Ok jom kita kupas satu2 isu pengasuh nie. Takdelah isu sgt pun.. more to cerita2 jer lah..
Aku tak tau lah kadar standard utk penjagaan anak bawah 2 tahun nie. Tapi since Inara baby lagi aku hantar Inara kepada pengasuh dengan bayaran RM350 sebulan. Ada org kata mahal. Ntahlah aku pun tak tau mahal atau murah, sbb masa mula2 aku hantar dulu aku tanya berapa patut bayar, pengasuh tu kata "terpulanglah, akak tak reti nak letak2 harga nie". Aku pulak lagi lah tak reti. Kang terbayar kurang kang satu hal pulak. Terbayar lebih kang satu hal jugak. So, aku pun just survey2 berapa harga
Ok, aku dapat tau jugak jaga baby memang lebih mahal sikit dari jaga toddler. Org gitau aku jugak, bila anak dah besar sikit biasanya harga jadi murah sikit. So aku nak taulah, berapa sebenarnya kadar bayaran yg sebenarnya? Yelah Inara pun hujung tahun ni dah nak masuk 2 tahun. So, takkan nak bayar dengan harga baby jugak kan. Aku pun sebenarnya tak kisahlah nak bayar berapa pun, tapi bila fikir balik, makan anak2 sumer aku dah siap2kan. Walaupun ada gak lah ternanti2 dari mulut babysitter kot dia kata "takpelah tak yah wat bubur/makanan anak, biar akak sediakan semua, makan pagi, tengah hari, petang, jangan risau" kalau gitu memang byr berapa pun aku tak kira. Eh memang ada tau babysitter camnie, pengasuh mula2 inara dulu memang jenis jaga sediakan sumer. Untunglah mak2 yg hantar kat sana takyah nak terkocoh2 pagi. Tapi tulah takde rezeki Inara sbb tak lama Inara kat situ, pengasuh tu pregnant dan alahan teruk sampai tak leh nak jaga2 baby sgt. Mungkin jugak pengasuh sekarang ni, segan kot nak cakap ngak aku camtuh, yelah kan ada separuh2 mak2 yg cerewet, tak benarkan anak diberi itu ini. Tapi aku tengok dia memang adalah kasi anak aku makan apa yg dia masak. Tambah lagi Inara tu pantang lah disuap dan pantang lah tgk org makan sumernya pun dia nak. Aku pulak, as a mother takkan nak hantar anak tanpa bekal segala kan. Korang camne? siapkan makanan ker atau babysitter yg sediakan?
Ok ni bukan entry aku nak komen pasal pengasuh ke apa yer, aku memang takde masalah dengan pengasuh nie, cumanya aku nak survey2 lah sikit kan. Inara pun aku tengok rapat jer ngan ibu dia tuh. Kalau pagi2 hantar elok jer dia terus baring kat tilam dia, balik pulang petang, kadang tu dia buat dek jer ngan kita pastu buat manja2 dengan ibu dia. Pastu kang kita buat2 lah pulak nak tinggalkan dia baru lah hegeh panggil kita. Kuat berlakon gak budak tuh. Padahal nampak kita sampai kemain lah excited sebenarnya.
Tapi kan sekarang ni dah tak syok sikit lah aku rasa, sbb semalam masa aku nak amik Inara aku dapati ada dua org budak lain ada kat rmh pengasuh. Rupa-rupanya start semalam pengasuh Inara start menjaga 2 org budak perempuan lain. Adik-beradik. Sorang dua tahun dan lagi sorang 3 tahun kot. Alah kiranya dah tak ekslusif lah penjagaan Inara kat situ, sbb dah berkongsi dengan budak2 lain. Kecoh pulak aku ni kan, suka hati pengasuh tu lah nak jaga berapa ramai pun kan, dah dia mampu nak jaga biar lah kan. Tapi aku suka jugak, sbb Inara dah ada kawan2 tuk bermain. Bagus jugak utk perkembangan sosial Inara. Lagipun pengasuh, tu memang ada pengalaman jaga budak2 pun, dan pernah bekerja kat taska pun. Cumanya aku tak selesa sekiranya mereka berkongsi makanan, eh kongsi makanan tu takpe lagilah, maksud aku contoh lah kalau time makan, si pengasuh suap Inara, pastu suap budak sorang, yelah budak kan, mana tau apa tengok org makan dia pun nak nganga sama. Yer aku memang mak yg paranoid, takut budak2 senang nak berjangkit apa2 penyakit. Yelah tak anak aku jangkit ngan anak org lain tuh, anak org lain tu jangkit ngan anak aku. Yelah budak2 besar tu kan cpt sgt nak jangkit demam2 ni kan. Dilema aku sekarang ni aku tak reti, camne nak gitau kat pengasuh. Kang kalau gitau kang, takut tersentap ke apa akan.. cam aku ni cuba nak mengajar dia pulak kan. Kang bila sentap ngan mak kang takut dia dera anak aku pulak.. eh eh paranoid sungguh mak2 ni kan...tu yang sebelum ni kalau ada apa2 pun aku tak pernah nak tegur2 sgt, nak sgt jaga hati pengasuh, supaya dia jaga anak kita nanti sebaik2nya dan pada masa yg sama aku taknak menjadi terlalu cerewet. Eh ingat org suka ke nak layan org yg cerewet2 sgt ni?
Tempat kerja aku ni memang ada menyedikan pusat penjagaan anak2. Bukan sebarang pusat penjagaan, tapi aku boleh ratekan 5 star nursery lah dengan fees yg agak berpatutan. Tengok tempatnya macam2 resort2 jer, tak macam nursery langsung, kemudahan sumer bombastik. Tapi memikirkan tempat kerja aku ni agak jauh dari rmh, maka aku pendam kan lah hasrat tuk hantar anak kat situ. Yelah aku lebih prefer naik train ke pejabat - no hassle, no traffic bla bla bla, kalau aku hantar anak kat situ, jawabnya aku kena drive all the way from rmh aku ke ofis. Takkan nak hangkut anak naik train pulak. Tak sesuwei beb.
Erm.. apa lagi yer nak citer..korang kalau ada apa2 nak kongsi, share lah plisss... kita bertukar-tukar pandangan..
Entry tanpa gambar cam boring pulak, maka kita akhiri dengan gambar apa yg ada kat dalam simpanan.
alolo budak baik nie
mak2 yg tak pernah berhenti memikirkan hal anak2
Akhir kata, walau di mana atau siapa pun yg menjaga anak2 kita, semoga Allah S.A.W sentiasa melindungi anak2 kita kerana sesungguhnya Dialah sebaik2 pelindung. Amin.






















.jpg)











.jpg)




