anak2, tapi sesekali update syok gak, terkenang masa zaman gila blogging, Sikit2 nak update.

Tuesday, July 7, 2015

Selamat Ulangtahun Yang ke-8

Alhamdulillah. Sudah 8 tahun hidup bersama. Susah senang dan suka duka bersama. Syukur atas segala kurniaanMu Ya Allah.


Happy anniversary buat suamiku, Semoga dapat memimpin saya dan anak2 ke Jannah.  Amin.

Monday, July 6, 2015

Separuh Akhir Piala Keagungan Ramadhan

-copy paste-

Kuliah Zohor oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi: Separuh Akhir Piala Keagungan Ramadhan sehingga ke penghujungnya walaupun ianya agak panjang. Terlalu banyak yang kita boleh pelajari dan ianya sangat sangat bagus. Harap sudilah kiranya untuk anda membaca dan selepas itu memanjangkannya pula demi manfaat kita bersama samada di facebook atau lain lain media. Saya menulis catatan ini berdasarkan rakaman yang dibuat oleh sahabat saya.

Alhamdulillah dan Syukur kerana Allah telah berterusan mengurniakan nikmat dan rahmat serta hidayah dan taufik sehingga hati jadi lembut untuk kita hadir dalam majlis ilmu. Sesungguhnya bila Alllah mentaklif akan sesuatu keadaan atau perbuatan, ianya bukan secara kebetulan tetapi ianya mempunyai tujuan. Tiada yang kebetulan di sisi Allah. Bahkan apa yang ditentukan, ada tujuannya. Tujuan Allah mengumpulkan kita dalam majlis ilmu adalah seperti yang ditegaskan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, diberi faham akan agamanya. Ilmu adalah cahaya, manakala kejahilan adalah kegelapan. Manusia tidak suka pada kegelapan kerana dalam gelap kita akan kehilangan arah, tak tahu halangan halangan. Dengan suluhan ilmu yang umpama cahaya, kita nampak arah, dorongan dan penghalang. Inilah ertinya Allah hendak selamatkan kita di dunia dan lebih penting di akhirat kerana ilmu adalah jalan untuk menuju iman.

Satu dialog pernah berlaku antara Abu Dzar, sahabat Nabi dengan sahabat yang lain, bila ditanya saat paling manis dan indah ketika hidup di dunia. Kalau kita ditanya pasti jawapan kita ialah saat menerima ijazah atau saat perkahwinan atau saat menerima anak pertama dsb. Sebaliknya Abu Dzar menjawab, saat paling manis ada 3 iaitu sewaktu aku lapar, sewaktu aku sakit dan ketika aku berada di ambang sakaratul maut nanti. Kalau kita, tentu ketiga tiga ini sesuatu yang tidak kita sukai. Saat lapar, badan akan jadi lemah dan lesu, manakala saat sakaratul maut pula adalah saat sedih untuk berpisah dengan keluarga, untuk meninggalkan orang yang tersayang.

Ketika ditanya kenapa, jawab Abu Dzar ketika lapar hati ku jadi lembut untuk mengingati Allah. Kedua ketika aku sakit, aku dapat pengampunan atas dosa ku kerana sakit adalah ujian dan kaffarah kepada dosa dosa ku. Orang yang hampir dengan Allah seperti Saidina Ali bila sentiasa sihat akan bertanya adakah Allah telah melupakan aku?  Manakala ketika sakaratul maut, kerana saat itulah sudah semakin hampir untuk aku bertemu dengan kekasih ku Allah SWT dan kecintaanku, Nabi Muhammad SAW. Bagi golongan Muqarrabin, kematian bukan perpisahan, tapi adalah detik pertemuan yang dinantikan. Bukankah mati, adalah syarat untuk menemui cinta. Tak boleh bertemu Allah di alam dunia tapi hanya boleh bertemu Allah di alam syurga. Saat itulah yang dinantikan.

Antara ketiga tiga ini, hanya lapar yang boleh kita rasa. Bila lapar, lembut tak hati kita? Majlis ilmu yang dijalankan di dalam bulan Ramadhan dan luar bulan Ramadhan, jauh tinggi nilainya samada dari sudut ganjaran pahala atau sudut yang paling penting untuk ilmu meresap ke dalam diri kita kerana hati kita telah lembut untuk dilentur supaya kita yakin pada Allah dan hari akhirat. Kerana engkaulah kami berpuasa, Ya Allah.

Sekarang kita berada di separuh akhir Ramadhan, walaupun hadis ini dhaif tapi ramai yang menjadikannya sebagai motivasi dalam beramal. Ramadhan dibahagi kepada 3 fasa iaitu rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Satu dialog antara Nabi Musa dengan Allah SWT.  Nabi Musa diberi kelebihan berkata kata secara langsung dengan Allah. Nabi Musa bertanya Apakah Engkau akan katakan pada hamba yang taat dan soleh yang datang menyembah Allah dalam solat? Allah menjawab, Aku akan katakan selamat datang wahai hambaku. Ditanya lagi, Bagaimana Engkau akan katakan pada orang yang banyak dosa tapi datang mengerjakan solat. Aku akan katakan kepada orang berdosa selamat datang wahai hamba ku sebanyak 3 kali. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan sesekali tidak berpaling walaupun pada hambaNya yang berdosa. Semoga dalam solat nanti, kita dengar suara Allah yang memanggil kita. Ramadhan bulan keampunan. Sesiapa yang berdosa juga dijemput.

Ramadhan sudah masuk separuh akhir. Kalau diumpamakan dengan kehidupan dunia. Fasa yang dilalui adalah struggle, stable, success dan significant. Significant adalah pasal kita mahu dikenangkan. Pada separuh akhir Ramadhan, kita patut telah berada di fasa stable. Dah dapat biasakan diri kita dengan lapar, dengan membaca Al Quran, sedekah, sebab kita mahu menampah pecutan selepas ini. Jangan seperti tebu yang dipangkal manis tapi di hujung tawar. Sedangkan Ramadhan dipenghujung lagi manis. Kita kena tambah pecutan supaya lebih baik dari fasa pertama. Puasa untuk mencapai taqwa. Di dalam surah Al Baqarah ayat 183 berkenaan kefardhuan berpuasa ada disebutkan berkenaan iman, puasa dan taqwa. Ketiga tiga boleh dihubungkait dengan input, process dan output. lAnalogi mudah ialah iman adalah benih, proses adalah pokok manakala taqwa adalah buahnya.

Tujuan kita menanam benih adalah untuk tumbuhkan pokok bagi mendapat buah. Sesuatu dibuat mesti ada tujuan. Jika tidak dicapai, kita mesti membuat diagnosis akan kekurangan sesuatu atau mengganti alat untuk mencapai tujuan tersebut. Contoh kereta digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jika kereta rosak, kita tak akan dapat menuju destinasi dan tujuan. Jadi apa yang perlu dibuat? Begitu juga dengan analogi menanam pokok. Jika pokok yang ditanam tidak berbuah tapi kita masih selesa dan tak merasai apa apa yang tak kena. Sebabnya kerana kita tak rasa taqwa itu sebagai pentjng dalam hidup kita. Kenapa taqwa? Kita adalah warga akhirat, kita sedang bermusafir. Mati perlukan bekal dan bekalnya ialah taqwa, sesuatu  yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar tapi hanya boleh dilihat dengan mata hati.

Apa kelebihan taqwa, mengapa taqwa penting. Kita hanya bermusafir di dunia ini, mati adalah permulaan kepada kehidupan yang tak akan mati lagi. Kita perlukan bekalan untuk dibawa. Orang berharta, rupa atau berkuasa adalah jelas dari pandangan mata. Kalau disebut seorang millionaire pasti kita boleh nampak bagaimana kehidupan mewah mereka dengan mata sendiri. Jadi timbul keghairahan untuk kita mencapainya. Tapi bila disebut orang bertaqwa, kita tak nampak jelas. Kita tak rasa apa apa bila puasa kita tidak melahirkan taqwa. Bagaimana kalaulah ini adalah puasa kita yang akhir.

Orang yang bertaqwa ialah orang yang sentiasa mencegah dan berhati hati dan berjaga jaga dalam hidupnya tentang hukum hakam dari Allah. Hukum hakam Allah tak banyak iaitu haram, harus, makruh, sunat dan wajib. Kalau kamu jaga Allah, iaitu jaga hukum hakam Allah, maka Allah akan jaga kamu. Bayangkan seorang yang berjalan atas jalan yang penuh duri duri dan kita tidak memakai kasut. Ambik masa untuk berjalan dan kita lebih fokus. Inilah analogi orang yang bertaqwa dalam hidup. Dalam hidup, semua difikirkan halal dan haramnya. Mereka sentiasa berjaga dalam makan minum, dalam berpakaian bukan untuk diri sahaja tapi juga anak perempuannya. Orang bertaqwa sangat teliti dalam apa sahaja yang dilakukan. Bagaimana kita yang miskin hendak jaga Allah. Maksud menjaga Allah ialah menjaga hukum hakam Allah. Apabila Allah menjaga kita, inilah kelebihannya. Kita jadi akrab dengan Allah. Allah menjadi pembela orang bertaqwa. Allah akan jaga kita cth rumah tangga kita, anak anak kita, ekonomi kita dan semuanya bila kita bertaqwa. Bila kita tak bertaqwa, Allah akan lepas tangan. Kudrat kita hanya sekerat, kita tak mampu melakukannya, maka akan bermulalah kemusnahan akibat tidak bertaqwa. Tidak ada janji Allah akan menjaga orang muslim contoh seperti siksaan yang dialami oleh orang Islam di Palestine. Kenapa Allah biarkan dan izinkan semua ini berlaku, walaupun kita sedih kerana mereka seperti saudara sendiri tapi di sana ada pengajaran. Kalau tiada taqwa, tiada kekebalan dari musuh musuh walaupun bilangan kita ramai. Berapa banyak golongan sedikit dapat mengalahkan golongan ramai. Cth dalam peperangan tentera Islam dan orang orang kafir. Kebanyakan peperangan, tentera Islam sedikit dibandingkan dengan musuh. Tetapi Islam menang kecuali peperangan Hunain di mana tentera Islam tewas pada mulanya kerana pada masa itu mereka ramai. Islam pentingkan kualiti daripada kuantiti.

Orang bertaqwa akan mendapat barakah di mana Allah membukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi. Kelebihan yang melimpah ruah secara berterusan. Tidak ketara tapi dapat dirasai. Dalam kebidupan yang singkat, apa yang kita patut cari ialah keberkatan.
Barakah adalah sesuatu yang sedikit tapi dirasakan banyak, yang payah dirasakan mudah dan yang sempit dirasakan luas. Ada yang dapat banyak tanpa barakah. Ada yang ambik rasuah, dan yang ambik rasuah bukan orang miskin tapi orang kaya yang dapat banyak tetapi tidak barakah. Ibarat minum air laut, lagi diminum lagi haus. Kalau tidak barakah, walaupun banyak, terasa tidak cukup dan tidak puas.

Kita mahu keberkatan pada umur. Keberkatan umur, contoh kalau dalam melakukan pekerjaan kita dapat melaksanakan banyak benda dalam satu masa yang sama. Imam Nawawi walaupun meninggal pada umur 40 tahun tapi berapa banyak kitab kitab yang ditulis dengan usia hidup dia. Ianya semacam tidak logik. Iman Shafie dapat katam Al Quran 2 kali dalam satu hari dalam bulan Ramadhan. Ini bermakna dia mendapat usia yang barakah. Semoga kita dapat yang barakah pada usia, pada anak anak dsb.

Barakah hanya dapat pada orang bertaqwa. Jalan penyelesaian kepada masalah. Hidup sentiasa ada masalah, dan di dalam Islam ianya dinamakan sebagai ujian. Patut umur makin hujung, makin steady. Ingat masa anak kecil, kita jaga dan susah dah besar akan senang, tapi rupanya bila besar lagi takut dan ada pula masalah lain. Pendek kata masalah kita adalah masalah berteursan. Allah telah menetapkan bahawa manusia akan sentiasa diuji dan kita kena sanggup berjuang. Bila dilanda masalah, cuba tukar skrip dengan menyebut sesungguhnya aku sedang diuji. Impaknya akan jadi berbeza bila sebut aku ada masalh dengan aku sedang diuji. Siapa yang mengujiku? Sesungguhnya Allah menguji hamba hambanya. Allah akan mengekalkan sifat kasih sayangnya. Syaratnya bila diuji, kena akrab dengan Allah. Bila hati akrab dengan Allah, tak salah kita minta dengan Allah. Ya Allah, aku ada masalah, bantulah aku. Besarkan iman kita bila kita diuji, maka akan jadi ringanlah dan kecillah ujian kita. Satu sudu garam masuk dalam satu gelas, air akan rasa masin tapi jika dimasuk dalam satu jug atau satu kolah, lagi kurang masin. Bila hadapi ujian, kembali pada Allah kerana ujian adalah kasih sayang Allah untuk kita rasa kehambaan kita dengan meminta pertolongan supaya kita diberi kekuatan untuk hadapi ujian. Inilah orang bertaqwa.

Dalam kehidupan, lihatlah betapa terkial kialnya manusia yang berada di zaman teknologi yang tinggi tapi semakin gersang dengan hati budi dan akhlak. Dalam tahun 2009 setiap 15 minit, satu perceraian berlaku, setiap 18 minit seorang bayi luar nikah dilahirkan. Lebih dari 70%  penghuni pusat serenti adalah orang Islam, begitu juga dengan mat rempit. Kenapa jadi begini? Puncanya, tak cukup menjadi orang Islam tetapi kena jadi orang yang bertawa. Kalau kita miskin, jadi orang miskin yang sabar, kalau kita kaya, akan jadi kaya yang bersyukur, kalau kita di atas kita akan jadi orang yang adil dan kalau kita rakyat jelata, akan jadi rakyat yang setia. Pasti tenang kehidupan, jika tiada taqwa.segalanya berkecamuk. Analogi mudah, ada peraturan jalan raya dan lampu isyarat dsb. Hanya orang yang tak siuman sahaja yang rasa peraturan jalanraya sebagai satu sekatan yang menyusahkan. Peraturan adalah sebagai kawalan untuk keselamatan kita. Bayangkan jika dipersimpangan 4 dan lampu isyarat rosak, pasti kelam kabut. Inilah gambaran bila peraturan Allah tidak dipatuhi. Islam ada peraturan, yang kaya akan keluarkan zakat dan sedekah. Harta itu jangan disekat supaya ianya sentiasa mengalir dan jernih. Inilah indahnya ajaran Islam. Ini yang kita hendak bila kita bertaqwa.

Sekarang kita berada di separuh akhir Ramadhan, yang kita mahukan ialah keampunan dari Allah. Ada orang yang confirm masuk neraka kerana terlalu banyak dosa, tetapi setiap hari siang dan malam dalam Ramadhan ada yang namanya dicabut dan akan dibebaskan dari api neraka. Mudah mudahan kita adalah salah seorang darinya. Sebab kita tak nampak perkara ini. Jadi analogi kalau di hari keputeraan Yang Dipertuan Agung, siapa dihukum bunuh boleh merayu dan akan diberi pengampunan pada rayuan. Cuba bayangkan mereka yang mengharapkan  pengampunan ini.  Sudahlah dia menunggu hari keputueraan dan menunggu pula  keputusan, pasti akan jadi gelisah kerana ianya hari penentuan hidup dan mati. Dasyatnya dan hebatnya siksa neraka walaupun masuk sebentar tetapi seolah masuk selamanya. Siksa yang paling ringan di neraka ialah dipakaikan selipar dari api neraka sehingga menggelegak otaknya dan dia merasakan bahawa dia yang paling tersiksa di dalam neraka walhal dia hanya mendapat siksaan yang paling ringan. Ini semua disampaikan  oleh Rasulullah.

Bila masanya? Bulan puasa inlah peluang keemasan, ada 30 hari untuk kita mendapat pengampunan bukan hanya sehari seperti hari Keputeraan tetapi ada sepanjang bulan Ramadhan. Doa yang diajar oleh Baginda kepada A’ishah ialah “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).

Kita insan yang lemah dan sangat banyak keperluan kita kepada Allah. Banyak yang kita hendak. Jadi nak minta apa ? Mintalah diampunkan dosa dosa. Sahabat sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga juga diajar supaya memohon keampunan dari dosa. Rasullullah sendiri tidak  kurang dari 70 kali berisithghar pada Allah sedangkan Rasulullah seorang yang tidak dosa. Apalagi kita yang tidak dijamin syurga, lagi kita perlu memohon pertolongan dari Allah. Ramadhan setia menanti anda,kita sekarang sedang mengidup udara keampunan, kenapa kita tak guna masa yang ada untuk memohon ampun sedangkan Allah mahu mengampunkan dosa kita? Mintalah keselamatan dari api neraka dan diampunkan dosa. Tak salah minta ditambah rezeki tapi mintalah yang paling berharga sekali iaitu pengampunan dan pembebasan dari api neraka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan sama samalah kita kongsikan supaya ianya menjadi ilmu bermanafaat buat kita semua.


Thursday, July 2, 2015

Aku Tanya Apa Khabar?

Assalamualaikum semua,

Apa khabar kawan2. Bajet cam ada org baca jer blog ni kan.. Hehehe. Takde pun takpe lah, Yang penting blog ni masih wujud lagi dan boleh menyimpan cerita2 buat anak2 pada masa depan.



Ok mula2 nak ucapkan selamat berpuasa dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Ya Ramadhan datang lagi. Masih aku ingat Ramadhan tahun lalu, Ramadhan yg sungguh bermakna.  Tahun lepas aku tak kongsikan pun berita gembira ini bila mana aku disahkan mengandung anak ke empat. Eh empat? Bila masa pulaknya kan?? Hah yg kisah ni pun aku tak citer gak kan. Almaklumlah bila dah kurang berblog, maka kuranglah cerita2 yg dikongsikan.

Sebelum aku mengandungkan Zahira, aku pernah keguguran, rasanya time tu dah 12 minggu camtu lah. Aku pun tak tau yg aku preggy time tu. Ingatkan hormon tak stabil ke apa, sbb masa tu masih fully breastfeed Inarah, dan tak expect pun yg mengandung. Tapi bila dapat tau pun, bila doktor scan dan dapati baby dah 12++ weeks. Tapi doktor kata baby dah tak membesar since minggu yg ke-8. Oklah pendekkan cerita, aku miscarriage. Bukan rezeki kami.

 Nov 2013. Tinggal kenangan

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku tak perlu menjalani D&C. Baby keluar sempurna semasa aku di rumah. Itulah pengalaman pertama aku keguguran dan betapa aku mengerti perasaan mereka2 yg pernah mengalami pengalaman ini. Sedih memang sedih.

Dan selang lebih kurang selang 7 bulan kemudian, aku conceive lagi. Masa tu bulan puasa tahun lepas lah. No wonder lah aku puasa penuh. Hehehe. Dan tak tersangka pulak yg adik ipar aku jugak berkongsi good news pada penghujung Ramadhan tahun lepas. Kegembiraan berganda lah buat ibu dan bapa mertuaku. Dapat 2 cucu dalam bulan yg sama. Kami sama2 melahirkan pada bulan Mac yg lalu.

Kenapa aku ceritakan kisah nie? Sebab ianya bersangkut paut dengan Ramadhan Kareem. Dan yg utamanya aku nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Ok nanti kalau rajin aku nak kongsikan pulak pengalaman melahirkan baby Zahira. Nanti bila Zahira dah besar, Zahira boleh baca. Lagipun kenangan kakak2 dia sumer ada kat blog. So, kena lah adil dan saksama kan.


Zahira 3 bulan yg lalu

Ok tata, Sehingga bertemu lagi dan terima kasih kerana sudi gak melawat blog ini.

Tuesday, June 2, 2015

Tiga Ratu Dihatiku

Sunyinya tanpa budak2 kat rmh ni. Start semalam aku dah start hntr anak2 ke rmh pengasuh utk persediaan sebelum aku kembali bekerja tak lama lagi.
Aduhai ni lah dilema ibu2 beranak kecik. Memang berat jer hati nak tinggalkan anak2.  Apupun semoga Allah sentiasa melindungi anak2 ku syg.
Ok, now lets buat kerja rmh apa yg patut. Kain baju dalam almari pun dah terhumban sana sini. Sesi mengemas bakal bermula.



Sunday, May 31, 2015

Dekat 3 Bulan Tak Jenguk Blog

Memang bersawang dah blog nie. Nak log in tadi pun dah nyaris2 lupa password. Ni pun singgah kejap dah alang2 on laptop tuk bayar bil2 bulanan.

Apa khabar kengkawan sumer? lama jugak tak bukak blog kengkawan sumer... byk ketinggalan dah..
Dulu beranak 2 start kurang update blog, now dah beranak tiga rasanya lagi makin kurang lah kot... hihihi... oh ya baby ketiga ni diberi nama Marissa Zahira. Panggil Zahira jer. Zahira pun dah nak masuk 3 bulan dah minggu depan. Dan jawabnya tak lama lagi habislah cuti 3 bulan aku. Huhuhu beratnya hati nak kembali ke ofis. Yelah dah 24 jam melekat jer ngan anak2.

InsyaAllah, aku akan pastikan blog ini tidak bersawang terus, sekali sekala aku akan bersihkan sawang2 yg ada.

Oklah... nanti kita sambung lagi yer... ni sajer nak test menaip jer... dah lama sgt tak usik keyboard. Nak update panjang2 pun tak feel sbb byk sgt selingan dari anak2. Ok lah... marissa pun dah ajak tido.

Saturday, March 14, 2015

Selamat Melahirkan

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah anak ketiga kami selamat dilahirkan pada hari Isnin bersamaan, 9 Mac 2015 jam 1:28 ptg. 
Sekarang Marissa dah naik pangkat jadi kakak kepada 2 org adik dan Inara naik pangkat jadi kakak kepada seorang adik perempuan.
Syukur ke hadratNya baby lahir dgn pantas dan dipermudahkan. Sama mcm kakak2nya baby lahir beberapa hari awal dari tarikh jangkaaan. Cerita pengalaman bersalin akan menyusul nanti.
Sekali lagi aku ingin katakan bersalin adalah satu nikmat yg tak dpt digambarkan dan mengandung adalah satu moment yg manis sekali.  Pada yg sedang menunggu hari tu jgn risau2 dan serahkan semua padaNya. InsyaAllah.

[Update pakai phone tak reti nak ejas gmbr kasi kecik]