Wednesday, January 28, 2015

Kisah Hari Pertama Persekolahan

Tak sangka Marissa dah masuk sekolah dah. Tadika lah. Tahun ni Marissa masuk 5 tahun, baru mama dia hantar gi school. Sebelum ni cam tak berapa yakin nak hantar dia tadika 4 tahun. Dia kan very the manja. Tak macam Inara, independent dan selamba jer. Aku yakin, Inara kalau aku start hantar dia gi sekolah next year pun dia tak kisah. Alangkan sekarang ni pun dia beria nak gi sekolah.

Ok kisah hari pertama persekolahan Marissa pada 12 January 2015 hari tu. Haruslah mama dan ayah dia amik cuti. First time nak hantar anak gi school lah katakan. Sebelum start persekolahan aku setiap pagi memang hari2 berzikir kat telinga Marissa yg start tahun baru (2015) yg dia kena bangun awal pagi, kena mandi, kena siap dan kena gi sekolah. Hinggalah tiba hari yg sebenar. So, takdelah nanti dia terkejut ke apa kan. Tapi yg bagusnya si adik yg over excited yg macamkan dia yg nak gi sekolah, pagi2 lagi dia yg bangun dulu, suruh dia tido balik dia cam gelisah jer... aku tanya adik nak mandi ke... dia angguk, so aku pun siapkan lah si kecik tu dulu. Aku pakaikan dia dress yg ala2 uniform tadika. Nampak keterujaan adik. Siap ngan beg sekolah dia bagai. Aku memang hari tu siap2 belikan sorang satu beg sekolah, kalau beli satu alamat berebut lah dua beradik tuh. 

Dah siap adik, kejutkan si kakak pulak. Alhamdulillah Marissa takdelah liat sangat nak bangun tido, tapi dia ni jenis yg suka merengek2. Mama dia pekakkan jer telinga. Layan jer apa yg dia nak. Dia nak mandi air panas. Kat rmh memang takde pasang water heater, aku pun tak suka mandi pakai heater rasa tak puas. Tapi takpe demi anak, aku hangkut satu jug kettle bawak naik atas dan siapkan satu baldi air. Tiap kali nak mandi aku masak air dulu. Kettle tu memang khas utk panaskan air mandi dia je lah. Lepas mandi mood Marissa bertambah ok. 

Siapkan Marissa pakai school uniform yg kaler purple. Sikat rambut dia dan sepitkan rambut. Nak bawak dia potong rambut kasi pendek dia takmo. Nak ikat rambut lah dia taknak. So, kena lah sepit rambut tu kalau tak nanti abis tercucuk2 mata tu ngan rambut, cam ne nak belajar nanti ye tak... Nasib baiklah Marissa disiplin, walaupun dia bukan jenis suka pakai sepit2 rambut segala, tapi time pagi sampai habis sekolah, sepit dia tak bukak. Tapi bila balik rmh jer terus cabut sepit.

Ok ni gambar2 masa hari pertama persekolahan hari tuh. #throwback.


I am ready to school

Mama also ready and excited

adiklah lagi lah excited

nampak cam tinggi keyakinan dia nak melangkah ke alam persekolahan


Maklumlah hari pertama kan, sebelum keluar tu kemain lah amik gambar sana sini.


nampak cam tak sabar dah tu

nampak sgt teruja

OK anak2 moh naik kereta cepat. Kang lambat pulak sampai ke sekolah nanti. Ala sekolah tak jauh pun. Kat dalam taman perumahan kami jugak.

adik minum susu, kakak cam tak selera nak minum susu pagi tu

tak abis2 peace memanjang


lets selfie in car




proud ayah nak hantar anak bersekolah

sebelum masuk kelas

dalam kelas

mak pun nak sibuk gak

Nampak cam Marissa ok jer. Cam boleh bawak diri. Time tu ada a few budak yg menangis kat dalam kelas. Aku dalam hati siap cakap, nasib baik anak aku tak nangis. Ceh konon, aku yakin Marissa boleh bawak diri dan happy.

Kelas pun bermula. Tapi mak bapak masih ada gak yg dudul kat dalam kelas. Hari pertama kot, so ada kelonggaran lagi lah nak teman anak.

Marissa dah nampak ciri2 keboringan kot

mula lah tak senang duduk

org lain main, dia buat dek dia jer...

Ok lah tak nak ganggu teacher mengajar, lets keluar dari kelas, biarlah anak belajar sendirian dengan tenangnya.

selfie ibu mengandung

Saya bukan gemuk tapi memang gemuk pun. Hehehehe.

adik pun sama sibuk

Eh lupa nak citer, masa mula2 sampai school tu, kalau nak tau, adiklah yg mula2 melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh yakin. Sumer org ingat yg dia pun salah seorang pelajar tadika. Sorry yer dik, awak tu baru 2 tahun 2 bulan. Belum layak lagi nak masuk sekolah. Kat tadika ni, budak 4 tahun ke atas jer yg dorang amik.

Dari luar curi2 dengar dan pandang lah apa yg budak2 ni belajar. Aku tengok cam oklah, boleh tinggalkan Marissa sendirian. So, sebelum balik tu aku jenguk lah sekali kat tingkap, dia ternampak jer muka aku terus cebik2. Aku buak dek jer and blah. Kalau dilayan karang, mau panjang cerita.

Dan aku tak taulah yg si ayahnya pulak, bila tengok anak dia cebik2, boleh ayahnya masuk semula kat dalam kelas tu. Konon2 nak pujuk2 lah tuh. Kalau aku tau, harus aku menghalangnya dari berbuat demikian...

Tiba2 aku dengar ada seorang budak menangis kuat dari dalam.

"Huarrghhhhhh.... nak ayah... nak peluk ayah..."

"Eh dengar macam suara anak aku jer nie" bisik hati aku.

Aku pun jenguklah ke dalam.  Confirm anak aku yg menangis, menjerit dan berdrama itu....huahahahahahaha...

Marissa kalau dah start berdrama, jgn buat pasal... kang mcm2 lah kuar dari mulut dia....

"ica nak ayah.... nak peluk ayah.... rindu ayah...!!!!"

Hai lah anak.

Hai lah ayah.

Yang si ayah pun satu kenapa lah masuk kat dalam kelas tu balik, kan dah start dah....so terpaksalah laku kan pula acara memujuk rayu terhadap si anak. Aku duk luar jer, buat jer hati keras, kang dia nampak aku jer kang, lagi bertambah2 drama swasta dia. Aku kenal sgt Marissa ni. Biar ayah handle dia sorang2.

Yang si ayah nya pun, tau lah sayang kat anak tuh, tapi boleh dia pun duduk bertapa lama2 kat dalam kelas tu, aku kat luar dah naik letih dan lapar kot. Aku call asben yg setia menemai anaknya kat dalam kelas. Aku ajak balik, suruh asben tinggalkan Marissa slow2, lets the teacher lakukan apa yg sepatutnya.  Yelah kalau parent ada kat dalam tuh, aku rasa teacher pun mesti rasa tak selesa kan nak mengajar.

Ok kami pun beredar dari sekolah dan gi bfast sekejap.

Lepas breakfast kami balik semula ke sekolah. Sbb hari pertama dan kedua persekolahan hari tu, waktu sekolah sekejap jer dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 jer.  Lepas tu start lah normal session 8-12.

Masa nak balik all parents kena tunggu kat luar pagar. Teacher akan lepaskan murid2 sorang2 kat penjaga masing2. Yelah zaman sekarang ni kan macam2 kes kan.


Anak2 dah bersedia utk pulang

Yeaa... Marissa pun nak balik dah...

Masa jemput Marissa balik sekolah tu, nampak dia ok jer, happy jer, mcm tade apa yg berlaku sebelum tuh... sabar jelah maknya.

Tapi aku tak leh tanya lebih2 kat dia, kang dia sentap... so, kalau mood dia ok bercerita, aku layankan ajer....jgn paksa2 dia cerita, kalau paksa kang, langsung sumer benda dia ckp tak tau....

Balik tu terus singgah rmh nenek Marissa kejap. Nenek pun teruja tengok Marissa pakai baju sekolah. Tak sangka yg cucunya ni dah bersekolah. Yelah Marissa pun sebelum ni pun dibesarkan kejap oleh nenek dia kan. 

Yang penting, balik2 tuh, Marissa terus mintak susu. Rindu botol susu lah tewww....

Lepas minum susu terus jadi camnie...


tido keletihan

Baju pun tak sempat nak tukar, letih betul nampak gayanya. Gitulah kisah hari pertama persekolahan Marissa Qaisara.

Apapun mama doakan Marissa menjadi anak yg bijak, yakin diri dan boleh bawak diri semasa di sekolah. Jangan manja sgt, Marissa kena independent dan confident. InsyaAllah mama yakin, Marissa akan berjaya. Luv u doter!








Thursday, January 22, 2015

Adik Marissa dan adik Inara

Asssalamuailaikum,

Mak aii lama betul tak bukak blog nie. Tadi tah nape dok baca entry beberapa tahun kebelakangan nie (throwback lah kiranya), rasa syok jer mengenang kisah2 silam. Tapi la ni tak byk dah share kat blog, esk2 takda apa nak baca dah. Ok rasanya kena datang kan baliklah mood bloging ni. Bukan utk org lain, tapi utk diri sendiri jugak.

Anyway, kalau masih ada yg mengikuti blog nie, terima kasih aku ucapkan, dan aku ucapkan selamat tahun baru 2015. Oh ya, ni entry pertama utk tahun ni, so aku harap tak terlambat tuk aku wish kat korang yer.

2014 dah pun pergi meninggalkan kita. Macam2 kisah suka dan duka yg berlaku. Byk jgk kisah tahun2 lepas yg terpendam begitu sahaja. Faktor penuaan agaknya, rasa lemau jer nak berceloteh kat blog. Tapi kalau org lain tak update blog (blog2 feberet) tau pulak rasa nak marah..eiii kenapa tak update??? hehe selfie sgt... eh selfish sgt...

Ok sebagai pembuka cerita, tak de apa pun sgt nak disharekan tapi as for me my blog nie cam lebih kepada kisah anak2, maka aku nak kenalkan lah bakal adik Marissa dan Inarah ni. Alhamdulillah dah nak masuk 33 minggu dah. Doakan aku semoga semuanya selamat dan berjalan lancar yer.


a girl or a boy?

Kehidupan semakin mencabar, dengan badan yg semakin memberat, dengan sorang anak yg dah start masuk sekolah, dengan yg sorang lagi yg semakin mencuit hati perangainya... memang berbeza preggy anak ketiga dengan anak sulung. Eh, actually this is my 4th pregnancy. End of 2013 aku miscarriage (around 12 weeks). Tapi, Alhamdulillah last year aku conceived again and now, I am in my 32 weeks.

Preggy anak sulung, kita manja sgt, byk rehat sbb takde benda lain yg nak diberikan perhatian, malah kita yg diberikan perhatian adalah. Tapi sekarang, paham2 lah, ada 2 anak kecil yg perlu diberikan perhatian. Rasanya diri sendiri pun tak cukup rehat. Mujurlah ada suami yg byk membantu. Since anak pertama hingga kali nie, sama2 ringan tulang membantu si isteri.  Alhamdulillah syukur. Syukur jugak, sama macam kandungan2 sebelum ni, aku takdelah mengalami muntah2 or mabuk2. Kadang2 tu adalah tapi very light2 lah... takdelah sampai menyulitkan. Cam sebelum2 ni gak, after masuk 3rd trimester barulah terasa macam mengandung. Apa taknya, tup2 tengok eh besar dah perut nie. Cumanya kali ni, agak cepat letih sikit. Faktor umur barangkali. Hehe. Apapun I enjoy this moment very much. 


amboi kemain tangan kaki sumer bersilang... 

Harapanku semoga dapat melahirkan dengan mudah dan selamat segalanya. Semoga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah dan semoga menjadi ibu yg terbaik buat anak2 ku. Begitu juga doaku pada kengkawan sumer. 

InsyaAllah kita jumpa lagi di lain entry yer..

Friday, December 19, 2014

Birthday Ayahnya Pulak

1 Dec hari tu birthday ayah Inara pulak. Sepatutnya, kalau ikut due date Inara punya birthday sama ngan ayah dia, tapi dah memang anak2ku so far sumernya kuar 2 minggu lebih awal, maka tak dapat lah berkongsi birthday dengan ayah dia.

Dah beranak-pinak dan bakal beranak lagi ni maka nya takdelah special celebration to husband. Tapi ingatan tu tetap ada lah. Untuk husband memang takde kek lah. Dia mana mkn kek.

my familia


ayah and the girls

Untuk suamiku, semoga terus menjadi ayah yg penyayang terhadap semua anak2, dan semoga diberikan kesihatan yg baik. Semoga terus sukses di setiap lapangan yg diceburi.  Rezeki husband who just got promoted baru2 ni.. rezeki anak barangkali. Alhamdulillah.

Sempena birthday husband hari tu, adalah sikit  birthday present dari bini dia. Tak tau nak kasi apa, kita kasi ni je lah. 


sebagai tanda ingatan di hari lahirnya

Ok tak lama lagi birthday wifenya pulak. Sila jgn lupa ok. Hehehehe.  Walaupun I dah dapat dah advance present dari husband. Hadiah paling mahal kot.. tq sayang. 



Thursday, December 18, 2014

Inara 2nd Birthday

Lama tul tak update blog.  Rasa bersalah kat Inara sbb tak update pasal birthday dia yg ke-2 tahun pada 15 November yang lepas. Kakak dia Marissa tiap2 birthday ada update. So, kita ketepikan rasa malas tu, utk membuktikan mama dia sayang sama rata kat dua2nya maka update lah jugak.

Birthday Inara hari tu jatuh pada hari Sabtu. Takde lah celebration sgt pun, takat beli kek sebijik dan beli kfc utk makan2 dengan ahli keluarga jer. Tapi kali ni potong kek kat rmh nanny dia.


Kek frozen sempena birthday Inara kali ini.

Sebelum tu lets selfie with mama dia.

sama tak kami?

like mother like daughter kan? 

Pandai lak tu dia ikut memek muka kita. Kita sengih dia sengih, kita tutup mulut dia pun tutup mulut. Good girl.

Kakak nya pun yg lebih excited

Masa kat kedai kek Marissa dah bising tanya kek dia, aku pulak malas nak layan aku kata share jer kek ngan adik. Dia tau tak yg ni kek birthday adik dia. Asal birthday org jer dia pun nak kek gak, nak hadiah gak.. byk cantik..

Oklah suka hati lah feeling lah sesama ngan adik sambut birthday


tiup....


meh mama suap sikit kat birthday girl

kat kakak pulak



lepas tu suka hati lah anak2 nak buat apa pun... memang hancur pun kek tu jadinya



hasil kerja anak2

Takpe mama tak marah pun. Kek korang pun kan. Suka hati lah nak buat apa pun. Beli kek sekadar buat tanda birthday jer. Mama tau korang bukan makan sangat pun. Tapi kalau takde kek tak feel pulak birthday nya kan.

Apapun kepada Marissa Inarah, mama doakan Inara membesar menjadi anak yg solehah, anak yg baik, anak yg berbudi pekerti, anak yg sopan, anak yg sihat, anak yg bijak, anak yg cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat. Mama, ayah, kakak dan semua sayang sgt kat Inara. Inara seorang budak yg sgt ceria dan menghiburkan. Semoga Allah senantiasa melindungi anak2 mama. Amin.

Tuesday, November 18, 2014

Marissa Sibuk Sangat Nak Petik Strawberry

Ok sambung balik citer hari tu.

Korang tau kan kat Genting pun ada Mini Cameron. So, tak yah nak gi jauh2 sampai ke Cameron Highland semata-mata nak gi petik Strawberry. Kat Genting pun ada.  Ni sumer sbb Marissa lah, dia yg beria ajak gi Cameron, katanya nak petik Strawberry, tapi sbb kami malas nak naik ke Cameron sana, maka kami pilih Genting jer, dekat pun dekat kan. Janji lepas hajat dia nak petik strawberry.


Selfie ngan Inara sebelum check out


Sementara husband simpan barang2 kat dalam kereta, meh kita lepak kat lobi jap.


dua beradik



Pastu sebelum pulang, haruslah singgah kat Mini Cameron dahulu. Kang ada pulak budak yg mengamuk.  Mini Cameron ni tak jauh pun daripada Genting Awana / Resort world. Turun sikit jer dah sampai. Terletak berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia.

Sebabkan memang Marissa yg beria-ia nak ke sini, maka tengoklah kemain sawan kamera dia kat sana. Selalu malas nak layan kalau kita nak amik gambar dia, tapi ni dia pulak yg over suruh kita amik gambar dia.













Aik dia sorang jer yg beria bergambar? Mana adiknya???  Ni hah adik dia...

menangis tah apa pasal ntah


Inara ni memang, kalau dia taknak tu memang tak leh nak paksa dah. Sebenarnya dia nangis sbb dia taknak join kakak dia bergambar sekali bila kami suruh.


yg si kakak pulak ada dia kesah adik dia nangis... "lantak lah ko dik... ko tak nak bergambar akak sorang2 pun takpe" kata Marissa.


ok boleh geng ngan ayah... 

mula2 ingatkan ni buah koko rupanya buah limau purut (berdasarkan bau daun dia)

mawar merah


Ok lets masuk apa yg ada kat dalam Mini Cameron tuh. Of course lah ada pokok strawberry. Pastu ada pokok2 bunga, pokok lavender pun ada kat dlm tuh. Tapi kiterang tak explore habis pun sbb dah pernah pergi pun sebelum ni, so masuk sekadar nak petik strawberry je lah. Oh ya tiada bayaran masuk dikenakan utk masuk ke sini.  Free of charge jer.  Cuma lepas petik baru bayar berapa harga strawberry mengikut gram.

the happy Marissa

Tapi sedih, buah tak banyak time tu, mungkin dah byk dipetik atau pun belum musimnya. Tapi bolehlah sekadar buat anak2 happy.


tangan kecil yg sedang menggunting





adik pun nak jugak lah kan...



baik2 dik, jangan tergunting tangan sudah lah yer


best lah mama

dah cukup ke ni mama?




Adalah lebih kurang 100 gram strawberry yg Marissa petik. Tak ingat pulak aku berapa ringgi kena bayar. Tapi yg pasti buah strawberry tu tak terusik langsung pun kat dalam peti ais kat rmh. Tau2 dah layak kena buang dah.

Ok dah habis kisah cuti pendek sempena cuti Deepavali hari tuh. Update sekadar utk kenangan anak2 pada masa hadapan.